Let Me Know

the S.O.S

March 2030

“Ppang!”

Satu tamparan kasar mengenai pipi Prof Jung. Cermin matanya terjatuh ke atas lantai, lalu terketar-ketar mencapai cermin matanya.

“Prof! Kau dengar ke tak apa yang aku cakap ni hah?!”, seorang lelaki yang dikenali dengan nama Tuan Seith. Seorang yang berlagak hebat seperti tuhan yang ingin memerintah dunia dengan menggunakan ‘keamanan’ yang di bawanya. Beliau mahu semua umat manusia supaya tunduk kepadanya. Pelbagai agenda telah diciptanya di hujung waktu ini menyebabkan segelintir manusia leka akan dunia yang dicipta Tuan Seith.

Si puaka durjana di hujung waktu.

“Ye Tuan…saya dengar…”, Prof Jung menggigil ketakutan.

“Nak tak nak kau kena jugak teruskan rancangan aku ni! Kau tahu kan projek ni amat penting bagi aku? Projek ni adalah pelengkap segala-galanya….dan…dunia ini akan menjadi….100 peratus milik aku! Bwahahahaha”, Tuan Seith ketawa mengilai.

Bulu roma Prof Jung terus sahaja menegak.

“…Kau tahu kan kalau kau membantah, seluruh keluarga kau akan aku pancung! Kepala mereka semua akan aku gantung di hadapan pejabat kerajaan di ibu kota supaya semua bandar ini tengok akibat melanggar perintah aku! Faham?”, Tuan Seith menarik kolar baju Prof Jung.

Prof Jung terus sahaja mengangguk tanda faham.
Tuan Seith memberi arahan kepada pegawainya untuk memberikan sebuah fail.

Prof Jung terkejut melihat fail tersebut dan mengelip matanya berkali-kali.

“Dah kenapa tu Prof? Tak payah terkejut sangat! Dah pergi buat kerja kau!”, bentak Tuan Seith menyuruh Prof Jung pergi dari situ.

Prof Jung terduduk di kerusinya sambil merenung fail yang berada di atas mejanya.

“Betul ke apa yang aku buat sekarang ni??!!”

Tertera di hadapan fail tersebut tertulis

‘PROJECT DISTRICT 12’
-Secret and Confidential-

 

Lalu, Prof Jung membuka fail tersebut…alangkah terkejutnya dia mendapati bahawa rancangan akhir Tuan Seith adalah beliau ingin mewujudkan bala tentera robot yang menguasai segala tingkah laku manusia.
Dengan adanya robot-robot tentera ini, akan membunuh manusia-manusia yang ingkar akan undang-undang Tuan Seith.

“Keadilan bakal musnah dengan adanya bala tentera yang tidak bernafas ni!! Tapi….tapi….arghhh!!!”,fikirannya kusut memikirkan hal karut seperti ini. Beliau tahu rancangan ini adalah satu perkara yang berada di luar batasan manusia. Robot dicipta untuk memudahkan kerja manusia bukan membunuh manusia!

Prof Jung menghela nafas yang panjang lalu menggalas begnya untuk pulang ke rumah.

 

Di rumah keluarga Jung

“Aduhai…ngantuknyaaa!!!”, Taehyung menghempaskan badannya di atas katil. Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 malam. “Adoi, perut ku menjerit kelaparan~  huhu laparrr”, Taehyung membuat muka monyoknya lalu berjalan turun ke bawah untuk mencari makanan.

Tiba-tiba sahaja dia ternampak Baekhyun sedang leka menonton siaran 18sx di tv. Senyap-senyap dia berjalan ke arah suis rumah lalu menutupnya.

“Yaahhh!! Sape main elektrik ni! Babak paling best la elektrik nak putus! Sengal laaa!”, Baekhyun merungut lalu berjalan mendekati suis elektrik.

Bulu romanya tiba-tiba sahaja menegak tatkala dia terlanggar ‘seseorang’ di dalam kegelapan itu.

“Ouch! Kaki aku!!”, Taehyung menjerit kesakitan.

Suis lampu terpasang.

“Oh mak jah ketipang payung!”,Baekhyun terkejut beruk rupa-rupanya adik dia, Taehyung yang dia terlanggar sebentar tadi.

“Hahahaha…tau takut! Padan muka!”, Taehyung ketawa terkekek-kekek.

“Hoi kome berdua bila nak tidur ha? Bising tau tak? Aku nak tidur pun tak boleh! Shuhh!!!”, Daehyun mengintai mereka dari juraian besi di anak tangga dengan mukanya yang penuh dengan masker timun.

“MAKKK HANTU KAK LIMAH!!”, Taehyung menjerit ketakutan lalu memeluk Baekhyun.

“Kau ni kan? Bising tau tak? Dah la aku pun nak masuk tidur!”, Baekhyun menolak Taehyung lalu berjalan ke tingkat atas, menuju ke bilik tidurnya.

Taehyung tersenyum sendirian. Perutnya semakin berkeroncong menandakan lapar tahap maksimum.

“What da? Tinggal ni je? Adoiii…huhu”, Taehyung terpaksa makan sebar coklat yang ada di dalam peti ais.

“Memang malam ni aku tak dapat tidur la sebab coklat ni…tapi takpe…perut dah berhenti meragam~”, dia makan di atas sofa sambil bernyanyi keriangan.

Tiba-tiba terlintas dalam fikirannya…

“Mana appa?”

Dia terintai-intai ke luar mencari appanya yang tidak pulang sejak subuh tadi.
Abang-abangnya seperti tidak kisah akan appanya.

Kalau tanya sekalipun mereka tentu akan jawab,
“Appa kita kan professor, mestilah busy memanjang!”

“Hmm…”, Taehyung mengeluh panjang.

Pintu pagar rumah terbuka luas. Appanya sudah pulang dari kerja.
Taehyung berlari ke luar rumah menjemput appanya dengan mulutnya yang penuh dengan coklat.

“Appa sayang baru pulang? huhu…Tae rindu sangat kat appa…”,Taehyung mahu memeluk appanya tapi Prof Jung mengelak lalu berlari masuk ke dalam rumah sambil terintai-intai ke luar.

“Aik? Dah kenapa appa aku ni? Dah macam kena kejar penjenayah je? Eh tapi kalau betul penjenayah macam mana? Mampus aku!!”, Taehyung berlari masuk ke dalam rumah lalu segera mengunci pintu.

Dengan tidak semena-mena dia terpijak fail project Prof Jung di lantai.

“Eh fail apa ni? District 12? Haa? Secret and Confidential? Ni mesti appa punya…”, Taehyung mencapai fail tersebut lalu berjalan ke arah bilik appanya.

Dia mengetuk-ngetuk pintu bilik namun tiada sahutan.
“Appa…appa tertinggal fail kat tingkat bawah tadi…Appa…”,belum sempat dia menyambung ayatnya, appanya membuka pintu bilik. Matanya terbeliak melihat anaknya sedang memegang fail tersebut.

“Kau jumpa kat mana hah??!!”, Prof Jung tetiba sahaja naik angin.

“Kat…kat tingkat bawah tadi…”, Taehyung menundukkan mukanya.

“Bagi sini fail tu cepat!!”, Prof Jung mengambil fail tersebut dari pegangan anaknya.

“Kau ada bukak tak fail ni?!”, tanya Prof Jung.

Taehyung mendiamkan dirinya. Dia berdiri kaku di hadapan appanya.

“Bagitahu lah!!”, Prof Jung menampar muka Taehyung secara tak sengaja akibat terlalu cemas.
Beliau takut rahsia ini terbongkar.

Taehyung memegang pipinya.

“Tak…tak bukak pun fail tu…”, Taehyung berlalu pergi dengan perasaan yang begitu hampa kerana appanya melayan dia seperti itu.

Baekhyun mendengar perbualan dua beranak tu dari dalam bilik. Lalu, segera membuka pintu biliknya.
“Kenapa ni appa??”, Baekhyun merenung tajam terhadap appanya yang kelihatan tidak terurus.

Prof Jung merengus lalu menutup pintu biliknya dengan kasar.

Baekhyun tersentap.

“Kenapa perangai appa semakin pelik sejak dia bekerja dengan…dengan…Tuan Seith? Lelaki yang agak ‘famous’ beberapa dekad ni. Tapi, aku still tak faham fasal dia….siapa dia sebenarnya??”

Baekhyun termenung jauh lalu menutup pintu biliknya semula.

-to be continued-


Annyeong~ so mcm mana utk chapter satu?
hope korang suka~ haha
tunggu next chapter ye! gomawo! ^^
(x sabor nk tulis chapter lps ni...hohohoho :v)

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiMatoki
special chapter (behind the scene) pun ado! hehehe

Comments

You must be logged in to comment
330nai #1
Chapter 6: daebak gler... mmg best but LG genre cmni. n hyun fmly shipper here.
RMnEXO
#2
Chapter 6: Bapak best doe,,
Jarang jumpa ff action malay punya camni.. btw,, goodluck~!! ^^
nuyeen #3
Chapter 3: Deabak arr!!!good luck authornim!!!
sunlight_ #4
Chapter 3: Daehyun ~
update soon. ✌♡
nsyy1234
#5
Chapter 2: ohhhemmjehhh kejamnya tuan setan tu
zelomine
#6
Chapter 2: Fuyooooo........ hebat hebat.... update soon..
lovebreak
#7
Saya nantikan cerita awak
good luck for contest ^o^