Bab 5

Minah K-pop & Abang Nerd

Cepatnya waktu berlalu. Sedar tak sedar sudah 5 hari Azreen dan Johan pulang ke Kelantan. Mereka sekarang berada di rumah sedang menikmati hari minggu. Johan memandang handphone Azreen yang asyik bergetar tanda mesej masuk.

Azreen sedang nyenyak diulit mimpi kelihatan cantik dengan mata yang tertutup dan kulitnya yang putih. Johan mengambil telefon bimbit Azreen dan memeriksa mesej yang diterima. Dia berhak untuk mengetahui dengan siapa isterinya berhubung. Betul ke?

 

I syg u lagi tau. I nak kita kahwin & dpt baby comel2. I love u so much. I x kira u dh kahwin dgn org lain atau x. I tetap syg u. ~ (unknown number)

 

Telefon di tangan diletakkan semula ke atas meja. Terasa panas hatinya setelah membaca mesej itu. Sakit hati.

“Awak ada niat nak saya ceraikan awak, Reen?” Johan bertanya kepada Azreen yang sedang tidur. Dia yakin Azreen tidak dapat mendengar persoalannya itu. Jejari Johan mengusap wajah Azreen lembut.

“Kenapa saya jealous dengan lelaki yang hantar mesej tu kat awak. Saya dah sayang awak ke?” Dia bertanya lagi.

 

“Johan,” Azreen memanggil nama suaminya.

Johan berbaring sambil mukanya menekup bantalnya.

“Abang okay?” Azreen bertanya.

Johan mengangguk. Mukanya tidak boleh dilihat oleh Azreen.

“Abang okay ke? Sayang risau ni,” Azreen badan Johan dari belakang.

“Saya okey. Saya nak tidur. Awak jangan kacau saya. Esok saya kena pergi kerja,” kata Johan. Dia memeluk bantalnya erat dan berusaha untuk menyembunyikan wajahnya.

Ayat daripada mesej yang diterima Azreen masih bermain di mindanya. Air matanya gugur. Jika benar Azreen ingin meminta untuk diceraikan, dia tidak akan sekali-kali melafazkan kata-kata penceraian itu. Dia tidak sanggup berpisah dengan Azreen.

“Abang Johan yang sayang sayang ni sedih ke?” Azreen menggosok lembut belakang Johan.

“Awak, tidurlah sekarang.”

 

“Kau ni dah kenapa? Monyok je?” Soal Fazri setelah dia melihat sahabatnya termenung jauh. Air kopi panas yang dipesan tadi sudah sejuk.

“Aku okey je,” Johan mengambil cawan kopinya dan menghirup air di dalamnya. “Apasal air ni tak panas langsung?”

“Kau ingat kau biar air kopi panas ni berminit-minit boleh jadi makin panas ke?” soal Fazri memerli Johan. Macam tak guna je jadi cikgu kalau hal kecik yang budak kecik tahu dia tak tahu.

“Jangan perli,” itu sahaja yang Johan balas.

Berpatah-patah ditanya, dua patah je yang dijawab?

“Kau cerita kat aku. Pasal apa kau termenung lama je tadi? Kalau pasal kau dengan Azreen, maybe aku boleh mintak tolong dengan Jan,” Fazri menawarkan pertolongan.

Johan menggeleng-geleng kepalanya. “Nanti hancur rumah tangga impian aku.” Memang baginya rumah tangganya hampir hancur musnah macam dipijak Ultraman.

 

Azreen meletakkan sebungkus beg kertas ke atas paha Johan.

“Apa ni, awak?” Johan bertanya sambil mengintai ke dalam beg kertas yang baru diterimanya. Dia mengeluarkan sebuah jaket berwarna merah. Warnanya sama seperti jaket yang dipakai Azreen.

Jaket itu tertulis nama ‘Luhan’ dan nombor ‘77’ di belakangnya. Azreen memusingkan badannya dan menunjukkan nama ‘Sehun’ dan nombor ‘94’. Johan tersenyum.

“Awak ni comel sangat,” Johan berdiri dan memberikan jaket itu semula kepadanya. “Nanti kita pakai sama-sama. Terima kasih.”

“Abang suka tak?”

“Saya suka. Tapi, awak tahu kan saya tak minat sangat k-pop tu.”

“Macamlah saya tak tahu awak intai photobook APink dan 2NE1 saya.”

Johan menggosok-gosok kepala Azreen. Dia juga teringin untuk memberikan Azreen sesuatu dan menunaikan permintaannya. Andai hari esok dia meminta untuk diceraikan, Johan tidak akan mengucapkan lafaz cerai dan tidak akan melepaskan Azreen pergi.

 

Azreen menggantungkan jaket yang dibelinya untuk Johan di dalam almari. Pintu bilik dikuak dan ditutup kembali.

“Awalnya abang balik,” Azreen berpaling ke arah suaminya yang pulang agak awal dari sekolah sedangkan jarum jam baru sahaja menunjuk pada nombor 12.

“Sakit.” Itu sahaja balas Johan. Dia menghulurkan sebungkus plastik ubat dari klinik. Azreen memeriksa ubat-ubat yang diberi. Seterusnya, dahi Johan disentuh.

Niat di hati ingin Johan menampal tangan Azreen di dahinya dengan gam gajah agar dia tidak akan berpisah dengannya.

“Panas ni. Abang rehat dulu, sayang pergi masak. Okay?”

Johan sekadar mengangguk. Sudah terlalu penat untuk dia bersuara. Dia terus membuka bajunya dan baring di atas katil.

 

“Entahlah, Jan. Aku perasan jugak yang dia dah tak bersayang-abang dengan aku.  Asyik awak-saya je,” Azreen memberitahu Jan. Sudah hampir sejam mereka berdua ‘bergayut’. Lengan Azreen turut lenguh kerana terpaksa menekapkan telefon di telinganya selama itu.

Pada awalnya, mereka berdua hanya bercakap tentang bisnes, artis dan kedai-kedai baru di Instagram. Kini, Azreen menceritakan masalahnya kepada Jan.

“Dia takde girlfriend lain kan?” soal Jan.

Azreen menggeleng.

“Kau tengah geleng ke angguk? Kau ingat aku boleh nampak kau?” Bengang juga Jan dengan sahabat baiknya itu.

Azreen tersengih dan ketawa. “Sorry Jan. Aku rasa dia takde girlfriend lain.”

“Entah-entah dia ada boyfriend,” seloroh Jan.

Azreen tertawa mendengar kata-kata dan gelak tawa Jan yang sedikit menyakitkan telinga tetapi kelakar itu.

Dari jauh, Johan memerhati. Jika benar orang yang berbual dengan isterinya sekarang ialah lelaki yang menghantar mesej yang menggelikan itu, dia rasa dirinya tidak layak berada di sisi Azreen. Ternyata Azreen lebih gembira dan tertawa dengan lelaki tersebut.

Johan kembali ke biliknya dan baring di atas katil. Telefon dan earphone dicapai. Lagu Miracles in December dimainkan sekuat-kuatnya. Andai Disember ini dia tiada.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
springjasmine91
#1
Chapter 5: johan knp kau xtanya...adeh.....good luckk utk bab seterusnya
Kim_DH
#2
Chapter 5: Nice story. keep update please
noorsyaza01 #3
Chapter 3: Haha..Budak tak sunat..
fna_shn #4
Cerita ni comellah. Hihi keep update ok? Hwaitingggg
Wu_YiIra05 #5
Chapter 1 : daebak ... keep update