NG !!~

ONLY ONE-SHOT

Cuaca pada hari ini amat menenangkan. Sesuai untuk berekreasi bersama keluarga. Mungkin itu menjawab mengapa Fiqa berjalan seorang diri di taman berdekatan dorm KSS.

‘aish… diorang ni memang melampau la… tau la semua nak pergi blind date, tapi jangan la tinggalkan aku gantung tak bertali.’ Gerutu Fiqa seorang diri.

Sebenarnya, ahli KSS yang lain iaitu, Asha, Aen, Aeda, Anna dan Qissie, merancang untuk menghabiskan masa bersama sama pada petang ini. Tetapi masing masing sudah mempunyai rancangan untuk lain, iaitu date. Jadi hanya Fiqa yang tinggal terumbang ambing seorang diri.

Tetapi berseorangan bukanlah teruk sebagaimana yang Fiqa sangkakan. Selepas begitu lama dikelilingi oleh orang ramai, berseorangan adalah jalan yang terbaik. Apabila dia melihat panorama disekeliling dia, amat berlainan daripada tempat asal dan kelahirannya.Kebanyakkan orang disitu bermata sepet dan berkulit putih. Amat berlainan daripada orang sepertinya.

Tiba tiba sebiji bola terkena pada kaki Fiqa. Kelihatan seorang kanak kanak berlari mendapatkan bola tersebut. Fiqa tunduk untuk mengambil bola tersebut sebelum menghulurkan kepada kanak kanak tersebut.

‘gumawo unnie!’ budak perempuan itu menjerit keriangan.

‘de.. anyeong!’ sahut Fiqa sambil melambaikan tangannya kepada anak kecil sebentar tadi.

bahasa perantaraan yang digunakan juga amat berbeza. bahasa korea sudah sebati didalam diri KSS.

‘uwargh!!! aku nak balik tukugho!!’ jerit Fiqa dengan dialek kampungnya.

tempat yang dipilih oleh Fiqa adalah tidak sesuai kerana selepas menjerit, dia tersedar ramai yang memerhati gelagat dia. kerana malu dia segera beredar dari situ.

Sekarang adalah musim panas di Seoul. Berjalan jalan diluar rumah, seperti yang dilakukan Fiqa, amat tidak digalakkan. Tekak dia terasa amat kering.

‘kalau dapat makan ais krim sedap ni.’ Gumamnya seorang diri.

Diletakkan kembali headphone ditelinganya. Hidup dia tidak lengkap tanpa headphone tersebut. Sambil berjalan mengikut ritma lagu I’ll Be There, tiba tiba satu perkara menarik perhatiannya.

Dia  ternampak sebuah gerai aiskrim Baskin Robin kegemaranya. Tanpa menoleh kekiri atau kekanan, beliau menggunakan semua tenaga yang tidak pernah digunakan selama ini, berlari kearah gerai ais krim tersebut.

‘bagi saya ais krim chunky choc 2 scoop. Tambah oreo vanilla 1 scoop.’ Ujarnya penuh teruja.

‘erm maaf… kami bukan sedang berniaga di sini.’ Satu suara menjawab dengan penuh malu.

‘kalau tak nak berniaga kenapa buka….. eh!! TAEYANG!!’ Fiqa menjerit dengan kuat.

Apabila dia mengankat kepalanya, matanya bertembung dengan mata sepet Taeyang. Ketika ini, Fiqa dalam keadaan kebingungan.. perasaan malu, terkejut, dan lain lain bercampur baur dalam dirinya. Akhirnya dia dapat bertemu hero Big Bang nya. Tetapi dia tidak menyangka yang dia akan bertemu dalam situasi yang sangat memalukan seperti ini.

‘Fiqa!’ seorang wanita menjerit. ‘awak ni -----’

Fiqa mengalihkan pandangan dari muka Taeyang ke muka wanita tersebut. Fiqa kenal wanita tersebut, dia ada membantu Fiqa dalam salah satu ketika.

‘oh unnie!’ Fiqa memberi tunduk hormat.

Pada saat dan ketika ini, hanya satu perkara yang bermain difikiran Fiqa. Dia ingin pergi dari sini. Tetapi pandangan krew-krew dan staf-staf disitu seperti tidak merelakan permergiannya. Jadi dia hanya berdiri di situ. Perlahan-lahan, darah mula naik kepipi nya. Mukanya sudah merona merah, apabila ditenung semua orang disitu.

‘apa yang kamu buat disini?’ soal wanita itu lagi.

‘saya… macam mana saya nak cakap ek??? Macam ni…’ Fiqa mula bercerita.

Apabila dia habis bercerita, semua orang yang disitu gelak kepadanya. Sikap cemerkapnya selalu membawa masalah pada dirinya.

‘kalau tak ada apa-apa dah, saya balik dulu la.’ Fiqa cuba melarikan diri.

‘eh.. tunggu sekejap!’ satu suara memberhentikan langkah kakinya.

Apabila dia berpaling kebelakang orang itu adalah Taeyang. Pilu hatinya pada waktu itu tidak dapat digambarkan lagi. Dia berasa sungguh malu dan tidak mahu berjumpa dengan sesiapa pun terutamanya Taeyang.

‘ye?? Ada apa lagi ekk???’ Fiqa cuba bercakap dengan bersahaja. tetapi usahanya gagal kerana Taeyang ketawa kecil kepada kata-katanya.

‘ni ais krim awak yang awak order tadi tak nak ke? susah je saya scoop kan untuk awak..’ Taeyang tersipu malu.

direnung lama ais krim ditangan Taeyang. dicuba carinya logik dan lawak jenis apakah yang Taeyang lakukan sekarang ini. tiba-tiba terasa renungan tajam fangirl  Taeyang dibelakangnya. Dengan pantas dia mengambil ais krim ditangan Taeyang.

dia berlari sambil menjerit ‘terima kasih!!!’

 


 

DORM BIG BANG

‘hyung saya dah balik!’ taeyang menjerit memberiitahu kepulangannya.

‘balik je la. yang nak menjerit tu kenapa’ gerutu TOP yang terbangun dari tidurnya.

‘macam mana filming CF hari ni? Ok ke tak?’ tanya GD yang khusyuk menonton rancangan di televisyen.

Apabila disebut mengenai petang tadi, kejadian dengan Fiqa mula bermain dikotak mindanya. sebelum menjawab pertanyaan GD, Taeyang hanya ketawa.

‘ok. Sangat menarik.’ Jawab taeyang sebelum dia sambung ketawanya.

‘sebab jadual yang amat ketat, Youngbae hyung sudah hilang kewarasannya.’ jawab Seungri sambil makan ramen.

Tetapi taeyang tidak mempedulikan provokasi seungri sebaliknya tersenyum masuk kedalam bilik.

hope tomorrow is better than today.’ Taeyang menjerit member semangat kepada diri sendiri. ‘tapi boleh ke esok jadi lebih menarik dari hari ini?’ gumamnya seorang diri sambil tersenyum.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet