the S.O.S

10 tahun kemudian…,
Tahun 2040
Di rumah persembunyian Keluarga Jung

Kemusnahan dan kekejaman telah menguasai dunia seperti yang telah diramalkan oleh Prof Jung. Ramai manusia yang tidak berdosa menjadi korban dek kerakusan untuk menakluki dunia yang diimipikan Tuan Seith.

Seluruh pembangunan di bandar dan keseluruhan kawasan tak ubah seperti padang jarak padang tekukur. Bedilan bom serta tembakan bertali arus, sama seperti di medan peperangan.

Tiada sesiapa pun yang berani menghalang si durjana Seith. Sesiapa pun yang dijumpainya akan dipancung kepalanya jika tidak menuruti suruhannya.

Taehyung berlari ke arah makmal Baekhyun.

“Abang Baek…seluruh kawasan bandar raya kita hampir musnah…dan, sekarang diorang nak pergi ke kawasan pedalaman dalam waktu yang terdekat! Macam mana ni abang?!”, Taehyung menjadi tidak keruan apabila membaca satu e-mel yang diterima daripada kawannya yang terselamat.

Baekhyun hanya mendiamkan dirinya. Dia tetap meneruskan kerjanya untuk menyiapkan beberapa kompenen akhir pada cyborg yang berwajah mirip Daehyun.

“Abang! Dengar tak ni?!”, Taehyung meninggikan suaranya.

“Ye! Ye! Aku dengar lah! Tak nampak ke aku tengah buat kerja ni hah?!”, bentak Baekhyun.

Dia menekan-nekan pelbagai punat pada penjana kuasa untuk mengaktifkan cyborg tersebut yang diletakkan di dalam sebuah tiub.

“Please…please make this happen for this time…”, Baekhyun menekup mukanya lalu melepaskan nafas yang panjang. Lalu, menekan butang ‘start’ pada alat kawalan jauh.

Namun, malangnya hasil cubaan Baekhyun untuk menghidupkan cyborg tersebut gagal apabila bekalan elektrik tiba-tiba sahaja terputus.

“Argh!!! Tak guna! Tak guna!! Tolonglahhh”, Baekhyun mengalirkan air matanya kerana terlalu kecewa. Dia tetap menekan punat tersebut beberapa kali namun keadaan masih sama saja. Dia akhirnya berputus asa lalu terduduk di atas lantai.

 Badan Baekhyun longlai kerana tidak tidur sejak kebelakangan ini. Rupanya tak ubah seperti seorang mayat hidup.

Taehyung memandang sayu abangnya itu lalu memeluknya erat.

“Aku memang bodoh! Kenapa aku nak hidupkan semula orang yang memang dah mati! Buang masa aku, tenaga aku! Kau memang tak guna Dae! Tak gunaaa!!!”, Baekhyun mengelamun sambil menyerabaikan rambutnya.

“Abang…tolonglah jangan macam ni…”, Taehyung memeluk belakang badan abangnya itu sambil menangis.

Tiba-tiba sahaja sistem penggera berbunyi lalu lampu merah menyala di seluruh makmal tersebut.

“Oh tidak…penceroboh dah masuk rumah kita!!! Tae cepat menyorok!”, Baekhyun menolak badan adiknya ke dalam celah-celah meja dan almari di makmal tersebut.

Mereka duduk mencangkung di bawah meja kerja Baek.
“Alamak! Fail tu!”, Baekhyun baru teringat bahawa fail penting itu terletak di atas mejanya.

“Eh abang nak pergi mana tu? Tunggu sini lah abang!”, Taehyung menarik lengan Baekhyun.

“Fail tu ada atas meja…kejap ja..”, Baekhyun melangkah keluar perlahan-lahan apabila memerhatikan sekeliling tiada sebarang yang dicurigai.

“Alamak! Mana fail tu??”, Baekhyun mulai gelabah.
“Abang! Cepat lah sikit!!”, panggil Taehyung sambil menarik hujung seluar abangnya.

“DUM!DUM!DUM!”

Kedengaran bunyi ketukan kasar di pintu makmal. Baekhyun menjadi tidak keruan.

“Abang!! Cepat lah abang! Diorang nak pecahkan pintu tu!”, kata Taehyung dalam separuh jerit.

“Yeah! Dah jumpa!”, Baekhyun terus mendapatkan adiknya setelah menjumpai fail dicarinya.

“DUM! DUM! DUM! DUM!”

Bunyi ketukan itu semakin kasar seperti diketuk dengan objek keras.
Akhirnya pintu berjaya dibuka.
Baekhyun menggenggam tangan adiknya dengan erat.

Kelihatan beberapa orang yang berpakaian ala tentera yang  serba hitam. Baekhyun dapat mengagak yang mereka tersebut adalah orang-orang suruhan Tuan Seith. Mereka sudah mengetahui akan tempat ini dan memburu mereka dek kerana tindakan bapa mereka, Prof Jung yang membakar kesemua cip untuk menghasilkan robot tentera.

“Kita mesti buru mereka bertiga! Cepat geledah seluruh makmal ni! Kalau ada jumpa benda yang curiga ambik sahaja!”, teriak seorang lelaki.

“Baik tuan!”, ahli yang lain menurut arahan.

Taehyung memandang muka Baekhyun yang kerisauan. Dahinya berkerut-kerut memikirkan akan nasibnya selepas ini.

“Tuan! Kami menjumpai seorang lelaki di dalam sebuah tiub!”, seorang lelaki datang memberi laporan kepada ketua mereka.

“Siapakah itu?”, tanya ketua mereka.

Baekhyun dan Taehyung terus terbeliak mata.
“Abang Dae! Tidak!”, Taehyung mulai menggelabah.

“Alamak…apa yang patut aku buat ni???”, peluh Baekhyun mula menitis.

“Tuan, muka lelaki dalam tiub ni sama seperti dalam gambar ni! Dialah orang yang kita cari!”, kata seorang lelaki.

“Dia bukan seorang manusia seperti mana kamu semua tahu….Ni adalah sebuah cyborg! Tahu tak? Orang yang kita cari sebenarnya dah mati! Musnahkan sahaja robot tak guna macam ni!”, bentak ketua mereka.

Ahli yang lain menurut arahan namun amat sukar untuk mereka mengeluarkan cyborg tersebut daripada tiub.

“Abang! Buatlah sesuatu!”, gesa Taehyung. Baekhyun duduk mencangkung dan mula memeluk diri. Fikirannya betul-betul buntu!

“Abang!!”, Taehyung menggoncang badan abangnya dengan kasar sehingga sikunya terkena pada kaki meja. Segelas cawan terjatuh ke lantai lalu pecah.

Perhatian askar-askar tersebut teralih kepada bunyi gelas yang jatuh.
“Cepat geledah tempat ni!!”, teriak ketua mereka.

Bunyi tapak kaki kini mendekati tempat persembunyian mereka berdua. Dan kini betul-betul di hadapan mereka.
Baekhyun dan Taehyung mendiamkan diri semampu yang boleh. Apabila, bunyi tapak tersebut sayup-sayup kedengaran, mereka menarik nafas lega. Taehyung menoleh ke luar untuk melihat persekitaran makmalnya.

Tetapi, malang tak berbau, terdapat seorang askar menjumpai mereka berdua.
“Tuan! Saya dah jumpa mereka!”, teriak askar tersebut.

“Tak guna ar! Kau pergi tengok buat apa!”, Baekhyun memukul lengan adiknya.
“Biar abang alihkan perhatian askar tu sebelum yang lain sampai sini. Kau mesti lari dari sini, faham?”, Baekhyun memberi arahan.

“Tapi, abang macam mana??”, tanya Taehyung.
“Kau pergi sajalah!”, marah Baekhyun.
“Ba…baik…”, Taehyung berlari meninggalkan abangnya.

Askar tersebut mengacukan senjata laser tepat di kepala Baekhyun.

“Menyerah diri atau mati?!”, kata askar tersebut dengan kasar. Dia memaksa Baekhyun melutut di lantai. Senjata laser yang menyerupai pistol dipegangnya tidak beralih arah. Hanya menunggu masa untuk melepaskan tembakan.

Baekhyun yang tidak bersenjatakan apa-apa terpaksa menuruti arahan lelaki tersebut.
Baekhyun melutut di lantai.

Tiba-tiba sahaja satu tamparan kasar mengenai pipinya. Baekhyun terjatuh longlai.
Belum sempat dia mahu bangun, badannya ditendang dan diterajang beberapa kali oleh lelaki tersebut.

Baekhyun terbaring kesakitan.
“Urghhh…”

Baekhyun terbatuk-batuk. Darah keluar dari mulutnya.
“Tolonglah…bunuh je la aku si tak guna…”, kata Baekhyun.

Sebaik sahaja mendengar kata-kata Baekhyun, pistol yang dipegang askar tersebut kemas di tangan dan bersedia untuk melepaskan tembakan.
“Jangan harap aku nak bunuh kau sekarang sebab Tuan Seith nak tengok kepala kau dipancung depan matanya sendiri!”, kata lelaki tersebut sambil mencebik.

“Nah ambik ni tak gunaaa!!”, Taehyung berlari ke arah askar tersebut lalu menembak askar tersebut menggunakan senjata laser. Hancur berkecai badan askar tersebut.

