Bab 1

Minah K-pop & Abang Nerd

Azreen Syakira menatap skrin laptopnya. Dia merenung ke dalam mata seorang jejaka kacak pada skrin tersebut. Dia mengeluh mengamati keindahan yang terpancar di hadapannya.

"Tak habis-habis dengan Sehun!" Seloroh kakaknya, Izreen Syahira yang muncul entah dari mana. Dia ni nenek kebayan kot.

"Aku tak pernah pulak nak terjah masuk bilik kau bila kau tengah berfoya-foya dengan Hyunseung. Plus, kau tahu tak dia tak akan ingat kau masa kau terlanggar dia kat Seoul hari tu." Panjang Azreen membalas.

"Banyak cakap pulak budak ketot ni. Dah aku nak pergi kerja," Syahira menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan adiknya. Azreen pula menyambut dan mencium tangannya seperti biasa.

"Mama suruh kau turun. Dia suruh kau bawak si Syahir pergi mall. Dia nak jumpa kawan," tambah Syahira sebelum dia keluar dari bilik Azreen.

Azri Syahir merupakan anak bongsu dalam keluarga. Dia merupakan salah seorang pekerja dia butik bapanya sebagai seorang pereka fesyen. Bapanya, Adnan bin Umar memiliki sebuah butik untuk lelaki yang diberi nama Black and White.

Azreen memakai t-shirt yang tertulis 'Sehun's' di atasnya berserta jaket ungu dan seluar jeans. Dia berjalan ke ruang tamu.

Ibunya, Syazmiera sedang asyik menonton televisyen. Drama Korea la tu. Takde benda lain. Azreen duduk di sebelahnya.

"Bawak Acik pergi mall kejap, adik," katanya. Acik merujuk kepada Syahir dan adik merujuk kepada Azreen. Walaupun Syahir anak bongsu, namun Azreen lebih suka dimanjakan. Sebab itu lah Syahir lebih suka dipanggil acik.

"Okay, mama. Adik nak pergi tengok wayang dengan Jan lepas hantar dia," Azreen memberitahu ibunya.

"Adik, nah kunci kereta," papanya menghulurkan kunci kereta Forte miliknya. Kenapa papa bagi kunci kereta mama kepadanya?

"Saya punya tu! Bagilah adik bawa Hilux dia sendiri," kata mama lalu merampas semula kunci kereta di tangan Azreen.

"Hilux tu dah macam baru keluar dari hutan je. Kamu pergi mana dengan Jan?" Kata papa.

Azreen tersengih. Kotor sampai macam tu sekali ke? Minggu lepas, dia ke kampung Jan di Kedah. Tak sangka pulak lalu kawasan sawah jadi macam baru keluar hutan.

"Adik bawak Jan balik kampung dia kat Kedah. Kat mana SeLux?" Soal Azreen.

"Papa hantar pergi cuci. Petang nanti papa ambik," balasnya.

"Jom, adik," Syahir mencuit bahu Azreen.

Azreen memandu Kia Forte milik ibunya ke Alamanda.

 

"Suka hati koranglah. Korang nak melalak kat mana. Aku pergi cinema dengan Jan," Azreen memberitahu adiknya dan kawannya. Dia terus berjalan pergi ke tempat yang dijanjikan dengan Jan.

 

Selepas menonton wayang, Jan terpaksa pulang awal kerana urusan kerja.

"Aku pergi dulu," Jan memeluk badan Azreen.

"Kau dah makin busy sekarang. Kenapa ya?" Soal Azreen. 

"Sorry sebab lewat bagitahu kau. Aku akan kahwin nanti. Kau jadi pengapit aku," kata Jan.

Azreen lansung tidak terkilan tetapi dia terkejut. Jan, si gadis paling tidak suka disentuh lelaki akan berkahwin. Pernah sekali ada peragut cuba nak ragut dia lalu dia patahkan tulang mamat tu. Jan juga bekas juara taekwondo di sekolah lamanya.

"Sorry. Kau nampak terkejut sangat," Jan cuba memujuk.

"Siapalah yang untung sangat dapat kau ni?"

"Adalah. Kau jadi pengapit aku, okay?"

Azreen bersetuju dan Jan memeluknya sekali lagi. Jan pergi ke arah keretanya dan pulang. Azreen berpaling untuk menjejak Syahir.

Tiba-tiba dia terlanggar seseorang dan minuman yang dipegang lelaki itu tertumpah ke atas bajunya. Azreen hanya mampu menahan geram.

"Sorry," kata lelaki itu. Dia cuba untuk pergi. Namun, cepat-cepat Azreen menarik t-shirt lelaki tersebut. Lelaki itu berpaling ke arahnya dan merenung ke dalam mata Azreen.

Lu...luhan? Wajah lelaki itu persis Luhan. Cuma, dia memakai kaca mata berkanta bulat dan rambutnya dibelah tengah. Nerd.

"Apa tengok-tengok?!" Tanya lelaki itu.

Azreen tersedar dari lamunan dan menunjukkan ke arah jaketnya yang basah. Lelaki tersebut menarik jaket gadis itu.

"Kain buruk ni saya bawak balik basuh. Kalau awak tak puas hati dengan saya baik cakap sekarang," kata lelaki itu lalu melipat jaket ungu milik Azreen.

"Ni nombor saya. Awak bagitau je bila awak nak balik jaket ni," lelaki itu memberi sekeping kertas tertera nombor telefon miliknya.

Lelaki itu berlalu pergi. Azreen membaca namanya.

Mohd Johan bin Othman

Guru.

Luhan dekat Malaysia cikgu rupanya. Azreen menyimpan nombor Johan ke dalam telefonnya. Lalu, dia menyambung tugasnya untuk mencari Syahir.

 

Johan menunggu jaket ungu dikeringkan oleh mak cik washing machine yang berwarna hitam kesayangannya. Tiramisu si kucing Parsi bermain-main di kakinya. Johan mengangkat kucing gemuk itu dan membiarkan ia melihat jaket ungu di dalam mesin basuh dipusing-pusing.

Tiramisu mengikut Johan ke halaman rumah untuk menyidai jaket tersebut. Selesai menjemur baju, dia ditegur oleh sesuatu.

"Johan!" Tangan Kak Su melambai-lambai disebalik pagar rumah teres mereka yang tinggi. Nasib baik Jogan nampak tangannya.

"Apa cerita hari ni, kak Su? Mana tangga?" Soal Johan. Selalunya, kak Su akan menggunakan tangga untuk memudahkan proses perbualan a.k.a gossip.

"Dah pecah. Husband akak tengah pergi beli yang baru. Takde gosip hangat cuma kucing betina si Alya anak akak tu hilang kejap," jawabnya.

"Entah-entah dia keluar dating dengan Tiramisu kot. Dia pun pernah hilang kejap hari tu," kata Johan.

"Huh?! Mati-mati akak ingat si gemuk tu betina. Jantan rupanya."

"Ramai jugak kawan saya tak caya yang Tiramisu ni lelaki."

"Okay, Johan. Akak nak masuk masak dulu," dia menunjukkan isyaray peace.

 

Johan duduk di atas katil di dalam biliknya. Rindunya kat mami & babah kat Kelantan. Bilalah aku nak balik kampung?

Wajah gadis yang dilanggarnya tadi muncul. Comel jugak minah tu. Rambut panjangnya lurus melepasi bahu. Bilalah dia nak call? Tiramisu datang dan tidur dan atas katil bersamanya.

Mimpi Johan diindahi senyuman gadis tadi.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
springjasmine91
#1
Chapter 5: johan knp kau xtanya...adeh.....good luckk utk bab seterusnya
Kim_DH
#2
Chapter 5: Nice story. keep update please
noorsyaza01 #3
Chapter 3: Haha..Budak tak sunat..
fna_shn #4
Cerita ni comellah. Hihi keep update ok? Hwaitingggg
Wu_YiIra05 #5
Chapter 1 : daebak ... keep update