PERFECT FAMILY

KOLEKSI ONE-SHOTS BERBAHASA MELAYU
Please Subscribe to read the full chapter

CASTS : BAEKHYUN | DAEHYUN | V | BAMBAM

Baekhyun mengeluh. Adiknya yang bernama Daehyun ini memang keras hati orangnya. Memang susah nak lembutkan hati dia kalau dia dah tak suka. Baekhyun mendekati Daehyun dan berdiri di sebelah adiknya.

"Sudah-sudahlah Dae, kesian budak-budak tu..." Dia menasihati Daehyun. Tapi seperti biasa, Daehyun akan mendengus marah dan meninggikan suaranya.

"Dorang bukan adik-beradik kita hyung! Jangan nak pujuk saya lagi, saya tak mau dengar..." Daehyun pantas beredar dari sisi Baekhyun dan menghilang entah ke mana. Rumah mewah yang sedang didiami terasa panas!

Baekhyun mengeluh sekali lagi.

 

Daehyun terserempak dengan V dan Bambam di luar rumah. Kembar tak seiras tu melemparkan senyuman manis padanya tapi Daehyun langsung tak layan. Dia tak ada masa untuk tu! Dia tak akan pernah mengaku yang kembar tu adik-adik dia. Takkan!

"Hyung..." Bambam memanggil Daehyun perlahan.

Daehyun buat bodoh.

"Hyung nak pegi mana?" V pula yang menyoal mesra. Cuba bermesra dengan abang sebapa ini. Namun pertanyaan dia tu hanya menambahkan kemarahan di hati Daehyun.

"Kau peduli apa kalau aku nak kemana?? Mind your own business!" Bentak Daehyun. V dan Bambam tergamam. Sampai macam tu sekali Daehyun bencikan mereka. Entah apa silap mereka, mereka pun tak tahu...

Daehyun mendengus dan berlalu pergi dari situ. Muka dia masam mencuka.

 

Baekhyun yang mendengar suara Daehyun cepat-cepat keluar. Malangnya adiknya tu dah tak ada. Yang ada hanyalah sepasang kembar tak seiras ni, V dan Bambam. Muka keduanya sedih je. Pasti dimarahi oleh Daehyun tadi.

"Gwenchana?" Soal Baekhyun lembut. Kembar tu mengangguk-angguk perlahan sambil sedaya-upaya mengukir senyuman.

 

Daehyun memecut laju keretanya. Dia betul-betul benci dengan kembar tu! Dia betul-betul benci!

Baekhyun merenung muka V dan Bambam seorang demi seorang. Keduanya membisu je dari tadi. Tak ada kata yang terlafaz dari mulut mereka. Simpatinya pada adik kembarnya ini membuak-buak. Setiap saat dimarahi Daehyun.
 

"Jangan ambik hati dengan kata-kata hyung korang, dia nampak garang tapi sebenarnya hati dia baik..." Ujar Baekhyun cuba menggembirakan hati si kembar itu. V dan Bambam masih menunduk ke bawah, tiada mood untuk berbual-bual dengan abang sulung mereka ni.

"V...Bambam...." Baekhyun memanggil perlahan. V dan Bambam mengangkat wajah mereka dengan perlahan-lahan. Baekhyun tergamam tatkala melihat mata keduanya bergenang dengan air mata.

"Gwenchana hyung...Kami okay..." Bambam mengukir senyuman palsu. Hatinya pedih dan perit. Begitu juga dengan abang kembarnya, V.

Sedih hati Baekhyun melihat kembar ini.



Daehyun memberhentikan keretanya di hadapan sungai Han. Di situ dia melayan perasaan sambil memandang ke sungai yang luas terbentang tu. Dia menjerit sekuat-kuatnya. ARGHHHHHH!!!!

Kemudian dia terduduk di atas jalan, air matanya mengalir laju di pipi. Sejarah lama kembali menyakitkan hati dan perasaannya. Dia bencikan ayah mereka, dia bencikan V dan Bambam!!!

