Bab 3

Minah K-pop & Abang Nerd

Johan menunggu Azreen di dalam kereta di hadapan rumah bakal isterinya. Azreen keluar dengan kelam kabut. Syahir berlari keluar dan memberi telefon milik Azreen kepada pemiliknya.

Azreen mengambilnya dan berlari masuk ke dalam kereta MyVi milik Johan.

"Kenapa awak lambat?" Johan bertanya.

"Aku makan tadi. Aku tak tahu pulak yang kau dah sampai.  Tiba-tiba, si Syahir datang bagitau yang kau tengah tunggu kat luar."

 

"Saya nak design ni. Comel sangat," Luhan menunding jarinya ke arah sekeping kad berwarna merah jambu.

"Saya lagi suka yang bentuk love ni," kata Azreen. "Warna pink jugak."

"Saya pun setuju dengan kata bakal isteri awak ni," kata juruedit kad yang bekerja di situ. Dia menyokong kerana dia memakai baju EXO dan Azreen pula memakai baju BWCW.

Azreen bertepuk tangan dan memandang Johan. Johan tidak lagi mengenakan rambut nerd. Malah, dia memakai t-shirt yang menampakkan susuk tubuhnya dan seluar jeans.

"Suka hati awaklah!" Johan berjalan ke arah sofa dan duduk sambil membaca majalah.

Azreen berjalan ke arahnya. "Kau merajuk ke? Tak payahlah," Azreen menolak lembut lutut Johan. "Tak macholah laki aku ni."

"Awak ambik je yang mana awak nak," kata Johan sambil tersenyum.

"Kau jangan merajuk," Azreen memujuk.

"Awak, saya tak merajuklah. Saya penat je," kata Johan.

"Good, nanti kita balik aku drive okay?"

"Okay."

 

"Mama, apa kata kita pakai make-up nipis je?" Soal Azreen.

"Tak boleh. Tak boleh. Laki kau mesti terkejut nanti dia tengok bini dia comel lote ni," bebel Kak Nini selaku make-up artist aku.

"Tak sukalah, Kak Nini. Reen rasa macam ada pinggan melekat kat muka. Tak suka," kata Azreen.

"Pakai je. Mesti Johan suka," kata mama.

Azreen mengeluh dan membiarkan tangan Kak Nini 'menyonteng' mukanya.

 

Johan mengeluh berat, kakinya bergetar.

"Mengalahkan orang kena Parkinson je dia ni," Fazri menegur kawan baiknya yang bakal menjejak pelamin.

"Aku takut je," jawab Johan.

"Aku dulu pun macam tu jugak dengan bini aku. Lepas akad nikah aku dah okay."

"Kau dengan Jan takpelah sebab korang dah kenal lama," kata Johan. "Masa aku jadi pengapit kau, aku pun gabra."

"Bakal bini kau jugak yang jadi pengapit bini aku si Jan tu. Takde apa-apa pun. Beres je? Siap lambai-lambai lagi."

Mami menerjah masuk ke dalam bilik di mana Johan ditempatkan.

"Jom."

 

Johan memandang bilik milik Azreen. Dinding bilik dipenuhi poster.  EXO, B2ST, Super Junior, BTS, GOT7, VIXX dan macam-macam lagi yang dia tak kenal.

Azreen masuk ke dalam bilik dan melabuhkan badan di atas katil bersebelahan Johan.

"Banyaknya poster," kata Johan. "Tu," dia menunjukkan ke arah poster Luhan dari album XOXO yang bertemakan zaman sekolah. "Gambar saya ke? Pandai awak photoshop."

Azreen ketawa melihat gelagat suaminya.

"Jangan ketawakan saya, awak," kaat Johan.

"Kau ni comel," kata Azreen.

"Awak, janganlah pakai aku-kau ngan saya. Kalau mami, babah, mama dan papa kita tahu macam mana?"

"Kau panggil aku 'sayang' dan aku panggil kau 'abang'. Kan senang?" Jawab Azreen.

Telefon Johan berbunyi tanda mesej masuk.

"Sape tu? Awek?" Azreen dengan riang ria mengambil handphone Samsung Galaxy s5 milik Johan.

Mami nk cucu cpt2 k, syg mami? Jlnkn tgs skrg. ~ Mami

Awkward. Johan merampas semula telefonnya dan membaca mesej tersebut. Terbatuk dibuatnya. Mukanya turut berona merah.

