2 DUNIA 1 HATI

KOLEKSI ONE-SHOTS BERBAHASA MELAYU
Please Subscribe to read the full chapter

CASTS : LUHAN | YOU | SEHUN

Nama dia Xi Luhan, dia seorang lelaki comel yang telah berjaya menambat hati kau. Dialah satu-satunya lelaki yang telah berjaya membuka hati kau untuk bercinta buat kali yang kedua selepas dikecewakan oleh lelaki yang bernama Oh Sehun.

Xi Luhan benar-benar membuktikan cinta dia pada kau, kau benar-benar bahagia bersama dia. Setiap hari kau menyebut nama dia tanpa jemu.


3 tahun yang lepas...

Kau mendengus marah apabila melihat kekejaman yang dilakukan oleh seorang pelajar lelaki kepada seorang pelajar lelaki yang lain. Dia sepak terajang lelaki tu macam takda perasaan. Kau jijik dengan perangai dia yang tak bertamadun tu! Sesuka hati je dia pukul anak orang lain dan nama dia ialah Xi Luhan!

Luhan menarik kolar baju sekolah Baekhyun dengan ganas. Sambil menjegilkan biji mata dia, muka Baekhyun ditepuk-tepuk kasar.

"Kan aku dah cakap semalam kan? Bawak duit aku!!!" Dia berteriak. Baekhyun yang sudah lembik dilempar ke dinding dengan rakus.

Kemudian dia dekati Baekhyun lagi sekali dan meludah ke muka lelaki tu dengan marah. "Aku bagi peluang kedua untuk kau...Esok bawak duit untuk aku, faham tak?!"

Baekhyun yang cedera dipukul oleh Luhan dan konco-konco Luhan iaitu Park Chanyeol dan Kim Jongin sekadar mengangguk-anggukkan kepala. Bibir dia berdarah teruk. Berkerut-kerut muka dia menahan pedih.

Chanyeol tersenyum sinis lantas menyepak perut Baekhyun yang sedia sakit. "Kalau kau nak hidup lama, kau ingat kata-kata boss aku tu!" Dia mengugut sambil menghembuskan asap rokok ke muka Baekhyun.

"Arasso...." Jawab Baekhyun dengan muka berkerut seribu. Sakitnya bukan kepalang.

Kim Jongin menepuk-nepuk pipi Baekhyun lalu ketiga-tiga mereka beredar pergi dari situ meninggalkan Baekhyun seorang diri.

Kau yang masih di situ cepat-cepat mendapatkan Baekhyun untuk menyelamatkan dia. Habis baju sekolah dia dikotori dengan darah. Tak guna punya Luhan! Dasar samseng taik kucing!! Hati kau menyumpah-nyumpah.

 

Luhan bersandar ke kerusi dengan muka selamba. Manakala Chanyeol dan Jongin pula sibuk mengacau pelajar-pelajar perempuan yang lalu-lalang di luar kelas mereka. Dasar playboy! Luhan langsung tak berminat mahu memikat perempuan sebab tiada seorangpun yang mampu mencairkan hati lelaki dia.


 

Oh Sehun mengukir senyuman manis kearah kau yang sedang menunggu kedatangan dia di kantin sekolah. Dia bawa sesuatu di tangannya. Hadiah untuk kekasih hati.

"Dah lama tunggu?" Dia membelai kepala kau dengan manja. Kau pantas mendongak memandang dia. Berbunga-bunga hati kau bila tengok teman lelaki kau ni.

"Taklah..." Kau senyum. Dia melabuhkan punggung di sebelah kau dan menghulurkan sebuah kotak kecil berwarna merah jambu pada kau. Dia senyum-senyum je.

Kau pandang kotak kecil tu dengan kening yang berkerut-kerut, "Apa ni?"

Oh Sehun capai tangan kau dan letakkan kotak tu ke dalam tapak tangan kau, "Bukalah..."

Kau taknak buang masa, kau koyakkan plastik pembalut berwarna merah jambu tu dengan perlahan-lahan. Kotak tu kau buka dan kau lihat sebentuk cincin perak bersinar-sinar menanti untuk disarungkan ke jari kau.

Kau terus pandang muka Sehun, dia senyum manja...

"Happy first anniversary sayang..." Dia berkata lalu menyarungkan cincin perak tu ke jari kau. Kau terharu betul dengan apa yang dia dah lakukan untuk kau. Dia ingat dengan tarikh anniversary korang!

Kau genggam jemari dia, "Gomawo jagiya..."


Luhan yang sedang duduk melepak di luar sekolah tiba-tiba terpandangkan kau yang baru keluar melepasi pintu pagar sekolah. Dia perhatikan kau tak berkelip-kelip. Sebenarnya ini pertama kali dia melihat kau dari dekat. Hati dia tiba-tiba terpaut.

Kau perasan dengan renungan mata Luhan tu. Kau bencikan dia sangat-sangat, dia suka melakukan kekejaman pada budak-budak lelaki di sekolah korang belajar...Kau jijik dengan dia! Muka comel tapi perangai hampeh!

Luhan bangkit dari duduk, dia dekati kau...Kau larikan diri...



2 hari lepas tu, kau terserempak dengan Luhan di kantin sekolah. Sekali lagi dia renung kau tak berkelip-kelip. Kau naik rimas. Kau cuba larikan diri dari dia tetapi kali ni dia tak bagi peluang pun untuk kau lari.

Dia hentikan perjalanan kau dengan mendepakan kedua belah tangan dia.

"Hi sweet..." Perkataan pertama yang keluar dari mulut dia. Kau nak termuntah...

Kemudian kau cuba larikan diri kau lagi dan dia tetap hadang pergerakan kau. Kau benci bila dia buat macam tu!!

"Awak nak apa ni?!" Marah kau. Luhan tersengih-sengih. Kecomelan dia terserlah.

Seketika kemudian, datanglah Chanyeol dengan Jongin. Trio yang cukup menyusahkan kehidupan pelajar-pelajar lelaki di sekolah korang!

Chanyeol dan Jongin pandang kau dengan hairan, tapi lepas tu mereka senyum sinis. Senyuman yang kau paling benci nak lihat!

"Saya nak kenalan ngan awak..." Luhan berkata.

Kau jeling Xi Luhan tak puas hati. Nak kenalan? Boleh blah!! Kau marah dia dalam hati. "Maaf, saya ada hal!" Kau cuba bagi alasan dan kau larikan diri dari situ.

Luhan memerhatikan gerak-geri kau dengan senyuman manis di bibir dia...Dia suka kau...Buat pertama kalinya ada gadis yang memaut perasaan dia...Kau orang tu...



Oh Sehun mengerut kening apabila mendengar cerita dari mulut kau mengenai Luhan. Siapa sangka bapa gengster di sekolah korang jatuh hati pada teman wanita dia?

"Bila dia kacau awak?" Dia bertanya....

Kau pandang muka Sehun yang mula berubah. Muka ceria dia tiba-tiba berubah, mesti dia bengang dengan Xi Luhan tu. Kau pun bengang sebenarnya, tak pasal-pasal mamat samseng tu kacau kau dan nak berkenalan pulak!

Tapi kalau boleh kau taknak Sehun bergaduh dengan Luhan, kau tahu macam mana teruknya perangai Luhan dengan konco-konco dia tu. Kau taknak muka comel Sehun cedera dipukul oleh trio tu walaupun Sehun juara Tae Kwon Do 2 tahun berturut-turut di sekolah korang. Kau taknak dia terlibat dengan pergaduhan ni semua.

"Awak...Lupakan aje pasal ni eh?" Kau cuba sejukkan hati dia.

Sehun sekadar mendiamkan diri. Dia tak bagi respon apa-apa. Kau mula rasa tak sedap hati. Apa yang Sehun sedang fikirkan sekarang ni?

"Awak...Awak dengar tak ni?" Kau goyang-goyangkan lengan dia. Tak lama lepas tu dia pandang muka kau sambil mengukir senyuman pahit.

"Saya dengar..." Ujar dia ringkas.

"Awak jangan gaduh-gaduh dengan Luhan tau...Awak janji ngan saya..." Kau pujuk dia. Kau tahu mesti Sehun memikirkan sesuatu yang tidak elok, ada kemungkinan dia akan bersemuka dengan Luhan sebab kacau teman wanita dia. Dia tak mahu kau diganggu oleh Xi Luhan~

Kau semakin bimbang bila Sehun hanya senyum je, tak berkata apa-apa. Kau tak mahu dia bergaduh dengan trio tu! Kau tak mahu sesuatu yang tak elok berlaku pada teman lelaki kau ni...Kemudian kau pandang muka Sehun lama-lama, kau lihat ada riak marah pada muka dia, kau gigit bibir...

Kau salahkan diri kau sendiri sebab gatal mulut sangat menceritakan semua ni pada dia, bodohnya aku!! Kau menyumpah-nyumpah diri kau.



Luhan dan konco-konconya seperti biasa, melepak di belakang sekolah sambil menghisap rokok. Di hadapan mereka terdapat dua orang pelajar lelaki yang teruk dibelasah oleh mereka. Xiumin dan Suho mengerang kesakitan di atas rumput.

Luhan melempar puntung rokok ke atas tanah dan mula mendekati mereka berdua.Dengan muka marah, muka dua lelaki itu dia tampar-tampar kasar.

"Mana duit aku yang aku minta semalam ha? Mana!!!" Dia menyoal ganas. Suho dan Xiumin terketar-ketar dengan pertanyaan Luhan tu. Mereka berdua benar-benar lupa dengan permintaan Luhan tu, lagipun mana mereka nak cekau duit sebanyak tu?

Jongin memegang kolar baju Suho, "Kau ni memang nak mati kan? Kau ingat kitorang ni main-main ke?!"

Suho sudah tidak berdaya lagi, dia teruk dibelasah oleh lelaki-lelaki ini. Mereka terlalu kuat. Jongin menumbuk perut Suho dan melempar lelaki tu ke atas rumput. Suho pengsan tidak sedarkan diri.

Luhan mendengus, dia betul-betul marah hari itu. Sudahlah Suho dan Xiumin tidak membawa duit yang dia minta, kemudian dia dapat tahu kau dah ada teman lelaki yang bernama Oh Sehun!! Dia pasti akan ajar Sehun cukup-cukup!



Sehun yang sekadar berseluar jeans dan berbaju T itu memandang kearah Luhan dengan tajam. Luhan dengan konco-konconya datang mengganggunya petang itu selepas habis waktu persekolahan. Ketika itu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
silv3rbyul
#1
Chapter 1: Cerita nih sedih sobs sobs nasib baik happy ending kalau tak........ T.T
kamong
#2
Chapter 4: chapter 4: masuk kali ni dh kali kelima baca. even though dh tau jalan cerita dia , but im still crying setiap kali baca cerita ni ㅠㅠ author nim daebak (y)
21blackpearls
#3
Chapter 3: Kiter sayang awak jugak jiminnie~~~kkkkkkkkkk
21blackpearls
#4
Chapter 2: Adeh...last note from lulu is killing me......arghhh..helpppp.. xD
21blackpearls
#5
Chapter 1: Aisshhh knapa hujan air mata tak nak brhenti ni?!!T.T thats so...sweet unnie../standing ovation for chie unnie.