~1~

the life of kim jaejoong

Jaejoong memejamkan matanya. Berkali-kali mata itu dibuka dan ditutup tetapi keadaan tetap juga sama. Dia masih di situ bersendirian. Siling putih bilik itu dipandangnya lagi. Tiada apa yang menarik tetapi dia masih tetap memerhatikan siling yang kaku itu. Dia membalikkan tubuhnya menghadap tingkap yang terbentang luas memaparkan bangunan-bangunan tinggi. Selimut yang menutup separuh tubuhnya ditarik sehingga menutup keseluruhan tubuhnya. Matanya terkebil-kebil memerhatikan tingkap itu pula. Bunyi curahan air di bilik mandi kedengaran. Jaejoong terus memejamkan matanya.

"Jae, tak bangun lagi" satu suara menegurnya. Jaejoong masih kaku di katil.

"Jae, you ada schedulekan" suara itu bersuara lagi. Jaejoong pula masih dalam keadaan yang sama.

"Jae, sorry okay. Lain kali i teman you, ye. Dah bangun nanti manager you mengamuk pula" bauan perfume The Boss menusuk hidung Jaejoong. Satu kucupan hinggap di kepalanya. Pintu bilik dibuka dan ditutup kedengaran. Jaejoong mengeluh.

"Ah, schedule" Jaejoong memandang bilik yang kosong itu. Orang yang bersamanya tadi juga sudah tiada. Perlahan-lahan Jaejoong menuju ke bilik air. Selimut yang terjatuh di bawah katil dibiarkan. Dia membawa diri bogelnya untuk dibersihkan.

Manager mengambil tiga plastik sandwich dan tiga cawan kopi. Dia menuju ke arah parking bawah tanah. Berjalan berhati-hati menuju ke van hitam. Dari jauh dia lihat seseorang melambai dan tersenyum kepadanya. Dia menunduk tanda hormat. Orang tersebut memasuki kereta sportnya. Manager mencari-cari kelibat Jaejoong. Mana dia ni, rungut Manager.

"Nah" Manager hulurkan satu cawan kopi dan sandwich kepada Driver. Tanpa suara Driver menyambut dan menikmati sarapannya. Manager menghirup sedikit kopi sambil melihat schedule Jaejoong.

Pintu belakang terbuka. Sesusuk tubuh Jaejoong menghempak punggungnya ke kerusi. Dia menyandar sambil memerhatikan kedua-dua hyungnya menikmati sarapan.

"Hyung, lapar" renget Jaejoong.

Manager menjeling seketika sebelum menghulurkan kopi dan sandwich kepada Jaejoong.

"Dia tak sediakan sarapan dulu" sindir Manager. Driver tersengih mendengar sindiran itu. Dia memerhati Jaejoong yang sedang mengunyah sandwich melalui cermin pandang belakang. Kopi dihulurkan kepada Manager. Dia lantas menghidupkan kenderaan itu.

"Dia busy, dapat urgent call" Jaejoong memuncungkan bibirnya. Geram bila disindir begitu.

 

 

Yunho memandu keretanya sambil Changmin disebelah termenung. Radio yang berkumandang dibiarkan sahaja tanpa mereka berdua mendengarinya. Kereta sportnya memasuki parking lot KBS. Mereka berdua keluar bersama-sama. Muka Yunho serius sahaja memasuki bangunan besar itu. Changmin juga begitu, mukanya dilekatkkan dengan keseriusan. Derap langkah kaki mereka berdua kedengaran dari segenap penjuru. Beberapa orang yang berselisihan dengan mereka menunduk hormat.

Mereka memasuki sebuah bilik persalinan. Yunho dan Changmin disambut staff mereka. Mata mereka melekat kepada seseorang. Orang itu sedang membelakangkan mereka. Rambutnya diuruskan oleh stailishnya. Changmin mendengus. Dia menuju ke arah sofa yang berdekatan lelaki itu. Lelaki itu berpaling ke arah mereka.

"Hai, Jae" tegur Yunho. Dia mengambil tempat duduk bersebelahan Jaejoong menghadap cermin. Stailish Yunho lantas melakukan kerjanya.

"Hai, Yunho. Hai dongsaeng" Jaejoong membalas teguran Yunho dan menegur Changmin.

"I'm not your dongsaeng" Changmin memprotes. Jaejoong dan staff yang mendengar ketawa bersama-sama. Gelagat Changmin melucukan.

"Macam mana korang punya concert" soal Jaejoong. Dia melihat Yunho melalui cermin.

"Okay, ramai yang datang" Yunho tersenyum melihat wajah Jaejoong yang tidak puas hati dengan jawapannya.

"How was your concert Changmin" soalan itu dituju kepada Changmin pula.

"Bad. Macam-macam benda berlaku. Semua diluar kawalan" Jaejoong terdiam dengan jawapan ikhlas Changmin. Dia mengerling ke arah Yunho yang masih tersenyum mesra memandangnya.

"Ha, idiot" Jaejoong memuncugkan bibirnya. Yunho and Changmin berpandangan. Sukar membaca fikiran Jaejoong. Pastinya jawapan itu bukan yang mahu didengari Jaejoong.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet