Long Time No See 2

Dear Mr.Crush, Long Time No See
Please Subscribe to read the full chapter

Berjumpa dengan Encik Jeruk ataupun Mr.Crush yang selalu terpahat dihati Seulgi membuatkan Seulgi mula menaruh hati terhadap Encik Jeruknya itu semula tapi adakah dengan semudah itu? Buat kali pertama berjumpa dengan si Encik Jeruk ketika dia berumur 13 tahun yang kelihatan kacak walaupun memakai kaca mata dan memakai jam tangan yang berwarna merah jambu membuat Seulgi tertarik dengan mudahnya. 

 

Seulgi meraut rambutnya yang panjang itu. Susah untuk dia percayai untuk bertemu dengan Encik Jeruk itu semula. Kenapa dia panggi Luhan sebagain Encik Jeruk oleh kerana sebuah peristiwa yang berlaku di zaman sekolah dahulu yang membuat Seulgi geram dengan Luhan dan sekarang dia terpaksa menjadi orang yang akan mengajar Luhan tentang selok belok pejabat ni dan pembekal saham yang berkaitan dengan syarikat ini.

 

Ianya janggal bagaikan berada di padang pasir yang tandus. Oh Tuhan, kenapa? Seulgi tidak habis-habis bermonolog di dalam hati sehingga tidak sedar yang Luhan masih lagi berdiri di sebelahnya.

 

“Seulgi” Jika Seulgi adalah aiskrim dia boleh mati kerana cair mendengar Luhan memanggil namanya dengan lembutnya. Seulgi mengalihkan pandangannya kepada Luhan. Kaca mata yang dulu sentiasa berkepit dengan Luhan sudah tiada dan dia tampak sangat kacak jika sahaja dahulu apabila dia dengan kaca mata juga nampak kacak jika tiada kaca mata tersebut dia lagi kacak lebih daripada Seulgi sangkakan.

 

“Ya, Uh maafkan saya. Jadi Luhan mari saya akan kenalkan awak dengan perkerja di sini” Seulgi tahu yang perasaan dia kini bercampur aduk dek kerana baru berjumpa dengan Luhan iaitu ex crushnya di zaman sekolah tapi dia patut lupakan benda itu kerana dia kini sedang berkerja.

 

“Hi, semua pekerja~ Hari ini kita akan ada pekerja baru jadi baik-baik dengan dia ya” Ucap Seulgi sebaik sahaja selesai menepuk tangan meminta perhatian perkerja yang sedang sibuk dengan kerja masing-masing.

 

“Hi, nama saya Luhan dan akan mula berkerja di sini pada hari ni. Sila tunjuk ajar” Luhan memperkenalkan diri.

 

Suzy yang mendengar perkerja baru mengenalkan diri terus mencari mata Seulgi. Bulu kening Suzy terangkat-angkat merenung anak mata Seulgi bagaikan menghantar kod rahsia yang hanya mereka ketahui. Seulgi tersenyum nipis melihat reaksi kawannya itu. Nampaknya mesti banyak yang perlu dia jelaskan kepada Suzy.

 

Selepas siap memperkenalkan Luhan kepada ke semua pekerja Seulgi patut menunjukkan tempat kerja Luhan dan apa yang sadisnya uhh atau berita yang mengembirakan hanya sebuah meja kerja yang kosong berada di pejabat ini iaitu di sebelah meja Seulgi. Seulgi tersenyum penuh makna tersirat mengingatkan suruhan abangnya tadi.

 

‘Siap kau dekat rumah, Junmyeon!!!’

 

“Awak dah tahukan asas dia?” Tanya Seulgi sambil duduk di kerusinya sambil pandanganya dikalihkan ke sebelah melihat Luhan yang sedang menekan button on komputer. Luhan mengangguk dan memberikan senyuman yang mampu membuat Seulgi pengsan dalam sekelip mata pantas Seulgi memandang skrin komputernya semula.

 

‘Oh Tuhan, kenapa’ Kepala Seulgi didongakkan mengingati saat pertama berjuma dengan Encik Jeruknya itu.

 

 

“Kepada pelajar-pelajar tingkatan satu, sila masuk ke dewan untuk taklimat tingkatan satu” Penguman dari Cikgu Minah membuat semua pelajar tingkatan satu bersorak kerana tidak perlu belajar. Biasalah sudah sebulah setengah bercuti bila masuk tahun baru untuk ke sekolah semua masih lagi dengan mood bercuti.

 

Seulgi memakai beg sekolahnya di belakang. Kesemua orang bergembira kerana tak perlu belajar tapi bagi Seulgi ianya sama sahaja menbosankan. Jika berada di kelas semestinya belajar tapi jika masuk ke dewan mesti akan ada ucapan yang pada mula dikatakan sepatah dua kata berubah kepada ucapan yang panjang berjeler.

 

“Yo Seulgi, why so down huh” Si minah Canada datang menegur Seulgi iaitu Wendy dengan dua orang lagi teman-temanya Irene dan Joy dari belakang.

 

“Sudah, jom pergi dewan. Nanti Cikgu Jihyo bising ah” Pesan Irene membuatkan mereka tergesa-gesa berjalan ke dewan. Siapa mahu ditengking dengan Cikgu Jihyo yang mulut macam mulut laser karang tak pasal-pasal melepas benda tak patut di sebut karang.

 

Seulgi, Irene, Wendy dan Joy mengambil tempat duduk yang berada di tenga

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hundotlove
4Nov2014: Thanks to 30 subbies..Drop some comment would be awesome

Comments

You must be logged in to comment
KimMinHye
#1
Chapter 4: Palli update juseyo .. xD
hyemipark
#2
Chapter 4: Please please please update soon ^^
minhyun298 #3
Chapter 4: Update soon ^_^
izyanhanafi #4
Chapter 3: cpt skit update >_<
luckyfree
#5
Chapter 3: Suzy dibuli Sehun...
Ini sungguh kejam Sehun..
Entah kenapa saya nak Suzy jadi watak utama pulak sebab saya mulakan sukakan Suzy dalam chap ni...
luckyfree
#6
Chapter 2: Encik Jeruk..
Whhaha (asal pelik sangat en Jeruk)
Yah! Malunya ( tampar diri sendiri) Asalllah Seulgi boleh jerit depan Luhan..
izyanhanafi #7
Chapter 1: uuuuu.. hebqk hang hahaha xD cpt skit post chap 2..
Kid_99
#8
Chapter 1: saya suka !! >.<
omg luhan satu syarikat dgn seulgi ?! o_o