BAMBI AND THE LOST DEER

ONLY ONE-SHOT

sudah menjadi rutin buat Anna dan Vico si kucing comel yang berbulu putih menikmati angin petang di taman. hari ini Anna tiada perkara penting untuk dilakukan jadi, dia mengambil keputusan untuk meluangkan masa yang lebih bersama Vico memandangkan sebelum ini dia begitu sibuk dengan pelbagai majlis, kerja dan persiapan untuk kerjanya.

Vico si kucing itu juga sudah bijak terdidik oleh Anna. dia hanya berjalan disekitar dan berhampiran dengan Anna. Anna sengaja memakaikannya loceng ala-ala Doraemon takut Vico itu hilang jadi dia dapat mengesan dengan loceng yang dipakai oleh Vico.

sedang Anna dan Vico berjalan-jalan kesebuah taman yang berdekatan, Anna ternampak sebuah gerai kecil yang menjual aiskrim. ‘Vic, jom kita pergi ke gerai tu nak? rasa nak aiskrim vanilla lah pulak’ Anna berceloteh bersama kucing kesayangannya.

Vico sekadar memandang kosong wajah tuannya. Anna membalas pandangan itu dengan harapan Vico faham apa yang dikatakannya. Anna berjalan menuju kegerai itu. Vico hanya membuntuti Anna. sedang mereka berjalan, Anna yang perasan akan Vico yang tiba-tiba sahaja berlari kearah yang bertentangan dengannya cuba mengejar.

 

‘Vico! Vico! Vic!’ Anna melaung memanggil Vico.

‘yaah! janganlah lari Vic!’ Anna terus mengejar Vico yang berlari semakin jauh dengan pandangannya.

‘yaah! Vico! Vico!’ Anna terus memanggil Vico.

mana pula Vico ni… Anna hampir menangis.

 

Anna terus mencari Vico. semakin lama Anna mencari, semakin jauh perjalanannya. Anna yang sudah hampir pengsan dik kerana kehabisan tenaga menguatkan semangatnya untuk terus mencari kucing kesayangannya itu.

seketika, telefon bimbitnya berbunyi…

Anna ; hello?

Asha ; yaah! jangan nak hello hello! kau dekat mana ni? dah lewat petang ni tak reti nak balik ke?! nanti malam kau sesat pulak kat tengah bandar! (menjerit)

Anna ; janganlah marah. Vico hilang ni…

Asha, 5zic ; boya?! (serentak)

Anna ; ehh? pehal aku dengar suara 5zic? (pelik)

Asha ; aku dengan 5zic .. ehhh, kau jangan nak ubah topik. sekarang ni, aku tak kira kau cari Vico sampai jumpa. jangan balik lewat. risau aku kau tak ada bas nanti nak balik.

Anna ; arasso. bagitahu 5zic, jangan duduk melepak rumah anak dara lama sangat. (kedengaran suara 5zic terkekeh)

Asha ; take care. love you.

Anna ; love you too.

 

panggilan tamat. Anna mengeluh panjang. manalah Vico ni pergi. dia selalunya tak macam ni. harini pulak pelik jadinya…aigoo. Anna tertunduk.

Anna terus berjalan. dan tiba-tiba.

‘YAAHHH!!!’

Anna rebah kelantai bumi sambil tubuhnya terkaku dilindung oleh seseorang. Anna terkaku. Anna mati seribu bahasa.

‘yaah! hati-hatilah! bahaya tahu! awak tak nampak ke dahan pokok tu nak tumbang?!’ lelaki itu tegas berkata-kata. wajah lelaki itu pucat lesi dan berpeluh. nafasnya juga tidak senada.

‘mi----mianheyo..’ Anna tergagap kerana masih terkejut dengan kejadian tadi.

it’s okay. gwencana?’ soal lelaki itu sambil memandang tepat wajah Anna, risau.

‘Vic!’ Anna menjerit gembira. air matanya turut menangis kerana bersangka yang dia tidak lagi akan berjumpa dengan Vico.

‘oh, jadi awaklah tuan kucing ni?’ lelaki itu tersenyum comel sambil mengusap Vico yang dalam dakapan Anna.

Anna sekadar mengangguk.

‘saya cari dia tadi. ingatkan dah tak jumpa’ nada Anna masih sebak.

‘sudahlah, bangun’ lelaki itu menghulurkan tangannya kepada Anna.

Anna menyambut tanpa melihat wajah lelaki itu. ‘nice to meet you! I’m Jinwoo. Kim Jinwoo’

‘aihhh..saya Anna! Ann---uhhh!’ Anna menekup mulutnya terkejut bercampur dengan teruja.

‘Jinwoo?!’ Anna hampir menjerit.

‘ye, saya Jinwoo, WINNER.’ Jinwoo mengenalkan dirinya yang sudah pun dikenali oleh Anna.

‘apa yang…op----oppa buat disini?’ soal Anna.

‘oppa…sesat. awak tahu jalan keluar?’ soal Jinwoo dengan wajah blurnya yang comel. matanya bulat seperti yang dilihat didalam gambar.

‘tadi saya datang dari arah tu…’ beritahu Anna sambil menunding jari kearah sebuah jalan kecil.

‘jomlah, kita keluar dari sini. dah nak malam ni.’ ujar Jinwoo sambil membuntuti Anna yang berjalan dihadapannya.

mereka berdua berjalan sambil berbual-bual kosong seperti sudah lama berkenalan.  Jinwoo melayan Anna dengan baik tanpa kekok. mungkin kerana dia sudah biasa berbual dengan peminatnya.

 

30 minit kemudian …

 

‘macam mana ni oppa? kita tak jumpa jalan balik ni?’ Anna mula gelabah.

‘oppa pun tak tahu..’ Jinwoo selamba.

‘oppa! janganlah jawab macam tu aje!’ Anna semakin gelabah.

‘oppa betul-betul tak ingat jalan keluar ni…’ Jinwoo dengan wajah innocentnya.

 

telefon bimbit Anna sekali lagi berdering

Asha ; yaah! dah malam dah ni! kau dekat mana?! (pekik)

Anna ; aku…sesat (teragak-agak)

KSS ; macam mana boleh sesat?! Vico macam mana?! (kedengaran riuh-rendah)

Anna ; korang janganlah buat macam ni. aku takut lagi adalah… (sebak)

Asha ; ok, ok, ok. kau dekat taman mana tadi? kau dengan siapa? kau --- (tamat)

 

‘omo! bateri habislah pulak!’ Anna sudah pun kecewa.

‘awak—menangis?’ Jinwoo risau.

Anna hanya mendiamkan diri. wajahnya merona merah. dia penat, dan sekarang dia sudah kehilangan jalan untuk pulang. keadaan gelap. dia sudah masuk ke dalam taman yang salah.

‘pakai ni dulu. sejuk ni.’ Jinwoo membalut tubuh Anna dengan jaket yang dipakainya.

Anna melangut memandang wajah Jinwoo.

‘janganlah menangis. nanti oppa pun menangis…’ Jinwoo gelabah. dia betul allergi dengan air mata sebenarnya. Jinwoo dengan cepat mengesat air mata Anna lembut.

'awak ni ... sekali tengok macam Bambi!' ujar Jinwoo yang tibat-tiba membuat Anna kehairanan dan ketawa kecil.

'Bambi? anak rusa?' soal Anna sambil ketawa.

 

Jinwoo mengangguk.

 

'oppa lost deer!' seloroh Anna.

'sebab mata oppa kah?' soal Jinwoo.

'haah.' mereka berdua ketawa.

Vico mendekati Anna, dia menjilat tangan Anna berlagak manja. Anna tersenyum terharu disertai dengan Jinwoo yang turut tersenyum comel melihat gelagat Vico yang mencuit hati.

 

15 minit kemudian

 

Asha berlari anak mencari temannya yang ‘sesat’ didalam taman yang penuh belukar. 5zic hanya membuntuti dari belakang. ‘Anna!’ Asha dan 5zic melaung kuat didalam taman yang penuh dengan belukar itu. taman itu sebenarnya sudah lama tidak digunakan kerana mereka ingin memperbaharuinya. ramai juga yang sesat apabila masuk kesitu.

‘awak bawak lampu suluh kan?’ soal Asha sambil mendongak memandang 5zic yang berdiri dibelakangnya kerana tinggi.

‘tak.’ 5zic selamba.

‘aigoo…’ Asha memasamkan mukanya.

‘pakailah lampu phone aje.’ cadang 5zic. Asha sekadar mengangguk menerima cadangan itu.

