The Immortal (Final)

the S.O.S

 

Taehyung berat hati untuk meninggalkan Baekhyun yang sudah terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai.

Daehyun menarik kolar adiknya.
“Apa tunggu lagi? Kita kena pergi dari sini! Tempat ni dah tak selamat lagi”.
Taehyung hanya mengeluh longlai.

 Daehyun mengenggam tangan Taehyung lalu segera beredar dari situ.
Walau apa pun yang terjadi, dia mesti melindungi adiknya. Dia tahu dia hanyalah sebuah cyborg yang menyerupai manusia, namun dia merasakan bahawa dia tetap sebahagian daripada keluarga Jung walaupun hakikatnya orang yang sebenar telah pun mati.

“Abang…abang Dae…”,Taehyung menggenggam erat tangan Daehyun. Tangan Daehyun yang bercalar-balar akibat pertempuran sebentar tadi ditatapnya lama-lama.

“Saya tak nak kehilangan abang lagi…tolong, jangan tinggalkan Tae”, Taehyung menundukkan mukanya sambil terbatuk-batuk.

Daehyun hanya memandang wajah sayu adiknya sambil mengukirkan senyuman.

“Abang…akan tetap jaga Tae kerana Tae adalah tanggungjawab abang”, kata Daehyun.

Mereka berdua memberhentikan langkah di sebuah kawasan rumah terbiar.

Daehyun melepaskan tangan adiknya perlahan.

“Abang pasti ni kawasan yang selamat??”, Taehyung memandang sekelilingnya.

Daehyun hanya mendiamkan diri. Dia memalingkan mukanya dan melihat dirinya melalui biasan lopak air di permukaan jalan.

Tiba-tiba memori yang lama terimbau kembali, memori ‘Daehyun’ bermain di fikirannya. Memori lampau keluarga Jung sewaktu ketika dahulu ligat bermain di fikirannya.

Namun, memori tersebut mula bermain dengan pantas di kotak memorinya menyebabkan Daehyun pening kepala.

“Arghhh!!!”, Daehyun terbaring kesakitan sambil memegang kepalanya.

“Abang!!”, Taehyung terkejut lalu memangku abangnya.

“Abang tak apa-apa??!”, Taehyung mulai cemas.

Daehyun memandang ke langit sambil matanya terbuka luas. Hanya bayangan Prof Jung di matanya.

 

/Flashback/

-Kediaman Keluarga Jung-
21/12/2014

Kelihatan appa sedang leka membaca sepucuk surat yang baru diterimanya. Mukanya berkerut-kerut ketika membaca surat tersebut. Tak lama kemudian, Taehyung datang dekat appa…dia menangis sebab robot mainan dia dah rosak…jadi lepas tu, appa…bawak Taehyung masuk kat dalam makmal. Appa kata nak bagi Tae hadiah…jadi,  aku…aku pun ikut diorang…bila aku sampai…aku nampak Taehyung dah terbaring kat atas katil…appa, masukkan satu benda tu kat dalam badan Tae, tapi aku tak tahu apa benda tu sebenarnya! Baekhyun pernah cerita kat aku, appa ada sekeping cip kecil yang amat penting bagi Tuan Seith, tapi kenapa appa letak dalam badan Tae?? Apa sebenarnya niat appa?!”, bisik hati Dae walaupun ingatannya terhadap kejadian itu agak samar-samar.

“Abang! Jawablah abang Dae!!”, Taehyung menggoncang tubuh abangnya. Daehyun tersedar dari lamunan lalu bingkas bangun dari pangkuan adiknya seperti tidak berlaku apa-apa.

“Rupa-rupanya…kau….”, Daehyun berkata perlahan. Matanya tajam merenung Taehyung.

“Abang?? Abang okay ke? Kenapa?”, Taehyung terpinga-pinga.

Daehyun segera menarik tangan Taehyung lalu berlari sepantas yang boleh.

“Abang…kenapa ni??!! Kita nak pergi mana??”,tanya adiknya.

Daehyun membawa adiknya ke sebuah tanah lapang.

“Tuan Seith!!! Marilah kau!! Aku ada bawakan ‘hadiah’ untuk kau!!! Marilah datang kat aku!!!”, teriak Daehyun. Laungannya memecah kesunyian di kawasan lapang yang tidak berpenghuni itu.

