Chapter 01

I'm Married With That Kingka
Please Subscribe to read the full chapter

 

I'm Married With That Kingka : Chapter 01

              

"Hanri .. Turun makan, nanti lewat ke sekolah !! " jerit ibuku girang. Aku mengambil beg sekolahku dan turun ke bawah dengan penampilan nerd. Ibuku membuat muka berkerut. Aku cuma mengangguk. Ya, kerana aku tahu.. Mesti ibuku akan bertanya 'Nerd Lagi?'. Aku tidak mahu datang ke sekolah sebagai Kwon Hanri, anak pemilik syarikat terbesar di Korea dan juga pemilik Kirin High School. Aku mahu datang ke sekolah sebagai Kwon Hanri, seorang nerd dan hanya mendapat biasiswa. Namun jauh di sudut hatiku masih terselit satu sebab aku berpakaian nerd.

 

"Aish! Nerd Lagi.. Bila nak tunjuk diri sebenar?" soal ibuku sambil meletakkan jem Strawberry di atas roti. Aku cuma mendiamkan diri dan duduk di atas kerusi berhadapan dengan ibuku. Aku mengambil roti yang diberi ibuku. Aku menyuapkan roti itu kedalam mulut kecilku. Keadaan teramatlah awkward. Ayahku membaca surat khabar sementara ibuku sedang bermain dengan telefonnya. Aku, entah apa yang patut aku lakukan.

 

 "Omma, Appa.. Hanri pergi dulu " gumamku lalu mencium pipi ibu dan ayahku. Aku mengambil basikal dan keluar melalui pintu pagar. Pegawai yang menjaga pintu pagar rumahku tersenyum dan menunduk hormat kepadaku. Aku membalas senyumannya dan terus mengayuh basikal menuju ke Kirin High School. Pintu pagar sekolah itu hampir ditutup oleh pengawas sekolah yang bertugas minggu ini. Aku menjerit supaya berhenti.

 

"Berhenti!!!!! Jangan tutup! " aku menjerit. Dia berhenti dan memberi laluan kepadaku. Aku menghembus nafasku. Mujur sahaja pengawas itu memberi laluan untukku, kalau tidak mesti aku sedang berada di hadapan pintu pagar dan menunggu di situ sehingga tamat sekolah. Aku terus mengayuh dan memarkirkan basikalku di tempat parkir. 

 

"Exo-K!! Exo-K!!" suara budak perempuan berteriak bergema di gegendang telingaku. Semestinya kerana 5 orang pelajar lelaki yang digelar Exo-K. Suho, BaekHyun, D.O , Kai dan Sehun. 5 orang pelajar itu berjalan ke kelas mereka, 5A-1. Aku membuat muka menyampah. Perlu ke kita menjerit hanya untuk lelaki yang digelar "Handsome". Aku berjalan menuju ke kelasku, 4A-1. Aku berumur 17 tahun, berbeza dengan mereka yang berusia 18 tahun.

 

"Kwon Hanri! Kamu lewat lagi! " marah Puan Tiffany kepadaku. Aku menunduk hormat kepada Puan Tiffany dan segera berjalan menuju ke tempat dudukku. Aku mendengar segala penjelasan yang diberi Puan Tiffany dengan tekun. Memang kadang - kadang mengantuk, tapi ditahanku. Tidak mahu dimarah lagi, sudahlah aku tidak mempunyai kawan. Semua orang memandang aku rendah.

 

Waktu rehat disahkan dengan berbunyinya loceng. Semua pelajar kelas 4A-1 menjerit keseronokan. Puan Gayoon yang mengajar subjek Sejarah hanya menggelengkan kepala. Aku mengeluarkan bekalku dari beg sekolahku yang berwarna merah hati. Bekalku hari ni, adalah Cupcake. Aku berjalan ke arah kantin dengan selamba. Langkahku berhenti secara tiba-tiba. Rooftop! Aku perlu pergi ke sana.

 

Aku menuju ke arah bumbung sekolah dengan perasaan sedikit hampa. Di sana , ramai mangsa yang dibuli terpaksa memberikan sesuatu kepada pembuli kejam, Exo-K. Kita dipaksa untuk pergi, kalau tidak maut yang menanti. Kini tiba giliranku untuk memberikan Cupcake yang dibuatku. Langkah demi langkah aku berjalan ke arah mereka. Perasaan takut mula

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
FairyAngel
Chapter 6 is coming! I'msoo sorry because late to update this story.. Someone, upvote please?

Comments

You must be logged in to comment
Blackrose31102 #1
Chapter 8: update please~~~I fall in love with this story
Blackrose31102 #2
Chapter 1: saya jarang bca ff malay...so sya harap ff ni best...;)
Eui-jin #3
Chapter 8: This story is really nice and funny. PLS UPDATE ASAP!!!
pikahbajet #4
Chapter 7: sape luhan. palli update.......
capati #5
Chapter 7: daebak best arr ff ni , author nim palli update sy nk tau sgt siapakah luhan pada hanri
sweet33 #6
Chapter 7: hahahahaha!! kelakarlah citer nie...best sngat citer nie..btw spe luhan tu?!...kene tungggu next chapter la jwbnye hohohoh..update soon awaa ^_^
Byun_Kyungmi
#7
Chapter 7: Wow.. Amazing ..I love your story..
Saya curious nih.. Sape Luhan?
Kalo ko ganggu hubungan Yeori..Nahas kau!!
Haha! Over LAH saya niiii
Hantuff #8
Chapter 6: update soon
ArmyGirls #9
Chapter 6: Funny story. Update cepat-cepat ~~!!