Chapter 07
I'm Married With That KingkaI’m Married With That Kingka : Chapter 07
Hanri merenung lama makanannya. Kejadian malam tadi masih lagi berlegar-legar di kepala fikirannya. Jadi takut pula Hanri untuk ke sekolah. Perangai Chanyeol di sekolah dan di rumah jauh berbeza. Jika di sekolah, dia seorang yang pendingin dengan Hanri. Tapi di rumah, perangai Chanyeol seakan-akan sudah mengenalinya lama. Hanri bingung dengan perubahan sikap Chanyeol.
“Eh, Hanri! Kenapa tak makan lagi? Tak sedap ke?”Tanya Omma Chanyeol. Hanri menggelabah. Bagaimana dia boleh termenung akan Chanyeol? Hish! Dia sudah melakukan mimpi buruknya. “Eh, takdelah Omma. Hanri tengah fikir pasal Omma Hanri kat rumah tu” tipu Hanri. Tapi ada betulnya juga cakap dia. Memang dia ada terfikir akan Ommanya di rumah.
Hanri terus menjamah makanan yang dimasak oleh Omma Chanyeol.Dia mengunyah makanan itu sambil memerhati sekeliling rumah Chanyeol. Dia belum sempat memerhati kesemua halaman di rumah itu. Matanya tertancap ke arah satu tubuh. Hanri kaku. Perlahan sahaja pergerakan lelaki itu membuatkan hati Hanri bergetar.
Chanyeol yang sedang menuruni tangga perasan akan perbuatan Hanri. Dia tersenyum.Mungkin ada idea untuk menyakat Hanri. Tapi bila dia fikirkan balik, mengapa hanya Hanri yang berlegar di fikirannya dan bukan Jiyeon yang muncul. ‘Siapa Hanri pada aku?’ berdetak juga jiwa lelakinya. Dia menggelengkan kepala dan memejam matanya rapat. Cuba meyakinkan hatinya yang dia tidak mempunyai perasaan pun pada Hanri.
Hanri menundukkan kepalanya setelah dapat menangkap perbuatan Chanyeol. Chorong yang tersedar akan perubahan riak wajah Hanri ,menjengil matanya ke arah Chanyeol. Chanyeol cuma buat muka tidak bersalah. Dia malas melayan karenah adiknya yang asyik memandang serong ke arahnya.
“Omma, Chanyeol pergi dululah” pamit Chanyeol. Dia mahu cepat beredar dari situ. Perutnya lansung tidak terasa lapar. “Ish! Kamu ni, asyik-asyik tak breakfast. H
Comments