KEGANJILAN

Oi, MR.BUTLER!
Please Subscribe to read the full chapter

 

Aku menoleh ke arah Chanyeol. Ternyata lelaki ini pun sama ganjil dengan Jimin. Ketika Jimin melangkah memasuki bilik, Chanyeol tiba-tiba ketawa sampai bergegar gegendang telinga aku. Aku memang tak faham langsung apa sebenarnya yang sudah terjadi pada lelaki ini. Teringatkan awek ke?

 

“Jimin-ahh~~~” Chanyeol memanggil.

Jimin yang hanya berseluar pendek berdekorasi Hello Kitty bergegas mendapatkan aku. Nampaknya budak manja berumur 16 tahun ini begitu meminatiku. Sekarang aku tahu apa citarasanya. Dia gemarkan butler yang segak dan kacak seperti aku. Aku tak terkejut langsung. Walaupun budak ini macam terencat sikit perlakuannya namun aku memujinya dari segi citarasa. Dia pandai menghayati kesenian iaitu aku.

“Hyung~ Nah.”

Aku mengangkat kening. Jimin menghulurkan sesuatu. Aku renung sesuatu itu dengan dada yang sakit. Teddy bear?

“Hadiah untuk engkau hyung. Kau kan butler baru kami. Ambiklah…” Jimin mendekatkan Teddy dan menggenyehnya ke wajah kacak ku. Lemas! Rimas! Hampas!

“Aww~ So suwit…” Chanyeol berbahagia. Jimin ketawa. Aku menderita.

“Hyung tak minat Teddy.” Aku berterus-terang. Apa kes dah besar-besar pun masih peluk Teddy bear? Baik peluk bantal ada muka aku. Lena tidur aku setiap malam.

Jimin menjelingku dengan penuh dendam. Dia seperti marah. Pantang hadiahnya direject oleh seseorang. Dia tidak suka!

“Ambik, ambik…” Chanyeol menyenggol lenganku dengan mulut yang terherot-berot.

Aku tiada pilihan. Teddy itu aku ambil dan letak di atas katil. Inilah dugaan pertamaku sebagai seorang butler. Mengapa harus ada seseorang seperti Jimin di dalam keluarga ini? Jambu pula tu. Sikapnya tidak ubah seperti budak perempuan yang belum akil baligh.

“Haa, camtulah. Hyung…” Jimin duduk di sebelah ku. Dia mengelip-ngelipkan bulu mata palsunya dengan aktif. Uff, senak perut aku dibuatnya. Rasa seperti loya pun ada.

“Hyung~~~” Jimin menyeru-nyeru nama ku. Aku seram.

“Ye?” Balasku dengan senyuman palsu.

“Muka saya cantik tak?” Soal Jimin. Tidak logiknya soalan.

Aku menyumpah dalam hati. Cantik? Dia kan lelaki, mana ada istilah cantik? Hish, biar betul budak ni. Aku tak tahu memberikan jawapan yang bagaimana. Cantik, memanglah tidak. Kalau handsome tu adalah sikit-sikit.

“Hyung, jawablah~” Jimin menggoyang-goyangkan lenganku. Jambu tetapi tenaga bagaikan bapa Choo Sarang. Kuat bukan main.

“. . .”  Aku membisu. Biol sedikit otak ku. Bagaimana aku mahu menjawab soalan yang tidak masuk akal seperti itu? Tentulah aku tiada jawapannya.

“Hyung, cakaplah..Jujur padaku…Aku cantik kan?”

 

“Cantik lagi muka sumpah-sumpah aku.” Suga mengutuk secara tiba-tiba. Entah bila dia berada di situ aku pun tak tahu.

Aku mampu menarik nafas lega. Akhirnya aku terlepas dari Jimin. Jika lebih lama dihadapkan dengan soalan-soalan begitu, pasti aku akan terkena serangan angin ahmar. Ingin aku berterima kasih kepada Suga.

“Oi! Diamlah!” Jimin bercekak pinggang. Wajah Suga dipandang penuh dendam. Tak guna punya abang!

“Kau ni dah kenapa Chimchim? Yang kau seksa butler baru tu kenapa?” Suga menyandarkan tubuhnya ke pintu bilik yang terkuak sambil menggigit epal hijau dengan rakus.

“Ah shadap!” Jimin membentak, dia menghentak-hentakkan kakinya ke lantai marmar buatan Hong Kong dengan penuh amarah. Suga memang suka membuatkan da

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
seungrin123 #1
Chapter 4: Update soon..lol giler jimin XD
crazedfan #2
Finally a malay author. So nic- um... Hi. Selamat brknalan (akward gile). Yeay! I can comment in Malay tnpe rse menyushkn because of all the grammar and spelling. I tk biase bce fanfic malay. And today was my first try. So you're lucky author-nim. And your cerite is actually bes bce.
silv3rbyul
#3
Chapter 4: Ahaa kena buat kerja sekolah nasib kau la himchan jadi butler orang kaya uhuhuu.. Ha haa sape nak perdajal himchan uh.. suspen plak.. xD
silv3rbyul
#4
Chapter 3: Ahahaa sesiapa tolonglah bagi penyepak ke hape at himchan nih lol lawak siaa dia nih.. xDD
zehayri #5
Chapter 3: Wah,himchan sudah2 lah tu,kami semua thu yg awak memang hensem...
silv3rbyul
#6
Chapter 2: jimin nih ade masalah kekeliruan identiti kah? xD ahaa bertekak jep 2beradik uh.. part himchan puji diri sendiri jep tak sah kalau tak gelak.. ahahaa *guling-ii*
silv3rbyul
#7
Chapter 1: Ahahaa lawak la himchan nih.. tak pernah kujumpa orang seperasan dia.. nasib baik memang kacak pun orangnya xD aww jimin is me.. lets play together jimin shii~~~ ahahaa
silv3rbyul
#8
i come here for pakcik suho.. woww jutawan gandum duda anak 3~ i loikeee xD subscribed!
shafiqah_tatsmato #9
Chapter 1: rasa nak lempang lempang je himchan ni. btw, awk mmg lah handsome tp jgn lah sepenuh masa nk puji diri sendiri. haishhh chanie syg oii, hahaha okay unnie saeng dh melalut
21blackpearls
#10
Chapter 1: narcissist himchan!!ok faham anda memang hensem. Jimin....omg...berharap encik kim himchan boleh bersabar banyak2..