Bab Satu : Terluka

Engkaulah Bintang Hatiku
Please Subscribe to read the full chapter

Setelah habis melafazkan doa selepas solat Aurora menanggalkan telekung dan melipatkannya serta sejadah lalu meletakkannya di tempat penyidai tuala. Lalu Aurora memandang kakaknya yang masih nyenyak tidur di atas katilnya. Memang sejak dari kecil Aurora dan kakaknya, Dahlia tidur sebilik tetapi berlainan katil. Maklumlah, Aurora seorang yang takut jikalau tidur berseorangan di bilik. Mesti dia penat sebab banyak kerja sekolah dia harus buat semalam malam, bisik Aurora. Kasihan melihat Dahlia.

“Kakak, bangun jom. Cepat solat subuh lepas tu bersiap untuk buat sarapan sama-sama,” Aurora berkata sambil menggoncangkan badan Dahlia dengan lembut. Dahlia secara perlahan membuka matanya dan mengangkat badannya dari berbaring.

“Sudah pukul berapa sekarang?” Dahlia bertanya sambil menggarukan matanya.

“6 setengah,” Aurora menjawab. Dahlia meninggalkan adiknya dan memasuki bilik air bersama tuala yang berada di sekitar lehernya.

Aurora menginjak masuk ke dapur dan mengeluarkan bahan-bahan makanan untuk dimasak sarapan nanti. Biasanya, Mak cik Ijah yang membuat sarapan tetapi bukan untuk hari ini kerana dia pergi ke rumah anaknya sempena hari kelahiran cucunya yang pertama. Sambil menunggu kedatangan kakaknya, Aurora menghiris bawang merah, putih dan cili merah. Aurora memang boleh memasak cuma bagi dia masakan kakaknya lebih SEDAP berbanding dia sendiri. Yalah, kakaknya amat bagus dalam setiap bidang dan Aurora berasa bangga akan kakaknya. Kakaknya sudah menjadi panduan untuknya menjadi yang lebih baik. Cemburu itu pula hanyalah perkara yang biasa. Semua manusia mempunyai perasaan seperti itu.

Beberapa minit kemudian, akhirnya kakaknya datang ke dapur.

“Apa ya kita nak masak untuk hari ini?” Dahlia bertanya Aurora yang masih sedang menghiris bawang.

“Hmm... apa kata kita masak nasi lemak? Sudah lama dah kita tak masak nasi lemak. Rindu...,” Aurora mencadangkan. Dahlia menggangguk kepala tanda setuju. “Betul jugak... okeylah,” dengan itu mereka berdua mulakan memasak.

Semasa dua anak-anak mereka sedang meletakkan hidangan yang mereka sediakan dia atas meja makan, Puan Azalea dan Encik Safwan sudah tiba di dapur dengan muka yang cerah. Dahlia dan Aurora memandang mereka dengan berkerut dahi. Kenapa ayah dan ibu gembira semacam? Ada apa-apa ke? fikir dua beradik itu.

“Ibu... ayah... kenapa Dahlia tengok korang berdua gembira semacam je ni?” anak sulung bertanya. “Kalau ada kongsilah dengan kami,” Aurora mengusik.

“Cuba teka hari ni hari lahir siapa? Ayah bagi tiga chance je untuk kamu berdua menjawab.” ayahnya bertanya, cuba memberi info kepada dua beradik itu. “Hari lahir ayah?” Encik Safwan menggeleng sebagai tanda salah. “Hari lahir ibu?” “Salah juga,” Hish, susahnya soalan ayah. Rasa macam soalan peperiksaan pula! Dahlia dan Aurora dari tadi asyik ketuk dagu mereka dengan jari, memikirkan sesuatu.

“Hari jadi Pak Kasim?” “Hari jadi Mak cik Ijah?” Dahlia dan Aurora meneka serentak. “Dua-dua salah dan jawapannya ialah... hari ni hari Aurora!” ibunya menjawab jawapan sebenar dengan penuh keseronokan lalu memeluk Aurora dengan erat. “Yeke?” Aurora seakan-akan tidak percaya dengan pernyataan ibunya itu. 

“Mestilah! Anak kedua ibu nak jadi besar dah sekarang!” Puan Azalea memeluk anak keduanya lebih erat. “Selamat Hari Lahir adikku. Maaf sebab akak sendiri terlupa yang hari ni hari jadi adik,” Dahlia memeluk Aurora erat. “Haha takpelah Lia,” kata Aurora.

“Nanti malam, ibu dan ayah akan bawa Aurora dan Dahlia pergi Mid Valley. Kita beli-belah ka

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet