~3~

the life of kim jaejoong

Bangunan kbs pagi itu penuh dengan artis dan idol. Mereka akan rehearsal untuk program muzik malam ini. Di satu sudut jaejoong sedang duduk sendirian di hujung tempat duduk peminat. Yoochun dan junsu masih belum tiba lagi. Dia yang terlebih awal. Jaejoong melihat persembahan-persembahan dari girl group. Dia sekadar tersengih melihat tarian seksi mereka. Beberapa pasang mata juga memerhatikan jaejoong dari jauh. Berkira-kira mahu menegur lelaki itu. 

 

Pintu masuk studio terbuka. Seorang gadis berblouse dan berseluar pendek paras paha muncul. Rentak high heelsnya tenggelam timbul dengan muzik dimainkan. Gadis itu memandang sekeliling dan matanya berhenti pada jaejoong. Dia lantas bergerak ke arah jaejoong. Gadis itu mengambil tempat duduk di sebelah jaejoong. Mereka diam seketika.

 

"Oppa" gadis itu menegur jaejoong.

 

"Wae?" Pandangan jaejoong masih pada pemtas.

 

"You heard the story"

 

"Pasal you curang tu" jaejoong tergelak memikirkan berita itu. Jessica dikatakan curang kepadanya kerana makan malam bersama lelaki lain.

 

"Oppa"renget jessica. Lengan jaejoong dicubitnya. Geram. Jaejoong ni macam tak ambil serius pula.

 

"Ouch. Yah. Sakit la" jaejoong mengusap lengannya. Cubitan jessica boleh tahan sakitnya.

 

"You tak tahu apa i kena hadapi. It is so crazy" rungut jessica. Dia memeluk tubuhnya fikirannya melayan ke arah peristiwa yang mahu dilupakan.

 

"Alright. Alright. Tell me what happened" jaejoong memberi tumpuan kepada jessica. Wajah muram jessica membuatkan terasa untuk ambil berat.

 

"Pagi tadi ada orang lempar telur dekat pintu rumah. Diorang siap letak najis anjing lagi. Kejam sungguh. Time i pergi beli breakfast pun orang kedai tu bagi kopi terlalu pahit and roti yang keras. Diorang semua marah. Kenapa i curang dengan you? Kenapa i buat you macam tu? I nie perempuan jahat. Perempuan tak tahu dek untung. I..i" kata-kata jessica tersekat dek air mata yang mahu keluar. Jaejoong terpaku mendengar cerita itu. Simpatinya pada jessica mula timbul. Jaejoong merebahkan kepala jessica ke atas bahunya. Tangannya mengusap bahu jessica cuba menenangkan gadis itu.

 

"Oppa salah ke i nak makan malam dengan dia" jessica merujuk kepada teman makan malamnya semalam.

 

"No. Tak salah pun. You ada hak nak makan dengan sesiapa pun" jaejoong menarik tangan jessica dalam gengamannya.

 

"Then why they do that to me"

 

"Because they do not know you"

 

Jaejoong dan jessica terdiam. Mereka masih dalam keadaan sama. Kepala jessica berada di atas bahu jaejoong dan jaejoong sedang memeluk bahu gadis itu. Mereka berdua tidak menghiraukan pandangan mata yang memerhati.

 

"Bukan jessica curang ke"

"Jaejoong baik sangat ambil dia balik"

"Mengada-gada la perempuan tu"

 

Dbsk yang berada dalam kalangan super junior turut sama memerhati kemesraan antara jessica dan jaejoong. Yunho hanya terpaku di sebelah heecul. Hatinya bergolak dengan pelbagai perasaan menyaksikan pasangan tersebut.

 

"Mereka berdua tu memang bagus sangat bersama. Pasangan kontroversi. Taku habis-habis dengan cerita" sindir kyuhyun. Changmin mengangguk mendengar kata kawan baiknya itu. Yunho mengeluh. Matanya masih melekat pada jaejoong dan jessica.

 

...............................................................

 

Seorang lelaki berkot hitam berjalan masuk ke dalam pejabatnya. Mesyuarat tadi mencabar kredibilitinya. Pekerja-pekerjanya sengaja cari pasal. Adakah kerana dia masih mentah dalam pentadbiran. Namun bapanya sudah mengajar dia dari kecil lagi. Dan terbukti dia mampu menagani situasi tadi. Lelaki itu duduk di mejanya. Papan nama ceo terpapar di atas meja. Lee heung soo.

 

Heung soo ambil membelek surat khabar yang diletakkan setiausahanya di atas meja. Dia membelek pada berita niaga sebelum terhenti di bahagian entertaiment. Gambar jessica keluar dari sebuah restoran bersama seorang lelaki terpapar. Wajah lelaki itu tidak kelihatN dengan jelas kerana dilindungi dengan topi. Di sebelah gambar itu terdapat gambar jaejoong. Heung soo lantas membaca berita tersebut. Sesudah membaca berita itu heung soo menyandar di kerusinya. Otaknya ligat memikirkan berita yang itu. 

 

*feel free to comment please...

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet