PERMULAAN
Oi, MR.BUTLER!
Hai cermin. Wah siapakah gerangannya jejaka handsome tu? Serius kacak nak mati. Kalau aku perempuan, tentu aku dah jatuh cinta. Eh? Wajah aku sendiri rupa-rupanya, haha…Entah kenapa wajah aku yang sememangnya kacak ni menjadi semakin kacak pula hari ni. Mungkin kerana ini hari pertama aku bekerja sebagai butler di sebuah rumah agam milik Tan Sri Suho. Tak sangka aku terpilih menjadi butler mereka. Padahal ramai lagi yang lebih berkelayakan dari aku. Hmm, yeah, kerana aku kacak mungkin.
Ah, lupakan hal ni seketika. Lagipun kekacakan aku tak pergi mana-mana. Semalam, hari ini, esok, malah selama-lamanya, aku tetap kacak. Aku memang sudah dilahirkan begini. Bukan cakap besar atau riak, tetapi memang itulah kenyataannya.
“Chan, dah siap belum? Nanti terlambat pergi kerja.”
Ibu aku dah mula mahu membebel. Aku renung seketika wajahnya. Ah, cantik rupa parasnya, sebijik macam aku. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke mulutku.
“Himchan, kau ni mengelamun apa lagi? Cepat bertolak!”
Okay, mak aku dah membebel. Aku kena cepat sebelum aku mendapat first impression yang buruk di mata Tan Sri itu. Dengar khabar, beliau merupakan jutawan yang hampir-hampir membeli SMent. Memang kaya, aku kagum…
“Beg semua dah bawak?”
“Dah omma. Saya pergi dulu. Bye.” Aku mencium pipi ibuku beberapa kali lalu terus memandu kereta kancilku pergi dari situ. Maka tinggallah ibuku yang cantik dengan adik bongsu ku iaitu Zelo.
Sebelum aku sampai ke rumah agam kaya milik Tan Sri Suho, aku perkenalkan diri aku. Aku Kim Himchan, berumur 24 tahun, lelaki terkacak di sekitar Seoul. Aku masih bujang, belum berpunya walaupun aku menerima bunga dan coklat dari 50 orang wanita pada setiap hari. Aku tidak mahu bercinta lagi, aku mahu membahagiakan keluarga aku dulu.
Sebenarnya aku rimas dikejar wanita setiap hari…Dugaan berwajah kacak…
Aku mematikan enjin keretaku. Dengan mata yang bersinar, aku terlopong menyaksikan keindahan rumah agam di hadapanku ini. Ohh, how beautiful, fantastic…Aku akan bekerja sebagai butler di sini, ini adalah rumah baruku kerana aku akan tinggal di sini demi menyediakan perkhidmatan ya
Comments