~2~

the life of kim jaejoong

Jaejoong merenung wajah Yoochun. Matanya meliar memerhatikan dahi, hidung, bibir, pipi Yoochun. Dia akui Yoochun memang hensem dan tarikan aura Yoochun seperti kasanova membuatkan pemuda itu kelihatan lebih menarik. Mata Jaejoong melirik ke luar kafe, memerhatikan kereta sport Yoochun yang tersadai di hadapan kafe. Dia kemudiannya merenung Yoochun kembali, tidak puas melihat wajah itu.

"Yoochun, do you miss me?" soal Jaejoong. Yoochun mengangkat kepalanya. Dia melihat Jaejoong yang sabar menunggu jawapannya.

"Yes, of course darling. Hidup i tak tenang, semua normal kat sana. Tak ada yang gila macam you" jawab Yoochun bersahaja. Suapannya diteruskan.

"At least orang gila ni yang you suka" ujur Jaejoong separuh merajuk.

"Woohoo...macam orang kebuluran" bauan wangian The Boss menusuk hidung Jaejoong. Ah, betapa dia merindui bauan ini.

"Kau tak tahu yang aku memang kebuluran. Akhirnya makanan Korea masuk jugak dalam perut" Yoochun menghirup pula minumannya.

"Junsu" Jaejoong menyandarkan badannya kepada Junsu. Junsu yang baru sahaja menyuapkan pankek memandang Jaejoong.

"Kenapa hyung?" soal Junsu.

"I like your smell" Jaejoong menghadiahkan kenyitan kepada Junsu. Muka Junsu merah padam. Malu mungkin.

"Aish, hyung. Kalau orang lain dengar confirm akan fikir yang bukan-bukan" Junsu menyuapkan pankek.

"Jae, you ada colaboration dengan DBSK,kan. I dah dengar, best" Yoochun bersuara. Makanan dan minumannya sudah habis dimakan.

"Yeah, me too. I pun dah dengar" Junsu teruja. Dia betul-betul sukakan lagu terbaru gandingan Jaejoong dan DBSK.

"Hyung, tak makan ke? Diet ke?" soal Junsu setelah sekian lama tiada satu makanan atau minuman pun dihadapan Jaejoong.

"Nope, buat apa nak diet. Dah janji dengan someone nak dinner sama malam ni" Yoochun dan Junsu berpandangan.

"Siapa? Sica? Hyung, you dah baca tak news pagi tadi. Pasal Sica?" Junsu mencelah.

"Kenapa dengan Sica?" Jaejoong membaca mesej yang baru masuk.

"Jae, you betul-betul tak tahu atau you buat-buat tak tahu" soal Yoochun.

"You dinner dengan siapa?" Yoochun mula tidak senang duduk.

"Someone, alright. I pergi dulu, bye" Jaejoong melarikan diri dari mereka berdua.

Yoochun dan Junsu menghantar pemergian Jaejoong. Jaejoong memang suka berahsia, dengan siapa dia keluar, dengan siapa dia jumpa semuanya tidak diberitahu walaupun kepada mereka berdua. Yoochun dan Junsu mengeluh dalam diam.

 

Kereta sport itu meluncur laju merentas lebuh raya. Jaejoong memandang ke hadapan memerhati kenderaan dihadapannya. Matanya memerhati langit cuba mencari walau sebutir bintang. Sebaliknya bulan yang menjamah penglihatannya itu.

"You tukar perfume ke?" soal Jaejoong kepada pemandu kereta sport itu. Matanya masih tertumpu di atas langit. 

"Yup, fan yang bagi so guna je la. Tak nak membazir"

"Jae" Jaejoong berpaling memandang lelaki disebelahnya itu.

"Are you okay?" soal lelaki itu. Kedengaran seperti dia risaukan Jaejoong.

"Okay, kenapa?" Jaejoong memandang hairan.

"Well, the news dah spread. So, are you really okay with that thing?"

"Hyunjoong, can we stop talking about this? About Jessica, yeah i know already. Bukannya ada pape pun kan. Sica tak buat salah pun"

"Jae, tak salah you cakap. She date another guy. Semua orang dah bengang dengan dia. Kenapa dia duakan you, kalau i tak mungkin i akan duakan you"

"Maksudnya?" Hyunjoong terdiam dengan pertanyaan Jaejoong. Dia terus memberi tumpuan pada pemanduannya. 

Jaejoong tersenyum kecil. Dia memerhatikan pemandangan melalui tingkap tempat duduknya pula. 

"You memang love Jessica ye" kenyataan Hyunjoong melebarkan senyuman dibibir Jaejoong.

"I really like her"Jaejoong membaca mesej yang baru masuk. Mesej dari Jessica meminta mereka untuk berjumpa esok hari. Jaejoong membalas mesej itu. 

"You nak bawa i pergi makan mana?" Jaejoong menyoal Hyunjoong setelah lima minit mereka diam membisu. Kereta sport itu juga memasuki bandar kecil tetapi masih tidak berhenti di mana-mana restaurant atau hotel.

"Makan dekat tempat menarik" Hyunjoong tersengih. Restaurant yang berada dihujung bandar itu sengaja ditempahnya. Restaurant tersebut berhadapan dengan pantai menimbulkan suasana tenang dan nyaman.

 

 

 

 

*hai..hai...hai...sorry for short story, if you like it please subscribe...please comment too...i'll appriciate your critic..^_^

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet