010

Evanesce (Sequel of Regret) - Hiatus
Please Subscribe to read the full chapter

"Kenapa Kyung buat family auntie macam ni...?"

"Auntie, saya tahu saya salah auntie. Saya berdosa ngan family auntie. Saya minta maaf sangat-sangat." Tanpa diduga, Kyung terus melutut di hadapan Minha.

"Salah auntie ke Kyung jadi macam ni? Salah Baek ke? Salah Taehyung ke? Apa lagi yang Kyung nak sebenarnya?" Minha meninggikan suaranya. Sihwan hanya tergamam tidak jauh dari mereka, tidak tahu apa yang patut dia lakukan.

"Tak..." Kyung mulai menangis. ".. saya yang salah, auntie. Saya yang salah faham..." Luluh hati Minha mendengar alasan tersebut. "K..kenapa? Kenapa sampai nak ambik anak-anak auntie?" Minha terduduk. Dia memegang erat bahu Kyung.

"Auntie sayang Kyung macam anak sendiri tahu tak?" Kyung hanya tunduk. Tidak mampu untuk menatap wajah wanita di hadapannya.

"Sorry auntie... sorry..." Gerimis mulai turun membasahi bumi. Perlahan-lahan Minha menarik Kyung ke dalam dakapannya.

"A..auntie..?"

"Auntie takut.. kalau auntie tak dapat nak maafkan Kyung kalau apa-apa jadi kat Baek.." Tangisan Kyung semakin jelas kedengaran. Dia rindu dengan pelukan seerat itu. Dalam masa yang sama, dia turut berasa menyesal dengan perbuatannya terhadap Taehyung dan Baekhyun. 

"..boleh tak Kyung janji satu benda ngan auntie?"

Kyung mengangguk.

"Janji ngan auntie yang Kyung takkan buat macam ni lagi. Jangan sakitkan sesiapa lagi. Boleh kan?" Kyung tersentuh mendengar kata-kata Minha. Kalau dia tahu sejak dulu lagi dia akan menganggap Minha seperti mamanya sendiri. Silap dia sendiri, dia menolak sesiapa sahaja yang mengambil berat tentangnya kerana takut hatinya disakiti.

"Okay auntie. Kyung janji..."

 

Beberapa hari kemudian...

"Auntie...!" Minha menoleh ke arah suara yang memanggilnya.

"Oh… Chanyeol rupanya. Auntie ingat siapa la tadi." Minha tersenyum melihat dua manusia yang sedang berjalan ke arahnya.

"Sorry auntie. Saya tak tahu pulak Baek jadi gini. Kalau saya tahu saya datang awal-awal. Oh by the way, ni adik saya Sera."

"Oh ye, auntie ingat. Kita pernah jumpa kat kafe dulu kan. It's okay, lagipun Chanyeol dah susah-susah datang dari jauh." Minha membalas tunduk hormat mereka.

"Auntie sihat? Baek oppa macam mana?" Tanya Sera pula.

"Auntie okay je. Baek macam tu lah, still tak sedar lagi. Maybe

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
afrinasafwa_xx
#1
Chapter 22: when can you update this fanfics? im reallly wanna know the ending T_T
SeyoonExoBts #2
Chapter 22: woww daebak...tapikan apa yg terjadi kat kawan taehyung tu jimin dengan minwoo..
afrinasafwa_xx
#3
Chapter 22: bila nk update chapter baru?????? fighting!!!!!
afrinasfwa_ #4
Chapter 22: Keep update .x sabar nk tau sambunganny.caiyok!
Ayiepp
#5
Chapter 22: teruskan menulis...^^
parkyura98
#6
Chapter 21: Kenape sedih sgt ni... T^T
tyhah_nad #7
Chapter 21: Huaaaaa !! TT_TT apasal sedih sgtt ~.~
Jisya_Billah #8
authornim.. sedih arghh citer ni.. btw , daebak >.< hohohoh
Bts_vixx #9
Chapter 20: Huhuhu...Begitu sedihnya cerita ini.Taniah authornim,akhirnya saya menitiskan air mata....T_T
tyhah_nad #10
Chapter 20: Huaaaaa !! Kesian tae T.T