015

Evanesce (Sequel of Regret) - Hiatus
Please Subscribe to read the full chapter

Nak call ke...tak? Nak call ke tak? Aish. Sera berbaring di atas katil sambil merenung kosong ke arah siling. Handphone di tangan kanannya direnung semula.

Ah. Call je lah, bukannya aku buat jenayah pun kalau call mamat ni. Sera mencari-cari nombor yang hendak dihubungi. Tidak sampai beberapa saat seseorang di hujung talian menjawab panggilannya.

"Hello?"

"Er... hello. Oppa, Sera ni."

"Oh, Sera... Ada apa?" Sihwan merenung jam di atas mejanya. 12.38 tengah malam. Dah kenapa call aku time-time camni..?

"Hmm...sorry. Sera menganggu ke?" Sera menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.

"Takdelah. Saya pun baru habis study. Ada apa?" Sekali lagi Sihwan bertanya. Risau pula bila dia dihubungi tengah malam begitu. Kebiasaannya ada emergency.

"Er..takde apa-apa pun. Cuma..Sera nak tanya pasal sesuatu je." Sihwan menarik nafas lega.

"Ah...tanyalah apa Sera nak tanya. Pasal Baek kan?" Soalan 'cepu gangsa' diberikan. Sera tersengih walaupun sah-sah Sihwan tak nampak.

"Hmm, hari tu kan Sera keluar dengan dia kan..."

"Oh hari Isnin lepas kan? Sorry lah tak dapat nak join sebab tengah exam..." Tiba-tiba Sihwan menyampuk.

"A..a ah. Takde pape pun." Kalau ye pun nak menyampuk tunggulah aku habis cerita dulu... Umpat Sera dalam hati.

"Okay, lepas tu?"

"Lepas tu... kitorang ada lalu dekat Han Sang Middle School...sekolah korang dulu kan?"

"Yup..." Sihwan mengiyakan. "...then, what happened?  Dia teringat sesuatu?"

"Haah. Sebenarnya dia ada sebut satu nama ni, but Sera tak pernah dengar. I guess oppa mesti tahu. Rasanya...orang tu kawan Baek oppa kot, tapi dia tak ingat sangat." Sihwan berfikir sejenak mendengar kata-kata Sera. Siapa...?

"Erm, nama orang tu...jap...Kyung...Kyung Il? Hmm.. Kyung Il rasanya nama dia."

Sihwan menarik nafasnya dalam-dalam mendengar nama itu disebut. Dia baru teringat yang Sera tak tahu apa-apa tentang Kyung.

"Er..oppa? You still there?" Sera pelik apabila tiada balasan dari hujung talian. Dah tidur ke?

"Oh sorry Sera. Hmm... tu sebenarnya..."

 

Dawn of The Planet of Apes yang tersiar di kaca televisyen dah hampir tiba ke penghujung namun tiada satu jalan cerita pun yang difahami Baekhyun. Fikirannya melayang entah ke mana. Hanya Minha di sebelahnya excited melihat perang antara kaum Ape dan manusia itu.

“Mama…” Panggil Baekhyun.

“Ya sayang?” Pandangan Minha masih belum berganjak dari kaca televisyen. Maklumlah, tengah klimaks. Dua apes sedang bergaduh untuk berebut kuasa.

“Baek… dengan adik mesti selalu bergaduh macam dua apes tu kan?” Minha terus tergelak mendengar pertanyaan anaknya. Buat kali pertama setelah sekian lama dia ketawa sekuat itu. Baekhyun sekadar tersenyum melihat reaksi mamanya.

“Okay sorry sorry, mama cuma rasa kelakar bila Baek bandingkan korang dengan apes dalam TV tu…” Minha memeluk bahu Baekhyun. Seketika kemudian rambut anaknya dibelai perlahan.  “…Baek...rapat sangat dengan adik dulu. Kalau bergaduh pun bukannya lama, lepas tu mesti baik balik. Cuma…” Minha terdiam apabila dia teringat pergaduhan antara kedua-duanya anaknya hingga Baekhyun melarikan diri hampir sebulan lepas. Hatinya berasa sebak tiba-tiba.

“Cuma apa mama?”

“Oh, hmm… takde apa-apalah. Mama…mama cuma teringat kat adik je.” Minha cepat-cepat mengesat air yang menitik di matanya. “Jom lah kita masuk tidur, dah tengah malam dah ni. Cerita pun dah habis.” Minha mencapai remote control. Belum sempat Minha mematikan televisyen, Baekhyun mencapai tangan mamanya. 

“Takpe, mama tidurlah dulu. Baek nak tengok TV lagi.”

“Betul ni? Jangan tidur kat sini pulak. Sejuk nanti.”

“Don’t worry, ma. Nanti Baek naik atas.” Baekhyun tersenyum. Minha terus mencium dahi anaknya sebelum melangkah ke biliknya di tingkat atas. Di pertengahan jalan, dia terserempak dengan suaminya yang baru keluar dari bilik. Dyosang baru hendak melangkah ke dapur

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
afrinasafwa_xx
#1
Chapter 22: when can you update this fanfics? im reallly wanna know the ending T_T
SeyoonExoBts #2
Chapter 22: woww daebak...tapikan apa yg terjadi kat kawan taehyung tu jimin dengan minwoo..
afrinasafwa_xx
#3
Chapter 22: bila nk update chapter baru?????? fighting!!!!!
afrinasfwa_ #4
Chapter 22: Keep update .x sabar nk tau sambunganny.caiyok!
Ayiepp
#5
Chapter 22: teruskan menulis...^^
parkyura98
#6
Chapter 21: Kenape sedih sgt ni... T^T
tyhah_nad #7
Chapter 21: Huaaaaa !! TT_TT apasal sedih sgtt ~.~
Jisya_Billah #8
authornim.. sedih arghh citer ni.. btw , daebak >.< hohohoh
Bts_vixx #9
Chapter 20: Huhuhu...Begitu sedihnya cerita ini.Taniah authornim,akhirnya saya menitiskan air mata....T_T
tyhah_nad #10
Chapter 20: Huaaaaa !! Kesian tae T.T