Have A Jog At Night?
Death Curse
Pada malam hari kedua dia sekolah itu, Eunji sudah tidak mahu minum air terlalu banyak kerana dia takut akan terjaga pada waktu subuh lagi. Pasti kejadian yang berlaku kepada dirinya dan kakak senior di biliknya akan berulang kepada individu-individu yang kurang bernasib baik.
Dia cuba untuk melelapkan matanya namun penglihatannya masih segar. Perutnya berasa lapar kerana tidak makan seharian, mujur sahaja rakan sekelasnya Jungkook sempat memberikannya sedikit roti dan dua pek kecil makanan ringan. Ternyata Jungkook yang comel itu juga risau tentang dirinya. Eunji tersenyum sendirian.
Dia mengambil makanan itu dan menjamahnya di atas katil. Kemudian dia mengambil buku nota kecil yang berisi nota-nota ringkas bagi setiap pelajaran. Dia perlu mengulangkaji pelajaran dari sekarang kerana peperiksaan awal tahun bakal dijalankan tidak lama lagi.
Kasihan betul dengan atlet-atlet di sekolahnya yang terpaksa mengulangkaji pelajaran dan berlatih untuk acara padang dan balapan sekali gus. Selepas sahaja peperiksaan tamat, mereka perlu bersiap sedia dengan acara sukan tahunan. Tujuannya adalah untuk melepaskan stres bagi para pelajar selepas memerah otak bagi ujian minda, mental IQ.
Secara tidak sengaja, dia terpandang seorang pelajar perempuan yang sedang berjogging di hadapan tingkap biliknya. Bersemangat betul pelajar itu sehingga sanggup ber
Comments