I HATE U ♥

KOLEKSI ONE-SHOTS BERBAHASA MELAYU
Please Subscribe to read the full chapter

CASTS : V | YOU | JUNGKOOK

Kau ketap bibir bila nampak muka V di pagi hari. Dia dengan muka sinisnya tu betul-betul buatkan kau menyampah. Menyampah yang amat sangat. Kenapalah mamat sengal tu suka benar menyakiti hati kau?

"Boleh tak kau jangan jeling-jeling aku macam ni? Kau suka dekat aku eh?"

Kata-kata dari mulut V tu memang membuatkan kau rasa nak termuntah. Sukakan dia? Cis! Tak ada maknanya!

Kau jeling dia lagi, sampai nak terkeluar biji mata kau.

"Kau nak luahkan cinta kau pada aku ke? Sorry aku tak berminat." Selamba je V berkata begitu di depan kau. Kau rasa macam nak hempuk aje meja ni ke kepala dia.

Kau buat bodoh dan duduk, bersedia untuk belajar.

"Aku harap kau tak frust menonggeng..." V berbisik ke telinga kau. Kau ketap bibir. Tak guna betul.

"Kau boleh tak jangan perasan?" Kau tempelak dia.

V jungkit bahu dan berlalu ke tempat duduk dia yang terletak beberapa baris dari belakang. Menyampah betul kau dengan mamat sengal ni!

 

Tak lama lepas tu Jungkook, kawan baik V melangkah masuk ke dalam kelas. Dia melemparkan senyuman manis kearah kau. Kau balas senyuman tu dengan hati yang ikhlas.

"Selamat pagi.." Ucap Jungkook pada kau. Kau dongakkan kepala kau, dia yang sedang berdiri di depan kau tersenyum mesra.

"pagi..." Balas kau juga dengan segaris senyuman di bibir kau.

 

Loceng berbunyi menandakan tamatnya waktu persekolahan untuk hari tu. Kau mengemas-ngemas buku dan alat tulis yang berterabur kat atas meja.

"Boleh saya tolong?" Jungkook tiba-tiba berkata.

Tapi hati kau tiba-tiba jadi sakit pula bila melihat kelibat V yang sedang berdiri di sebelah Jungkook. Seperti biasa dengan muka selambanya tu.

"Takpe, saya boleh kemas sendiri." Kau menolak dengan cara baik. Jungkook mengangguk-angguk faham. V mengukir senyuman sinis.

"Ala...Dah orang nak tolong, biarkan je...Jual mahal nampak??" V menyindir kau. Kau ketap bibir. Kau tahan marah kau demi Jungkook.

Jungkook sekadar tersenyum pahit je mendengar kata-kata kawan baiknya tu.

"Bukan jual mahal, tapi tak nak menyusahkan orang...Faham?" Kau berkata sambil menjeling tajam kearah V. Mulut kau mengulum senyuman palsu. Senyuman macam nak bunuh orang.

V ketawa berdekah-dekah. Memang sakit hati kau dibuatnya!!!

"Dahlah tu..." Jungkook berkata sambil menyiku V. Tak habis-habis nak menyakat kau.

 

Semasa korang keluar dari pintu pagar utama sekolah, kau sempat berpaling menoleh kearah Jungkook dan V.

Ada senyuman ikhlas di bibir V.... Kau seolah tak percaya...

Jungkook merapati V yang sedang mengelamun di depan jendela. Macam ada sesuatu je yang sedang mengganggu perasaan V ketika tu.

"Gwenchana?"

Soalan Jungkook itu sekadar dibalas dengan anggukan kepalanya je.

"Apa pandangan kau tentang girl kelas kita tu?" Jungkook tiba-tiba bertanya. V pantas menoleh dan merenung Jungkook tak berkelip-kelip. Muka Jungkook pula ceria semacam je.

"Kenapa kau tanya macam tu?" V mengerut kening. Dia menanti jawapan dari Jungkook.

Jungkook berdiri di sebelah V, memeluk bahu rakannya itu dan muka ketawa kecil. Mengundang rasa curiga dalam hati V.

"Aku rasa aku suka kat dia lah." Jungkook berterus-terang. Kemudian dia menepuk-nepuk bahu V berulang-ulang kali.

V mengangguk-angguk. Sahabat baiknya menaruh perasaan pada kau. Dia kemudian merenung ke wajah Jungkook...

"Kau pasti ke?" Dia bertanya, inginkan kepastian. Jungkook mengangguk-angguk sebagai mengiakan pertanyaan tu. V senyum pahit.

Entah mengapa secara tiba-tiba hati dia jadi kurang senang bila Jungkook meluahkan perasaan dia yang dah lama terbuku. Entah mengapa dia rasa tak gembira...

 

Kau mendengus bila terserempak dengan V di sebuah supermarket beberapa hari kemudian. Dia disitu tanpa ditemani oleh sahabat baiknya, Jungkook.

"Shopping nampak?" V menyapa tiba-tiba. Kau sedaya-upaya cuba untuk menyembunyikan diri kau tapi dia berjaya juga menemui kau. hmpf!

Kau buat bodoh. Tak mahu melayan V.

"Kau nak aku tolong bawakkan barang-barang kau ni?" V bertanya lagi. Kau ketap gigi. Hish, menyemak ajelah!

"Boleh tak kau jangan ganggu aku??" Kau menempelak dia. Meluat betul kau tengok muka dia tu. Tak habis-habis nak ganggu ketenteraman hidup kau!

V pegang plastik yang kau sedang pegang dengan tangan kanan dia. Kau cuba tarik plastik tu dari tangan dia tapi gagal.

"Tolong lepaskan plastik ni boleh??" Kau menjegilkan biji mata kau. V menggeleng-geleng. Pegangan dia makin kejab. Kau mula hilang sabar.

"Kau ni kenapa?!" Kau marah-marah. V renung muka kau seketika. Kemudian dia lepaskan pegangan dia.

"Sorry." Dia berkata perlahan. Kau tanpa buang masa terus melarikan diri kau dari situ. Tak kuasa kau nak menghadap muka dia lama-lama. Menyampah!!

 

Sekolah.

Kau perasan dengan renungan penuh minat Jungkook pada kau. Dia sering mencuri pandang ke wajah kau. Kau mula rasa tak selesa.

"Awak...Petang ni awak busy tak?" Jungkook duduk di depan kau. Dia tersenyum manis. Kau yang sedang menulis sesuatu di atas buku nota, memandang dia tak berkelip-kelip.

"Kenapa ye?" Kau bertanya.

Jungkook tersengih-sengih. Dia tongkat dagu dia, renung muka kau dengan mata yang bersinar-sinar. Kau naik malu.

"Saya nak ajak awak jalan-jalan kat bandar, kalau awak tak sibuklah..." Jungkook berterus-terang. Kau tergamam. Jalan-jalan??

 

V yang sedang memerhatikan kau dan Jungkook, mengetap bibir. Nampaknya Jungkook mula memikat kau. Hati dia pedih....

Sejak tu kau dengan Jungkook mulai rapat. Korang berdua selalu meluangkan masa bersama. Manakala V pula keseorangan. Diselubungi kepedihan...

V menutup buku yang sedang dibaca. Sepucuk surat dilipat rapi, sebatang pen dia rebahkan ke atas meja. Kemudian dia letakkan surat yang terlipat rapi tu ke dalam sampul surat berwarna merah jambu.

Entah mengapa hubungan dia dengan kau semakin lama semakin parah. Seolah macam dah tak mampu nak dipulihkan lagi.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
silv3rbyul
#1
Chapter 1: Cerita nih sedih sobs sobs nasib baik happy ending kalau tak........ T.T
kamong
#2
Chapter 4: chapter 4: masuk kali ni dh kali kelima baca. even though dh tau jalan cerita dia , but im still crying setiap kali baca cerita ni ㅠㅠ author nim daebak (y)
21blackpearls
#3
Chapter 3: Kiter sayang awak jugak jiminnie~~~kkkkkkkkkk
21blackpearls
#4
Chapter 2: Adeh...last note from lulu is killing me......arghhh..helpppp.. xD
21blackpearls
#5
Chapter 1: Aisshhh knapa hujan air mata tak nak brhenti ni?!!T.T thats so...sweet unnie../standing ovation for chie unnie.