Engkaulah Bintang Hatiku

Please Subscribe to read further chapters

Description

Nurul Aurora dilahirkan dan dibesarkan bersama keluarganya yang hidup penuh dengan kemewahan. Meskipun begitu, kakaknya, Nurul Dahlia dan dirinya tidak pernah bersifat sombong dan menunjuk-nunjuk terhadap orang sekeliling mereka. Ramai yang menggelar mereka sekeluarga sebagai sebuah keluarga yang sangat bertuah oleh kerana mereka tidak pernah menimpa sebarang musibah.

Namun, mereka tidak lagi menggunakan gelaran tersebut pada mereka selepas suatu kejadian menimpa mereka sekeluarga. Setelah kehilangan dua insan yang amat disayangi dan dicintai, kehidupan dua beradik ini menjadi sengsara. Sehingga suatu hari, beberapa orang berkemeja hitam bersama seorang lelaki tua sebaya ayahnya datang ke rumah untuk berjumpa dengan mereka berdua. Beliau ingin berbincang bersama mereka tentang sesuatu yang amat penting.

Tentang perkara apakah yang mereka perlu dibincangkan itu? 
 


“Sejak kau duduk dekat rumah aku, hidup aku sudah tidak seperti dulu lagi! Sudah berubah! Kau pergi mampuslah perempuan!”— Kim Jongin.

“Demi engkau, aku sanggup membuat apa sahaja!”— Muhammad Luqman.

“Mungkin semua yang terjadi padaku ini adalah cabaran dari Allah. Aku hanya mampu bersabar sahaja,”— Nurul Aurora.

Lelaki yang berbangsa Korea ini amat begitu marah, cemburu dan terganggu dengan kehadiran Aurora untuk duduk di rumahnya. Malah keluarganya saling beramah mesra dan menghormatinya. Entah apa yang istimewa sangat tentang gadis bertudung labuh ini. Aurora cuba bertahan walaupun Jongin sering memaki hamun terhadap dirinya dan membuatkan dia bersedih.

 

Tapi... apakah yang akan terjadi jika Jongin sedikit demi sedikit telah jatuh cinta pada Aurora? Bolehkah dia tertarik terhadap Islam dan menyedari bahawa Islam itu benar?

Foreword

tumblr_mva8z6mVC81rv4ik7o1_r2_250.jpg

Nurul Aurora                                                             Kim Jongin

ywnlui.jpg

Nurul Dahlia                                                       Muhammad Luqman

 

 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet