Curiosity

the S.O.S

Pagi itu Baekhyun terjaga dari tidur tatkala mendengar bunyi tapak kaki seperti keluar dari bilik.

Baekhyun segera menguak pintu biliknya perlahan, lalu menjenguk ke luar.
Dia terlihat appanya tergesa-gesa menuruni anak tangga sambil memegang sebuah fail.

“Nak pergi ke tak? Nak pergi ke tak? Nak pergi…haa! Pergi je la…”,Baekhyun melangkah perlahan-lahan sambil mengikut appanya dari belakang.

Dia mengintai appanya yang tergesa-gesa ke arah belakang rumah.

“Aik? Appa nak pergi mana tu? Pelik sungguh…”, Baekhyun menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil melangkah dengan lebih berhati-hati.

Tiba-tiba sahaja ada nyamuk datang hinggap di celah telinga Baekhyun menyebabkan terganggu konsentrasinya…lol

“Blah la kau nyamuk tak guna!!”, Baekhyun terjerit perlahan lalu cepat-cepat menekup mulutnya.

Prof Jung memerhatikan sekelilingnya.
“Suara siapa tu??”, tanya beliau sendirian.

“Gerak hati aku je kot…”, Prof Jung membuat andaiannya sendiri lalu memasukkan jarinya di celah-celah daun pokok di belakang rumah.

Baekhyun terus sahaja memerhatikan perlakuan pelik appanya yang dia tidak pernah lihat sebelum ini.

Tiba-tiba sahaja appanya memasuki ‘sesuatu’ yang dia tidak tahu. Baekhyun membeliakkan matanya.
“Ada ruang bawah tanah ke kat rumah aku selama ni? Appa buat apa kat sana sebenarnya? Tapi kenapa??”, pelbagai persoalan bermain di benak fikirannya.

Lalu, rumah di belakangnya berubah seperti sedia kala. Baekhyun teragak-agak mahu pergi ke situ.

“CIK ABANG OI~~ NAK KE MANA TU~”, Daehyun mencuit pipi Baekhyun dari belakangnya.

“Hoi! Terkejut aku tau tak! Aishh…”, Baekhyun tersedar dari lamunannya lalu terus membatalkan niatnya untuk mengekori appanya.

“Hahaha…apasal pucat je muka kau? dah pergi mandi abangku yang masam! Bau mengalahkan ikan-ikan kat pasar tau tak?”, Daehyun membebel macam mak.

“Ye ye! Aku nak mandi la ni! hishh”, Baekhyun menjeling lalu melangkah ke biliknya.

“Taehyung!!!!!”, jerit Daehyun mengalahkan penyanyi opera pagi-pagi tu.

“Abanggg! Bising ar! Tak nampak ke orang tengah pakai baju sekolah ni! Habis tercabut butang! haishhh”, Taehyung berlari menuruni anak tangga dengan muka hampanya.

“Ni ha…sape nak tolong jahitkan balik butang ni??”, Taehyung menunjukkan butangnya yang sudah longgar jahitannya.

“Bagus la tu…”, jawab Daehyun selamba.

“Apa yang bagusnya?? Baju dah la tinggal satu ni je! Yang lain tak basuh lagi!”, dengus Taehyung.

“Kalau macam tu bogel je la pergi sekolah…”, kata Daehyun lalu menyuapkan sekeping roti bakar ke dalam mulut Taehyung.

“Abammm bwahajshdjakhdkflshdufn (bahasa alien)”, Taehyung cuba untuk cakap sambil menahan haba di dalam mulutnya akibat disuap roti bakar yang masih panas.

“Apa?? Owh eh? Dah pergi sekolah cepat! Dah lambat!”, Daehyun menolak badan Taehyung dengan rakus.

Taehyung sedaya upaya menelan roti bakar tersebut.
“Ahh leganyaa…, eh abang Dae tak kerja ke hari ni??”, tanya Taehyung sambil mendapatkan basikal automatiknya dari garaj.

“Tak… harini cuti~~”, Daehyun tersenyum kambing.

“Okay lah, Tae pergi sekolah dulu~ Tata~”,Taehyung melambai tangannya lalu beredar dari situ.

“Dae! Abang pergi dulu ya! Tata~ Eh jangan lupa pesan kat appa ada breakfast kat atas meja makan tu~”, kata Baekhyun sambil tersenyum lalu memasuki keretanya.

“Eh abang Baek…ha, okay-okay”, jawab Daehyun.

Setelah kereta Baekhyun beredar dari situ, Daehyun baru perasan akan kata-kata abangnya tadi,
“Appa bukan dah pergi kerja ke subuh-subuh? Dia cakap macam orang tua tu ada kat rumah je…lantaklah…”, Daehyun mengangkat bahunya lalu berjalan masuk ke dalam rumahnya semula.

 

3 jam kemudian…,

Daehyun terbangun dari atas sofa. Hanya dia seorang sahaja di rumah.
“Huaa…dah berapa lama aku tertidur?”, Daehyun menguap tak henti-henti lalu terjumpa sehelai nota kecil yang diletakkan di atas meja.

“Sape yang letak sini?”, Daehyun mengambil nota tersebut lalu membacanya sepintas lalu.

“Owh nota dari appa…mian, appa busy kerja, maybe appa kat tempat kerja dalam 5 hari. Tuan Seith kata urgent so I’ll be back late. So, take care guys…”, kata Daehyun sambil membaca kandungan nota tersebut.