Masih jelas di ingatannya, bagaimana ibu mereka terseksa kerana ayah mereka. Dalam keadaan ibu mereka yang tertekan, ayah mereka pulang dan memperkenalkan kekasih gelapnya iaitu ibu kepada V dan Bambam. Ayah mereka mengahwini ibu mereka tanpa rasa cinta dan perkahwinan mereka hanyalah atas dasar keluarga semata-mata. Lain pula ceritanya dengan ayah mereka dan ibu si kembar tu, mereka dilamun cinta yang amat sangat. Sebelum mengahwini ibu mereka, ayah mereka telah lama bercinta dengan ibu kembar tersebut. Yang menjadi mangsanya ialah mereka dan ibu mereka! Ibu mereka meninggal dunia kerana tekanan perasaan kronik tak lama lepas tu.

Daehyun mengelap air mata yang membasahi pipi dengan jemarinya. Dia benci mereka!!! V dan Bambam akan menerima padahnya!



V dan Bambam duduk termenung di dalam bilik. Keduanya sibuk melayan perasaan masing-masing. Sejak kematian ibu, mereka dah tak ada tempat untuk mengadu. Omma, bogoshipeo....



Baekhyun menunggu di luar rumah. Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi dan Daehyun masih lagi belum pulang. Telefon pun tidak berjawab. Kemanakah dia pergi? Baekhyun bimbang.

Tak lama lepas tu, kelihatan kereta Daehyun diberhentikan di perkarangan rumah mewah mereka. Wajah Daehyun pucat je. Baekhyun memerhatikan gerak-geri adiknya itu dengan kening yang berkerut-kerut.

Daehyun tidak mempedulikan abangnya, dia berjalan melintasi Baekhyun tapi tangan Baekhyun sempat memegang lengannya. Daehyun membisu.

Baekhyun berdiri di depan Daehyun, "Kenapa abang call tak angkat tadi?" Dia menyoal tegas.

Daehyun tidak menjawab soalan tu. Dia tiada mood. Baekhyun menyoal sekali lagi.

"Kenapa tak angkat call abang?"

Daehyun menoleh dan merenung Baekhyun dengan mata yang lesu. Dia mahu bersendirian. Diharap abangnya itu faham.

"Saya nak rest." Dia berkata pendek. Baekhyun perlahan-lahan melepaskan tangannya dan membiarkan Daehyun beredar dari situ.

Daehyun mengatur langkah masuk ke rumah dengan lesu. Dia banyak menangis pada hari tu. Mata dia letih. Dia nak berehat....Hanya itu yang dia nak...



"Are u okay Bambam?" V cemas apabila melihat adik kembarnya mengurut-urut dada. Bambam seperti orang sesak nafas. V mahu mendapatkan Baekhyun namun tangan Bambam cepat-cepat memegang tangan V, dia menggeleng-geleng.

"Gwenchana, im okay...." Dia berbohong.

V memimpin tangan adiknya ke katil. Dia membaringkan Bambam dan menyelimutkannya. Kemudian dia membelai-belai kepala Bambam penuh sayang. "Be strong...."

Dalam bilik, Daehyun merenung gambar ibunya lama-lama. Dia merindui kehadiran ibu mereka. Kehidupannya dan Baekhyun porak-peranda disebabkan ayah mereka. Kini si kembar itu pula yang menyakitkan pandangannya...Ayah mereka pula? Beliau sentiasa sibuk dengan perniagaannya. Berada di luar negara sepanjang masa!

 

"Boleh abang masuk?" Baekhyun tiba-tiba bertanya dari luar bilik. Daehyun membuka pintu dengan muka selamba. Baekhyun melangkah masuk dan melabuhkan punggungnya ke atas sofa.

 

"Saya letih." Daehyun memberi dalih kerana tak mahu berbual dengan abangnya. Dia malas mahu mendengar nasihat dari Baekhyun. Cakaplah apapun, dia tak akan menerima kehadiran si kembar tu!

"Dae..." Baekhyun cuba berkomunikasi tapi Daehyun sudah lama membaringkan dirinya ke atas katil. Menekup telinganya dengan bantal. Baekhyun menggeleng-geleng hampa.

"Jaljayo..." Ucap Baekhyun lalu beredar keluar dari situ. Daehyun memang degil.

 

Daehyun mengetap bibir. Wajah ibunya yang tersenyum manis di dalam bingkai gambar seringkali mengusik perasaannya. Airmatanya mengalir laju ke pipi, dia amat merindui ibunya itu. Dia teresak-esak seorang diri.

Baekhyun masih lagi berdiri di luar bilik Daehyun. Dia mengetap bibir ketika mendengar esak tangis adiknya. Mengapa semua harus jadi macam ni? Tak bolehkah keluarga mereka hidup dengan tenang? Baekhyun mengeluh lagi dan lagi. Tugasnya sebagai abang sulung amatlah berat tapi dia tak akan berhenti untuk menyambung tali kekeluargaan di antara Daehyun dan si kembar tu.


V merenung muka Bambam yang sudah lena dengan renungan yang sayu. Dia risaukan kesihatan adiknya. Bagaimana jika penyakit dadanya kembali menyerangnya? V tak sanggup memikirkan semua kemungkinan yang boleh berlaku. Bambam. Dia. Berpisah tiada.


V melangkah masuk ke dapur dengan muka tak bermaya. Dia duduk di meja makan dan termenung panjang di situ. Tapi tak lama lepas tu, dada dia berdebar-debar kerana Daehyun.

Pandangan dia dan Daehyun bertemu. Dia cepat-cepat bangun. "Hyung..."

Daehyun mendengus dan cepat-cepat mengambil jus oren dalam peti sejuk. Dia benci melihat muka V di situ. Dia mahu cepat-cepat kembali ke bilik tidurnya! Ketika dia melangkah menjauhi ruangan dapur, V tiba-tiba bersuara.

"Kenapa hyung benci pada kami? Apa salah kami?" V bertanya perlahan.

Daehyun malas mahu mengambil peduli, dia kembali melangkah tapi sekali lagi V menyoalnya.

"Jebal jangan buat kami macam ni hyung...We dont deserve this..." V berkata berani. Hati Daehyun terbakar. Dont deserve this???!

Daehyun menoleh ke belakang dan merenung tajam ke arah V. Dia betul-betul terbakar. "Aku benci tengok muka kau dan adik kembar kau. Faham?!"

Baekhyun tersentak. Dia yang sedang duduk di balkoni cepat-cepat turun ke tingkat bawah untuk meninjau apa yang sedang berlaku. Adakah adik-adiknya bergaduh lagi?

Di dapur, Baekhyun tergamam melihat Daehyun sedang berdiri menghadap V. Renungan keduanya bertemu lama. Dia cepat-cepat mendekati mereka, khuatir perkara yang tak diingini dari berlaku.

"Hyung tak layak nak benci kami." V berkata berani sambil merenung tepat ke muka Daehyun. Daehyun mendengus.

"Kau dengan adik kau boleh berambus dari rumah ni!!" Daehyun menjerkah. Baekhyun menarik tangan Daehyun dan membawanya ke luar rumah.

"Kenapa dengan kau ni?" Baekhyun menyoal marah. Daehyun tersenyum sinis.

"Saya nak dorang berambus dari rumah ni. Ara?!" Daehyun meninggi suara dan beredar dari situ.

Baekhyun dah tak tahu nak buat apa, Daehyun memang betul-betul keras kepala...



Daehyun mengetap gigi, dia mendekati V yang masih berada di dapur... Kemudian mata keduanya bertemu lagi...

Baekhyun meluru ke arah Daehyun dan memegang lengan adiknya itu. Dia tak mahu terjadi perkara yang tak diingini. Kemungkinan lelaki itu akan membelasah V, da

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
silv3rbyul
#1
Chapter 1: Cerita nih sedih sobs sobs nasib baik happy ending kalau tak........ T.T
kamong
#2
Chapter 4: chapter 4: masuk kali ni dh kali kelima baca. even though dh tau jalan cerita dia , but im still crying setiap kali baca cerita ni ㅠㅠ author nim daebak (y)
21blackpearls
#3
Chapter 3: Kiter sayang awak jugak jiminnie~~~kkkkkkkkkk
21blackpearls
#4
Chapter 2: Adeh...last note from lulu is killing me......arghhh..helpppp.. xD
21blackpearls
#5
Chapter 1: Aisshhh knapa hujan air mata tak nak brhenti ni?!!T.T thats so...sweet unnie../standing ovation for chie unnie.