EXCUSE ME, BUT CAN U BE MINE ?

KOLEKSI ONE-SHOTS BERBAHASA MELAYU
Please Subscribe to read the full chapter

CASTS : JIMIN | YOU | SUGA

Kau terkejar-kejar sambil membimbit beg yang dipenuhi dengan barangan aksesori milik Bangtan Boys. Satu hari ni kerja kau tak habis-habis. Sampai kau termengah-mengah ketika bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi. Ye, itulah cabaran kau yang bekerja sebagai krew untuk syarikat hiburan A Big Hit ni. Dimana BTS sedang bernaung.

 

Kau letakkan beg aksesori yang berat tu ke atas meja yang terletak tak jauh dari tempat Jimin dan Suga sedang disiapkan. Kemudian, kau berdiri di tepi dinding untuk merehatkan diri kau yang penat berkejar ke sana ke mari. Kau betul-betul penat.

 

Tanpa kau sedari mata Jimin sedang asyik memerhatikan kau. Bibir dia mengukir senyuman manis. Dia betul-betul tertarik dengan raut wajah kau dan perangai kau yang kadangkala cemerkap tu. Kadang-kadang kau serba tak kena...

 

Jimin perlahan-lahan menoleh ke sebelah kanan dan melihat rakan seperjuangannya iaitu Suga turut sama merenung ke arah kau.

 

"Kau pandang sapa?" Jimin berpura-pura ingin tahu. Suga menjawab soalan Jimin tu dengan sengihan di bibir dia. Biarlah Jimin tak tau.

 

Suga kembali memandang ke hadapan sambil rambutnya masih didandan untuk muzik video N.O selepas ni. Jimin menoleh sekali lagi, merenung kau penuh minat. Tak lama lepas tu, dia senyum manis.

 

Manakala kau dipanggil oleh pengurus BTS untuk menyelesaikan sebuah tugas penting. Kau berkejar lagi ke sana, kau betul-betul penat dan rasa macam nak pengsan! Tapi kau tau, kau sekadar krew biasa je kat syarikat tu... Kau terpaksa rajin untuk tugas kau ni.

 

Jimin melepaskan sebuah keluhan, dia kesian tengok kau berkejar ke sana ke mari. Mesti kau penat... Hmmm....

 

Petang tu hampir pukul 6 petang, kau melabuhkan duduk kau ke atas sebuah sofa dalam bilik rehat krew. Akhirnya kau mampu menarik nafas lega lepas seharian berpenat lelah. Kau menguap beberapa kali, dan akhirnya terlena kat situ. Kau betul-betul takde tenaga.

Jimin yang kebetulan melintasi bilik krew tiba-tiba memberhentikan langkah dia untuk ke studio penggambaran muzik video BTS. Kau sedang lena atas sofa... Comelnya..... Jimin perlahan-lahan berdiri di muka pintu dan memerhatikan kau yang sedang tidur lena. Mesti kau penat, kesian kau.... Jimin mengukir senyuman manis setiapkali tengok kau bergerak-gerak.

 

Jimin mula mengatur langkah ke dalam bilik tu, perlahan-lahan dekati kau dan duduk di samping kau. Sekali lagi dia merenung wajah kau yang kepenatan.

 

"Sian awak....." Dia berbisik.

 

Wajah kau yang sedikit pucat tu Jimin sentuh perlahan-lahan. Muka kau berpeluh-peluh, kemudian dia keluarkan sapu tangan dari poket seluar dia dan lap peluh kat dahi kau dengan lemah-lembut. Entah kenapa dia suka sangat tengok kau. Kau betul-betul menarik hati dia untuk terus memerhatikan kau.


"Awak mimpi apa tu? Nampak muka kiter tak?" Jimin berbisik manja ke telinga kau. Alangkah bagus kalau dia dapat masuk ke dalam mimpi-mimpi kau...


Sementara kau diulit lena yang panjang, Jimin mengambil kesempatan ni untuk menatap wajah kau dari dekat puas-puas. Kau memang comel... Patutlah dia jatuh hati pada kau.



Sementara tu, pengurus BTS sibuk mencari-cari Jimin yang belum sampai-sampai lagi. Ke mana dia pergi? Sesi penggambaran muzik video N.O akan dimulakan tak lama lagi. Jimin pula tiba-tiba menghilangkan diri entah ke mana.



Kau tersentak bila tengok Jimin duduk disamping kau. Sejak bila dia duduk kat situ? Disamping kau pula tu... Kau cepat-cepat bangun dan merenung kearah Jimin dengan penuh tanda tanya.


"Awak dah lama ke kat sini?" Kau tanya dia. Jimin mengangguk perlahan-lahan. Kau gigit bibir, alamak...Malunya!


Jimin renung lagi ke wajah kau. Kau malu diperhatikan begitu. Kenapa dengan Jimin ni? Kenapa dia renung kau? Ada apa-apa ke kat muka kau???


"You're beautiful...." Jimin tiba-tiba berkata sambil senyum manja. Hati kau berdebar hebat. Dia puji kau ke tadi?? Biar betul! Kau serba tak kena. Tak pasti nak cakap apa. Ke Jimin ni sekadar main-mainkan kau je?


"Serius awak cantik...Comel...." Puji Jimin lagi. Muka kau macam terbakar, merah padam. Kenapa Jimin tiba-tiba puji kau ni?? Takde angin takde ribut ><


Kau tunduk malu. Tak terucap kata dari mulut kau. Jimin masih lagi merenung kau penuh minat. Kau malu.....Argh!!!



"Jimin! Kau buat apa kat sini? Manager dah marah-marah tu!" Ketua kumpulan BTS iaitu Rap Monster tiba-tiba melaung di muka pintu. Kebetulan ternampak Jimin sedang duduk menghadap kau.


Jimin tepuk dahi sendiri, dia lupa!! Matilah dia kena bebel dengan pengurus dorang lepas ni.


"Cepat tau...." Rap Monster sempat melemparkan senyuman ke arah kau dan terus beredar pergi dari situ. Jimin tersengih-sengih sambil memandang kearah kau yang merah padam dek pujian melangit dia tadi.


"Kiter pergi dulu ehh? See you later beautiful...." Ujar Jimin, tepuk-tepuk manja pipi kau dan berlalu pergi.


Kau terlopo

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
silv3rbyul
#1
Chapter 1: Cerita nih sedih sobs sobs nasib baik happy ending kalau tak........ T.T
kamong
#2
Chapter 4: chapter 4: masuk kali ni dh kali kelima baca. even though dh tau jalan cerita dia , but im still crying setiap kali baca cerita ni ㅠㅠ author nim daebak (y)
21blackpearls
#3
Chapter 3: Kiter sayang awak jugak jiminnie~~~kkkkkkkkkk
21blackpearls
#4
Chapter 2: Adeh...last note from lulu is killing me......arghhh..helpppp.. xD
21blackpearls
#5
Chapter 1: Aisshhh knapa hujan air mata tak nak brhenti ni?!!T.T thats so...sweet unnie../standing ovation for chie unnie.