“Abang!!! Apa abang buat ni??! Nak mati ke hah??”, Taehyung melepaskan genggaman tangan Daehyun dengan kasar.

“Argh!!”, Daehyun menolak adiknya dengan kuat menyebabkan adiknya terduduk di atas tanah.

“Abang…Dae..”, keluh Taehyung.

Tak lama kemudian, sebuah jet perang milik Tuan Seith melalui kawasan tersebut. Mereka mendapat isyarat daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Daehyun.

“Tuan! Terdapat satu isyarat dari seorang lelaki tanpa menggunakan sebarang peranti untuk berhubung dengan kita! Tapi…agak mustahil!”,teriak salah seorang juruterbang.

“Tak…dia sebenarnya bukan seorang manusia tapi dia hanyalah sebuah cyborg!”, kata Tuan Seith sambil tersenyum sinis.

“Cyborg?”, juruterbang itu saling berpandangan.

Tuan Seith hanya tersenyum lalu mengarahkan supaya mendarat di kawasan tersebut.

Taehyung membuntangkan matanya kerana begitu terkejut akan kehadiran Tuan Seith. Dia bingkas bangun dan berlari meninggalkan kawasan itu namun gagal.

Bala tentera robot Tuan Seith muncul dari ke semua arah. Taehyung mengundurkan dirinya.
“Tak…robot…robot tentera ni wu…wujud….”, Taehyung tergamam kerana tidak menyangka robot tentera ini berjaya dicipta walaupun kesemua cip telah dimusnahkan oleh appanya 10 tahun yang lalu.

Tuan Seith melangkah keluar dari jetnya sambil menepuk tangan.

“Hahaha….bagus kerja kau cyborg….apa nama kau? Daehyun eh? hahah, cyborg bodoh yang mengaku sebagai salah seorang anak Prof Jung, akhirnya kau ikut jugak cakap aku…bagus tindakan kau…”, kata Tuan Seith sambil ketawa.

Daehyun membalas senyuman Tuan Seith.
Tuan Seith mengarahkan beberapa anggota tentera untuk menahan Taehyung.

Taehyung tidak dapat melepaskan diri.

“Argh!! Lepaskan aku tak guna!!”, Taehyung meronta-ronta namun dirinya dipukul bertubi-tubi terutama di bahagian perut. Taehyung sudah tidak terdaya untuk melawan.

Matanya tajam merenung Daehyun.

“Kau..bukan abang aku….kau hanya robot jahanam!!”, teriak Taehyung.

Daehyun hanya mendiamkan diri sambil memandang adiknya yang sedang terseksa menahan kesakitan.

“Ah, sebelum tu…aku ada bawa ‘sesuatu’ untuk kau…”, kata Tuan Seith lalu seorang anggota tentera menolak seorang lelaki keluar dari jet tersebut.

“Argh!!”, lelaki tersebut terjatuh ke atas tanah. Perlahan-lahan dia mendongak mukanya.

“Baek…Baekhyun?”, kata Daehyun kerana terkejut melihat abangnya masih hidup lagi.

“Apa kau buat kat sini hah?? Taehyung mana??!”, teriak Baekhyun dalam kemarahan. Lalu, matanya terarah kepada seorang lelaki yang dia amat kenali.

“Taehyung!!!”,jerit Baekhyun. Dia tak mampu pergi ke pangkuan adiknya kerana dirinya turut ditahan oleh anggota tentera Tuan Seith.

“Apa yang kau nak dari kami tak guna??!!”, Baekhyun mengherdik Tuan Seith.

“Aku…sebenarnya nak cip dalam badan adik kau tu…dalam badan dia ada sesuatu yang amat berharga bagi aku…Kesian Prof Jung…sebab dia, anak-anak dia jadi macam ni…hidup terbiar, terseksa…hmm sedih kan?”,kata Tuan Seith sambil merenung mata Baekhyun.

“…dan sekarang ni….aku adalah pemilik kepada cyborg ni..”, Tuan Seith menarik lengan Daehyun sambil bersorak gembira.

Baekhyun tergamam. Harapannya kini hancur lebur. Usahanya selama ini hanya sia-sia belaka.
“Aku cipta kau untuk melindungi adik  aku…bukannya jadi kuli kepada syaitan jahanam ni!!” , kemarahan Baekhyun semakin membuak-buak.

“Aku tak nak cakap banyak kat sini…yang penting, kau tak berguna bagi aku sebenarnya, oleh itu, you should deserve to grave here… “,kata lelaki tak guna itu. Dia menghulurkan sepucuk pistol kepada Daehyun.

“Hapuskan dia sekarang!”, Tuan Seith memberi arahan.

Daehyun mencapai pistol tersebut lalu perlahan-lahan mengacukan pistol itu tepat di kepala Baekhyun.

“Abang!!! Jangan!!!”, teriak Taehyung.

Daehyun menatap wajah Baekhyun. Kepalanya mula sakit kerana memori di dalam kepalanya ligat bermain.

“Arghhh!!”, Daehyun memejam matanya.

“Apa tunggu lagi?? Tembak lah sekarang!”, desak Tuan Seith.

Baekhyun sudah tidak terdaya untuk melawan. Dia sudak putus asa, dan merelakan dirinya untuk ditembak. Dia lalu menutup matanya sambil melepaskan nafas yang panjang.

Daehyun perlahan-lahan melepaskan picu pistol tersebut. Baekhyun mengalirkan air matanya sambil menyebut…

“S.O.S”

Lantas itu, dalam sekelip mata sahaja, Daehyun mengalihkan pucuk pistol ke arah kepala Tuan Seith dan peluru terus menembusi kepala Tuan Seith.

Lelaki itu rebah ke tanah. Darah memercik di setiap tempat.

Dan dalam pada masa yang sama, semua robot tentera yang mengelilingi mereka bertiga terus sahaja mengalami kerosakan dan turut jatuh ke tanah.

Baekhyun membuka matanya perlahan. Dia hanya tersenyum memandang Daehyun. Dia segera mendapatkan Taehyung yang sudah longlai.

“Tae! Kau okay ke??”, Baekhyun memimpin adiknya untuk bangun.
“Takpe, biar Dae pimpin dia…”,bisik Daehyun perlahan.

Okay…thanks by the way”, balas Baekhyun.

Belum sempat mereka mahu melangkah pergi dari situ, tiba tiba sahaja mereka terdengar suara pekikan yang mereka amat kenali.

“HUARGHHH!!!”

Pandangan mereka terarah kepada tubuh Tuan Seith yang masih lagi bergerak.

“Be…belum terlambat lagi budak!!!”, pekik lelaki itu.

Mereka bertiga tergamam.

“Bagaimana boleh seorang yang sudah ditembak di kepala masih boleh hidup lagi??”, soalan itu terbayang di fikiran mereka.

Lelaki itu menggagahkan diri untuk bangun. Seluruh luka di badannya pulih sepenuhnya. Kesan peluru yang tembus di dahinya telah hilang seperti tiada kesan apa-apa.

“Tak..tak mungkin…”, Daehyun menggigit bibirnya.

“Aku takkan lepaskan kamu bertiga!! Kamu semua pengkhianat memang patut mati!!”, teriak Tuan Seith. Riak wajahnya berubah perlahan-lahan kepada wajahnya yang sebenar.

Raut wajah manusia berubah kepada raut muka yang menakutkan, seluruh matanya kehitaman, wajahnya yang serba hitam serta terdapat kesan-kesan parut di pipinya boleh membuatkan sesiapa sahaja gerun melihatnya.

Mereka bertiga mengundurkan diri sebaik sahaja Tuan Seith mendekati mereka.

“Jaga dia elok-elok”, pesan Daehyun. Baekhyun hanya menurut.

Daehyun segera berlari ke arah Tuan Seith sambil mendapatkan penembak laser di atas tanah lalu segera menembak lelaki itu.

Tembakan tersebut mengenai perut Tuan Seith namun tiada apa-apa kesan. Daehyun menembak sekali lagi dan melepaskan tumbukan ke perut lelaki itu namun keadaan masih sama sahaja. Tuan Seith bertindak dengan memaut leher Daehyun sehingga badan Daehyun terangkat.

“Urghh…”, nafas Daehyun tersekat-sekat.

“Daehyun!!!”, Baekhyun & Taehyung menjerit dari jauh. Mereka tidak mampu berbuat apa-apa.

Baekhyun mencari-cari di sekelilingnya. Dia terjumpa sebutir bom tangan tidak jauh darinya.
“Abang nak buat apa?!”, tanya adiknya.

Baekhyun mengambil bom tangan tersebut dan melepaskan picu di atas bom tersebut dan mencampakkan ke arah Tuan Seith.

Akibat daripada itu, badan Daehyun dan Tuan Seith tercampak beberapa meter. Daehyun membuka matanya perlahan lalu bingkas bangun. Mujurlah dia tidak mengalami sebarang kerosakan.

Belum sempat Daehyun bangun, kakinya terus sahaja ditarik oleh Tuan Seith. Kukunya yang tajam menyebabkan kakinya bercalar. Lama kelamaan genggaman Tuan Seith pada kakinya menyebabkan kakinya terasa pedih kerana kepanasan yang dialirkan oleh Tuan Seith.

“Argh!!!”, teriak Daehyun menahan kesakitan.
“Rasakan kau cyborg jahanam! Tiba masanya untuk aku hapuskan kau!”, dengus Tuan Seith.

Kaki Daehyun kini kudung sebelah. Kepanasan terlampau yang dialirkan oleh kuasa Tuan Seith menyebabkan logam yang membaluti tubuh Daehyun cair.

Baekhyun telah mati akal.

“Berhenti makhluk tak guna!”, teriak Taehyung sambil berjalan ke arah Tuan Seith.

“Taehyung!!!”, Baekhyun segera berlari mendapatkan adiknya tetapi Taehyung pinta untuk dilepaskan.

“Lepaskan Tae. Memang ini takdir adik. Hidup ini hanya singkat. Tapi demi abang, demi Dae, Tae sanggup buat macam ni, sebab Tae sayang abang… terima kasih sebab layan Tae sebagai adik abang…”, perlahan-lahan Taehyung meleraikan pegangan Baekhyun dari lengannya.

“Tapi..tapi..argh!!”, Baekhyun menggenggam tangannya. Dia tidak dapat berbuat apa-apa.

Daehyun hanya memandang adiknya melangkah ke arah Tuan Seith tanpa sebarang senjata untuk mempertahankan dirinya.

Baekhyun tiba-tiba sahaja teringat akan pesanan ayahnya kerana dia seorang sahaja tahu akan kesan cip tersebut di dalam badan Tae. Cuma dia tidak pasti bagaimana untuk mengaktifkan cip tersebut.

Matanya melirik ke arah senapang laser, tapi dia tidak jadi untuk mengambilnya kerana khuatir akan membunuh adiknya sendiri.

“Macam mana nak aktifkan…urghhh”

“Tapi mustahil nak aktifkan kerana dia hanya seorang manusia biasa”

Baekhyun berbelah bahagi.

Belum sempat Baekhyun berbuat apa-apa, tiba-tiba sahaja Daehyun melepaskan tembakan ke arah Taehyung menyebabkan adiknya itu tersungkur ke tanah.

Baekhyun terus memandang Daehyun.

“Jangan risau Baek, aku dah uruskan apa yang kau nak”, Daehyun hanya tersenyum.

Tuan Seith membeliakkan matanya kerana telah menyangka orang yang paling dikehendakinya itu telah mati.

Tak lama kemudian, Taehyung yang disangkakan telah mati telah bangkit semula.

“Ti…tidak…”,lelaki itu mengundurkan diri sebaik sahaja Taehyung berlari dengan pantas ke arahnya.

“Jangan ingat aku dah mati! Aku akan pastikan syaitan macam kau patut mati!!! Yahhh!!!”, Taehyung sempat mengambil tombak dan terus menusuk tombak tersebut ke arah dada Tuan Seith. Tombak tersebut menembusi dadanya dan Taehyung dengan pantas merobek tubuh lawannya itu sehingga kedua-dua belah tangan Tuan Seith putus.

Daehyun bingkas bangun dan segera membantu adiknya itu. Dia melompat ke arah tubuh Tuan Seith dan membuka mulutnya seluas-luasnya sehingga terkoyak pipi.

