~6~

the life of kim jaejoong

Jaejoong dan Jessica duduk menghadap Heung Soo dan Jacky Kim di sebuah restoran bertaraf lima bintang. Mereka makan bersama selepas perbincangan antara agensi masing-masing selesai. Jaejoong dan Jessica menjadi duta untuk design terbaru pasangan kekasih. Jessica kelihatan teruja manakala Jaejoong tenang sahaja. Jessica dan Jacky Kim banyak berbual mengenai design yang diketengahkan Jacky Kim. Mereka mampu memahami kerana memiliki idea yang sama. Jaejoong sekadar mengangguk dan diam menjamah makanan. Heung Soo pula memerhati keakraban antara Jessica dan Jaejoong dan Jessica dan Jacky Kim. Entah kenapa Heung Soo dapat rasakan ada sesuatu antara mereka bertiga.

“Jaejoong, ni untuk you” Jacky Kim hulurkan satu kotak bereben kepada Jaejoong. Berkerut dahi Jaejoong menyambutnya.

“Ini bukan rasuahkan, Jacky” soal Heung Soo sedikit terkejut dengan pemberian Jacky Kim secara tiba-tiba itu.

“Tak la. Ni just hadiah je. Cousin i suka sangat dengan you so dia kirimkan hadiah ni” terang Jacky Kim. Jaejoong mengangguk sambil membelek hadiah itu. Dia kemudiannya meletakkan hadiah itu ke dalam begnya. Dia dan Jessica berpandangan dan saling berbalas senyuman.

“Lucky i sukakan Jessica. Boleh jumpa face to face macam ni bagi i lebih banyak kelebihan” Jacky merenung mata Jessica. Pipi Jessica merona merah. Cepat-cepat Jessica ketawa cuba menutup debarannya.

“Sweetnya” Jaejoong turut sama tergelak bersama Jacky apabila Jessica menampar bahu Jaejoong secara lembut.

Heung Soo berdeham dua tiga kali. Dia tidak selesa melihat keadaan tersebut. Jacky terang-terangan seperti mahu memikat Jessica. Jacky ni pun berpada-pada la takkan depan Jaejoong nak buat perangai. Apa pula kata Jaejoong nanti. Heung Soo meneguk minumannya sambil mengerling melihat Jaejoong yang memberi tumpuan kepada smartphonenya. Sesekali kelihatan Jaejoong tersenyum manis. Jessica pula lebih banyak memberi tumpuan kepada perbualannya dengan Jacky.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Yunho tersenyum melihat kehadiran Jaejoong. Jaejoong berjalan menghampiri Yunho dan Changmin. Matanya melekat pada Yunho manakala tangannya mengusap kepala Changmin. Changmin mendengus dan cuba menolak tangan Jaejoong.

“Changmin ah jangan la macam ni. Tak happy jumpa i ke?” rungut Jaejoong.

“Dia memang macam tu, Jaejoong. You dari mana?” soal Yunho sambil menarik tangan Jaejoong mendekatinya.

“Dari discussion. Yunho, you ada dapat surat dari fans. Banyak peminat Yunjae wish kita punya relationship jadi real” ujur Jaejoong. Tubuhnya merapati tubuh Yunho, Yunho lantas merangkul pinggan Jaejoong kemas.

“So you nak realkan perhubungan kita” soal Yunho bersama senyuman. Changmin yang mendengar sekadar mencebik sebelum dia mendahului mereka berdua. Muak dia melihat kemesraan yang tidak bertempat mereka berdua.

“Tapi kita memang dah real la. You and I dah memang rapat pun. Kita best of the best partner,kan” ujur Jaejoong bersahaja.

“Yup, best of the best partner but Jaejoong you kan couple dengan Jessica. Kalau you still lagi dengan dia hubungan kita tak dikira serius”

“Apa maksud you?”

“Come to me and kita buat relationship kita real. Ia sesuatu yang bagus untuk kita berdua. Nama you pun akan lebih dikenali”

“Tapi i takkan tinggalkan Jessica” Jaejoong memucungkan bibirnya dan meninggalkan Yunho sendirian. Dia mengejar Changmin. Yunho mengeluh. Nampaknya Jaejoong benar-benar sukakan Jessica.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jaejoong mengeliat setelah dia memasuki vannya. Schedule dia bersama DBSK berakhir juga. Paling dia tidak suka adalah hint yang sengaja Yunho tinggalkan di dalam program itu mengenai perasaannya. Bukan salahnya untuk membuat seseorang jatuh cinta tapi dia tidak dapat mengawal perasaan orang lain.

“Nak kemana Jaejoong” soal managernya. Jaejoong sekadar mengelengkan kepalanya. Dia tidak ada adengan tersendiri. Hari ini dia mengikut sepenuhnya jadual yang disediakan managernya.

Satu mesej masuk. Jaejoong membaca mesej dan membalasnya. Hari ini dia akan berjumpa buah hatinya. Jaejoong tersenyum puas, hari yang letih diakhiri dengan menatap insan tersayang pastinya berbaloi. Jaejoong sudah tidak sabar untuk sampai ke rumah.

Sebaik sahaja van berhenti Jaejoong terus melangkah laju menuju ke rumahnya. Dia membuka pintu dan bauan The Boss yang kuat menusuk hidung. Bauan yang amat disukainya. Satu susuk tubuh berdiri di hadapannya Jaejoong tersenyum gembira. Tubuh itu dipeluknya erat.  

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet