PERMULAAN

Oi, MR.BUTLER!
Please Subscribe to read the full chapter

 

Hai cermin. Wah siapakah gerangannya jejaka handsome tu? Serius kacak nak mati. Kalau aku perempuan, tentu aku dah jatuh cinta. Eh? Wajah aku sendiri rupa-rupanya, haha…Entah kenapa wajah aku yang sememangnya kacak ni menjadi semakin kacak pula hari ni. Mungkin kerana ini hari pertama aku bekerja sebagai butler di sebuah rumah agam milik Tan Sri Suho. Tak sangka aku terpilih menjadi butler mereka. Padahal ramai lagi yang lebih berkelayakan dari aku. Hmm, yeah, kerana aku kacak mungkin.

Ah, lupakan hal ni seketika. Lagipun kekacakan aku tak pergi mana-mana. Semalam, hari ini, esok, malah selama-lamanya, aku tetap kacak. Aku memang sudah dilahirkan begini. Bukan cakap besar atau riak, tetapi memang itulah kenyataannya.

 

“Chan, dah siap belum? Nanti terlambat pergi kerja.”

Ibu aku dah mula mahu membebel. Aku renung seketika wajahnya. Ah, cantik rupa parasnya, sebijik macam aku. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke mulutku.

“Himchan, kau ni mengelamun apa lagi? Cepat bertolak!”

Okay, mak aku dah membebel. Aku kena cepat sebelum aku mendapat first impression yang buruk di mata Tan Sri itu. Dengar khabar, beliau merupakan jutawan yang hampir-hampir membeli SMent. Memang kaya, aku kagum…

 

“Beg semua dah bawak?”

“Dah omma. Saya pergi dulu. Bye.” Aku mencium pipi ibuku beberapa kali lalu terus memandu kereta kancilku pergi dari situ. Maka tinggallah ibuku yang cantik dengan adik bongsu ku iaitu Zelo.

 

Sebelum aku sampai ke rumah agam kaya milik Tan Sri Suho, aku perkenalkan diri aku. Aku Kim Himchan, berumur 24 tahun, lelaki terkacak di sekitar Seoul. Aku masih bujang, belum berpunya walaupun aku menerima bunga dan coklat dari 50 orang wanita pada setiap hari. Aku tidak mahu bercinta lagi, aku mahu membahagiakan keluarga aku dulu.

Sebenarnya aku rimas dikejar wanita setiap hari…Dugaan berwajah kacak…

 

Aku mematikan enjin keretaku. Dengan mata yang bersinar, aku terlopong menyaksikan keindahan rumah agam di hadapanku ini. Ohh, how beautiful, fantastic…Aku akan bekerja sebagai butler di sini, ini adalah rumah baruku kerana aku akan tinggal di sini demi menyediakan perkhidmatan ya

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
seungrin123 #1
Chapter 4: Update soon..lol giler jimin XD
crazedfan #2
Finally a malay author. So nic- um... Hi. Selamat brknalan (akward gile). Yeay! I can comment in Malay tnpe rse menyushkn because of all the grammar and spelling. I tk biase bce fanfic malay. And today was my first try. So you're lucky author-nim. And your cerite is actually bes bce.
silv3rbyul
#3
Chapter 4: Ahaa kena buat kerja sekolah nasib kau la himchan jadi butler orang kaya uhuhuu.. Ha haa sape nak perdajal himchan uh.. suspen plak.. xD
silv3rbyul
#4
Chapter 3: Ahahaa sesiapa tolonglah bagi penyepak ke hape at himchan nih lol lawak siaa dia nih.. xDD
zehayri #5
Chapter 3: Wah,himchan sudah2 lah tu,kami semua thu yg awak memang hensem...
silv3rbyul
#6
Chapter 2: jimin nih ade masalah kekeliruan identiti kah? xD ahaa bertekak jep 2beradik uh.. part himchan puji diri sendiri jep tak sah kalau tak gelak.. ahahaa *guling-ii*
silv3rbyul
#7
Chapter 1: Ahahaa lawak la himchan nih.. tak pernah kujumpa orang seperasan dia.. nasib baik memang kacak pun orangnya xD aww jimin is me.. lets play together jimin shii~~~ ahahaa
silv3rbyul
#8
i come here for pakcik suho.. woww jutawan gandum duda anak 3~ i loikeee xD subscribed!
shafiqah_tatsmato #9
Chapter 1: rasa nak lempang lempang je himchan ni. btw, awk mmg lah handsome tp jgn lah sepenuh masa nk puji diri sendiri. haishhh chanie syg oii, hahaha okay unnie saeng dh melalut
21blackpearls
#10
Chapter 1: narcissist himchan!!ok faham anda memang hensem. Jimin....omg...berharap encik kim himchan boleh bersabar banyak2..