Bab Dua : Pindah?

Engkaulah Bintang Hatiku
Please Subscribe to read the full chapter

Hari sudah menjelang petang namun Aurora masih lagi terperap di dalam bilik seseorang. Kepalanya masih lagi dibalut dan dia masih tidak dapat mengingati tentang kejadian hari itu bermakna dirinya masih belum berpulih. Dia hanya merenung gambar yang menggambarkan kedua-dua ibu bapanya yang amat dicintai. Air matanya berlinang sekali lagi. Walaupun dia berdoa berkali-kali agar dapat menerima segala cabaran yang diterima tetapi itu bukan sesuatu perkara senang.

 Kakaknya dan yang lain amat merisaukan tentang kesihatan dirinya kerana sudah masuk hari kelima tetapi Aurora langsung tidak makan. Sentuh pun tidak walaupun sudah disediakan di depan mata. Mereka cuba berusaha untuk memujuknya tetapi tidak berhasil.

Sementara itu, Dahlia yang berada di ruang tamu masih merisaukan tentang Aurora dan cara bagaimana untuk bagi Aurora makan. Namun pada akhirnya, dia mendapat idea baru. Mungkin idea ini adalah satu-satu cara untuk Aurora makan, detik hatinya dan angguk kepalanya beberapa kali. Lalu dia bangun dan mencuba dail nombor telefon seseorang. Siapa lagi kalau bukan Luqman.

“Asalamualaikum,” suara Luqman didengari. 

“Waalaikumsalam Luqman, ni Dahlia,”

 “Kenapa? Ada apa-apa masalah ke? Macam mana keadaan kauorang berdua? Okey?” Luqman bertanya penuh kerisauan lebih-lebih lagi pada Aurora. Dia tahu tentang kejadian yang menimpa keluarga Aurora itu. 

 “Saya okey je tapi... Aurora tu... dah masuk hari keempat tapi Aurora masih berdegil tak mahu makan. Dah banyak cara saya guna tapi semua tak menjadi. Aurora asyik mengelak je. Sekarang awak ajelah satu-satunya harapan yang boleh tolong saya. Disebabkan awak kawan rapatnya, saya yakin, awak mesti boleh pujuk Aurora untuk makan. Tolong saya eh?” Dahlia membuat nada yang buntu pertolongan.

“Okey, saya tolong. Tapi bila saya boleh pujuk dia?”Empat hari? Luqman naik risau dengan keadaan Aurora.

“Err... sekarang boleh tak? Sebab saya takut karang Aurora pengsan nanti. Kalau tak boleh takpe. Esok pagi pon boleh,” Dahlia tergagap sedikit.

“Kalau macam tu, okeylah, saya pergi sekarang. Tunggu tau. Asalamualaikum,” 

“Okey, Waalaikumsalam,” Dahlia menekan butang merah dan meletak telefon bimbitnya semula di dalam jubahnya.

Dalam beberapa minit kemudian, kedengaran loceng rumah berbunyi dan Dahlia pantas membuka pintu utama. Kelihatan Luqman seorang sahaja yang sedang berdiri di depan pintu itu dengan muka yang penuh risau. “Aurora ada kat atas.  Jom saya tunjukkan.” Dahlia menjemput  Luqman ke dalam dan mereka menaiki tangga. Mereka akhirnya berhenti di sebuah bilik dan Dahlia secara perlahan membuka pintu bilik tersebut.

Terlihat adiknya sedang bersandar pada hujung katil sambil matanya berair, merenung ke gambar ibu bapa mereka. Mukanya nampak sungguh pucat lesu. Hati Luqman bagai ditusuk pisau melihat Aurora sebegitu. Dia tidak pernah melihatnya terseksa seperti ini sebelum ini. Mereka berdua mendekatkan diri dengan Aurora. 

“Aurora... Rora...,” Dahlia memanggil adiknya dengan nada yang lembut.

Aurora lalu bertentang matanya ke arah mereka dan duduk bersila di atas katil. “Ni semua salah Aurora kak... kalau hari tu kita tak keluar pergi ke Mid Valley, ibu dan ayah takkan tinggalkan kita macam ni.. Aurora sedih sangat...,” sudah berkali-kali Aurora mengatakan ayat yang sama pada kakaknya. “Rora, jangan nangis. Buruk lah muka

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet