Lost

the S.O.S

5 hari kemudian
Di bilik kerja Prof Jung

Prof Jung termenung  sendirian. Dia berasa serba salah untuk meneruskan projek ini kerana setelah siapnya robot prototaip ni, maka kemusnahan besar-besaran bakal terjadi.

“Arghhh!!!”, Prof Jung melaung kemarahan.

Fikirannya menjadi tak keruan. Prof Jung lalu berjalan ke sebuah bilik simpanan data, di mana di situlah tempat simpanan cip-cip yang telah siap bagi mencipta robot tentera berkenaan.

Mujurlah tiada sesiapa di situ, jadi beliau menekan satu punat merah, yang menandakan kemusnahan tempat itu dalam masa 1 jam.

Prof Jung cepat-cepat melangkah keluar dari bilik tersebut dan mengambil segala dokumen-dokumen penting di mejanya.

“Tuan Seith…mulai harini, aku nak letak jawatan, aku tak mahu bekerja lagi di bawah kau yang penuh dengan kesengsaraan yang aku tengok depan mata aku sendiri! Maafkan aku…Seith”, Prof Jung menanggalkan kot makmalnya lalu berlari meninggalkan tempat tersebut.

Keretanya dipacu laju meninggalkan tempat tersebut.

Di rumah Keluarga Jung

Daehyun sedang melabuhkan punggungnya di atas sofa yang lembut sambil menonton siaran televisyen. Tiba-tiba siaran televisyen kini terarah kepada sebuah berita tergempar bahawa pejabat Tuan Seith akan meletup. Semua pekerja berpusu-pusu keluar dari bangunan tersebut.

Daehyun semakin rancak mengunyah kacang sambil menonton siaran tersebut.

“Eh? Mana appa??”, Daehyun baru tersedar lalu mencapai telefon pintarnya.
“Ting tong ting tong!”

Daehyun terdengar seseorang menekan loceng rumah.
“Appa??!”, Daehyun terkejut lantas membuka pintu rumahnya.

“Mujur appa selamat!”, Daehyun mengukir senyumannya namun appanya hanya mendengus sambil berkerut-kerut di dahi.

Prof Jung mengendahkan anaknya lalu berlari pantas ke belakang rumah.
“Appa! Appa nak pergi mana tu appa!!”, Daehyun melaung namun tidak dihiraukan appanya.
 

“Abang!!! Abang!!”, tiba-tiba suara Taehyung menerpanya membuatkan Daehyun tergamam sebentar.

“Awalnya kau balik!”, Daehyun memeluk Taehyung tiba-tiba.
“Kenapa dengan kau ni Tae??”, Daehyun memeluk tubuh Taehyung yang penuh dengan kesan-kesan luka dan baju sekolahnya yang koyak.

“Kat…kat sekolah tadi…ada ramai orang pakai sut hitam ala-ala terrorist…diorang…tem..tembak semua orang…”, jelas Taehyung. Badannya lemah. Mukanya comot dengan kesan-kesan luka.

“Mujurlah kau tak apa-apa Tae…”, Daehyun memeluk adiknya dengan erat.

Prof Jung menarik tangan anak-anaknya dari belakang.

“Mari! Kita kena pergi dari sini!”, desak Prof Jung.
Mereka berdua terpinga-pinga.

“Kita nak pergi ke mana appa??”, tanya Daehyun.

Tiba-tiba suara Tuan Seith keluar dari siaran televisyen tersebut.
“Tu…Tuan Seith kan?”, tanya Taehyung sambil memandang appanya.

Prof Jung terketar-ketar.

“Saya masih menyiasat siapa angkara semua ni tapi saya dapat kenal pasti siapa dalangnya…saya pasti ‘dia’ akan menerima hukuman yang setimpal di atas perbuatannya!”, kata Tuan Seith melalui temu ramah siaran berita tersebut.

Prof Jung hanya tersenyum sambil memandang anak-anaknya.

“Mari kita pergi sekarang!”, kata Prof Jung.
Namun, rumah mereka kini telah dekepung oleh sepasukan tentera bersekutu yang diarahkan oleh Tuan Seith.

“Angkat tangan kamu semua ke atas ataupun kamu semua akan mati!!”, arah seorang lelaki bersut hitam yang mengetuai pasukan tersebut.

Prof Jung melindungi anak-anaknya.
“Kalau nak tembak aku tembaklah sekarang! Tapi bukan anak-anak aku! Robot sial tu takkan wujud tanpa aku! Ha…apa lagi? Bunuh la aku sekarang!”, teriak Prof Jung.

Lelaki tersebut memberi isyarat kepada yang lain supaya bersedia untuk tembak.
 

Prof Jung memandang sayu ke arah anak-anaknya.
“Dae…Tae…appa kira sampai 3…pastu semua tunduk bawah…arasso?”, Prof Jung berbisik.
Anak-anaknya mengangguk faham.

Pasukan tentera tersebut bersiap sedia untuk menembak mereka bertiga.
Prof Jung mengira sambil menunjuk isyarat jarinya.

“1....”

“2….”

“3….”,

“SEKARANG!!”

Seluruh rumah gegak gempita. Seperti di medan peperangan. Bunyi tembakan di sana sini.

“Appaaa!!!”, Taehyung menjerit sambil menekup telinganya.

Tiba-tiba pasukan tentera yang mengepung rumah mereka ditembak dari arah yang tidak diketahui.
Tiada sesiapa pun yang selamat. Badan mereka semua terbujur kaku di situ.

Suasana kembali senyap sedia kala. Seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Badan Taehyung menggigil ketakutan.

“Diorang….diorang semua dah mati??”, Taehyung tergamam.
“Mari! Mari kita semua pergi dari sini!”, Prof Jung terus menarik tangan anak-anaknya yang masih dalam kebingungan dan berlari ke luar rumah.

Baekhyun yang sedang memandu pulang ke rumah terlihat mereka bertiga sedang berlari tergesa-gesa. Rumah mereka seperti baru di bom.

“Appa! Korang berdua! Mari cepat masuk kereta!!”, Baekhyun memberhentikan keretanya.
Namun, Prof Jung enggan memasuki kereta tersebut.

“Appa! Cepat lah!!”, jerit Daehyun.
“Appa!!! Masa kita dah suntuk!!”, desak Baekhyun.

“Ambik fail-fail ni Baek! Simpan ni elok-elok! Jangan biarkan fail-fail ni jatuh ke tangan Tuan Seith! Dia tu syaitan yang bertopengkan manusia! Biar appa mati di sini, sebab tanpa appa…diorang tak dapat aktifkan robot-robot tentera tu…Daehyun, jaga abang dan adik kau dan satu lagi….Taehyung…jaga diri ye nak…kau sangat penting bagi appa….”, Prof Jung mengukirkan senyumannya.

Taehyung yang cuba menahan sebak kini tidak tertahan.
“Ap…appa…tolong lah jangan…jebal…”, air mata mengalir deras ke pipinya.

“Appa sayang kamu semua…selamat tinggal…”, Prof Jung menolak pintu kereta lalu menyuruh Baekhyun segera meninggalkan rumah tersebut.

Baekhyun berasa berat hati meninggalkan appanya keseorangan. Namun, dia terpaksa melepaskan perasaan tersebut.

“Abang!!! Kenapa abang tinggalkan appa!!! Appa!!!”, Taehyung menangis sambil melihat appanya berdiri keseorangan melalui cermin belakang.

Prof Jung mengeluarkan sepucuk pistol dari poket seluarnya.
Lalu terlihat dari jauh sepasukan tentera yang ramai kini menuju ke arahnya.

Perlahan-lahan dia menghayunkan pistol tersebut di kepalanya.
“Kau dah terlambat Seith…”, Prof Jung menekan picu pistol dan sedas peluru menembusi kepalanya menyebabkan beliau mati serta-merta di situ.

Taehyung terkaku melihat kejadian tersebut.
“Appa….tidak!!!!!!”, Taehyung meraung. Daehyun di sebelahnya terus mendakap erat adiknya.
Namun malang tidak berbau, tiba-tiba sahaja ada peluru sesat mengenai kepala Daehyun yang menembusi cermin kereta.

“Abang!!!!!!!”, Taehyung meraung. Daehyun tidak memberi sebarang reaksi, lama kelamaan pelukan tersebut dilepaskan. Baekhyun terkejut lantas dia terus memecut laju.
Segala-galanya terlambat. Daehyun mati serta-merta.

Mereka akhirnya dapat melepaskan diri dan bersembunyi di sebuah rumah bawah tanah milik Prof Jung. Rumah tersebut terletak jauh di pedalaman dan tiada sesiapa pun yang mengetahui akan tempat tersebut kecuali mereka sekeluarga.

Mereka berdua buntu dan terus buntu. Taehyung dari hari ke hari hanya berdiam diri. Langsung tidak berkata apa-apa sejak kejadian tersebut selain menangis dan bercakap seorang diri seperti orang tidak normal.

Baekhyun bertekad untuk menyembunyikan diri dahulu sebelum bertindak apa-apa ke atas Tuan Seith. Dia menghabiskan masanya dengan mengkaji fail-fail appanya.

“Project Distirct 12…bala tentera robot yang tidak berperikemanusiaan….”, Baekhyun meneliti setiap barisan ayat dan gambar yang tertera di dalam fail tersebut.

Demi melihat adiknya yang sering murung seorang diri, dia tekad untuk melakukan sesuatu.

“Mulai hari ni, aku akan kembalikan Daehyun!”, Baekhyun bertekad.

Dia menampal muka Tuan Seith di dinding lalu menconteng muka Tuan Seith dengan pen berwarna merah.

“Aku akan pastikan kau mati di tangan aku la si jahanam!!! Kau dah rampas keluarga aku!! Kau memang patut mati!!!”

Laung Baekhyun dengan penuh amarah lalu mengambil segala peralatan yang ada dan berjalan ke makmalnya.

-bersambung-

 

"maafkan abang Tae...abang, terpaksa pergi..."


Annyeong guys! 
Huhu how about this chapter?
T^T /lap hingos
luls...aku plak yg terlebih emo..haha
jumpa korang di chapter seterusnya~
psstt, aku lagi suka klau korang komen, mana tau bertambah lagi idea (?) keke

papai~ 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiMatoki
special chapter (behind the scene) pun ado! hehehe

Comments

You must be logged in to comment
330nai #1
Chapter 6: daebak gler... mmg best but LG genre cmni. n hyun fmly shipper here.
RMnEXO
#2
Chapter 6: Bapak best doe,,
Jarang jumpa ff action malay punya camni.. btw,, goodluck~!! ^^
nuyeen #3
Chapter 3: Deabak arr!!!good luck authornim!!!
sunlight_ #4
Chapter 3: Daehyun ~
update soon. ✌♡
nsyy1234
#5
Chapter 2: ohhhemmjehhh kejamnya tuan setan tu
zelomine
#6
Chapter 2: Fuyooooo........ hebat hebat.... update soon..
lovebreak
#7
Saya nantikan cerita awak
good luck for contest ^o^