Lima ~
Hidden FeelingsSehun, Tao dan Kyungsoo masuk ke rumah mereka. Sehun pergi ke dapur untuk meminum air. Dia terlihat dapur yang dia sudah jahanamkan kembali seperti sedia kala lalu Sehun senyum sendiri.
Sehun membuka peti sejuk lalu mengambil sebuah botol yang berisi air sejuk lalu dia meneguk. Selepas minum, Sehun meletakkan balik di tempat asal.. Tiba-tiba lirik matanya terpandang sebuah kotak berbentuk hati.
"Uh?" Sehun mengangkat kotak tersebut dan tiba-tiba kedengaran Kyungsoo menjerit dari jauh.
"Yah!" Sehun dengan pantas meletak balik kotak tersebut didalam peti sejuk.
Kyungsoo berjalan laju kearah Sehun yang terkebil-kebil, "Jangan kacau coklat tu!" Kyungsoo memberi amaran.
"Untuk siapa tu? Valentine's Day bukan ke dah lepas?" Kepala Sehun diketuk dengan kuali Kyungsoo.
"Pandai.. Valentine's Day esok lah," Kyungsoo berkata lalu meletakkan kualinya balik di tempat asal.
"E-eh? Esok??!" Sehun terkejut, tak tahu apa-apa.
"Yup.." Kyungsoo senyum lalu mengangguk.
"Coklat..." Sehun menyebut perkataan tersebut lalu mata Kyungsoo membulat.
"Y-yah.. Jangan buat coklat dekat sini.. Aku tak s-sanggup lagi woiii.." Kyungsoo menggeleng kepalanya dengan laju. Dia tidak mahu lagi mengerjakan dapur yang bagaikan longkang tersumbat.
"Ala... Habis aku nak buat apa?" Sehun ingin memikirkan apa yang patut dia beri kepada Minjung.
"Fikirlah sendiri.." Kyungsoo berkata perlahan lalu pergi dari situ.
"Kyungsoo! Jawapan kau sangat membantu thanks! Ugh..." Sehun memerli Kyungsoo.
Sehun pergi ke biliknya dan mengam
Comments