BEAUTIFUL HANGOVER

ONLY ONE-SHOT

harini dorm KSS sedikit lengang kerana masing-masing lena dibuai mimpi. orang pertama yang terjaga harini adalah Aen kemudian diikuti oleh Fiqa. mereka menyediakan sarapan seperti yang telah diaturkan oleh mereka sendiri secara bergilir. ‘roti bakar?’ soal Asha sambil menyambar sekeping roti yang siap dibakar.

‘habis kau nak spaghetti ke?’ soal Fiqa berloyar buruk.

‘aku nak pizza~’ rengek Asha sambil mulutnya mengunyah roti bakar.

‘heh, orang Itali pun tak makan pizza pepagi tau!’ Aeda mencelah tiba-tiba.

‘entah minah ni! campak juga periuk kat dapur tu kang!’ pekik Fiqa sambil ketawa kecil.

‘nak, orderlah dekat tempat aku tu. tapi tak ada diskaun tahu!~’ seloroh Aeda yang membuatkan mereka semua ketawa.

‘awal korang bangun pagi ni.’ tegur Aen sambil menuang coklat panas kedalam cawannya.

‘erm, harini aku nak keluar dengan 5zic.’

‘aku kena teman Seungri dekat YG Building!’

‘cis, mengada! pagi-pagi lagi kira nak buat maksiat je.’ seloroh Fiqa lagi.

‘untunglah~ semuanya dah ada boyfriend. kita ni bila je lagi kan?~’ ujar Aen. Fiqa hanya mencebik.

‘kalau kauorang nak ikut pun boleh. lagipun Seungri cakap dia nak kenalkan aku dengan Bigbang members.’ ujar Aeda yang beria.

‘boleh jugak! kau Fiqa?!’ Aen setuju.

‘aku ada kerja nak kena uruskan. kau pergilah.’ ujar Fiqa.

 


 

Asha dan Aeda turun seiringan sebaik sahaja mereka mendapat panggilan daripada buah hati masing-masing yang sedang menunggu ditingkat bawah. kelihatan Seungri dan 5zic sedang mesra berbual. Asha dan Aeda bersilih pandangan kehairanan.

‘hey babe!’ Seungri memeluk tubuh Aeda yang menghampirinya.

‘annyeong,’ 5zic memeluk bahu Asha mesra.

do you guys know each other?’ soal Asha dan Aeda serentak.

 

5zic dan Seungri bersilih pandangan lalu ketawa. mereka sekadar mengangguk tanda mengia. ‘eottokke?’ soal Aeda pelik.

 

‘YG dan Jungle family ent. saling bekerja sama dulu.’ jelas Seungri.

‘so, kauorang nak kemana ni Asha? 5zic?’ soal Aeda kepada 5zic dan Asha.

‘makan! pizza!’ Asha menjawab sebelum 5zic sempat memberi kata putus.

‘kauorang?’ soal 5zic pula kepada Seungri dan Aeda.

‘YG Building.’ jawab mereka serentak.

‘Aen ikut bukan? mana dia?’ soal Asha kepada Aeda.

‘tunggu Qissie. Yunhyeong nak Qissie ikut sama. Qissie malas nak pergi sendiri so dia nak tumpang.’ jawab Aeda.

‘kalau macam tu kami pergi dululah. Seungri! jaga Aeda baik-baik!’ ujar Asha.

‘de!’ Seungri membuat tabik.

mereka ketawa lantas masing-masing beredar mengikut destinasi masing-masing.

 


 

YG BUILDING

setibanya didestinasi, Aeda, Aen dan Qissie disambut meriah oleh beberapa ahli YG yang berada disitu. Yunhyeong muncul menjemput Qissie. mereka sempat berbual bersama-sama. diselit juga dengan usikan mereka yang lain.

sedang Aeda dan Aen menunggu ketibaan ahli Bigbang yang lain, Aen kelihatan begitu tidak sempurna. entah apa yang sedang disembunyikan olehnya. Aeda memandang wajah Aen pelik.

 

‘kau ni dah kenapa?’ soal Aeda kepada Aen.

‘sakit perutlah!’ bisik Aen keras.

‘ehhh? kau salah makan ke?’ soal Aeda.

‘aku rasa sebab aku tak makan malam semalam.’ jawab Aen.

‘perut kau ni mengada ke apa?’ seloroh Aeda.

‘dahlah, kau pergi jelah tandas.’ beritahu Aeda.

‘tandas dekat mana?’ soal Aen.

‘tingkat bawah.’ ujar Aeda.

 

Aen segera meninggalkan bilik studio itu untuk segera ketandas. usai melepaskan hajat, Aen segera keluar. dengan pakaian serba putih, Aen membetulkan apa yang patut dihadapan cermin. sedang dia membetulkan bajunya, tiba-tiba sahaja tangan Aen ditarik oleh seseorang.

 

‘yaah!’ Aen menjerit terkejut.

‘ahjumma! tolong saya bersihkan tandas disitu!~’ ujar Daesung yang mengejutkan Aen.

‘ahjumma?!’ Aen menahan geram.

 

Aen dibawa Daesung ke sebuah tandas untuk dibersihkan. Aen dipaksa membersihkan tandas itu. ini tak boleh jadi! aku dahlah guest kat sini. boleh dia panggil aku ahjumma then suruh aku bersihkan TANDAS LELAKI?! Aen menggerutu seorang diri.

‘ahjumma! cepatlah, saya nak guna!’ laung Daesung.

kali ini, Aen tidak dapat lagi menahan geramnya. Aen berpaling memandang tepat wajah Daesung. dengan segera Aen menghulurkan pencuci yang dipegangnya kepada Daesung. Daesung terkesima. mereka saling berpandangan. saya terasa sesuatu yang menarik! bisik hati Daesung.

 

‘awak ambik ni, cuci sendiri!’ marah Aen.

‘yaah! Aen, gwencana?!’ Aeda tiba-tiba muncul bersama ahli Bigbang yang lain.

‘gwencana? kami ingat awak sudah pengsan disini!’ Seungri menyoal pula kepada Aen.

‘awak kenal ahjumma ni?!’ Daesung terkejut.

‘dia kawan saya’ ujar Aeda.

‘dia guest kita hari ini.’ beritahu GD.

‘bo?!’ Daesung terkejut beruk.

 

***

KAH! KAH! KAH!

puas mereka gelakkan Daesung dan Aen yang sedang bermasam muka dik kerana salah faham. sakit perut dibuat Qissie, Aeda dan beberapa ahli YG yang lain disitu ketawakan Daesung dan Aen.

 

‘yaah! lain kali berhati-hatilah perlakuan awak tu!’ marah GD.

‘biyanneh! saya ingat dia pengganti ahjumma!’ ujar Daesung.

‘ahjumma?!’ Aen masih geram.

‘uhh---mian.’ Daesung tertunduk malu.

‘sekarang ni, berdamailah. biasalah tu, manusia semua buat silap,’ pujuk Taeyang yang memainkan peranan matangnya.

 

Daesung dan Aen saling berpandangan. uh! Daesung terkedu.

 

‘mianneh oppa. oppa patut berhati-hati’ ujar Daesung sambil melukiskan satu senyuman kepada Aen.

‘gwencana.’ suara Aen bergetar.

‘nice to meet you.’ ujar Daesung yang teragak-agak.

‘you too.’ Aen segera berpaling.

‘dahlah, mari saya hantar awak berdua balik.’ pelawa Seungri.

‘baiklah.’ Aen dan Aeda serentak.

‘eh! kami nak ikut. sebelum tu, jumlah kita makan bersama! Seungri, ajak 5zic sekali. dia ada bersama teman wanitanya bukan?’ soal TOP.

‘de!’ Seungri mengangguk.

‘kebetulan Qissie bersama Yunhyeong disini, jumlah sekali.’ ajak GD pula.

‘baiklah.’ Qissie dan Yunhyeong bersetuju.

‘saya tak ikut mungkin. ada benda yang perlu saya settlekan.’ ujar Daesung sambil tersengih.

‘macam-macamlah hyung ni!’ seloroh Yunhyeong.

 

Aen dan Aeda berjalan seiringan turun kelobi bangunan. Seungri mula membuntuti mereka dibelakang. seketika, Daesung menepuk bahu Seungri.

 

‘yaah, boleh awak – adjustkan Aen untuk hyung?’ bisik Daesung.

‘wahhh~ cepatnya! something?’ soal Seungri.

‘hyung smell special on her’ ujar Daesung sambil ketawa bersama Seungri.

‘no problem!’ Seungri menepuk pula bahu Daesung.

 

mereka yang lain beredar pergi.

she’s my beautiful hangover. bisik hati Daesung sambil memerhatikan langkah Aen dari jauh.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet