012
Evanesce (Sequel of Regret) - HiatusMinha menarik kerusi yang mengelilingi meja makan itu perlahan-lahan. Air kosong di dalam mug diteguk perlahan sebaik sahaja dia duduk. Satu keluhan kecil dilepaskan.
"Happy birthday sayang..." Bisik Minha. Air matanya mengalir perlahan.
"Taetae, happy birthday..." Sera merenung ke arah handphone milik Baekhyun. Dia tersenyum kecil mengenangkan kali pertama dan terakhir dia berjumpa dengan Taehyung di kafe. "...rasa macam baru semalam Sera jumpa dengan dia, oppa." Sera meletakkan handphone itu kembali ke atas meja. Wajah Baekhyun direnung.
"I wish he was here too..."
"I know you will be here." Minha menoleh ke arah suara yang muncul tiba- tiba dari belakangnya. Air matanya dikesat. Dyosang mengambil tempat di sebelah Minha. Tangan isterinya dicapai dan digenggam erat. "It's okay, sayang. I miss him too."
"Saya tak pernah terfikir yang rumah ni boleh jadi sesunyi ni, bang..." Minha mengeluh perlahan. "...setahun lepas... rasa macam baru semalam kita sambut birthday Tae kat sini."
Dyosang mengangguk perlahan. "Abang pun rasa benda yang sama. I think I still remember his wish." Kata-kata suaminya membuatkan air mata Minha mengalir lagi.
"His last wish..."
"Oppa..." Sera terkedu seketika.
"Okay now make a wish." Baekhyun memeluk leher adiknya. Taehyung terdiam seketika, memikirkan sesuatu untuk diucapkan.
"I wish I will get new iPhone from ayah..." Baekhyun mencelah setelah melihat Taehyung mengambil masa yang agak lama.
"Ish. Mana ada aku wish macam tu."
"I wish I will get a new girlfriend soon..."
"Ma, tengok hyung ni."
"Cepatlah, orang dah lapar nak makan kek ni."
"Baek..." Dyosang menggelengkan kepalanya. Bae
Comments