007
Evanesce (Sequel of Regret) - HiatusFlashback | Kyung's P.O.V | 12 tahun yang lalu [Part 2]
Tit. Tit. Tit.
Kyung Il membuka matanya perlahan-lahan. Beberapa wayar berselirat disambungkan ke tubuhnya. Jinhee di sebelahnya masih mengenggam tangannya dengan erat.
"Mama..." Dengan sedaya upaya Kyung Il memanggil mamanya.
"Sayang.. sayang okay?"
"Ma.. jangan tinggalkan Kyung ma.." Kyung Il merintih perlahan.
"Kyung..."
"Ma, Kyung janji Kyung jadi anak yang baik ma.." Air matanya berlinang.
"Kyung, janji dengan mama Kyung akan jaga diri ya. Janji ya sayang..."
"Mama..." Kyung Il hanya mampu menangis "...sampai hati..." Ingin sahaja dia memeluk mamanya erat supaya mamanya tidak pergi. Namun dia tak berdaya. Dia tak mampu untuk menggerakkan tubuhnya langsung. Kepalanya semakin sakit.
Jinhee mencium dahi anaknya beberapa kali. "Ingat tau, mama always sayang Kyung." Jinhee terus bangun dari kerusinya.
"Mama.."
Jinhee terus berjalan ke arah pintu wad. Hatinya semakin berat tetapi kakinya tetap melangkah keluar dari wad tersebut.
"Mama.. don't go..."
'Maafkan mama, sayang.'
"Ma..kenapa mama buat camni. Semua orang tak sayang Kyung lagi..." Kyung Il merintih sendiri. Wad kosong itu dirasakan sekosong hidupnya sekarang. Dia baru berusia 8 tahun, adilkah untuk dia menanggung segala keperitan ini?
'Kyung benci mama.. Kyung benci ayah..Kyung benci auntie.. Kyung benci hyung.. Kyung benci semua orang dalam dunia ni..Semua orang dah tak sayang Kyung lagi..' Kyung Il merintih sendiri dalam hati sebelum matanya terpejam.
"Jinhee.. awak pasti awak nak pergi sekarang?" Tiba-tiba suaminya muncul dari belakang. Jinhee mengesat air matanya.
"Ini semua salah abang. Kalau abang tak kahwin dengan perempuan tu, Jinhee tak perlu nak buat semua ni!"
"Jinhee.. kalau abang bagi Kyung pada Jinhee maknanya abang takkan ada peluang langsung nak jumpa anak-anak abang lagi. Tengok sekarang pun awak dah bawak Jonghae jauh dari kami. Abang tak pernah ada niat nak berpisah dari awak, Jinhee yang minta semua ni. Takkan awak tak kesian dekat Kyung langsung?" Panjang lebar Yoonhyuk membalas.
"Yelah, at the end saya juga yang awak salahkan. Kalau abang tak jaga Kyung baik-baik saya akan pastikan dia duduk dengan saya. Saya pergi dulu." Yoonhyuk hanya mampu menggelengkan kepala melihat kedegilan isterinya..
Sejak dari hari tu.. aku tak pernah percaya sesiapa lagi. Bagi aku kasih sayang yang diorang bagi kat aku semuanya palsu. At the end, diorang tetap sakitkan
Comments