First Day of Examination
Death Curse
Hari pertama peperiksaan bagi tahun itu bakal bermula dalam masa 13 minit lagi. Para pelajar masih tidak dibenarkan memasuki kelas, jadi mereka semua perlu menunggu di luar kelas selagi loceng peperiksaan belum dibunyikan. Mata Eunji melilau memerhatikan gelagat pelajar-pelajar di kelasnya. Kelihatan masih ada yang membaca nota-nota ringkas dan nota poket. Ada juga yang berulang-alik ke tandas dan hampir setengah daripada mereka duduk berborak sesama sendiri, mungkin mahu menenangkan diri masing-masing.
Eunji juga sebenarnya berasa risau dan gementar memandangkan peperiksaan itu merupakan peperiksaan yang pertama baginya semenjak menduduki sekolah itu. Pada waktu sebegini, dia hanya perlu melakukan senaman ringkas seperti menarik nafas dalam-dalam dan bukannya membaca nota-nota poket kerana perkara sebegitu pasti mengganggu konsentrasi para pelajar semasa menjawab peperiksaan nanti.
“Hei, sudah sedia?” Jungkook menyapanya lalu mengambil tempat di sebelah Eunji. Eunji hanya mengangguk sambil tersenyum.
“Oh, kau duduk dekat mana masa exam nanti? Tengok angka giliran kau,” Eunji memberikan kertas yang berisi angka gilirannya kepada Jungkook seperti yang diarahkan.
“Wow, tak sangka kau duduk dekat belakang aku je! Bolehlah aku tiru kau masa exam nanti,” Jungkook sempat lagi menyakat Eunji sambil ketawa kecil. Eunji pula hanya mencebikkan mukanya. M
Comments