Bab 4

Minah K-pop & Abang Nerd

Johan memerhati semua CD di dalam kereta Azreen. Dia mencapai sebuah album K-pop yang menarik jiwa lelakinya. APink's Snow Pink.

"Awak suka APink ke?" Azreen bertanya kepada Johan.  Matanya tetap tertumpu ke jalan raya. Hilux kesayangannya dipandu dengan berhati-hati. Dia rela tidak pergi ke Golden Disk Awards di Malaysia hari tu sebab ingin simpan duit untuk beli Hilux itu.

"Saya tak minat K-pop, awak."

Azreen tersenyum. "Habis? Lagu apa yang dodoikan awak semalam?"

Johan mengaku dia terlena ketika mendengar lagu Miracle in December di handphonenya setelah dia memuat turun lagu itu.

"Boiji anheun neol chajaryeogo haesseutda~" Johan menyanyikan permulaan lagu itu.

"Nanti sampai Bentong, saya drive. Saya tidur dulu ya?" Johan memeluk bantal berwarna merah yang dibawa dari rumah teresnya. Mereka berdua sempat singgah ke rumah Johan.

"OMG! Comelnya bini kamu, Johan. Kak Su tengok dari jauh je. Cantik sangat hari tu. Tapi, kalau tengok dekat-dekat lagi comel," Kak Su mencubit perlahan pipi Azreen.

Johan mendekati mereka berdua dengan menjinjing sebuah beg kertas yang mengandungi selimut anak saudaranya yang tertinggal dan bantal merah kesayangannya. Tiramisu terpaksa berada di bawah jagaan Kak Su buat sementara.

"Kucing awak comel sangat," luah Azreen.

"Hrmm," Johan memeluk erat bantalnya.

"Awak pakai contact lenses ke? Mata spek mata comel awak?"

"Saya tak pakai apa-apa. Comel ada dalam beg awak. Saya letak dalam tu," Comel merupakan gelaran baru untuk kaca matanya.

"Awak tidurlah dulu," Azreen menggosok-gosok kepala Johan. Comelnya, Luhan aku.

 

Tepat pada jam 12.30 (macam lagu Beast gitu), mereka tiba di Bachok, Kelantan. Ketibaan mereka dijemput oleh mami, babah, tok ayah dan mak tok. Yang lain sudah sesat kat dalam hutan mimpi.

Rumah itu tidak nampak seperti rumah kampung lansung. Rumah putih itu selesa dipandang dan terdapat banyak kereta di garaj. Estima, Range Rover dan macam-macam lagi.

"Tok ayah duk tengok Running Man ke?" Johan tidak menggunakan loghat Kelantan.

"Ni episod lama. Mak tok nak tengok sangat ni," balasnya sambil menyambut tangan cucunya itu. Seterusnya, dia mencium tangan neneknya. Azreen mengikut segala tindakan Johan.

"Pergi rehat dulu, sayang mami. Mesti letih kan?" 

"Okay, ma," Johan bersalaman dengan ibu dan ayahnya. Seperti sebelum ini, Azreen menurut.

Johan membawa bagasi yang dikongsinya dan Azreen. Azreen membawa beg-beg yang ringan sahaja. Mereka berdua berjalan ke bilik Johan di tingkat atas.

"Kenapa awak tak cakap dalam loghat Kelantan?" Soal Azreen setelah mereka tiba di bilik.

"Sebab saya tak pandai cakap dalam loghat tu."

"Kenapa?"

"Sel-sel otak tengah berhubung ke ni?" Johan mengetuk perlahan kepala Azreen dengan menggunakan jari telunjuk.

"Bagitahu aje kenapa?" Azreen menepis tangan Johan.

"Sebab saya lahir kat KL. Mami orang Selangor dan babah orang Kelantan. Babah dulu kerja askar tapi sekarang dan pencen. Saya selalu duduk dengan mami dan saya tak belajar loghat tu sebab babah selalu takde kat rumah. Diorang balik sini dan uruskan bisnes tok ayah." Terang Johan.

"Tok ayah buat bisnes apa?"

"Jual barang kemas. Nak ikut saya pergi kedai dia esok?" Johan bertanya.

"Kalau tak penat kita pergi."

Pintu yang terkunci diketuk dari luar.

"Siapa tu?" Johan bertanya.

"Ni Faizal," suara disebalik pintu membalas.

"Budak Korea dah datang," Johan memandang Azreen sekilas lalu membuka pintu biliknya.

"Kakak comel," seorang budak lelaki lebih kurang 5 tahun berlari-lari anak ke arah Azreen.

"Kenapa Pak Jo duduk sebilik dengan kakak ni? Ni awek Zal tau?" Soal budak kecil itu sambil memeluk badan Azreen. Azreen tersengih dan mencium pipi lembut milik Faizal.

"Tu isteri Pak Jo. Mak cik Reen nama dia. Dia mak saudara Faizal," kata Johan. Geram juga dia melihat Faizal yang tengah dicium Azreen.

"Sayang, kenapa lelaki ni mengaku dia suami sayang?" Faizal mendekati pipi Azreen dan menciumnya.

"Dah! Tak payah nak berlakon lagi," Johan menarik Faizal ke dalam dakapannya. Faizal ketawa.

"Zal tidur sini boleh tak sayang?" Faizal bertanya kepada Johan. Jari jemarinya menyentuh bibir Johan.

"Tak payah. Pergi tidur dengan ummi awak," Johan meletakkan Faizal kembali ke lantai.

"Mak cik Reen," Faizal berjalan ke arah Azreen yang sedang duduk di atas katil.

"Yes, sayang?"

"You see? Dia panggil I sayang," Faizal dengan gaya gediknya berkata.

"Mak cik Reen awak tu Pak Jo punya," Johan mengambil tempat di sebelah Azreen. 

"Siapa suka orang Nerd macam Pak Jo?" Faizal mengangkat kening. Dah tahap Romeo budak ni.

Johan tersenyum melihat telatah anak saudaranya itu.

"Suka K-pop kan?" Faizal menunding jarinya ke arah Azreen. Azreen mengangguk mengiyakan kata-kata dari mulut kecil Faizal.

"Saya pun," Faizal senyum. Faizal menarikan tarian Alone nyanyian Sistar. Azreen tergelak melihat kecomelan Faizal. Dia turut menghadiahkan flying kiss kepada ibu saudaranya itu.

"Gatalnya budak ni," Johan berkata.

"Dah nak pergi tidur ni. Bye~" Faizal berlari ke biliknya. 

Johan menutup pintu bilik.

"Jangan layan budak tu," katanya sebelum dia membuka baju.

"Kenapa?"

"Saya tak suka."

"Nanti awak akan ada anak jugak kan?"

"Faizal gatal," Johan baring di sebelah Azreen.

"Budak kecik aje," Azreen menepuk lembut paha Johan dengan niat ingin dodoikan Luhan miliknya.

"Awak nak dodoikan saya ke?" Soal Johan.

Azreen mengangguk. Jujur je lah.

"Nyanyi lagu Miracle in December," pinta Johan.

Azreen menyentuh kulit mulus Johan. "Saya malas. Goodnight."

Johan mencium dahi Azreen sekali sebelum dia menutup mata.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
springjasmine91
#1
Chapter 5: johan knp kau xtanya...adeh.....good luckk utk bab seterusnya
Kim_DH
#2
Chapter 5: Nice story. keep update please
noorsyaza01 #3
Chapter 3: Haha..Budak tak sunat..
fna_shn #4
Cerita ni comellah. Hihi keep update ok? Hwaitingggg
Wu_YiIra05 #5
Chapter 1 : daebak ... keep update