"Muka sayang dah merah," kata Johan.

Azreen tersenyum simpul. Dia juga tidak perasan bahawa rupanya sudah mengalahkan tomato.

"Sayang nak anak ke?" Soal Johan.

Azreen mengangguk. "Tu lah sebabnya kita kahwin kan? Nak dapat zuriat."

Johan menyentuh wajah suci Azreen dengan tangannya. "Sayang abang punya." Wujud senyuman nakal pada muka Johan. Lalu, bibir Johan dan Azreen bertaut.

 

Johan bangkit dari tidur pada jam 8 pagi. Takde orang kejutkan ke? Dia melihat Azreen yang nyenyak tidur di sebelahnya. Johan ke bilik air untuk mandi wajib.

Johan sudah selesai mandi. Azreen masih lena diulit mimpi. Johan memakai pakaian lalu menyimpan pakaian-pakaian yang bersepah di atas lantai bilik.

"Sayang," Johan menggoyangkan tubuh kecil Azreen.

"Penatlah," Azreen merungut.

"Bangunlah. Lama sangat awak tidur ni."

Azreen berpaling ke arahnya. Selimut ditarik ke atas dada.

"Awak keluar dulu," omel Azreen.

"Takpe. Saya dah tengok semua. Tak payah malu," Johan menggosok kepala Azreen.

"Tak nak," rungut Azreen. Comelnya.

"Okey. Saya tunggu kat bawah. Kita makan sekali." Johan melangkah keluar bilik dan menuruni tangga.

 

Johan menonton televisyen bersama papa dan Syahir. Azreen menyentuh belakang Johan.

"Jom makan," ajak Azreen. Johan membiarkan Azreen menarik tangannya ke dapur.

Johan memandang hidangan yang berwarna merah yang baru dihidang oleh mama.

"Ni ddeobeokki. Makanan Korea. Nak try?" Tawar Azreen.

"Pedas?" Soal Johan.

"Mama buat tak pedas sangat," kata mama.

Azreen mencucuk kek beras yang disaluti sos itu dan menyuapkannya kepada Johan. Johan tersenyum. Suka lattew.

"Mama! BTS dah nak start!" Jerit papa dari ruang tamu. Mama terus berlari ke arah suaminya setelah dia terdengar lagu Danger yang diminatinya.

"BTS tu apa? Budak Tak Sunat?" Tanya Johan.

"Tu Bangtan Boys lah a.k.a bangtan sonyeondan. Kumpulan k-pop," terang Azreen. "Awak minat k-pop?"

"Awak, saya tak minat k-pop. Saya tak kenal pun diorang. Siapa Luhan? Setiap kali saya pergi keluar, mesti ada orang sebut nama tu."

Dia tak kenal doppelganger sendiri ke?

"Luhan tu muka dia macam awak. Poster yang awak tunjuk semalam tu Luhan," kata Azreen.

Johan mengangguk. Nampak macam best je k-pop ni.

"Anak saudara kita kat Kelantan tu pun minat k-pop. Mesti awak suka dia," kata Luhan lalu mengunyah mi goreng buatan Syahira.

"Ada gambar dia tak?"

"Ada nanti saya bagi. Awak, saya nak tanya."

"Nak tanya apa?" 

"Awak kerja apa ek?"

"Saya jual, design baju. Jual online. Ada buat modeling sikit-sikit. Sorry, saya tak pernah bagitahu."

"Nak tengok," Johan menyua tapak tangan.

"Lepas ni. Phone tengah charge," Azreen menyentuh tangan Johan.

 

"Best jugak lagu ni," komen Johan ketika mendengar lagu Miracle in December di dalam laptop Azreen.

"Awak bukak yang Chinese version pulak," kata Azreen.

Johan memainkan video MID dalam versi China.

"Eh? Saya?" Johan ketawa.

Saya Sehun dan saya nak awak jadi Luhan saya sampai bila-bila. Bisik hati kecil Azreen.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
springjasmine91
#1
Chapter 5: johan knp kau xtanya...adeh.....good luckk utk bab seterusnya
Kim_DH
#2
Chapter 5: Nice story. keep update please
noorsyaza01 #3
Chapter 3: Haha..Budak tak sunat..
fna_shn #4
Cerita ni comellah. Hihi keep update ok? Hwaitingggg
Wu_YiIra05 #5
Chapter 1 : daebak ... keep update