001
Evanesce (Sequel of Regret) - Hiatus[FLASHBACK : SETAHUN YANG LALU]
Baekhyun melangkah longlai menuju ke biliknya. Bilik yang ditinggalkan sejak sebulan lalu, direnung kosong sebelum dia memulas tombol pintu. Ikutkan hatinya, dia tidak mahu pulang semula ke rumah itu. Terlalu banyak kenangan antara dia dan adiknya; menoleh ke arah bilik Taehyung pun dia dah tak mampu. Dia teringat malam terakhir sebelum dia melangkah keluar dari rumah.
‘Apa ni?’ Baekhyun ternampak sesuatu yang terlekat pada belakang pintu sebaik sahaja dia ingin menutup pintu tersebut.
“Tae...” Baekhyun menoleh ke belakang. Beberapa sticky notes kelihatan terlekat di sekeliling biliknya. Dia melangkah ke arah almari.
Baekhyun membuka almari tersebut sambil menahan air matanya.
I-pod kelabu di atas mejanya dicapai. Hatinya makin pedih.
“No... you don’t have to do all this, Tae...” Baekhyun terduduk di atas katilnya. Dia merenyuk semua sticky notes yang berada dalam genggamannya. “...it hurts dik. Aku rindu kau... aku nak kau balik...” Air matanya mengalir walaupun kepalanya terasa berat untuk dia menangis lagi. Dia menghempaskan badannya ke aras katil. Siling di atasnya direnung kosong.
“Why must... you go this early...” bisik Baekhyun sebelum akhirnya dia terlelap setelah beberapa ketika.
To be continued.
Comments