“Taehyung!!”, Baekhyun menjerit kerana begitu terkejut dengan tindakan adiknya itu.

Taehyung memeluk abangnya.
“Mujurlah abang selamat!”

“Aku suruh kau lari! Kenapa kau datang balik kat sini hah budak pandai?!”, Baekhyun tersenyum.
“Mana kau dapat benda alah tu?!!”, Baekhyun melihat pistol laser yang dipegang adiknya.

“Kat dalam stor tingkat atas…ingatkan dah tak berfungsi, rupa-rupanya boleh, hahaha”, sempat lagi Taehyung ketawa.

“Kita kena pergi dari sini sebelum askar-askar yang lain sampai”, kata Baekhyun.

“Tapi…abang Dae macam mana??”, tanya Taehyung.
“Kau nak selamatkan dia ke? Dia tu hanya sebuah robot! Dah tak guna bagi aku lagi! Jom, kita mesti pergi dari sini!”, Baekhyun menarik tangan adiknya.

“Tak nak! Tae tak nak pergi dari sini!”, Taehyung melepaskan tangan abangnya.

“Kau gila ke apa? Nak mati ke sebab nak selamatkan robot yang memang tak boleh berfungsi tu??”, Baekhyun memandang adiknya sayu. Dia tak mahu kehilangan adiknya lagi buat kali kedua!

Tanpa berfikir panjang, Taehyung berlari meninggalkan abangnya  dan menuju ke tempat cyborg Daehyun.

“Budak ni memang  pandai….hmph!”, Baekhyun mengeluh.

Sebaik sampai sahaja di tempat cyborg Daehyun, alangkah terkejut dia mendapati bahawa Taehyung sudah dibelasah teruk dalam sekelip mata.

“Ti…tidak!! Jangan bunuh adik aku!!!”, Baekhyun berlari ke arah adiknya namun terjatuh kerana ditendang seorang askar dari arah yang tidak diketahui.

“Sebenarnya kita tak perlukan lelaki tu…yang kita perlukan sekarang adalah... lelaki yang aku pegang ni”, ketua mereka menarik rambut Taehyung. Taehyung sudah tidak terdaya untuk melawan.

“Terima kasih budak sebab dah menyerah diri kepada kami, kau amat berharga bagi kami sebab cip dalam badan kau tu adalah segala-galanya bagi kami”, bisik ketua tersebut di telinga Taehyung.

“Cip? Cip apa?”, tanya Taehyung. Taehyung tidak mengetahui kenapa dia diburu. Akibat tindakannya yang terburu-buru, nyawa abangnya kini bahaya.
Baekhyun perlu dibunuh.

Baekhyun dibelasah berkali-kali sebelum kepalanya diacukan pistol laser.
“Le..lepaskan abang aku jahanam!!”, jerit Taehyung. Dia meronta-ronta mahu melepaskan diri, namun dirinya dilempang.

Baekhyun mengerang kesakitan.
“Ajal aku hampir tiba…jaga diri baik-baik Tae..”

Kebetulan alat kawalan jauh tersebut betul-betul berada di sebelahnya. Dia terus sahaja menekan punat ‘start’ .Adegan lawan serta tembakan mula berlaku sebaik sahaja cyborg yang diciptanya berjaya keluar daripada tiub tersebut.

Baekhyun menghela nafas panjang sambil tersenyum. Pandangannya semakin berpinar dan kesakitannya kini tidak tertahan lagi. Perlahan-lahan Baekhyun menutup matanya.

-To be continued…-


 

"Apa yang patut aku buat eh? hmm"

haloha~ ShiMatoki hereu, 
chapter 4 complete!
Baekhyun dah nak mati?? owh tidak.../authornim tnye diri sendiri/
lol

jumpa korang di chapter last!
this action ff mcm ni somehow agak rare dlm malay, tapi saya cuba buat sedaya saya :)
haha
Terima kasih kpd yg subs dan vote cerita ni!

/bow/

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiMatoki
special chapter (behind the scene) pun ado! hehehe

Comments

You must be logged in to comment
330nai #1
Chapter 6: daebak gler... mmg best but LG genre cmni. n hyun fmly shipper here.
RMnEXO
#2
Chapter 6: Bapak best doe,,
Jarang jumpa ff action malay punya camni.. btw,, goodluck~!! ^^
nuyeen #3
Chapter 3: Deabak arr!!!good luck authornim!!!
sunlight_ #4
Chapter 3: Daehyun ~
update soon. ✌♡
nsyy1234
#5
Chapter 2: ohhhemmjehhh kejamnya tuan setan tu
zelomine
#6
Chapter 2: Fuyooooo........ hebat hebat.... update soon..
lovebreak
#7
Saya nantikan cerita awak
good luck for contest ^o^