Bab 2

Minah K-pop & Abang Nerd

Nak jumpa kat mana? ~ Azreen

Sape ni? ~ Johan

Azreen ~ Azreen

Sape tu? ~ Johan

Pompuan yg pkai jaket purple tadi. ~ Azreen

Oh! Bg alamat rmh. Nnti aq hntr. ~ Johan

Azreen menaip alamat rumahnya dan menghantarkannya kepada Johan.

OK ~ Johan

 

Azreen memandang kereta MyVi hitam di luar pagar rumahnya dari tingkat atas. Dia memakai singlet merah bersama kardigan and skirt.

Ketika kakinya melangkah ke ruang tamu, dia melihat ramai orang dewasa berpakaian tradisional. Ibunya juga mengenakan selendang di kepala.

"Inilah anak gadis saya yang kedua. Maaflah, dia juga tidak tahu ada tetamu," kata ibu kepada seorang wanita dalam likungan umur 50 tahun di hadapannya. Wanita tersenyum dan mengangguk kepada mereka yang di belakangnya. Mereka tersenyum.

Syahira memanggil Azreen ke dapur. Azreen meminta izin sebelum beredar ke dapur.

"Diorang dari Kelantan nak pinang kau. Mak cik tu kawan mama dan mereka setuju nak kahwinkan kau dengan anak teruna dia," terang Syahira.

Azreen memang bersetuju untuk mengahwini lelaki pilihan ibunya. Namun, sekarang dia tidak sanggup.

Tiba-tiba, telefonnya berbunyi. Satu mesej telah masuk.

AWAK KAT MANA, SETAN!!!!? ~ Johan

Azreen mengeluh. Dia terus ke kereta Johan melalui pintu belakang.

Johan menurunkan cermin dan menghulurkan jaket yang kering dan bersih kepadanya.  Thank you, washing machine. Azreen membuka pintu kereta dan duduk di bahagian penumpang di sebelah pemandu.

"Awak ni dah kenapa?" Soal Johan yang terkejut. 

"Mama aku. Ada rombongan meminang aku," jawab Azreen. Dia memicit sisi kepalanya.

"Mami saya pun. Dia pergi hantar rombongan meminang kat mana entah," kata Johan. 

Azreen tersenyum memandang Johan. Muncul satu idea di dalam kepalanya. Azreen memegang tangan Johan.

"Kau ikut aku."

 

"Mama, sebenarnya Reen dah ada boyfriend," kata Azreen. Reen lagi sesuai kot dalam situasi ini berbanding adik.

Johan berdiri di tepinya. "Eh?! Mami?" Terkejut Johan apabila dia melihat mami serta ahli keluarga yang lain berada di situ.

"Eloklah tu. Itu Johan, anak teruna saya," kata mak cik itu yang lebih layak dipanggil mami oleh Azreen.

"Kat mana parking kereta?" Soal Johan.

"Kat masjid sana," jawab ayahnya.

 

Pagi esoknya, Johan perlu membawa Azreen ke butik untuk menjahit baju pengantin. Azreen menunggu Johan di halaman rumah. Lambatnya.

MyVi hitam berhenti di hadapan rumahnya. Dia mengatur langkah ke arah kereta dan duduk di tempat duduk di sebelah Johan.

"Sorry saya lambat. Ada kerja kat sekolah," Johan berkata.

Azreen memandang Johan. Apa ni? Baju dia butangkan semua, necktie tu nampak macam sedang mencekik lehernya, rambut dibelah tengah dan kaca mata yang sama macam hari tu. Eh? Baju pun masih tuck-in?

Azreen membuka tali lehernya dan dicampak ke belakang. 2 butang baju Johan dibuka.

"Awak nak buat apa ni? Siap nak bukak baju saya pulak," Johan menepis tangan Azreen.

"Ikut cakap aku!" Azreen ni boleh jadi singa dalam bab fesyen.

Johan hanya bersetuju dan mengangguk.

Kaca mata Johan ditanggalkan.

"Boleh nampak tak?"  Tanya Azreen.

"Tak," jawabnya lalu matanya dikecilkan ke arah Azreen.

Azreen memakaikan kaca mata itu pada Johan semula.

"Nanti kita buat spek baru okay?"

"Suka hati awaklah."

"Jangan tuck-in baju, please?"

Johan mengeluarkan bahagian bawah bajunya dari seluar.

Azreen menggosok rambut Johan sehingga rambutnya menjadi sedikit serabai.

"Cantik!" Puji Azreen. Dia mengeluarkan cermin daripada begnya dan memberikannya kepada Johan.

Johan meneliti wajahnya dan personaliti barunya.

"Saya tak suka. Tapi awak cakap cantik, saya suka je lah," Johan menyerahkan semula cermin itu.

 

Selepas urusan membeli-belah selesai, mereka pulang. Johan tidak lagi memakai kaca mata bentuk bulat. Azreen dah belikan kaca mata yang berbikai tebal dengan gaya terkini.

Johan juga kelihatan gembira dengan gaya barunya. Tapi, kalau mamat ni tukar gaya jadi nerd balik,  tak tahulah apa dia nak buat.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
springjasmine91
#1
Chapter 5: johan knp kau xtanya...adeh.....good luckk utk bab seterusnya
Kim_DH
#2
Chapter 5: Nice story. keep update please
noorsyaza01 #3
Chapter 3: Haha..Budak tak sunat..
fna_shn #4
Cerita ni comellah. Hihi keep update ok? Hwaitingggg
Wu_YiIra05 #5
Chapter 1 : daebak ... keep update