Long Time No See 3

Dear Mr.Crush, Long Time No See
Please Subscribe to read the full chapter

 

“Oii budak nerd!” Suzy yang berumur 17 tahun sedang membaca buku membetulkan cermin matanya apabila mendengar suara yang jelas sekali ‘budak nerd’ yang dimaksudkan itu adalah dia. Suzy melepaskan keluhan yang besar. Kenapa asyik dia je yang kena banyak lagi perempuan yang nerd daripada dia.

 

“Siapkan kerja sekolah aku” Sehun melempar bukunya kepada Suzy dengan muka tak bersalah.

 

“Kau buatlah sendiri. Itukan amanah cikgu bagi dekat kau untuk kau buat sendiri bukan untuk kau suruh orang siapkan” Sehun menaikkan bulu keningnya. Eh, sebelum ni perempuan ni tak pernah pulak melawan. Ini lebih anoyying daripada mendengar bebelan mama-nya sendiri.

 

“Dah pandai melawan dah sekarang” Sehun duduk di kerusi berhadapan dengan Suzy. Suzy terkedu. Aduh macam mana ni dah terlepas, nasi dah jadi bubur takde gunanya.

 

“Terlajak perahu boleh diundur,terlajar kata berat padahnya” Sehun mula bersuara. Suzy ingin memuji dengan mengatakan ‘wow, pandainya kau apa kata kau siapkan sendiri kerja sekolah kau memandang kau cukup bijak apabila berkata-kata’ tapi dia tahu ada maksud tersirat di dalam bait-bait kata Sehun jadi dia mengambil keputusan untuk berdiam dan menyambung balik membaca buku.

 

“Kau ignore aku, kau ignore lelaki paling hot dekat sekolah ni. Wow, kau lihat sahaja apa yang akan aku buat” Sehun merenggus kegeraman apabila Suzy mengendahkannya dan bertekad mencari segala plan untuk mengenakan Suzy balik.

 

 

Suzy berjalan kaki ke arah lokernya dan terkejut apabila melihat pintu lokarnya terbuka. Apabila dia melihat dengan lebih dekat, lokernya penuh dengan sampah sarap dan semua buku-bukunya berada di lantai. Air mata diseka daripada keluar dengan lemah Suzy mengambil buku-bukunya yang berada di lantai dan membuang sampah sarap itu ke tempat sepatutnya iaitu di tong sampah bukannya di dalam lokernya.

 

Suzy mengeluh apabila melihat sebuah nota kecil dengan tulisan yang agak hodoh berwarna merah dan lukisan tompokan darah mengunakan pen berwarna merah. Sungguh keanak-anakkan.

 

‘Rasakan!!! HAHAHA XD

Yadayadayda’

 

Suzy tahu gerangan manakah yang berani melakukan perkara sebegini kepadanya, hanya melihat pada tulisan yang hodoh ini Suzy sudah mampu meneka. Ianya tak silap dan tak bukan Oh Sehun. Lelaki yang perasan hebat dan pembuli besar di sekolah ini.

 

Bagaimana mungkin Suzy tidak mengetahui itu adalah tulisan Sehun sedangkan dialah yang menyiapkan segala kerja sekolah Sehun dan dialah yang selalu terpaksa untuk menulis dengan tulisan yang sama dengan tulisan Sehun yang hodoh itu untuk semua kerja yang disuruh oleh Sehun agar tidak diketahui oleh cikgu.

 

Suzy mendakap buku-buku rapat dengan dadanya berjalan untuk ke kelas apabila loceng berbunyi. Entah kenapa jantungnya berdegup kecang bagaikan ada sesuatu yang tidak kena tapi Suzy tetap berjalan ke arah kelasnya mengharapkan tiada apa-apa yang buruk akan berlaku kepadanya dan malang sekali doa Suzy tidak termakbul apabila sebaldi kecil berisi tepung yang berada tepat di atas pintu jatuh, menyebabkan badan Suzy dari bawah hingga ke atas diputihi dengan tepung.

 

Mata Suzy melihat Sehun yang sedang tertawa besar sambil pelajar lain turut mentertawakannya. Air mata yang diseka Suzy jatuh. Dia kini menangis, ini kali pertama dia menangis di hadapan pelajar di dalam kela

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hundotlove
4Nov2014: Thanks to 30 subbies..Drop some comment would be awesome

Comments

You must be logged in to comment
KimMinHye
#1
Chapter 4: Palli update juseyo .. xD
hyemipark
#2
Chapter 4: Please please please update soon ^^
minhyun298 #3
Chapter 4: Update soon ^_^
izyanhanafi #4
Chapter 3: cpt skit update >_<
luckyfree
#5
Chapter 3: Suzy dibuli Sehun...
Ini sungguh kejam Sehun..
Entah kenapa saya nak Suzy jadi watak utama pulak sebab saya mulakan sukakan Suzy dalam chap ni...
luckyfree
#6
Chapter 2: Encik Jeruk..
Whhaha (asal pelik sangat en Jeruk)
Yah! Malunya ( tampar diri sendiri) Asalllah Seulgi boleh jerit depan Luhan..
izyanhanafi #7
Chapter 1: uuuuu.. hebqk hang hahaha xD cpt skit post chap 2..
Kid_99
#8
Chapter 1: saya suka !! >.<
omg luhan satu syarikat dgn seulgi ?! o_o