EMPTY

ONLY ONE-SHOT

Seungri berlari kearah pintu. loceng rumahnya dari tadi tidak berhenti berbunyi. dia begitu kelam-kabut kerana menyangka yang puan Lee (ibunya) akan datang melawatnya hari ini. sudahlah rumahnya bersepah. Seungri membuka pintu sambil tersenyum ceria menyembunyikan sesuatu.

 

‘annyeong!’ Aeda tersenyum ceria memandang wajah Seungri yang tersenyum.

‘awak lagi?!’ Seungri terkejut beruk.

‘pizza oppa!’ Aeda menghulurkan sekotak pizza kepada Seungri.

‘oppa ada pesan pizza ke?’ soal Seungri cuba memastikan sesuatu ditelefon bimbitnya.

‘yaah! oppa yang hantar mesej dekat saya semalam pasal pizza!’ Aeda ketawa kecil bersangka yang Seungri sedang berjenaka dengannya.

‘oppa tak pesan pun’ jawab Seungri dingin.

‘oppa ni…pandai betul bergurau!’ Aeda menampar perlahan bahu Seungri.

 

Seungri membuat muka jengkelnya.

 

‘ambillah, saya belanja biarpun oppa tak pesan!’ Aeda mengenyitkan matanya kepada Seungri. Aeda sengaja mengenakan Seungri hari ini dengan bantuan adik perempuan Seungri, Lee Hanna.

 

Seungri terpaku. tangannya sedang memegang kotak pizza itu. Aeda masih tersengih. matanya lansung tidak dapat lekang daripada memandang lelaki kesukaannya itu. Aeda tahu yang dirinya mustahil untuk dicintai oleh Seungri yang bersikap dingin. tapi apa salahnya kalau dia berusaha?

 

‘oppa nak apa-apa? saya boleh hantarkan lagi setiap hari macam ni!’ ujar Aeda masih beria-ria.

‘tak perlu! awak boleh balik!’ ujar Seungri kasar.

 

Aeda terkejut dengan tindakan Seungri. dia tahu kehadirannya hanya mengganggu Seungri. tapi kali ini… Aeda mengambil keputusan untuk segera pulang kerana dia masih banyak kerja yang perlu disiapkan. sedang dia berpaling, tiba-tiba sahaja Seungri menarik tangannya. Aeda terasa hatinya berbunga. namun… jangan haraplah Aeda! hatinya berbisik.

 

‘sudah, cukuplah awak datang rumah oppa hari ini sahaja. lepas ni awak tak perlulah datang lagi! oppa tak selesa dengan kedatangan awak disini! memang tak diperlukan sama sekali! berhenti datang kesini atau oppa buat awak berhenti kerja!’ ugut Seungri dengan nada yang sinis. kemudian tangan Aeda dilepaskannya.

Aeda terkedu. hatinya mula terluka. namun wajahnya masih berlagak selamba. sedikit sebanyak, matanya mula berkaca. siapa saja tidak terluka. biarpun ditolak, Seungri tidak sepatutnya melayan dia begitu. Aeda berjalan lemah pulang ketempat kerja.

 


 

KSS DORM

Fiqa dan Aen sedang duduk diruang tamu. Qissie muncul selepas membersihkan diri sambil mengeringkan rambutnya yang basah. Anna dan Asha lansung tidak kelihatan. mereka menonton racangan kegemaran mereka dikaca tv yang sedang dimainkan. tidak banyak perkara yang mereka hendak bualkan.

Asha dan Anna muncul sebaik sahaja Aeda mengambil tempatnya dikusyen sambil wajahnya monyok. muncung mulutnya seperti boleh diikat. mereka saling bersilih pandangan kehairanan. ‘kau dengan 5zic dah okey ke?’ soal Qissie sebaik sahaja Asha menikmati coklat panasnya.

‘erm. lepas apa dah jadi,’ Asha menjawab sambil tersengih. walaupun pahit, dia masih rasa kelakar tentang pengalamannya diserang oleh peminat. seketika mereka terkekeh mengingat kembali keadaan Asha yang pulang dengan bau busuk dan kotor ditemani 5zic yang tanpa segan silu dan takut dirinya dispot oleh peminat menghantar Asha ke dorm mereka.

‘agaknya, apa rasa diserang peminat?’ soal Fiqa sambil terkekeh ketawakan Asha.

‘yaah!’ Asha marah. mereka yang lain menghambur ketawa.

‘ehh, aku dengar yang benda tu jadi kecoh bukan?’ Qissie bersuara membuatkan keadaan dalam dorm itu semakin kecoh.

‘entahlah’ wajah Asha sudah merona merah malu.

sedang mereka berbual-bual dan bergurau, Aeda diam membisu seribu bahasa.

‘yaah, Aeda. kau kenapa? sunyi je harini. kalau tak suka sangat mencelah dengan Seungri?’ usik Asha yang seronok mengenakan kawannya itu kadang-kadang.

‘Seungri…’ Aeda bersuara lemah. hatinya masih terasa sakit dengan kata-kata Seungri pagi tadi.

 


 

Seungri merenung keluar tingkap biliknya. dia mengeluh panjang. hatinya berasa tidak tenang seperti sebelumnya. jam didinding menunjukkan waktu masih awal. belum pernah dia berasa sunyi begini. sesunyinya rumah dia sendiri.

selalunya waktu begini Aeda akan menekan loceng pintu rumahnya berkali-kali yang membingit. sebaik sahaja dia membuka pintu, mulut Aeda tidak berhenti dari berceloteh tentang itu dan ini tentang dirinya. menyoalkan kerjanya semalam, hari ini dan esuk.

sudah hampir 2 minggu Aeda tidak memunculkan diri. dia juga tidak putus-putus ketempat kerja Aeda kalau-kalau ada terjumpa Aeda. boleh juga dia melepas rindu? Seungri mengeluh lagi. setiap kali dia memesan pizza, lain yang diharap lain pula yang mendatang. Aeda sentiasa muncul dirumahnya sudah hampir setahun. setahun itu juga Aeda dikenali oleh keluarganya. mereka begitu rapat dengan Aeda tapi bukanlah dirinya.

hampir sahaja Seungri berputus asa dengan hidupnya. ketidak munculan Aeda membuatkan dia berfikir panjang. adakah dia sudah jatuh cinta dengan gadisi itu? belum pernah dia rasa begini. setiap kali munculnya Aeda dihadapan pintu rumahnya, jantungnya tidak berhenti berdegup dik kerana penat atau pun sesuatu dia sendiri tidak pasti.

 

tingtonggg…!!! loceng pintu rumahnya berbunyi. dengan cepat Seungri berlari membuka pintu itu.

 

hampir saja jantungnya tercabut keluar kerana gadis yang berdiri dihadapannya kini adalah gadis yang amat dirinduinya!

‘pizza chicken----‘ Aeda bersuara ceria membacakan kertas pesanan yang diterimanya dan tiba-tiba perkataannya termati dik kerana terkejut dipeluk erat oleh Seungri.

 

wajah Aeda berubah serta merta dengan wajahnya berkerut. bukan kerana terharu atau gembira tapi pelik dengan tindakan Seungri kali ini. kalau tidak, pasti saja dia dimaki dan dimarahi. kenapa berbeza pagi ni? Aeda berteka teki.

 

‘kemana awak dah pergi? jauh oppa cari awak! tempat kerja awak! rumah awak lansung oppa tak tahu! nombor telefon awak juga tidak ditinggalkan ditempat kerja! oppa ingat awak dah berhenti kerana perkataan oppa haritu! oppa … rindukan awak! oppa buntu mencari awak dan oppa…rasa bersalah. oppa …-‘ belum sempat Seungri menghabiskan kata-katanya Aeda memotong laju.

‘panjang lagi oppa bercakap saya cium oppa!’ ugut Aeda serius.

 

Seungri terkedu. dia menguraikan pelukkannya.

 

‘yaah! patutnya oppa yang cakap begitu! bukan awak! dasar tak tahu malu!’ marah Seungri.

mereka saling berpandangan. dan tiba-tiba sahaja mereka ketawa.

‘rindu jugak oppa dengan saya ya? saya demam. jadi saya ambil cuti dua minggu sementara tunggu ni kebah dan saya kembali kuat. tapi memandangkan semua kawan saya bekerja, saya pun kena kerja juga. kalau tak saya duduk dirumah tu berseorangan saya rasa----‘

 

kali ini Seungri benar-benar mengejutkan Aeda. Seungri mengucup lama dahi Aeda membuatkan Aeda mati kata-kata.

 

‘awak nak keluar makan malam dengan oppa?’ soal Seungri.

Aeda mati kata-kata. dia tidak menjawab soalan. lama juga mereka berdua mendiamkan diri kerana masing-masing sedang …

 

‘kalau awak marahkan oppa dan tak sudi, oppa tak kisah…’ Seungri hampa.

‘siapa cakap tak nak?!’ Aeda memeluk tubuh Seungri dengan erat.

Seungri yang membiarkan tersenyum bahagia. hatinya menari-nari gembira. mahu saja dia melambung-lambung Aeda dik kerana terlalu gembira.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet