ALL I WANT IS YOU

KOLEKSI ONE-SHOTS BERBAHASA MELAYU
Please Subscribe to read the full chapter

CASTS : ZELO | YOU

Gambar-gambar kau dia renung lama. Kemudian dia selitkan ke dalam beg duitnya. Disitu gambar-gambar kau terletak indah. Setiapkali rindu, gambar-gambar tu akan dia tatap. Dia adalah Zelo. Lelaki yang meminati kau dalam diam. Sudah lama dia memendam perasaan tu, sudah lama dia memerhatikan gerak-geri kau dari jauh...Namun kau takkan pernah mengetahui kewujudan dia.

Zelo melepaskan sebuah keluhan yang panjang. Entah mengapa secara tiba-tiba hati dia menjadi sayu. Mengenangkan kau pada setiap saat sedangkan kau langsung tak perasan dengan kehadiran dia walaupun dia dekat di sisi kau. Bagaimanakah caranya untuk mendekati kau dan memberitahu rasa cintanya itu pada kau?

Zelo bangkit dari duduk, berlalu ke jendela yang sedikit terbuka. Di luar angin bertiup kencang, tak lama lagi hujan akan turun membasahi ke bumi. Sama seperti hari-hari yang sebelumnya. Sepertimana hatinya ketika tu, mendung dan suram...

"Awak dengar tak? I miss you...." Zelo seolah-olah berpesan dan menyuruh bayu memberitahunya kepada kau. Dia harap kau mengerti akan perasaannya pada kau. Dia mahu kau jadi kepunyaan dia...



Kau sibuk mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan yang bakal menjelang. Angin kencang di luar menyingkap tirai di bilik kau. Tersingkap dan menyelak buku teks yang kau sedang baca sehelai demi sehelai. Kau cepat-cepat bangkit, mahu menutup jendela yang terkuak.

Namun sejurus kulit pipi kau dicium bayu, hati kau tiba-tiba berdebar-debar. Seolah-olah bayu tu ingin menyampaikan sesuatu. Kau tergamam seketika di hadapan jendela yang terbuka. Manakala langit yang mendung semakin kelabu, kau pula berdiri kaku di dalam bilik. Kau benar-benar merasa aneh.



Zelo menongkat dagu di jendela, merenung langit yang kelabu. Rambutnya terbuai-buai ditiup bayu. Dia tak ingin menutup pintu jendela tu kerana dia ingin menatap langit yang memayungi kau dan dia, kerana korang berdiri dibawah langit yang sama...

"Awak buat apa tu?" Zelo berkata lagi. Seolah-olah bercakap dengan kau, gadis yang amat dia rindui.



Kau tutup pintu jendela kerana hujan mula turun ke bumi. Wajah kau sempat terkena tempiasnya sebentar tadi. Kau duduk dan mahu menyambung mengulangkaji pelajaran kau, tapi entah mengapa kau seolah-olah tak mampu nak tumpukan perhatian macam tadi. Kau sendiri tak pasti mengapa kau tiba-tiba jadi begitu. Hmmm...

Titis-titis hujan kau perhatikan penuh minat. Indahnya...


Di masa yang sama juga, Zelo turut sama memerhatikan titis-titis hujan tu dengan penuh minat...

Hujan semakin lebat di luar. Kau tutup buku dan mula beralih ke atas katil. Di situ kau mendengar mp3 untuk mengisi kebosanan yang tiba-tiba melanda hati kau. Kau pasang lagu namun lepas tu kau matikan lagu tu. Perasaan kau benar-benar aneh. Entah apa yang sebenarnya berlaku pada kau, secara tiba-tiba...

Kau guling-guling atas katil, bergolek sampai jatuh katil. Kepala kau sakit kerana terhantuk pada bucu meja lampu. Dahi yang sakit, kau gosok-gosok dengan tangan kau. Berkerut-kerut muka kau menahan perit. Tu lah siapa suruh kau berguling-guling sampai jatuh katil...

"Spoil betul lah..." Kau merungut seorang diri.



Keesokan harinya.

Zelo gigit bibir bila ternampak dahi kau lebam. Dia yang sekelas dengan kau ketika di kolej tak senang duduk. Dia renung kau yang tak berhenti-henti menggosok-gosok dahi kau yang sakit. Kenapa dengan dahi kau? Ahh...Hati dia mulai bimbang. Dia ingin sekali menyapu ubat di dahi kau yang lebam tu, tapi...Dia tak layak untuk buat semua tu. Dia bukan siapa-siapa di hati kau. Kau dengan dia langsung tak mengenali di antara satu sama lain. Adakah kau perasan dengan kehadiran dia? Jawapannya, TAK.



Selesai sahaja kelas, kau bersiap untuk keluar dari situ. Dengan buku di tangan, kau berjalan dan terlanggar meja yang berada di hadapan kelas. Habis buku-buku kau berterabur kat atas lantai. Kau cepat-cepat kutip dan beredar dari situ.

Tanpa kau sedari tadi, Zelo asyik merenung kau ketika kau mengutip buku-buku kau yang berterabur tu. Dia tak sempat membantu kau kerana kau macam tergesa-gesa.

Tangan Zelo mencapai pen yang masih terbaring kat atas l

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
silv3rbyul
#1
Chapter 1: Cerita nih sedih sobs sobs nasib baik happy ending kalau tak........ T.T
kamong
#2
Chapter 4: chapter 4: masuk kali ni dh kali kelima baca. even though dh tau jalan cerita dia , but im still crying setiap kali baca cerita ni ㅠㅠ author nim daebak (y)
21blackpearls
#3
Chapter 3: Kiter sayang awak jugak jiminnie~~~kkkkkkkkkk
21blackpearls
#4
Chapter 2: Adeh...last note from lulu is killing me......arghhh..helpppp.. xD
21blackpearls
#5
Chapter 1: Aisshhh knapa hujan air mata tak nak brhenti ni?!!T.T thats so...sweet unnie../standing ovation for chie unnie.