Long Time No See 1

Dear Mr.Crush, Long Time No See
Please Subscribe to read the full chapter

Seulgi mengemas tempat kerjanya yang berselerak dengan fail-fail yang masih belum disiapkan olehnya sebelum ingin keluar untuk makan tengah hari memandangkan jarum jam ditangannya sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari. Seulgi mengambil beg tangannya lalu digantung ke bahunya dan berjalan ke sebeuah meja kerja yang tidak jauh dari meja kerjanya.

 

“Yah, Suzy jom lunch sama-sama” Ajak Seulgi kepada teman sekerjanya Suzy yang masih sibuk dengan menaip sesuatu di komputer.

 

“Kau pergilah dulu. Kerja aku masih banyak yang perlu aku siapkan” Acuh tidak acuh sahaja balas Suzy kerana matanya lebih tertumpu kepada skrin komputer daripada melihat wajah orang yang sedang bertanya dengannya.

 

“Hurm kalau begitu baiklah, bye” Seulgi mengeluh sebaik sahaja berjalan keluar dari syarikat yang menjadi tempat kerjanya selama 3 tahun. Tidak dia sangka cita-citanya ingin menjadi guru bertukar ingin menjadi seorang penulis novel dan akhirnya inilah takdir dia ditakdirkan berkerja di sebuah syarikat ternama di ibu bandar Seoul yang tidak pernah dia fikirkan.

 

Seulgi berjalan ke arah sebuah café yang tidak jauh dari tempat kerjanya itu. Seulgi tersenyum ke arah Xiumin yang sedang tekun membuat hiasan diatas capucino yang mungkin telah dipesan oleh pelanggan. Xiumin adalah barista dan juga pemilik café yang bernama Lovely Café ini dan yang paling penting merangkap sahabat baiknya tapi sayang Xiumin ini berkira orangnya.

 

Seulgi menekan loceng yang berada di atas meja untuk memesan minuman yang dia mahu.Tidak lama kemudian seorang lelaki yang kelihatan comel memakai apron berwarna coklat datang. Seulgi merenung lelaki itu, tidak pernah di jumpa sebelum ini atau mungkin dia adalah perkerja baru.

 

“Ya cik, boleh saya ambil pesanan cik?” Seulgi tersenyum kecil melihat ke arah lelaki tersebut yang bernama Sehun. Itu yang Seulgi nampak pada tag namanya dan sudah tentu itu namanya melainkan dia menukar pakaiannya dengan orang lain.

 

“Satu frapucino dan sepotong kek keju satu yer” Sehun menganguk kepalanya sambil menulis apa yang dipesan oleh Seulgi ke atas sebuah memo pad dan menghulurkan memo pad itu kepada Krystal yang turut merupakan perkerja di dalam café ini. Krystal sempat menegur Seulgi sebelum mengambil memo itu dan melakukan tugasnya memandangkan mereka saling mengenali antara satu sama lain.

 

“Baru berkerja dekat sini erk sebelum ni takde pulak saya nampak” Sudah alang-alang menunggu pesanannya siap apa kata dia mememulakan perbualan dengan lelaki di hadapannya ini.

 

“Yes, saya Oh Sehun panggil sahaja Sehun. A’ah saya baru sahaja mula kerja dekat sini menggu lepas. How about you?” Mulut Seulgi membentuk O. Patut sahaja dia tak tahu, minggu lepas dia mempunyai outstation di luar negara jadi memanglah dia tidak tahu apa-apa berkenaan perkerja baru di café ini.

 

“Seulgi. Nice to meet you too Sehun. Bye!” Seulgi melemparkan senyumannya lalu mengambil dulang yang berisi makanan dan minuman yang dipesan olehnya selepas menyerahkan beberapa keping wang tunai kepada Sehun. Berjalan ke tempat yang selalu menjadi tempat duduk kegemarannya di tepi tingkap. Sedang Seulgi menikmati kek keju yang menjadi kegemarannya tiba-tiba matanya tertumpu ke arah seorang lelaki yang kelihatan segak berpakaian seperti ahli koperat berjalan masuk ke dalam café ini.

 

Entah kenapa wajah lelaki ini membuat Seulgi mengenangkan seseorang. Seseorang yang sudah lama dia tidak jumpa tapi Seulgi masih ragu-ragu.  Ah ,mungkin saja dia berhalusinasi. Seulgi bangun dari tempat duduknya itu. Nampaknya jam sudah menandakan pukul 12:35 tengah hari dia perlu segera ke pejabatnya kerana pada petang ini akan ada pekerja baru yang akan berkerja dan Seulgi telah diarahkan oleh bosnya untuk membantu pekerja baru tersebut jadi nak tak nak kena jugak.

 

 

 

“Yo!” Jerit Seulgi yang dari tadi memerhatikan Suzy yang sememangnya dari tadi lagi matanya tidak lari dari memandang skrin komputer sambil tangannya laju menaip sesuatu.

 

“Oh Mak Kau” Latah Suzy apabila bunyi jeritan Seulgi mengejutkan dia.

 

“Kau dah kenapa? Aku banyak kerja ni wei” Suzy mengusutkan rambutnya sehingga rambutnya kelihatan serabaik. Seulgi tersengeh menampakkan giginya bak model iklan ubat gigi di dalam televisyen sambil menaikkan jarinya menunjukan tanda ‘peace’.

 

“Maafkan patik duhai pemaisuri Suzy yang tak berapa cantik sangat. Di sini hamba sebagai teman rapat pemaisuri Suzy membawakan sandwich tuna dan bubble tea kegemaran pemaisuri kerana pemaisuri terlalu sibuk memandang skrin komputer yang tak boleh bercakap itu daripada hamba” Seulgi menjulingkan matanya dan menghulurkan beg kertas yang berisi makanan yang dia beli di Lovely Café untuk Suzy.

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hundotlove
4Nov2014: Thanks to 30 subbies..Drop some comment would be awesome

Comments

You must be logged in to comment
KimMinHye
#1
Chapter 4: Palli update juseyo .. xD
hyemipark
#2
Chapter 4: Please please please update soon ^^
minhyun298 #3
Chapter 4: Update soon ^_^
izyanhanafi #4
Chapter 3: cpt skit update >_<
luckyfree
#5
Chapter 3: Suzy dibuli Sehun...
Ini sungguh kejam Sehun..
Entah kenapa saya nak Suzy jadi watak utama pulak sebab saya mulakan sukakan Suzy dalam chap ni...
luckyfree
#6
Chapter 2: Encik Jeruk..
Whhaha (asal pelik sangat en Jeruk)
Yah! Malunya ( tampar diri sendiri) Asalllah Seulgi boleh jerit depan Luhan..
izyanhanafi #7
Chapter 1: uuuuu.. hebqk hang hahaha xD cpt skit post chap 2..
Kid_99
#8
Chapter 1: saya suka !! >.<
omg luhan satu syarikat dgn seulgi ?! o_o