“Baek! Sekarang masanya!”, teriak Daehyun.

Baekhyun mengambil peluang yang ada ini untuk membalas semula perbuatan Tuan Seith.
Dia mencapai senapang laser dan terus menembak ke arah Tuan Seith. Tembakan tersebut memasuki mulut Tuan Seith menyebabkan tubuh lelaki itu hancur berkecai.

Seluruh darah hitam terpercik di serata tempat.

Mereka bertiga mengeluh panjang dan saling berpandangan.

“Dia…dah mati kan?”, tanya Taehyung. Mereka bertiga memandang sekeliling, namun tiada kelibat Tuan Seith muncul untuk kesekian kalinya.

Abang-abangnya hanya tersenyum lalu memeluk adiknya itu dengan erat.
“Daebak la kau Tae! Camne kau buat tu? Serius la, abang tembak kau tadi, pastu kau terus bangun…pelik lah…”, Daehyun menampar bahu adiknya itu. Daehyun hanya menjeling ke arah Baekhyun sambil tersenyum. Baekhyun hanya ketawa keseorangan.

“Tak tahu la, tiba-tiba sahaja ada Tae rasa macam ada satu tenaga yang tak pernah Tae rasakan selama hidup ni, rasa macam segar dan penuh bertenaga!”, kata Taehyung.

Awan yang gelap berarak dengan pantas lantas telah menampakkan sinar mentari yang jelas terpancar.
“Dah lama tak tengok pemandangan macam ni…cantik kan?”, kata Baekhyun.

Taehyung hanya mengangguk. “Mari, kita ada perkara lagi yang perlu diuruskan…”,sambung Baekhyun.

Taehyung memandang abangnya, Daehyun yang hanya bertongkatkan kaki senapang laser.
“Abang Dae, biar Tae yang tolong abang jalan…”, Taehyung mempelawa bantuan.

“Tak payah, abang ni robot, abang kuat daripada kau”, kata Daehyun dengan sombong.

“Okay, lepaskan senapang tu”, kata Taehyung.

Daehyung perlahan-lahan melepaskan senapang itu menyebabkan tubuhnya tertiarap di atas tanah.
“Adeh!”

“Ha..Tae dah cakap kan? Ha, rasakan…hahaha”, Taehyung menyepak senapang laser itu.
“Iye…okay, abang bersalah, tolong angkat balik abang ni, please…”, pinta Daehyun.

Taehyung memimpin abangnya manakala Baekhyun berjalan di hadapan mereka. Mereka meneruskan perjalanan dengan menaiki jet perang milik Tuan Seith dan pergi dari kawasan tersebut.

“Kita nak pergi mana abang?”, tanya Taehyung.

“Adalah…kau duduk je kat situ, tengok-tengokkan abang Dae tu”, kata Baekhyun.

Taehyung dan Daehyun dapat melihat pemandangan keseluruhan bandar yang lumpuh akibat kemusnahan dan penindasan yang telah dilakukan oleh pemerintah durjana, Tuan Seith. Kini segala-galanya bakal berubah kerana makhluk itu dah tiada. Bandar ini akan pulih dan akan makmur seperti 10 tahun yang lalu.

“Aku akan pastikan tiada lagi kekejaman yang akan meragut sesiapa sahaja selepas ini, aku berjanji sampai aku mati”, tekad Taehyung sambil memegang dadanya dengan perasaan yang berkobar-kobar.

THE END

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiMatoki
special chapter (behind the scene) pun ado! hehehe

Comments

You must be logged in to comment
330nai #1
Chapter 6: daebak gler... mmg best but LG genre cmni. n hyun fmly shipper here.
RMnEXO
#2
Chapter 6: Bapak best doe,,
Jarang jumpa ff action malay punya camni.. btw,, goodluck~!! ^^
nuyeen #3
Chapter 3: Deabak arr!!!good luck authornim!!!
sunlight_ #4
Chapter 3: Daehyun ~
update soon. ✌♡
nsyy1234
#5
Chapter 2: ohhhemmjehhh kejamnya tuan setan tu
zelomine
#6
Chapter 2: Fuyooooo........ hebat hebat.... update soon..
lovebreak
#7
Saya nantikan cerita awak
good luck for contest ^o^