‘awak ada bawak warm pack?’ soal Asha lagi. kali ini 5zic pula mengangguk.

‘jom, cari diaorang. dah lewat sangat ni. nanti kena selsema susah pula’ 5zic menarik tangan Asha berjalan seiringan mencari Anna yang sesat.

‘Anna!’ pasangan itu terus memanggil Anna.

 

ANNA! Anna membutang bulat matanya tidak percaya mendengar suara orang memanggil namanya. ‘Vic! ada orang cari kitalah Vic!’ Anna hampir meloncat gembira.

‘kawan awak?’ soal Jinwoo.

‘mungkin.’ Anna tersenyum gembira.

‘Anna!’ semakin lama, semakin kuat suara itu kedengaran.

‘sini! sini!’ Anna memberi respon.

 

setelah menjumpai laluan, akhirnya Asha dan 5zic menemui Anna dan Vico yang sesat.

 


 

‘yaah! kau ni buat aku risau jelah!’ wajah Asha merona merah separuh marah separuh sebak kerana terlalu risau.

sorrylah, aku pun tak sangka nak jadi macam ni. ni semua sebab Vico,’ ujar Anna sambil memeluk Asha.

‘Vico-ah, janganlah buat macam ni. kesian Anna kena cari awak sampai sesat,’ 5zic mengusap kepala kucing putih yang berada didalam dakapan Jinwoo.

‘maaflah, saya patutnya tolong Anna cari keluar. tapi tetap sesat!’ Jinwoo tersengih.

 

mereka ketawa kecil.

 

‘gwencana. yang pasti awak semua selamat!’ ujar 5zic sambil menepuk bahu Jinwoo mesra.

‘kenapa nampak rapat semacam ni?’ Aeda muncul tiba-tiba.

‘ehh? kau pun ada?’ soal Anna pelik.

‘yelah, aku risau tadi nak biarkan Asha dengan 5zic je cari kau, karang sambil cari sambil ber--- susah pulak. aku pun followlah. tapi sebelum tu, aku pergi tandas dulu tadi. ingat ke tak jumpa korang dah!’ Aeda membuat mereka semua menghambur tawa.

‘kenapa 5zic dengan Jinwoo macam rapat?’ soalan Aeda masih tidak terjawab.

well, sunbae-hoobae lah katakan,’ jawab 5zic selamba. mereka semua ketawa kecil.

‘nah, warm pack. jomlah kita balik, dah malam ni. dengan tak pakai sejuknya, nanti selsema pulak.’ ujar 5zic sambil memeluk bahu Asha mesra.

‘de.’ mereka berjalan keluar dari taman terbiar itu untuk beransur pulang.

 

‘boleh kita jumpa lagi nanti?’ soal Jinwoo akhirnya terasa beban didadanya terhambur.

‘uhhh--? bo—boleh?’ Anna memberi jawapan yang teragak-agak.

‘kalau macam tu, jumpa lagi nanti disini ya!’ Jinwoo tersenyum mesra sambil menggosok-gosok kepala Anna.

 

‘Jinwoo-ya! awak ingat tak jalan nak balik tu?!’ laung 5zic bergurau.

‘yaah hyung! arayo!’ jawab Jinwoo yang membuatkan mereka sekali lagi ketawa.

 

 

KSS DORM

Anna keluar dari bilik air selepas usai membersihkan dirinya. dia menyarung baju dengan cepat bersiap untuk makan malam bersama rakan-rakannya yang lain.

Anna menyikat rambutnya. sedang dia menyikat rambut, Anna terpandang sesuatu yang mengejutkannya.

aigoo! baju Jinwoo…!

 

WINNER DORM

‘hyung-ah, something good happened?’ soal Mino.

‘nothing…just…’ Jinwoo tersengih sambil menyarungkan t-shirt ketubuhnya.

‘there’s something wrong with our hyung!’ Taehyun melompat memeluk Jinwoo dari belakang dengan wajahnya yang comel.

‘yaah! hyung..are you…’ Seunghoon mencelah.

‘why are you so fluffy hyung?’ soalan Seungyoon membuatkan senyuman Jinwoo semakin bertambah.

‘our hyung …’ Seungyoon, Mino, Seunghoon dan Taehyun terkekeh melihat wajah Jinwoo yang comel sedang merona merah malu dik usikan mereka.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet