The Fate

The Fate

6 Mei

Hari ni hari lahir aku. Selamat Hari Lahir kepada diriku sendiri. Aku tak faham. Omma dan appa terlalu sibuk dengan kerja. Sehinggakan anak sendiri terabai? Nasib baik ada Chanyeol bertelinga yoda tu nak temankan aku, kalau tak.. Memang sambut hari lahir sorang-sorang lah nampaknya..

Hari ni hari lahir aku yang ke  18 Sepanjang 18 tahun aku hidup, sekali je omma dan appa sambut dengan aku. Waktu umur aku 7 tahun. Kata dorang, aku segalanya buat dorang. Kata dorang, dorang takkan abaikan aku.

Sekarang ni, umur aku dah menginjak 18. Tapi mana pergi janji dorang? Aku dah penat lah. Aku bernasib baik sebab aku jumpa kawan-kawan aku yang baru. Aku gembira. Doranglah yang bantu ceriakan aku. Omma dan appa bukannya kisah kalau aku balik lambat, sebab dorang pun sekali balik lambat.

Dahlah. Aku taknak jadi budak cengeng kat sini. Aku bukan jenis yang macam tu. Aku taknak teruskan menulis buat entri ni. Sebab aku takut air mata aku akan pecah..

Xoxo,

Baekhyun

                Baekhyun menutup diarinya. Dia sudah penat dengan semuanya. Diari itu diletakkan di atas rak, kerana dia takut adiknya, Byun Jihyun akan terjumpa diari tersebut lalu membacanya. Itulah diari kesayangannya selamanya. Sudah 8 tahun dia belajar menulis diari. Jadi diari itu adalah buku paling lama yang dia pernah pegang.

                Dia menguap kecil. Matanya sudah berair disebabkan terlalu mengantuk. Jam menunjukkan pukul 8 malam. ‘Ah, malam masih muda’ bisik hatinya. Tetapi dirinya sudah mula mengantuk. Pantas telefon bimbit dicapai lalu di dail nombor seseorang.

                “Hello! Yeol! Aku nak datang  rumah kau boleh tak? Boring siaa..”

                “Boleh boleh. Datanglah. Tapi pastikan pukul 10 malam kau balik! Kalau tak aku pancung kepala kau!”

                “Haha. Macam mak nenek lah kau ni. Yelah yelah. 10 minit lagi aku sampai. Aku nak gerak ni.”

                “Ok! Aku tunggu!” talian di matikan. Sementara Chanyeol di hujung sana sudah tersenyum lebar. Dia memandang rakan-rakannya sebelum mengangguk. “Dia setuju nak datang sini. Korang pergilah siap-siap ke rumah dia.” Ujarnya. Pantas semua bergerak menjalankan tugas masing-masing.

                Chanyeol duduk mengira bintang di luar rumah. Sudah 20 minit berlalu tetapi kelibat Baekhyun masih lagi tidak kelihatan. Dia melepaskan keluhan berat.

                “Mana dia ni? Kata 10 minit je. Kalau nak ikutkan naik bas dari rumah dia memang dah lama sampai. Pengsan ke apa?” bebel Chanyeol keseorangan.  Akhirnya dia mengambil keputusan untuk masuk dan tunggu di dalam. Baru sahaja dia bangun, seseorang menyapanya dari belakang.

                “Chanyeol~” Chanyeol terlompat akibat terkejut. Baekhyun yang datang itu galak mentertawakannya. Chanyeol mencebik lalu dia kembali duduk di pangkin rumah.

                “Awal kau datang? Nape tak datang tahun depan je.” Perli Chanyeol selepas selesa dengan kedudukannya yang sekarang. Baekhyun turut mengambil tempat di hadapan Chanyeol. Dia tersengih seperti tiada apa yang berlaku.

                “Sorrylah, aku tertidur dalam bas tadi jadi aku kena patah balik.. Huargh..” Baekhyun menguap besar. Chanyeol hanya mampu bersabar. Dia membuat muka sebelum mempelawa Baekhyun masuk ke dalam rumah.

                “Okeylah, daripada duduk luar ni lama-lama, apa kata kalau kita masuk sekarang?” pelawa Chanyeol. Dia turut menguap kecil. Pintu ditutup tatkala Baekhyun melangkah masuk ke dalam rumah agam 2 tingkat itu. Kakinya melangkah menuju ke ruang tamu.

                “Aku mengantuk. Nak tido jap eh.” Ujar Baekhyun selamba lalu membaringkan dirinya di sofa yang empuk itu. Chanyeol hanya mampu menggeleng sahaja.  Dia pergi ke dapur untuk mengambil air kotak Dutch Lady berserta dua gelas cawan. Dia memandang sayu Baekhyun yang nyenyak tidur itu.

                ‘Kesian kau. Umur kau baru 18 tahun. Hari lahir pun takde sape yang sambut. Parents semua sibuk. Ada adik pun sambut sorang-sorang. Aku tumpang sedih untuk hidup kau , Baek. Dengan diri kau yang sebegini. Kalaulah parents kau tak pentingkan duit, semua ni takkan berlaku.’ Desis hati Chanyeol. Dia melabuhkan punggung di sofa yang ada lalu memasang televisyen.

                Persahabatan yang ada tercipta semenjak Baekhyun masuk ke sekolah rendah. Mereka bersama tatkala apa jua berlaku. Boleh dikatakan, dia adalah sahabat Baekhyun, bukanlah kawannya. Perbezaan kawan dan sahabat itu sangat besar.

                Dia masih ingat dimana pada tarikh yang sama, 8 tahun lalu. Baekhyun datang menumpang di rumahnya kerana tiada siapa di rumah. Jikalau ada pun hanyalah bibik. Baekhyun bermain sepuas hati. Malam itu, dia terdengar bunyi esakan dari bilik tetamu yang digunakan Baekhyun untuk bermalam. Apabila ditanya,  jawapan yang diterima adalah “Aku tak apa-apa. Cuma mata masuk habuk.” Jawapan yang langsung tidak relevan dan tidak boleh diterima Chanyeol.

                Baekhyun seorang yang tabah. Masih segar di ingatan di mana Baekhyun menyatakan hasratnya ingin menyambut hari lahir ibunya. Disediakan segalanya. Sehinggakan dia sanggup mengikat perut untuk sebulan semata-mata ingin membeli kek hari lahir untuk ibunya. Duit belanja yang ada memang mencukupi, tetapi dia membahagikannya kepada dua agar dia boleh menggunakan yang separuh lagi untuk hadiah dan barang keperluan parti.

                Dia sanggup dalam keadaan demam menghias rumah hanya untuk ibunya. Chanyeol ingat itu semua kerana dia turut membantu dalam menjayakan misi itu. Ianya berlaku ketika Baekhyun berumur 15 tahun. Dia juga tidak hadir ke sekolah kerana ingin menyediakan persiapan untuk majlis kecil-kecilan yang bakal di adakan malam itu. Apabila appanya mengetahui, di sebatnya Baekhyun dengan rotannya sebanyak 5 kali.

                Chanyeol sendiri tidak faham dengan appa Baekhyun ketika itu. Dia membiarkan anaknya terkapai-kapai keseorangan lalu apabila Baekhyun ponteng sehari, dia memarahinya? Atas alasan dia mahu anaknya berjaya.

                Berbalik kepada cerita, ketika itu Baekhyun menunggu ibunya. Sehinggalah lewat malam. Tetapi ibunya tidak pulang. Dia sedih. Sedih kerana usahanya tidak dihargai. Akhirnya, kek tersebut dimakan bersama rakan-rakan yang hadir. Makanan banyak yang tidak habis, lalu menjadi habuan tong sampah.

                Keesokkannya, ibu Baekhyun baru balik. Dia meminta maaf berkali-kali pada Baekhyun kerana terlupa akan janjinya hendak balik awal. Dan appa Baekhyun turut begitu. Alasan yang mereka beri adalah mereka mempunyai banyak kerja di pejabat lalu menginap di situ. Baekhyun hanya diam ketika itu. Dia tidak merungut.

                Mata Chanyeol berasa panas apabila teringatkan kisah lalu. Dia takut air mata yang bertakung bakal tumpah sahaja. Diamatinya wajah Baekhyun yang lena tidur. Baekhyun kelihatan penat. Mungkin penat menunggu. Fikirnya.

                Air Dutch Lady Chocolate di tuang ke dalam gelas lalu diteguknya dengan rakus. Dia dahaga. Tetapi apabila terfikirkan Baekhyun, Baekhyun lebih dahaga. Ia, dahagakan kasih sayang. Teringat dia dimana suatu hari Baekhyun di ejek Jo Twins sebagai Bakehyun. Baekhyun marah ketika itu dan dia hampir menumbuk kembar tersebut. Tetapi dia hanya sabar.

                Chanyeol mengeluh lagi. Dia tidak tahu bila kedua ibu bapa Baekhyun akan sedar. Sedangkan sekarang, entah mereka kisah akan Baekhyun atau tidak. Mungkin mereka tidak akan kisah dan alasan yang bakal diberi adalah ‘Baekhyun sudah besar, dia tahu hala tuju dia sendiri.’

                Chanyeol mendaki tangga menuju ke biliknya. Diambilnya sebiji bantal dan selimut lalu bantal tersebut diletakkan di bawah kepala Baekhyun dengan berhati-hati lalu di selimutnya Baekhyun. Tiba-tiba sahaja Baekhyun mengigau.

                “Omma. Appa. Baek teringin nak sambut birthday Baek dengan korang..” ujar Baekhyun dalam dia tidak sedar. Langkah Chanyeol terhenti. Dia hanya berdiri di situ, berharap akan ada lagi ayat yang keluar dari mulut Baekhyun. “Baek nak tuntut janji korang waktu Baek umur 7. Korang kata korang takkan pernah tinggalkan Baek. Sekarang ni, Baek dah umur 18.” Baekhyun berhenti seketika. Chanyeol dapat menangkap tangannya yang menyeka air mata yang mengalir keluar.

                “Baek rasa Baek memang takkan dapat peluang nak sambut dengan korang. Bila umur Baek 19, bermakna Baek dah cukup besar untuk semua tu. Apa salah Baek? Selama ni Chanyeol dan geng Baek je yang sambut.” Baekhyun menangis lagi sebelum tangisnya tiba-tiba berhenti. Ayatnya tidak berhenti di situ sahaja sebaliknya bersambung pula.

                “Baek berterima kasih dekat dorang. Kalau dorang takde, rasanya Baek pun dah takde kat dunia ni. Dorang baik sangat dekat Baek. Terima kasih..” Chanyeol tergamam. Dia tidak menyangka namanya akan disebut dalam mimpi Baekhyun. Dia menunggu Baekhyun meneruskan ayat seterusnya tetapi hampa. Akhirnya Chanyeol hanya duduk di sofa sambil meramas-ramas rambutnya itu.

                Tanpa sedar, jam sudah menunjukkan pukul 9.00 malam. “Sudahlah. Baik aku naik atas dan bersiap. Dah pukul 9 dah. Huargh.” Chanyeol menguap sebelum mendaki tangga naik ke biliknya. Pili air dibuka lalu dia berdiri dibawah curahan air itu. Air matanya turut mengalir berserta dengan air yang mencurah turun itu.

                Baekhyun terjaga tatkala jam tepat menunjukkan puku 9.15. Dia menguap kecil sebelum menjeling ke arah jam dinding yang terletak di ruang tamu itu. Dia bingkas bangun apabila teringatkan yang dia di rumah Chanyeol. Baekhyun memandang selimut yang menyelimuti badannya itu berserta dengan bantal yang menjadi alas kepalanya. ‘Ni mesti kerja Chanyeol lagi ni.’ Bisik hatinya sebelum dua ulas bibirnya menguntum senyuman kecil.

                Dia terpandangkan kotak susu dutch lady di atas meja.  Tanpa segan silu dia menuang air tersebut ke dalam gelas kosong yang ada lalu meminumnya untuk membasahkan tekak. Baginya, rumah Chanyeol adalah rumahnya juga. Keluarga Park memang tidak kisah akan kehadirannya di situ memandangkan dia sudah berkenalan dengan Chanyeol untuk jangka masa yang agak lama iaitu 11 tahun. Itu bermakna dia mula datang ke rumah Chanyeol pada umurnya 7 tahun.

                Kedengaran derap kaki yang datangnya dari atas. Pantas Baekhyun berpaling dan mendapati Chanyeol  turun dengan tuala yang melilit pinggangnya.  Chanyeol kelihatan agak terkejut melihat Baekhyun yang sedang memandangnya.

                “Yo Baekhyun. Nyenyak tidur?” soal Chanyeol ikhlas tetapi Baekhyun menerimanya sebagai sindiran. Dia hanya mendengus. Chanyeol tergelak kecil. Dia faham benar akan Baekhyun itu. Pastinya Baekhyun salah faham akan pertanyaannya. Tiba-tiba dia teringatkan Baekhyun yang mengigau sebentar tadi. Biarlah dia menyimpannya sebagai rahsia. Dia tidak mahu Baekhyun berasa malu.

                “Weh Chanyeol. Aku laparlah..” rengek Baekhyun selepas mereka berdua berdiam diri untuk satu ketika. Chanyeol mengangkat kening. Dia juga lapar. Perutnya sudah mula berkeroncong. Pantas dia mencapai telefonnya yang ada di atas meja lalu dia menghantar mesej kepada rakan mereka yang kini berada di rumah Baekhyun.

                Yo! Dah siap belum? Baekhyun dan aku dah start lapar ni!

                Butang send ditekan.

                “Cepatlah Yeol. Lapar ni.” Baekhyun merengek lagi. Chanyeol membuat muka.

                “Sabar boleh tak? Kejap lagi lah.” Baekhyun mencebik. Dia memang tengah lapar. Dia sendiri tidak tahu mengapa sedangkan dia sudah makan pada pukul 6 petang tadi. ‘Ah! Itu pukul 6! Sekarang dah pukul berapa?!’ dia memarah dirinya sendiri di dalam hati. Beberapa ketika menunggu, akhirnya Chanyeol menerima balasan daripada orang di hujung sana.

                Dah siap dah pun pukul 9 tadi. Kek pun dah sampai. Kau boleh dah bawak Baekhyun balik

                Chanyeol tersenyum membaca mesej itu. Macam tahu-tahu sahaja dia hendak membawa Baekhyun balik. Baekhyun mengerutkan dahinya apabila dia melihat Chanyeol tersenyum sendirian. ‘Gila ke apa budak ni?’ fikir Baekhyun. Dia ingin merampas telefon Chanyeol dan membaca apa yang menarik di dalamnya tetapi Chanyeol terlebih dahulu menyorokkannya di belakangnya.

                “Apa kau buat ni Baekhyun?” tanya Chanyeol pelik.

                “Sepatutnya aku yang tanya kau, kenapa kau senyum sorang-sorang ni? Dalam hati ada taman ke?” usik Baekhyun. Tangannya dilingkarkan ke belakang Chanyeol.

                “Woi geli lah Bakehyun si Bacon! Dahlah. Aku nak naik atas pakai baju sat. Pastu kita balik rumah kau. “ ujar Chanyeol lalu dengan pantas dia berlari anak naik ke biliknya. Baekhyun tergelak kecil melihat telatah rakannya itu. Selimut yang digunakan dilipat lalu dia meletakkannya di atas bantal. Gelas yang digunakan juga di bawa ke singki. Hanya dirinya sahaja, tidak termasuk dengan yang telah diguna Chanyeol.

                Baekhyun melangkah ke luar. Kakinya disarungkan kasutnya . Dia mendongak ke langit. Bintang tidak lagi kelihatan akibat hujan yang mencurah-curah sekarang. Di Seoul bukannya senang hendak dapat melihat pemandangan yang indah di malam hari. Hujan yang tadinya cumalah biasa-biasa mula bertukar lebat. Baekhyun mengeluh.

                Dia teringat kisah lalu lagi. Ketika ibu bapanya menyambut hari lahirnya yang ke-7, keadaan ketika itu hujan. Itu adalah kali terakhir mereka menyambut hari lahirnya. Selebihnya dia menyambutnya bersama rakan-rakannya. Cuma tahun ini sahaja nampak gayanya dia tidak dapat menyambutnya seperti biasa.

                Chanyeol yang berada di belakang turut sama mengeluh. Dia tidak mahu Baekhyun sedih-sedih pada hari yang bermakna itu. Payung dipasang dengan tiba-tiba di sebelah Baekhyun. Baekhyun yang sedang melayan perasaan itu terjatuh apabila Chanyeol tiba-tiba sahaja muncul di sebelahnya. Chanyeol tergelak kecil. Baekhyun yang pada mulanya hendak memarahi Chanyeol turut tergelak.

                Chanyeol menghulurkan payung berwarna biru kepada Baekhyun.. Dalam keadaan hujan sebegini, tidak mungkin dia akan membawa keretanya. Sejujurnya, dia sudahpun mempunyai lesen tetapi masih lagi dalam lesen L jadi ianya mustahil untuknya memandu dalam keadaan yang sebegitu.

                Mereka mula melangkah menuju ke perhentian bas yang ada. Perjalanan yang mengambil masa tidak sampai 5 minit itu hanya dipenuhi dengan bunyi cengkerik. Masing-masing senyap. Tiba-tiba Chanyeol bersuara.

                “Weh Baekhyun. Aku rasa belum terlambat lagi untuk aku ucapkan ni.” Chanyeol bersuara setelah lama berdiam diri. Kini mereka sudah berada di dalam bas dan kedua mereka duduk bersebelahan. Baekhyun memandang Chanyeol dengan kening sebelahnya yang terangkat.

                “Saengil Chukahamnida, Baekhyun-ah!” ucap Chanyeol. Baekhyun tersenyum. Pandangan dilemparkan ke luar tingkap.

                “Aku ingatkan kau dah lupa.”

                Kini giliran Chanyeol pula tersenyum. Dia memandang ke hadapan, tidak menghiraukan Baekhyun yang turut tidak menghiraukannya. “Takde makna aku nak lupa. Pernah ke selama 11 tahun kita berkawan aku tak wish kau birthday? “ soal Chanyeol. Baekhyun hanya mampu tersenyum. Hatinya tersentuh. Chanyeol satu-satunya orang yang wishnya happy birthday. Hanya Chanyeol. Sedangkan rakannya yang lain tidak mengucapkannya.

                “Gomawo. Sebab ingat birthday aku. Aku takkan lupakan kau. Kau tau tak kenapa aku fikir kau dah lupa?” Baekhyun memandang Chanyeol. Kedua mereka saling bertatapan. “Sebab selalunya kau orang pertama yang wish aku. Dan member kita yang lain yang seterusnya. Tapi harini, kau lambat wish aku. “ Chanyeol terdiam. Dia faham perasaan Baekhyun itu.

                Bas berhenti di taman perumahan Baekhyun. Sebenarnya, rumah Baekhyun dan Chanyeol bukanlah jauh mana. Jalan dalam 15 minit sudah sampai. Tetapi disebabkn sudah malam jadi mereka mengambil keputusan untuk menaiki bas.

                Chanyeol melompat keluar dari bas, dan Baekhyun hanya membuntutinya.  Akhirnya sepi kembali mengisi ruang diantara mereka berdua.

                Baekhyun memandang bangunan di hadapannya. Ianya adalah rumah agam miliknya-ops milik keluarganya yang memiliki 3 tingkat termasuk tingkat bawah sekali.  Dia menghela nafas lemah. Lampu rumah tidak terpasang. Pastinya adiknya, Byun Jihyun masih belum pulang. Tetapi dia bukannya ke mana. Cuma ke rumah sahabatnya. Dia kenal adiknya itu. Adiknya itu bukanlah seorang yang liar.

                Baekhyun memasukkan kunci ke lubang kunci. Selepas kunci dibuka, dia menolak perlahan daun pintu. “Chanyeol, masuklah.” Senyap. Dia memandang ke belakang dan mendapati Chanyeol tiada di belakangnya. Baekhyun mengangkat kening berserta dengan muka peliknya. Dia hanya mengangkat bahu lalu melangkah masuk ke dalam rumah.

                Daun pintu ditutup. Baru sahaja dia berpaling, dia dikejutkan dengan bunyi yang sangat kuat.

                “Saengil Chukhahae!”

                Pom!

                Pom!

                Baekhyun tersentak. Badannya kaku, tidak mampu bergerak. Seolah-olah sudah digam. Tiba-tiba sahaja dia terdengar suara orang menyanyi dan suara itu datangnya dari arah dapur.

                “Saengil chukha hamnida. Saengil chukha hamnida. Jigueseo ujueseo je i l sarang hamnida.” Kedengaran suara rakan-rakannya dari hadapannya sekarang. Dalam samar cahaya dia dapat melihat rakan-rakannya disitu.

                “Kkot ppo da geo gop kke. Byeo boda deo bul kke. Sajabo day yong gam hage. Happy Birthday to you. Saengil chukha hamnida. Saengil chukahamnida. Kkot tta un nae chinguya. Gul go git kke sarayo.” Chanyeol menyambung nyanyian itu. Air mata Baekhyun mula bertakung di kelopak mata.

                “Saengil chukahamnida. Saengil chukahamnida. Jigueseo ujueseo je il sarang hamnida. Kkot ppo da geo gop kke. Byeo bo da geo gop kke. Saja bo day yong gam hage, happy birthday to you.” Rakan-rakannya kembali menyanyi. Senyuman kegembiraan jelas terukir di bibir Baekhyun. Tiba-tiba Suho dan Kris keluar entah dari mana lalu menghabiskan nyanyian part terakhir bersama. Dibawa serta hadiah di tangan.

                “saengil chukahamnida. Saengil chukahamnida. Kkot kka teun nae chinguya. Pom na ge sa se yo kkai kka teun nae chinguya. Tok sso myeo sarayo.”  Chanyeol datang menghampiri Baekhyun membawa kek yang mereka khaskan untuk Baekhyun. Baekhyun memandang Chanyeol lalu Chanyeol mengangguk. Dia menutup mata lalu membuat hajat, selesai itu Baekhyun meniup lilin yang ada.

                Seisi ruang tamu bergema dengan tepukan gemuruh daripada rakan-rakannya. Lampu dibuka. Baekhyun kelihatannya terkejut dengan kehadiran adiknya yang turut berada disitu, Byun Jihyun.  Baekhyun memandang wajah sahabat karibnya, meminta penjelasan. Chanyeol tersengih lalu dia membuat tanda ‘peace’

                “Baik kau terangkan apa yang dah terjadi.” Bisik Baekhyun tajam di telinga Chanyeol. Kakinya terpaksa dijengketkan akibat Chanyeol yang terlalu tinggi buatnya. Chanyeol menelan air liurnya yang kini dirasakan sangat kesat.

                “Yelah.” Balas Chanyeol lemah.

                Taehyung yang menyaksikan adegan itu mengerutkan dahinya. ‘Nak buat drama Korea ke apa kat sini dorang tu? Haish.’ Pantas dia berjalan ke arah Baekhyun lalu menyuruhnya memotong kek. Chanyeol menghela nafas lega. Dia terselamat.

                Semuanya adalah rancangan dia dan member yang lain. Mereka tidak suka melihat Baekhyun murung, lalu Chanyeol mencadangkan agar mereka membuat kejutan untuk Baekhyun. Walaupun Baekhyun tidak berhasrat untuk datang ke rumahnya sekalipun, dia tetap akan mengajak Baekhyun keluar. Kunci rumah yang diberi pada setiap ahli memudahkan lagi kerja.

                Kerja menjadi senang apabila ramai yang bekerjasama. Termasuk adik Baekhyun sendiri. Jihyun mengaku, dia tidak pernah menyambut hari lahir abangnya. Semua kerana perasaan malu yang menyelubung hati. Jihyun kesal.

                Rakan Baekhyun memang ramai. Tetapi yang dapat hadir tidak ramai. Nasibnya menyambut hari lahir pada hari Jumaat jadi esoknya mereka tidak perlu ke sekolah.  Yang hadir saat itu pun kira-kira 20 hingga 30 tetamu. Semua makanan di masak senyap-senyap tanpa pengetahuan Baekhyun sendiri.

                Baekhyun menyeka air matanya yang mengalir. Dia terharu dengan apa yang dilakukan rakan-rakannya. Lantas dia berdiri dan menuju ke arah Chanyeol untuk meminta penjelasan. Akhirnya Chanyeol mengalah lalu semua diungkapkannya. 

 


 

 

                Tuan Byun tergamam melihat ruang tamu yang bersepah. Akibat kepenatan semalam, jadi Baekhyun dan rakan-rakannya  tidak sempat untuk kemas. Puan Byun disebelahnya cuba menenangkan suaminya. Dia tahu, suaminya paling pantang ada benda bersepah. Dia dapat lihat wajah bengis Tuan Byun mencari Baekhyun.

                “BYUN BAEK HYUN!!!!!!!” jerit Tuan Byun. Baekhyun yang tidur di sofa ruang tamu terjaga daripada tidur. Dia menenyeh nenyeh matanya itu.

                “Ah appa. Wae?” soal Baekhyun mamai. Tuan Byun sudah berdiri dihadapan Baekhyun sambil bercekak pinggang.

                “Cuba cakap kenapa ruang tamu bersepah?” soal appanya garang. Baekhyun menelan air liur perlahan-lahan. Dia tidak berani untuk menentang mata appanya sekarang. “Cakap!”

                “S-semalam dorang buat parti hari lahir untuk Baek sempena hari lahir Baek yang ke 18.” Jujur Baekhyun. Membara hati Tuan Byun mendengar itu. Parti? Lepas tu tak kemas? Banyak cekadak. Tali pinggang di seluarnya di tarik. Dia sudah bersedia untuk menyebat Baekhyun seperti yang pernah dilakukannya dahulu. Puan Byun yang hanya melihat membuntang mata.

                “Dasar anak tak sedar diri! Kau buat parti tah apa-apa dalam rumah ni lepas tu tak kemas! Bukan ke appa dah cakap jangan buat apa-apa parti dalam rumah ni kalau tak reti nak kemas! Menyemak tengok tau tak!? Semak mata!” satu libasan hinggap di punggung Baekhyun. Tidak lupa juga satu tamparan hinggap di pipinya sebelum libasan seterusnya datang.

                “Kau ni kan! Memang menyusahkanlah! Dahlah waktu umur 15 tahun kau ponteng sekolah. Appa dah cakap! Kau kena jadi business man yang berjaya! Bukan macamni!!!!” jerit Tuan Byun lagi. Libasan demi libasan hinggap di tubuh molek Baekhyun. Dia cuba menahan tangisnya. Tetapi dia tidak bisa tahan lagi apabila pelbagai perkataan yang keluar daripada mulut Tuan Byun.

                “Fine! Memang Baek ni anak tak sedar diri! Tak tahu diuntung! Baek ni menyusahkan! Baek suka ponteng sekolah! Dengar sini ye appa. Baek tak pernah ponteng sekolah selama ni, tetapi sebab nak buat parti hari jadi omma berserta majlis anniversary korang je Baek ponteng. Sehari tu je! Itupun Baek demam time tu!

                Baek ikutkan appa suruh Baek ambil bidang business. Baek ikutkan aja! Baek tak pernah lawan cakap appa, cakap omma. Cuba ingat balik! Baek tak sihat waktu umur Baek 12 tahun, Baek demam. Baek cakap dengan appa, appa suruh cakap dekat omma. Bila Baek cakap dekat omma, omma kata sikit je tu. Baek gagahkan diri pergi jugak sekolah. Akhirnya apa jadi!? Baek pengsan dekat sekolah kan?

                Cuba rewind balik. Malam Baek ponteng sekolah tu. Ramai yang datang, Baek ajak dorang. Ada omma dengan appa kisah? Ada korang balik? Ada pernah korang luangkan masa dengan Baek!!?? Lepas korang dapat tender daripada syarikat H&H Holdings, korang terus lupakan kewujudan Baek dekat sini! Even Jihyun pun dibiarkan macam tu je. Tapi apa? Korang tetap ada masa nak luangkan masa dengan Jihyun.

                Baek sabar je. Baek sanggup ikat perut satu bulan tu nak beli kek korang memandangkan korang buat majlis perkahwinan masa birthday omma. Baek tak merungut. Baek dapatkan no 1 macam yang appa nak. Tapi apa ? Bila sekali tu je Baek dapat no 2, appa marah Baek!Appa pukul Baek! Omma ada kisah? Omma tengok je, lepas tu buat bodoh balik!

                Baek cuba faham korang! Baek cuba! Selama ni, Baek sambut birthday dengan kawan-kawan kat luar. Jihyun pun ada sambut? Tak! Ada omma dengan appa wish? Tak! Orang pertama yang wish kawan Baek, orang terakhir yang wish pun, kawan Baek. Kitorang sambut dekat luar!” Air mata diseka perlahan. Puan Byun tergamam. Lidahnya kelu.

                “Sebab apa? Sebab kitorang tahu appa akan marah kalau rumah bersepah! Tapi malam tu je! Malam tu je yang Baek tak tahu apa-apa fasal parti tu. Baek terkejut. Sebab dah malam, kitorang penat sangat jadi kitorang tak sempat nak kemas. Cuba cakap, selama ni kawan Baek datang lepas kitorang makan kitorang kemas kan? Ada Baek harapkan bibik? Ada? Takkan!
                Tahu tak? Selama ni Baek tunggu je wish dari korang. Tapi tak terluah. Baek teringin nak sambut dengan korang, tapi semuanya Cuma angan-angan belaka. Appa balik pagi ni, appa marah tengok meja tak berkemas. Tup tup appa kejutkan Baek, appa marah-marah, itu ini, lepastu appa sebat Baek. Benda boleh setel lah. Bukannya Baek buat jenayah macam appa nak sebat Baek banyak kali. “ tercungap-cungap nafas Baekhyun meluahkan segalanya mengenai hari lahirnya. Makin membara marah Tuan Byun apabila anaknya meninggikan suara padanya.

                “Hei! Anak derhaka! Sini kau!” libasan yang lebih kuat hinggap lagi di punggung Baekhyun. Tuan Byun mula membebel. Tangannya juga tidak lepas daripada memukul Baekhyun.

                “Ye! Memang! Memang Baek anak derhaka! Ini kali pertama Baek tinggikan suara dekat appa. Baek dah tak tahan. Korang lebih pentingkan duit! Duit tak bawak matilah! Bukannya pakai pun kat akhirat tu!” pantas Baekhyun berlari naik ke bilik. Dia menarik keluar bagasi di bawah almari lalu disumbatnya pakaiannya juga barang keperluannya. Tidak lupa juga diari kesayangannya. Segera dia membawa bagasi tersebut ke bawah.

                “Baek memang anak derhaka. Baek selalu ponteng sekolah. Baek tak dengar cakap omma and appa.  Selama ni Baek beri apa yang korang nak. Baek Cuma nak kasih sayang korang, tak lebih daripada tu. Tapi mampukah Baek dapat semuanya?” soal Baekhyun. Merah muka Tuan Byun menahan marah. Puan Byun pula kelihatan terkejut melihat tindakan drastik anaknya itu. Baekhyun menarik keluar bagasinya dari rumah. Tetapi belum sempat kakinya melangkah, Tuan Byun memberi amaran.

                “Dengar sini Byun Baekhyun! Sekali kau keluar dari rumahni, kau bukan lagi anak aku.  Segala kad debit kau akan disekat. “ Baekhyun berpaling. Senyuman sinis diukirkan buat seorang lelaki yang bergelar bapa itu.

                “Baik. Baek terima cabaran appa. Kad kredit? Nah, ambillah. Baek tak kisahpun.” Kad kredit yang ada di dalam dompetnya dilemparkan ke lantai. Puan Byun segera menghampiri Baekhyun.

                “Baek, kasihanilah omma. Jangan pergi nak. Baek.” Rayu Puan Byun, tetapi Baekhyun sudah tidak kisah lagi akan itu. Dia cuba mengawal amarahnya.

                “Kasihan kan omma? Cuba cakap, selama ni ada omma pernah kesiankan Baek? Takdekan? Jadi rasanya tak perlu kot Baek nak kasihankan omma. Dahlah. “ Baekhyun menarik lengannya daripada Puan Byun.  Puan Byun tersentak. Pantas kasut dipakai lalu bagasi itu diheret keluar dari perkarangan rumah tersebut.

                Chanyeol yang melihat adegan itu dari tangga mula rasa bersalah. Kawan-kawannya yang lain pun turut serta ada. Mereka tidak pulang pun semalam. Lagipun semalam tiada perempuan jadi ianya memudahkan bagi mereka. Chanyeol menggigit bibir bawahnya lalu dia menghampiri Tuan Byun, diekori rakan-rakan yang lain.

                “Pakcik, kenapa pakcik perlu salahkan Baekhyun? Kami penyebabnya. Saya yang rancang semua ni. Selama 11 tahun ni, kami sambut di luar memandangkan dia tiada teman hendak menyambutnya, Cuma semalam sahaja kami menyambutnya disini. Kami penat sangat semalam jadi tak sempat nak kemas dan rancang nak kemas pagi ni. Tapi pagi ni je pakcik dan marah Baekhyun tak tentu hala disebabkan meja makan yang bersepah.” Ujar Chanyeol. Yang lain semua mengangguk. “maafkan saya dan kawan-kawan, pakcik.” Sambungnya lagi.

                Tuan Byun tergamam. Dia terasa tersindir. Puan Byun pun sama. Memang hakikatnya mereka tidak pernah meluangkan hari lahir bersama Baekhyun. Mereka terlalu sibuk dengan kerja. Tetapi apa pun, Tuan Byun tidak boleh merendahkan egonya.

                “Ah! Tak kiralah. Dia yang patut bertanggungjawab. Majlis tu diadakan untuk dia!” ujar Tuan Byun bengis sebelum mendaki tangga naik ke tingkat atas. Chanyeol mencemik. Geram dia melihat gelagat orang tua itu.

                Lantas mereka segera membersihkan ruang makan yang bersepah. Selesai itu, mereka membersihkan diri lalu meminta diri. Walaupun dipelawa Puan Byun untuk makan disitu tetapi mereka tetap menolaknya dengan baik disebabkan tidak mahu apa-apa lagi terjadi.

                Chanyeol segera berlari ke arah bus stop. Nasibnya baik kerana bas ketika itu baru sahaja sampai, jadi dia terus melompat masuk dan mengambil tempat duduk. Dia tahu kemana Baekhyun pergi. Dia pergi ke rumahnya, itu Chanyeol pasti.

                Tekaannya tepat apabila dia melihat kasut Baekhyun di hadapan rumahnya. Kedengaran suara Baekhyun menangis teresak-esak menceritakan segalanya kepada Puan dan Tuan Park.

                Sementara itu di kediaman Byun.

                “Awak, pujuklah anak awak tu.” Saran Puan Byun. Tuan Byun tetap begitu, dia tidak mahu berganjak. Matanya melekat pada surat khabar yang berada di tangan. Puan Byun melepaskan satu keluhan berat.

                “Ish awak ni. Pepandailah dia balik. Esok lusa balik lah tu. Dia bukannya boleh hidup tanpa duit.” Jawab Tuan Byun selamba. Surat khabar diletak diatas meja lalu kopi yang dibuat dihirup sedikit bagi melegakan tekaknya. Puan Byun mencekak pinggang.

                “Kalau dia tak balik?” soal Puan Byun sengaja menduga. Tetapi jawapan Tuan Byun sangatlah menyakitkan hati.

                “Kalau dia tak balik lantak dia lah! Dahlah, malas saya nak cakap dengan awak.” Sebentar tadi Tuan Byun sudahpun melihat keadaan ruang makan dan ianya sudahpun dikemaskan. Tuan Byun terus menukar pakaian lalu mengambil beg bimbitnya. “Taknak pergi kerja ke?” tanya Tuan Byun pula. Puan Byun memandang jam. 9.30.’ alamak! Aku ada temu janji dengan H&H Holdings pukul 10.30. Baik aku cepat.’ Fikir Puan Byun. Segera dia menukar pakaiannya alu mengekori Tuan Byun masuk ke dalam kereta.

                Kembali ke rumah keluarga Park,  Tuan dan Puan Park sudahpun membenarkan Baekhyun untuk duduk disitu. Pada awalnya mereka hendak bagi Baekhyun duduk secara percuma , tetapi Baekhyun berkeras mahu membayar sewa. Akhirnya, Baekhyun akan duduk disitu sebagai penyewa. Dan sewa yang diberikan pasangan Park itu tidaklah mahal. Sebilik hanya 100 ribu won sebulan.

                Baekhyun mengucapkan terima kasih kepada pasangan Park itu. Selesai satu masalah. Sekarang ini dia perlu mencari kerja. Didalam dompetnya tidak banyak. Cuma 5 juta won sahaja. Jadi dia perlukan kerja untuk menampung hidupnya. Siapa kata dia anak mak? Hanya bergantung pada duit ibu bapanya sahaja?

                Baekhyun mengatur langkah ke bank yang terletak di bandar Seoul. Niatnya hendak membuat akaun baru. Selesai itu, dia berlegar-legar di bandar tersebut dengan niat ingin mencari kerja. Rezekinya, dia mendapat kerja di sebuah restoran terkemuka dan kerjanya sangatlah senang iaitu tukang ambil order. Atau kadang-kadang cashier.

                Gaji yang diberikan baginya sangatlah cukup. Dia bekerja mengikut jam, bermakna 1 jam 200 ribu won.  Bersyukur kepada Tuhan, Baekhyun memandang langit lalu mengucapkan syukur di dalam hati.

                Tiba-tiba telefonnya berdering. Dia melihat nama pemanggil. Dia tiada kekuatan untuk menjawab. Kalau rakannya itu ajak dia berjumpa di tempat biasa, bermakna mereka akan melihat kesan lebam dan birat di badannya. Kerana tidak mahu mengecewakan rakannya itu, dia tetap menjawab panggilan.

                “Hello, Kris hyung! “

                “Weh Baekhyun. Kau kat mana sekarang?”

                “A-aku.. Aku dekat erm.. Kat bandar! Ha, kat bandar. Kenapa?”

                “Saje tanya. Anyway, aku and geng nak lepak rumah kau boleh tak?Malam ni.”

                Membuntang mata Baekhyun. Air liur ditelan perlahan. Otaknya ligat mencari alasan untuk digunakan.

                “Sorrylah hyung. Malam ni tak boleh. Erm. Jihyun.. Jihyun minta teman aku pergi somewhere. Somewhere tu pun aku tak tahu.” Tipu Baekhyun. Dia dapat mendengar keluhan di hujung talian.

                “Kalau macamtu, takpelah. Oklah. Aku letak dulu. Bye.”

                Talian putus. Baekhyun menghela nafas lega. Dia tidak mahu orang mengetahui bahawa dia sudah berpindah menyewa bilik di rumah Chanyeol. Apa dia mahu kata? Berdikari? Iya! Satu jawapan yang agak logik.

                Baekhyun memandang jam ditangan. 10 minit lagi sebelum dia mula bekerja. Dia yang meminta kepada bosnya supaya dia bekerja hari itu juga. Bosnya itu seorang yang baik.  Memang baik.

                Baekhyun meneguk beberapa teguk air sebelum dia melangkah ke hadapan. Dengan staf disitu dia sudah berkenalan. Jadi sudah tiba masanya untuk dia memulakan kerja. Shifnya pada hari itu adalah mengambil pesanan jadi ianya amatlah mudah baginya. Dan akhirnya dia melakukan semuanya dengan begitu cekap sekali. 

 


 

 

 

                Wu Eun Ji memandang sekeliling restoran. Restoran itu adalah restoran yang dicadangkan abangnya untuk makan bersama kawan-kawannya. Memang menepati cita rasa! Decoration didalamnya menarik minat Eun Ji. Kelihatan sangat.. Elegan. Rakan-rakannya juga suka akan tempat itu. Dia tersenyum puas. Dia sangat berterima kasih kepada abangnya itu. Pantas dia menaip sesuatu di papan kekunci buat dihantar ke abangnya yang tercinta. Ouh ok, dia akan buang perkataan ‘tercinta’ itu sebab dia rasa hendak muntah menyebutnya.

                Ge! Thanks recommendkan kedai ni. Lawa decoratenya. Mesti masakan pun sedap. Fuhh.. Kawan-kawan Eun semua suka. Thanks gege! :)

                Lalu butang send ditekan. Eunji tersenyum. Baekhyun yang tugasnya mengambil order terus pergi ke meja Eunji apabila butang ditekan. Terpaku dia melihat seorang gadis dihadapannya itu. Eunji yang tidak sedar dirinya direnung hanya kembali melihat menu restoran tersebut.

                “Weh nak makan apa ni?” soal salah seorang daripada mereka. Eunji mengangkat bahu.

                “Lahh. Kau yang recommendkan sini. Kau tak tau pulak.” Sahut yang lain. Eunji tersengih.

                “Kan aku dah cakap abang aku yang recommendkan. Bukan aku. Ha, apa kata kita minta waiter ni recommendkan untuk kita?” cadang Eunji. Baekhyun tersentak. Dia memandang Eunji dengan pandangan tidak percaya.

                ‘Relax Baekhyun, relax. Cuba ingat balik menu apa yang ada dekat dalam tu!’

                Baekhyun mencadangkan beberapa jenis makanan yang dia tahu. Italy dan German paling banyak direkomenkan.  Terlopong gadis-gadis dihadapannya mendengar nama makanan tersebut. Akhirnya mereka memesan yang biasa-biasa sahaja.

                Beberapa minit menunggu, Baekhyun menghantar makanan yang dipesan itu dengan penuh senyuman. Pelanggan ketika itu tidaklah terlalu ramai jadi ianya memudahkan bagi Baekhyun memandangkan mereka yang bekerja mengambil pesanan tika itu terdapat lima orang sahaja.

                Eunji terpaku memandang Baekhyun, juga cara dia menghidangkannya. Perhatiannya bukan lagi pada makanan tetapi pada Baekhyun. Kawannya yang perasan akan tindakannya menyiku lengannya itu.

                “Eh, kau suka pelayan tu eh Eun? Hee.. Aku tengok budak tu comel, hensem. Fuhh.. Kalau aku dapat ni, untung beb.” Usik rakannya itu. Eunji tersipu malu. Baekhyun yang terdengar itu juga malu. Merah pipinya mendengar dirinya diperkatakan.

                Usai menjamu selera, mereka berpecah ke rumah masing-masing. Sahabat paling rapat Eunji, Min Hye turut balik awal disebabkan kembarnya menyuruhnya balik awal. Eunji mengeluh kecil. Dia masih lagi didalam kedai tersebut. Dia ingin menunggu Baekhyun habis kerja dan menanyakan nama serta nombor telefon lelaki itu.

                Eunji melihat jam. 6.30 petang. Dia sudah memaklumkan kepada abangnya yang dia akan balik lewat. Baekhyun yang perasan akan kehadiran Eunji mula meminta diri. Gajinya pada hari itu akan dia dapat esok. Mengikut waktu yang dikiranya, dia bekerja dari pukul 11 pagi sehingga 6.30 petang. 7 jam 30 minit, jadi dia akan mendapat gaji yang agak lumayan.

                Baekhyun menggalas begnya lalu berjalan keluar. Dia sengaja menggunakan pintu hadapan kerana dia mahu Eunji perasan akan dirinya, dan taktiknya berjaya. Eunji perasan akan kelibat Baekhyun lalu dia segera beratur untuk membayar. Baekhyun melangkah keluar dari dalam kedai. Entah kenapa dia rasa seperti tertarik dengan gadis yang baru dijumpanya tadi.

                Eunji menolak daun pintu. Dia mengeluh berat tatkala dia fikir bahawa dia sudah terlepas akan Baekhyun. Tetapi sangkaannya meleset apabila seseorang berdehem dan ianya adalah Baekhyun. Eunji terperanjat lalu mukanya ditundukkan. Baekhyun yang juga malu turut menundukkan muka.

                Eunji melangkah melepasi Baekhyun. Dia menggigit bibir bawahnya. Entah kenapa dia tiada kudrat untuk bertanyakan soalan yang difikirkannya tadi. Baekhyun hanya bersiul-siul dibelakang Eunji. ‘Benda ni takkan menjadi Baekhyun. Go ask her name! Be a man, Baekhyun!’ suara hatinya berkata-kata. Pantas Baekhyun jalan seiringan dengan Eunji.

                “E-er. Hai.” Sapa Baekhyun. Eunji tersentak. Dia mengangkat kepalanya memandang ke tepi. Terkejut dia melihat Baekhyun yang tiba-tiba sahaja ada di sebelahnya.

                “H-hai.” Balas Eunji, lalu sepi kembali menghuni. Baekhyun menggagahkan dirinya untuk bertanya. Lalu dia berhenti berjalan.

                “Erm. S-saya Byun Baekhyun. Selamat berkenalan dan a-awak punya nama?” soal Baekhyun sambil tangannya dihulurkan. Eunji memandang tangan itu untuk seketika. ‘Lawa tangan dia.’ Sempat lagi hatinya memuji. Kemudian dia menyambut huluran salam itu.

                “Eunji. Wu Eunji. S-selamat berkenalan juga.” Jawab Eunji. Baekhyun yang kegembiraan itu memeluk Eunji seerat mungkin. Pipi Eunji mula berona merah apabila Baekhyun memeluknya sedemikian rupa.

                “Erm Baekhyun-sshi. K-kita dah sampai bus stop. “ beritahu Eunji. Baekhyun berhenti memeluk. Dia membuat muka. Pastinya mereka akan berpisah disitu dan dia tidak mahu itu.

                “Takperlu lah formal sangat. Erm. S-saya nak n-nombor telefon boleh?” Eunji meminta telefon Baekhyun lalu didailnya nombornya melalui telefon Baekhyun. Dengan itu, dia turut mengetahui nombor telefon Baekhyun.

                Baekhyun tersenyum lebar saat nombor Eunji berada dalam genggaman. Kehadiran bas menggangu Baekhyun untuk menyimpan nombor Eunji dalam contacts. Mereka duduk bersebelahan antara satu sama lain dalam bas tersebut.

                Eunji_MySweetheart

                Baeklove

                Kedua mereka tersenyum sendirian memikirkan gelaran yang digunakan dalam telefon mereka. Ah, itu dinamakan cinta pandang pertama dan cinta itu memang buta. 

 


 

Hai Eunji.. Buat apa tu?

                Baekhyun teragak-agak hendak menekan butang send. Bibir bawahnya digigit. Dia Cuma takut Eunji akan mentertawakannya,atau mungkin tidak akan membalas mesejnya. Entah-entah, dia seorang sahaja yang syok sendiri. Baekhyun mengeluh perlahan. Kehadiran Chanyeol dari belakang tidak disedari. Dan...

                “Bwaahhh!!”

                Baekhyun yang terkejut itu tertekan butang send.  Baekhyun meraup mukanya. Aduss.. Chanyeol memandang Baekhyun pelik.

                “Chanyeeeoooll.” Rengek Baekhyun. Ergh!

                “Apa kau nak?”

                “Aku dah tertekan send..” rengeknya lagi. Chanyeol mengerutkan dahinya. Jadi?

                “So?”

                “Kau tau tak aku terhantar kat perempuan masalahnya!”

                “Kau tersalah hantar ke?”

                “Bukan, aku memang nak hantar kat dia tapi.. aku malu..”

                “hey hey. Cuba cerita sikit apa jadi.”

                “Taknaklah.”

               “Taknak? Heyy.. Cuba cakap. Rahsia kau apa je yang kau tak bagitahu aku.. Ooo. Dapat awek cun kau tinggalkan aku. Selama ni menangis kat aku tiap-tiap bulan, tiap-tiap tahun, minta nasihat bagai. Bagitahu sekarang!”

                “Yelah yelah.. Macamni. Petang tadi..” mulalah sesi bercerita Baekhyun tentang pertemuannya dengan Eunji. Membuntang mata Chanyeol mendengarnya. Wu Eunji? Seperti dia pernah dengar nama itu.

                “Wait wait Baekhyun. Wu Eunji? Weh. Aku pernah dengar nama tu beb.” Chanyeol bersuara, dan hakikatnya Baekhyun kelihatan terkejut dengan itu.

                “Seriously? Kat mana weh? Dia baik tak?”

                Pantas tangan Chanyeol mengetuk kepalanya. Baekhyun mengaduh sakit. Dia membuat muka sedih, kononnya sedih akan tindakan Chanyeol itu. “Bongok! Kau cuba rewind balik! Tuh adik Kris hyung lah bangang! Wu sayang Wu!! “ ujar Chanyeol. Baekhyun hampir terjatuh katil mendengarkan itu. Adik Kris? Are you kidding me ?

                “Weh, kau biaq betol tu adik Kris. Mamposs aku..”

                “Kenapa pulak?”

                “Sebabnya, aku.. aku dah jatuh cinta pandang pertama kat adik dia!” jujur Baekhyun memberitahu. Chanyeol memandangnya tidak percaya. “Weh Yeol, acane ni?” tanya Baekhyun cemas. Mampuslah dia! Nanti mesti Kris akan soal itu dan ini. Perkara ini tidak boleh dibiarkan terjadi! Itu tekadnya

                “Apa? Rileks lah. Kau lupa ke, Kris pun ada kat rumah kau pagi tadi. Maknanya dia tahulah perkara tu! Pertengkaran korang!” beritahu Chanyeol dan kini Baekhyun mula tenang. Ada benarnya juga kata-kata Chanyeol. Lagipun, lambat laun mereka semua akan tahu juga.

                “Jadi sekarang ni aku biasa jelah ngan adik dia?” soal Baekhyun lagi. Chanyeol mengangguk. Baekhyun menghela nafas lega. “Fuhh.. Aku rasa aku dah angau cinta kat dia lah weh.” Chanyeol tergelak kecil. Dia hanya mengiakan sahaja kata-kata Baekhyun itu.

                Beep! Beep!

                Pantas Baekhyun melihat mesej yang baru masuk. Senyumannya melebar melihat nama pengirim tertera di skrin telefonnya.

                Haha. Tengah mengelamun. Sory lambat balas. Makan tadi.

                Tanpa melengahkan masa Baekhyun membalas. Chanyeol hanya memerhati sahaja. Lalu dia bangun dari pembaringannya. “Dahlah. Malas aku nak ganggu orang angau cinta ni. Aku choww dulu.” Chanyeol beredar pergi. Rasanya, dia tidak perlu mengganggu Baekhyun. Hari ini, malam itu sahaja dia melihat Baekhyun tersenyum. Jika tidak dia akan muncul dengan wajah ketatnya sahaja. Bukankah itu satu perkara yang baik?

                Ouh yeke. Mengelamun tentang apa?

                Tentang seseorang yang telah mencuri hati saya saat kali pertama bertemu.

                Baekhyun dihimpit perasaan cemburu. ‘Siapalah lelaki bertuah tu? Argh.. Rileks Baekhyun. Rileks.”

                Ouh Really? Siapalah tu kan. :(

                Haahlah. Siapa kan? Rasa macam.. Dah jatuh cinta pandang pertama?

                Eunji di sebelah sana mula tergelak. Entah kenapa dia selesa berbual dengan Baekhyun melalui mesej. Tiada suasana janggal diantara mereka. Dan dia sukakannya..

                Siapa? Bagilah tahu..

                R.A.H.S.I.A

                Alah.. Taknak kawan macam ni. :(

                Eunji ternganga. Taknak kawan? Aduh. Dia tidak boleh biarkan perkara itu berlaku. Tetapi dia juga tidak mahu terus memberitahu Baekhyun begitu sahaja. Perlu ada sesuatu!

                Okey okey.  Saya bagi clue. Saya jumpa dia petang tadi. Dekat kedai makan.

                Hurm. Siapa eh?

                Hati Baekhyun mula rasa berbunga. Sudah tentu dia tahu siapa kerana dia memerhatikan Eunji sepanjang masa!

                Let me guess, Wu Eunji. Hehe. Itu saya kan?

                Alamak! Awak dah tahu. Macam mana ni.

                Thanks sebab sukakan saya pada kali pertama kita bertemu. Thanks sebab jadikan saya cinta pandang pertama awak.

                Haha. Ok. Saya dah bagitahu awak, awak bagitahu orang yang awak suka pulak.

                Idea nakal mula timbul dalam kepala Baekhyun. Senyumannya diukirkan dibibir. Dia berguling –guling diatas katil saiz Queen itu sebelum membalas mesej Eunji.

                Seseorang yang saya suka? Dia.. Dia putih, dia tinggi. I hate short women. Seriously, saya bencikan perempuan lagi pendek yang pendeknya lebih dari 5 cm daripada saya. Dia comel. Dia lawa. Awak kenal dia . Cuba teka.

                Hurm.. Susahlah. Orang tu saya kenal, dan awak kenal? Macam mana tu?

                Aduhh.. Awak ni susah sangatlah.. Blur. Dia.. Dia pun cinta pandang pertama saya sebabnya saya tak pernah suka orang lain sebelum ni.

                Seriously?!!

                Ofcourse. Sebenarnya. Marilah saya berterus terang. S-saya sukakan awak.

                Krik krik. Bunyi cengkerik kedengaran. Baekhyun mengeluh. Rasanya dia tidak silap membaca mesej Eunji. Atau mungkin, Eunji cuba mempermainkannya?

                Eunji? S-saya nak ajak awak k-kapel..

                Baek, seriously? Kau nak kapel dengan adik aku?

                Baekhyun terjatuh daripada katil. Alamak! Itu pasti Kris hyung! Ergh! Baekhyun menutup mukanya dengan bantal. Pipinya berasa hangat sekarang.

                Sory abang saya tu nakal. Tengah dalam bilik pun dia curi-curi masuk lepastu rampas telefon saya. Huh!

                Haha. It’s okay. So, awak terima tak pelawaan saya?

                Ah. Yang tu. Malu lah nak cakap . Nanti orang cakap gelojoh pulak.

                Alaaa.. cepatlah. Saya nak tahu jawapan dia malam ni jugak! Saya kira sampai 10. Tik tok tik tok.

                Ok ok. Saya terima. Argh. Malunya!!

                Baekhyun tersenyum puas. Sekurang-kurangnya Eunji miliknya sekarang. Walaupun mereka baru pertama kali berjumpa dan bertentang mata. Senyuman menghiasi bibirnya. Akhirnya dia tidur dengan memeluk erat telefonnya. Dalam hati ada taman! 

 


 

 

                Sebulan sudah Baekhyun meninggalkan rumahnya. Sebulan jugalah dia bersama Eunji. Siapa sangka, rupanya Eunji merupakan rakan sekelasnya. Dia sendiri tidak menyangka perkara itu berlaku. Tetapi apa yang sudah ditakdirkan pasti akan berlaku, bukan?

                Baekhyun kini termenung di beranda bilik yang disewanya. Dia masih teringat kata-kata appanya pagi tadi tentang keadaan ibunya. Perlukah dia melawat ibunya itu? Kerana selama ini dia sakit, tiada siapa yang kisah.

                “Byun Baekhyun. Omma kamu sedang sakit sekarang ni. Baliklah nak.” Sayu kedengaran suara Tuan Byun di hujung talian. Baekhyun mencebik. Huh. Dulu bukan kata jangan jejakkan kaki kat rumah tu lagi ke?

                “Jadi?” soalnya sinis.

                “Dia perlukan kamu.”

                “Perlukan Baek? Hey tolonglah. Siapa yang buang Baek dari hidupnya semata-mata nak kejarkan duit duniawi ni? Cuba cakap? Omma dan appa ni cakap tak fikir dulu kan! Masa Baek keluar dulu, appa juga ops.. Awak juga cakap mulai saat itu, saya bukan lagi ahli keluarga itu lagi. Jadi? Kenapa perlu saya lawat Puan Byun?” ujarnya lagi dengan nada sinis. Terdengar keluhan di hujung talian.

                “Ye, appa tahu appa salah. Appa terlalu ikutkan hati. Tolonglah Baek. Hari-hari omma kamu meracau panggil nama kamu.” Baekhyun tergelak besar. Meracau? Memang mustahillah!

                “Cuba yang kali buat tu fikir dulu. Heyy. Awak fikir kena sebat tu tak sakit ke? Pernah fikir perasaan orang lain selama ni? Jangan terlalu ego lah!”

                “Ye! Appa tahu appa terlalu ikutkan hati. Appa sebat kamu masa darjah 6 sebab dorang kata kamu meniru. Appa pukul kamu masa kamu form 1 sebab kamu dapat nombor 2 dalam kelas. Appa sebat kamu masa kamu form 3 sebab kamu ponteng kelas. Appa hantukkan kepala kamu kat dinding masa kamu form 4 sebab keputusan kamu teruk. Appa lempang kamu depan orang ramai masa form5 sebab dorang kata kamu membuli kat sekolah. Dan sekarang.. appa buat itu dan ini. Banyak sangat appa sakiti kamu. Tolonglah Baek.” Rayu Tuan Byun.

                Tetapi malang, Baekhyun masih lagi tidak mahu kisah. “Sekarang baru nak ingat? Sekarang baru nak kisah? Awak ni memang lah. Kesian Jihyun dapat appa macam awak.” Air mata mula mengalir dari tubir mata Baekhyun tatkala dia teringatkan semua itu. Tidak mudah baginya untuk melupakan segalanya. Tuan Byun di hujung sana sudah mati akal.

                “Byun Baekhyun! Tolonglah! Appa merayu..Okey. Appa janji, lepas ni appa tak terikut hati. Sekarang Baek baliklah ye?”

                “Ah! Janji palsu! Kenapa saya cakap itu janji palsu sebab waktu saya darjah 1 awak janji tak nak abaikan saya. Awak janji nak sambut birthday saya sampai umur saya 18, itu yang terakhir. Awak janji itu dan ini tapi tak pernah tepati!” Baekhyun meninggikan sedikit suara dia. Tuan Byun terdiam.

                “Apapun, Baek balik sekarang. Okey? Appa tahu Baek berdekatan disebabkan Baek masih lagi pergi sekolah. Tolonglah!”

                “Tengoklah macam mana.” Begitu kerasnya hati Baekhyun. Akhirnya Tuan Byun memutuskan talian. Dia tiada modal lagi hendak memujuk Baekhyun. Dia tidak sangka anaknya itu keras kepala. Pandangannya dialihkan kepada isterinya yang terlantar lemah di katil bilik mereka. Jihyun disisi dari tadi memujuknya untuk makan tetapi tidak berhasil. Apa yang dia mahukan sekarang adalah anaknya, bukan makanan.

 


 

 

 

                Baekhyun memandang bangunan yang tersergam indah dihadapannya. Tidak banyak yang berubah. Akhirnya Baekhyun mengambil keputusan untuk melawat ommanya memandangkan dia melalui taman perumahan itu. Syukur, dengan duit yang ada dia mampu untuk hidup. Ini membuktikan dia seorang yang kuat.

                Loceng rumah ditekan. Beberapa ketika kelihatan Tuan Byun datang berlari memeluknya. Baekhyun yang rimas akan keadaan tersebut terus melepaskan pelukan.

                “Baek datang juga akhirnya. Masuklah.” Dengan hati yang was- was Baekhyun melangkah masuk kedalam rumah tersebut. Jihyun yang baru datang dari dapur terkejut melihat abangnya. Dipeluknya lelaki itu seerat yang mungkin.

                “Aku datang sekejap aja ni. Lepastu aku blah.” Ujar Baekhyun selamba. Tuan Byun mengeluh. Jika itu kata Baekhyun, dia tidak boleh melakukan apa-apa lagi.

                “Baek..” panggil Puan Byun lemah. Baekhyun hanya memandang sekujur tubuhnya dengan muka tiada perasaan.  “Baek dah balik. “ pucat sungguh muka wanita dihadapannya. Tetapi Baekhyun masih berlagak biasa. Baginya, perkara itu sudah biasa baginya.

                “Datang sekejap je. Orang tua luar sana cakap auntie ada sesuautu nak cakap, apa dia?” tersentak Tuan dan Puan Byun mendengar Baekhyun menggelarkan appanya dengan orang tua sahaja.

                “Baek. Jangan panggil appa orang tua.” Nasihat Puan Byun.

                “habistu nak panggil apa? Dah dia tak mengaku anak. Huh. Macam hamak sangat nak jadi anak dia.” Tuan Byun hanya mampu bersabar. Apa yang sudah diluahkan tidakb oleh ditarik semula, bukan?

                “Baek. Omma ada satu permintaan sebelum ajal menjemput omma. Omma rasa omma dah tak lama kat sini.” Ujar Puan Byun. Baekhyun mengangkat kening. “Kahwin.” Tersentak Baekhyun dibuatnya. Kahwin?

                “Kahwin?” soalnya. Dia tidak kisah tetapi, bagaimana dengan Eunji? Bersediakah dia?

                “Yupp.. Kahwin. Kalau Baek ada girlfriend, lupakanlah. Kahwin dengan anak kawan omma. Perjanjian kami jika Baek dan dia mencecah 18 tahun. Dengarnya dia pun pergi Seoul High School.” Senang sahaja ibunya berbicara. Bagaimana dengan Eunji? Tidak. Dia tidak akan bersetuju sama sekali.

                “No way! Cukuplah appa dengan omma aturkan hidup Baek selama ni. Takkan kisah hidup Baek pun omma dan appa nak tentukan? Siapa pasangan Baek! Tolonglah! Baek dah ada pilihan!” bentak Baekhyun. Dia terlupa seketika akan rajuknya terhadap keluarga itu.

                “Siapa? Siapa perempuan tu?” soal Tuan Byun yang muncul entah dari mana.

                “Wu EunJi.” Balas Baekhyun sepatah. Puan Byun tersenyum lalu memandang Tuan Byun.

                “Ok. Baek jumpa dia dulu, lepastu Baek buat keputusan boleh?” Puan Byun mencuba lagi. Baekhyun mencemik.

                “Tolonglah. Baek takkan putus dengan dia melainkan dia sendiri yang minta! Masa tu baru Baek setuju!” bangkang Baekhyun lagi lalu kakinya laju mengatur langkah ke bawah. Beg galasnya diambil lalu dia berlalu pergi. Tidak mungkin dia akan putus dengan Eunji sebegitu sahaja. No way! 

 


 

 

                “Apa ni omma? Appa? Gege, tolong Eun..” pinta Eunji. Dia baru sahaja dikhabarkan akan dinikahkan hujung bulan ini memandangkan kondisi bakal ibu mertuanya tidak berapa baik. Gila apa? Baekhyun dia nak campak mana?

                “Omma. Kenapa omma dan appa buat keputusan tak bincang dengan Eun? Yang nak kahwin tu Eun, bukan omma dan appa. Gege, gege tolonglah Eun..” Yifan menggeleng. Sebenarnya dia sudah tahu siapakah bakal suami Eunji jadi keputusan yang terbaik adalah menipu Eunji sekarang ini.

                “Eun, ge rasa Eun patut jumpa bakal suami Eun, confirm Eun terima punya!” sokong Yifan. Eunji mencebik.

                “Okay fine! Eun terima semua ni. TAPI. Omma dan appa jangan harapkan zuriat daripada Eun sebab Eun tak cintakan lelaki tu! Eun cintakan orang lain dan Eun tetap akan berhubung dengan boyfriend Eun!” Eunji memberi kata putus. Puan Wu dan Tuan Wu tersentak. Mereka bersetuju sahaja. Janji ditunaikan, benda lain setel kemudian.

                Eunji menangis sepuasnya dalam bilik. Kris langsung tidak menolongnya. Dia sedih.  Pantas dia mencapai telefon yang terdapat di sisi katil. Tangannya laju menaip sesuatu dan menghantarnya ke seseorang.

                Baekhyun yang membacanya terasa sangat terluka. Hatinya hancur. Cinta pertamanya. Padanlah orang kata, cinta pertama tak semestinya akan menjadi yang terakhir. Untuk sekian sekalinya dia menangis.

                Dear my baby boo Byun Baekhyun. Saya minta maaf jika kata-kata ini menyakitkan hati awak. Saya pun tiada kudrat hendak menulis ini. Sebenarnya.. Parents saya rancang arrange marriage untuk saya, dan ianya akan berlangsung hujung bulan ni. Saya sendiri tak sangka dengan berita yang saya baru sahaja terima tadi. Sumpah saya tak tipu. Awak boleh tanya Kris ge.

                Jadi awak fahamlah kan? Kita terpaksa putuskan hubungan kita. Saya tekankan, TERPAKSA. Saya harap awak faham apa yang saya cuba sampaikan. Dengar ya, walaupun saya dah berkahwin, kita tetap boleh still keep in contact. Saya yakin bakal suami saya tidak kisah disebabkan tiada cinta yang wujud buat saya terhadap dia.

                Awak tahu, Kris ge tak bantu saya pun. Saya tiada orang nak support. Akhirnya saya terpaksa terima. Terpulang pada awak untuk percaya atau tidak. Tapi.. Saya harap awak boleh datang majlis perkahwinan saya. Saya taknak awak datang pada awalnya, tetapi. Saya nak sangat tengok muka awak, mana tahu saya lari dengan awak masa tu.

                Saya sayangkan awak. Selagi tarikh perkahwinan itu belum tiba, kita masih boleh bertemu kan? Saya akan datang restoran yang awak bekerja setiap minggu. Awak jangan risau. Kita ada 2 minggu lagi. Baekhyun, saya harap awak percayakan saya .

                Bukan niat saya hendak buat sebegini pada awak. Percayalah, saya mangsa keadaan. Apa-apa pun, saya tetap cintakan awak walau apa pun yang terjadi.

Xoxo,

Your baby-boo Eunji

                Baekhyun mendail nombor seseorang. Eunji telah menamatkan segalanya. Jadi dia mempunyai hak untuk membuka kamus baru. ‘Maafkan aku juga, Eunji.’  Hati Baekhyun berbicara.

                “Hello Baek!” jawab Tuan Byun. Baekhyun menggigit bibir bawahnya kuat.

                “Erm. S-saya terima .. No.. S-saya setuju dengan pernikahan ni.” Ujar Baekhyun. Puan Byun yang mendengarnya di hujung sana mengucap syukur ke atas  Ilahi.

                “Baguslah Baek. Perkahwinan itu akan diadakan hujung bulan ni. Baek baliklah sini. Preparation kami semua dah siapkan. Syukur ke hadrat Ilahi, Baek.” Tuan Byun bersuara. Baekhyun mengeluh berat.

                “Oklah. Tu je. Bye. Pasal pindah masuk tu tunggulah. 2 minggu depan ke. Sekarang ni aku nak rehatkan diri. Be alone.” Baekhyun memutuskan talian.  Dia terfikir sesuatu. Nampaknya dia perlu memberitahu Eunji agar Eunji berhenti berharap. Ligat tangannya menaip di papan kekunci di skrin telefon miliknya itu. 

 


Eunji membaling telefonnya. Nasibnya baik kerana telefon itu mendarat di permaidani yang tebal, jika tidak pasti hancur berkecai telefonnya itu. Matanya berkaca-kaca. Teringat balasan mesej yang diberi Baekhyun sebentar tadi.

                My love, Eunji. Nampaknya, memang kita tidak ditakdirkan untuk bersama. Tengoklah. Awak terpaksa berkahwin dengan lelaki yang awak tidak kenal and so I am. Both of us had our arrange marriage on.

                Saya juga sayangkan awak. Awak cinta pertama saya. Tapi sayang, sayang saya itu tidak berkekalan pabila saya berkahwin nanti. Awak tahu, lelaki dan perempuan tidak sama. Apabila sudah tinggal sebumbung, pasti perasaan suka itu akan ada. Jadi saya takut saya akan hilang sayang saya pada awak bila saya sudah berkahwin. Begitu juga awak, saya taknak kecewa.

                Kita putus sahajalah cara baik. Sekarang ini, awak dan saya tiada lagi apa-apa hubungan. Saya taknak adakan hubungan sulit dengan awak selepas awak berkahwin sebab saya taknak awak curang. Tahu, syurga isteri dibawah telapak kaki suami. Sekali awak tidak mengikut kehendak suami awak, malaikat laknat awak tahu?

                Sekarang ni, saya punya tarikh kahwin sudah ditetapkan. Ianya 1 Julai 2015. Datanglah kalau awak ada masa. Fasal majlis perkahwinan awak, mungkin saya tidak dapat hadir kerana saya takut jikalau saya tidak dapat menahan diri daripada terus menangis. Awak tahu bukan ,saya tidak suka menunjukkan kelemahan saya dekat luar.

                Jadi saya harap awak faham. We’re not destined to be together. Kita tiada jodoh.

Salam sayang,

Your lover, Byun Baekhyun

                Eunji menyeka air matanya. 1 Julai? Itu tarikh perkahwinannya juga. Jadi tidak mungkin dia akan datang ke majlis perkahwinan Baekhyun. Kalau ada peluang pun dia tidak akan pergi kerana dia tidak mampu.  Dia takut dia akan membawa Baekhyun lari dan berkahwin dengannya di tempat lain. Itu.

                Nampaknya rancangannya hendak lari bersama Baekhyun gagal. Memang tiada harapan. Jikalau sahaja ibu bapanya tidak membuat perjanjian bodoh dengan kawan mereka pasti dia sudah bisa bersama Baekhyun.

                ‘Aduh Eunji! Jangan salahkan takdir! Tuhan marah!’ Eunji menampar dirinya sendiri. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk duduk dibawah pancutan air shower. Pastinya ia mampu membantunya.

                


 

 

                Baekhyun menelan air liur. Dia memerhatikan dirinya di cermin. Mampukah dia menjadi suami yang baik kepada isterinya itu? Mampukah dia? Majlis bakal dimulakan sebentar lagi di dewan Times Square. Majlisnya tidak dilakukan di gereja sepertimana pasangan lain di ijabkabulkan sebaliknya terus dilakukan di dewan. Baekhyun merasa degupan jantungnya. Dupdap dupdap dupdap.

                Sementara itu dibilik pengantin perempuan, Eunji sedang bersiap diri dihadapan cermin. Dia menarik nafas sedalam mungkin, lalu dihembuskanny perlahan-lahan. Mampukah dia menjalankan tugas yang baik seperti yang sepatutnya? Dia buntu. Perlukah dia lari sekarang? Sungguh Eunji buntu.

                Kawan-kawannya mula masuk seorang demi seorang lalu mengucapkan tahniah. Dia sendiri tidak percaya bahawa dia akan berkahwin seawal itu. Tiba-tiba seorang sahabatnya yang mengusiknya suatu ketika dahulu datang menyapa.

                “Hey Eun! Aku dah tengok husband kau. Aku tak sangka babe. Hensem siaa..” ujar kawannya itu, Min Hye. Eunji mengangkat keningnya. Benarkah? Bukan lelaki tua seperti yang dibayangkannya? Huu.. Jika tidak, naya sahaja. Min Hye mengangguk kepala dengan bersungguh-sungguh.

                “Weh Eun. Aku nak citer sikit ni.” Sambung Min Hye lagi itu. Bibirnya dirapatkan sedikit ke telinga Eunji. “First night biasa sakit wehh.. Nanti dah  lama-lama tu biasalah.Aduhh aduhh.. ” Pantas sahaja Eunji mencubit paha Min Hye. Blues betul kawannya itu.

                “Eii kau ni jangan jadi byuntae boleh tak?”

                “Alah kau ni. Benda fakta bhaii. Kaylah, aku choww dulu.” MinHye meminta diri selepas mengambil beberapa gambar dia bersama Eunji. Eunji hanya mempamerkan senyuman pahit.

                Beep! Beep!

                Pantas Eunji mencapai telefonnya di atas meja solek.

                Kehadapan kekasihku yang dicintai. Hari ni hari saya akan bernikah. Saya harap awak baik-baik sahaja. Jangan nakal nakal tau? Jangan cuba-cuba nak lari. Saya pasti pilihan ibu bapa awak adalah yang terbaik buat awak. Oklah, majlis dah nak mula. Nanti esok kita hang out sama-sama eh? Nak juga berkenalan dengan suami awak tu. Hihi.

Sayang,

Baekhyun

                “Pengantin perempuan, sudah. Mari. Sudah tiba masanya.” Ujar Tuan Wu. Eunji mengangguk. Dengan berhati-hati dia melangkah menuju ke dewan. Tangannya dipaut di lengan Tuan Wu. Dia berjalan dengan berhati-hati menuju ke arah bakal suaminya yang membelakanginya. Dalam hati sudah berdetik untuk lari. Tetapi dia teringat pesan Baekhyun. Jangan lari. Akhirnya Eunji akur.

                Dia memerhatikan susuk belakang bakal suaminya itu. Sepertinya dia pernah melihatnya tetapi dimana ya? Dan semuanya terjawab tatkala pengantin lelaki memusingkan badannya. Eunji terkejut, begitu juga Baekhyun. Tetapi dikawal sahaja perasaan itu.

                “Jaga anak uncle baik-baik. Dia satu-satunya perempuan dalam keluarga. Kalau tak, Yifan akan cari kamu sampai lubang cacing!” gurau Tuan Wu. Eunji tergelak kecil, begitu juga dengan Baekhyun.

                “Baiklah abeonim.” Baekhyun menghulurkan tangannya yang sudah bersarung tangan kepada Eunji dan gadis itu menerimanya tanpa berfikir dua kali. Lalu mereka menghadap paderi di hadapan mereka itu.

                “Adakah awak, Byun Baekhyun. Menerima Wu Eunji sebagai isteri. Akan bersama dengannya tidak kira apa yang berlaku dan akan bersamanya sehingga mati?”

                Baekhyun mengangguk seraya berkata “Ya.”

                “Adakah awak, Wu Eunji, menerima Byun Baekhyun sebagai suami, akan bersama dengannya tidak kira apa yang berlaku dan  bersamanya sehingga mati?

                “Ya saya setuju.” Lancar Eunji menuturkannya.

                “You may kiss the bride.” Kata-kata itu membuatkan Eunji tersentak. Bagaimana dia terlupa akan itu? Dia merenung anak mata Baekhyun. Baekhyun tersengih nakal lalu bibirnya bertaut dengan bibir Eunji untuk beberapa saat lalu dilepaskannya. Eunji pula sudah merah menahan malu.

                “Sekarang saya mengumumkan, Puan dan Tuan Byun!” Baekhyun menggenggam erat tangan Eunji lalu mereka berdua tunduk hormat ke arah tetamu. Kedengaran tepukan gemuruh datang dari para tetamu.

                “Nampaknya macam ,kedua mereka sudah saling jatuh cinta?” soal Puan Wu kepada Puan Byun. Puan Byun hanya tersenyum. Sememangnya, jodoh mereka memang ada. Dan dia sudah tahu bahawa kekasih Baekhyunlah bakal isterinya. Itu semua kerana dia mengupah seseorang untuk mengintip Baekhyun.

                Kedua pengantin baru itu lalu bersalaman dengan para tetamu sebelum mereka turut menyertai para tetamu untuk acara makan beradab.

 


 

Kedua pengantin baru itu terkejut apabila diumumkan bahawa mereka bakal berangkat ke Paris untuk berbulan madu dan penerbangan mereka adalah malam itu. Kedua mereka terpaksa beredar untuk menaiki pesawat dan mengemas bagasi. Jadi mereka pulang awal.

                Tepat pukul 9.30 malam mereka sudah berangkat pulang dan pukul 10 malam mereka bertolak ke lapangan terbang dan tiba pada jam 10.30. Pesawat mereka bakal berlepas pada jam 11.30 jadi mereka mempunyai 1 jam lagi sebelum bertolak. Sebelum itu mereka berdua menjamu selera di kafe yang ada dahulu.

                “Siapa sangka, jodoh kita ketemu juga.” Ujar Eunji diiringi tawa halus. Baekhyun mengangguk.

                “Boleh  tak kalau kita tukar panggilan saya-awak memandangkan kita dah berkahwin? Anyway , Eun sedia  ke nak galas tanggungjawab Eun sebagai isteri?” soal Baekhyun lebih kepada nada mengusik. Pipi Eunji berona merah apabila dia sedar apa yang dimaksudkan Baekhyun.

                “Tukar panggilan? Apa?”

                “Sayang-abang?”

                “Err.. Saya cuba. Erm. Awak dah tahu ke yang saya bakal isteri awak sebelum ni?” Baekhyun menggeleng. Sejujurnya, dia tidak tahu.

                “Oooh.. Rasanya Kris ge dah tahu lah.”

                “Kenapa pulak?” soal Baekhyun ingin tahu.

                “Sebabnya dia suruh saya jumpa bakal suami saya, confirm saya tukar fikiran.” Balas Eunji. Air bubble tea disedut sedikit.

                “Haha. Padanlah dia tak habis-habis tanya saya terima ke tak benda tu. Kan saya dah cakap. Kalau dah jodoh tak kemana.” Baekhyun tersenyum. Eunji juga begitu. Akhirnya mereka menghabiskan masa berborak mengenai hidup masing-masing. 

 


 

Dua bulan Kemudian..

                “Oppa,  Eun rasa macam tak sihat badan lah.” Adu Eunji. Baekhyun yang tengah sibuk membuat kerja sekolah memandang Eunji diselangi dengan jam yang tergantung di dinding.

                “Hmm?  Dah pukul 9 malam lah Eun. Esok Sabtu kan? Esok kita buat check-up eh.”  Jawab Baekhyun. Matanya kembali fokus memandang buku. Eunji mencebik.  Baekhyun ini banyak benar alasannya. Akhirnya dia merebahkan dirinya di katil lalu menarik selimut menutup dirinya. Baekhyun yang masih lagi tidak perasan akan situasi isterinya meneruskan membuat kerja yang tergendala.

                Keesokkannya, Eunji bangun lebih awal daripada biasa. Mulutnya rasa mual. Dia segera pergi ke tandas bilik paling hujung kerana tidak mahu mengganggu Baekhyun. Dimuntahkan segalanya yang ada. Eunji memandang jam di dinding.Hampir subuh.  Dia mengambil cardigan yang tersangkut di kerusi dan kunci kereta. Nekadnya hendak ke rumah ibu mertuanya. Pastinya ibunya berada disitu juga.

                Kereta Evo 10 putih miliknya meluncur laju di atas jalan raya. Dia membelok menuju ke kawasan perumahan mertuanya.

                Baekhyun terjaga pukul 4 pagi. Dia meraba-raba sebelahnya. Kosong! Baekhyun mencari di sekeliling rumah tetapi tiada langsung kelibat Eunji kelihatan di mana-mana. Terdetik hatinya untuk melihat luar dan kereta milik Eunji tiada. Baekhyun mengeluh. Semenjak dua menjak ini Eunji semakin sensitif. Cakap sedikit mula menangis. Baekhyun mengambil keputusan untuk makan dahulu sebelum menyambung pencariannya mencari Eunji.

                Eunji memarkirkan keretanya di garaj keluarga Byun. Tekaannya tepat apabila dia melihat kereta ibunya berada di situ. Eunji melangkah masuk ke dalam rumah agam 3 tingkat tersebut. Semua kelihatan terkejut melihatnya.

                “Baek mana?” Eunji mencebik. Pantang disebut nama Baekhyun. Dia masih mengajuk dengan suaminya itu. Eunji menyalam tangan mereka yang ada disitu tanpa sepatah kata.

                “Omma, mama, teman Eun pergi klinik boleh?” pinta Eunji. Kedua wanita itu memandang antara satu sama lain sebelum mengangguk. Lalu mereka menaiki Toyota Vellfire keluarga Wu untuk ke klinik berhampiran. Diam-diam Puan Byun membuat panggilan kepada Baekhyun menyatakan mereka di klinik. Bergegas Baekhyun ke sana  apabila dia dimaklumkan sedemikian rupa.

                ‘Eunji memang degil! Degil betul budak ni. Tak menyabar-nyabar.’ Marah Baekhyun dalam hati, tetapi dia sabarkan sahaja. Sesampainya di klinik, dia diberitahu bahawa Eunji berada dalam bilik pesakit. Pantas dia menolak daun pintu. Terkejut dia melihat doktor yang memeriksa Eunji adalah seorang doktor lelaki. Daripada perasaan geram bertukar kepada perasaan cemburu.

                Eunji memandang Baekhyun dengan riak kosong. Dia masih ingin meneruskan sesi merajuknya bersama Baekhyun.

                “Kamu boleh tunggu dahulu di luar ya, Puan Byun.” Doktor kacak itu memberitahu. Eunji mengangguk lalu berlalu pergi, meninggalkan Baekhyun terpinga-pinga di dalam bilik tersebut. Segera Baekhyun membuntuti Eunji keluar.

                “Puan Byun Eunji” panggil jururawat disitu. Eunji bingkas bangun dan mendapatkan keputusan air kencingnya. Baekhyun turut mengekori. “Tahniah puan. Mengikut ujian puan hamil 6 minggu.” Kata-kata jururawat itu amatlah mengejutkan. Baekhyun mengucap syukur dalam hati.

                ‘Padanlah perangai dia pelik semacam dua menjak nie.Hurm. ‘ bisik hati Baekhyun. Lalu dia memimpin Eunji ke kereta.  Tidak sabar hendak dikongsikan perkara itu bersama Chanyeol dan kawan-kawannya yang lain.

 


 

 

                “Push lagi puan, push!!” sokong doktor tersebut. Baekhyun disisi turut memberi sokongan. Berpeluh-peluh Eunji ketika itu. Dia berasa agak lemah. Tiada daya lagi. “Puan, sikit lagi. Cepat! Yeah dapat! Alhamdulillah.” Ucap doktor yang beragama Islam itu. Eunji tersenyum melihat anak lelakinya yang comel itu.

                “Eh! Eh! Puan, ada lagi satu!” kata-kata doktor itu mengejutkan Baekhyun dan Eunji. Segera disuruhnya Eunji membuat seperti tadi. Selepas berapa ketika, akhirnya bayi pun keluar dan kali ini ianya adalah seorang perempuan.

                “OMG comelnya.” Ujar Baekhyun dan Eunji serentak, lalu mereka tertawa bersama. Sakit tadi sudah tidak terasa selepas melihat wajah ceria suaminya dan wajah anak-anaknya. Dia memandang Baekhyun lalu tersenyum.

                “Apa kita nak bagi nama anak-anak kita ni oppa?” soal Eunji kepenatan. Baekhyun berfikir sejenak.

                “Lelaki, Byun Baek Bom. Perempuan.. Hurm.  Byun.. Byun Eun Mi! “ Eunji pantas bersetuju dengan nama itu. Nama yang dipilih Baekhyun mempunyai kaitan dengan nama mereka, itu membuatkan Eunji gembira. Lantas kedua ibu bapa Baekhyun dan Eunji masuk dengan perasaan tidak sabar.

                “Baby boy? Or girl?” tanya Puan Wu tidak sabar.

                “both.” Ucap pasangan itu serentak. Terlopong ke empat-empat manusia di situ.

                “Jadi, apa namanya?” soal Tuan Byun pula.

                “Byun Baek Bom!”

                “Byun Eun Mi!” balas mereka serentak lagi. Lalu kesemua mereka tertawa.

Ya Allah, moga perkahwinan aku berkekalan hingga ke Jannah. Bisik hati Baekhyun dan Eunji. Sebenarnya, selepas mendapat tahu Eunji mengandung, Baekhyun terus memeluk agama Islam bersama Eunji. Itupun selepas mendalami agama itu dengan lebih mendalam. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Moga perkahwinan mereka diberkati Allah S.W.T.

 

The End.

 


 

ni first time buat one shot! Alhamdulillah siap.. Hurm.. start dlm semalam punya petang? malam? xberapa nk pasti smpi skrg, 8.00 pagi.. xtido.. caya? haha.. 9677 patah perkataan.. fuhhh.. first time kutt buat one shot so harap semua suka.. XD :) gimme your feedback ne? xtau nak letak tajuk apa so maen letak je.. muahhaha.. 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Nabieyhah #1
Chapter 1: Daebak.. Buat lgi tau