“Tok tok tokk”, dia terdengar satu ketukan dari pintu rumahnya lalu segera melihat dari cctv rumahnya.

“Heol…budak ni rupanya…”, Daehyun membuka pintu rumahnya lalu mendapatkan Taehyung yang berada di luar.

“Abang! Abang tengok niii”, Taehyung terlompat-lompat macam kanak-kanak riang lalu menunjukkan telefon pintarnya.
“Ni ha, tengok ni…Tuan Seith, boss appa kita nak buat robot! Wahh pertama dalam sejarah dunia tu abang!”, kata Taehyung.

“Bukan sebelum ni dah berlambak robot dah cipta ke?”, Daehyun mendengus.

“Tahu la..tapi ni pertama dalam sejarah..robot 100% seperti manusia! Mampu bercakap, merasa, ada perasaan..bla bla blaa..”, jelas Taehyung namun Daehyun hanya membuat kerjanya sendiri.

“Abang dengar tak ni??”, Taehyung menggoncang badan abangnya.

“Tu…bukan klon ke? Bukan tu melawan fitrah alam ke?! Kau ingat benda ni benda seronok-seronok ke?!”, Daehyun membuat andainya kerana dia berasa ada sesuatu yang tidak kena.

“Korang kenapa? Seronok membahas sampai abang kat sini pun tak perasan eh?”, Baekhyun membuka kotnya kerana kepanasan.

“Eh dah balik rupanya abang~ haha maafkan kami”, Daehyun membalas senyuman plastiknya lalu berjalan ke arah biliknya.

“Appa tak balik rumah lagi ke?”, tanya Taehyung.

“Appa kita balik dalam masa 5 hari lagi..katanya urgent dengan Tuan Setan tu…eh Seith…hahahah setan pun boleh sebab muka dia pun aku tengok macam setan”, kata Daehyun selamba badak.

"Kalau Tuan Seith tahu mahu dicincang badan abang kalau dia tahu kita cakap macam tu...lol", kata Taehyung.

 

Malam itu, Baekhyun merancang untuk pergi ke belakang rumahnya. Setelah adik-adiknya tidur di bilik masing-masing, dia perlahan-lahan pergi ke tempat tersebut dengan perasaan yang berdebar-debar.

“Appa tadi letak tangan dia dalam ni…eh mana pulak ni..”, Baekhyun meraba-raba tangannya di celah-celah daun sambil menyuluhkan lampu suluh.

Lalu dia tertekan satu punat, tiba-tiba sahaja lantainya terbentuk seperti tangga ke bawah tanah.
“Ha…ni diaa”, Baekhyun terkejut lalu memandang sekeliling, takut-takut adik-adik dia menjumpai tempat ini.

Dia melangkah dengan berhati-hati sambil memegang lampu suluh di tangan.

Dia menyuluh ke sekeliling kawasan bawah tanah tersebut yang menyerupai sebuah makmal.

“Tem…tempat apa ni??? Kenapa ada manusia dalam balang kaca ni??? Tapi kenapa?? Banyaknya fail …dan siapa mereka-mereka semua dalam gambar ni???”, Baekhyun terjatuh. Lampu suluhnya terlepas dari genggamannya.

Peluh mula menitis dari dahinya lalu mencapai semula lampu suluh tersebut.
“Ni…appa…dengan Tuan Seith…”, Baekhyun memerhatikan gambar tersebut.

“Tapi….sekeliling ni gambar-gambar…mayat!! Banyaknya manusia mati….tak…tak mungkin….experiment apa ni?? haaa….Dis..District 12??... Robot tentera? Klon? Apa semua ni??” Baekhyun menyerabaikan rambutnya. Fikirannya kusut.

“Siapa sebenarnya Tuan Seith? Dia…dah macam pemerintah kat dunia ni tapi semua orang tak perasan akan perkara ni…jadi, pemimpin kat dunia ni hanyalah boneka dia semata-mata? Jadi…dia ni…syaitan yang bertopengkan manusia? Tapi kenapa appa kerja dengan dia?? Aku still tak faham…”, Baekhyun mengambil beberapa keping gambar prototaip robot bagi Project District 12 yang berada di dalam laci meja appanya lalu segera meninggalkan tempat tersebut.

-to be continued…-

 


Chapter 2 dah siap! hehe

lol aku tak tahu nk tulis apa sbnrnya because this chapter supposed to be more longer
tp bila aku pikir balik, tkpe la..haha /slap

bye~ jumpa di next chapter!

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiMatoki
special chapter (behind the scene) pun ado! hehehe

Comments

You must be logged in to comment
330nai #1
Chapter 6: daebak gler... mmg best but LG genre cmni. n hyun fmly shipper here.
RMnEXO
#2
Chapter 6: Bapak best doe,,
Jarang jumpa ff action malay punya camni.. btw,, goodluck~!! ^^
nuyeen #3
Chapter 3: Deabak arr!!!good luck authornim!!!
sunlight_ #4
Chapter 3: Daehyun ~
update soon. ✌♡
nsyy1234
#5
Chapter 2: ohhhemmjehhh kejamnya tuan setan tu
zelomine
#6
Chapter 2: Fuyooooo........ hebat hebat.... update soon..
lovebreak
#7
Saya nantikan cerita awak
good luck for contest ^o^