Tujuh Belas ~
Hidden FeelingsDi kelas, Hana terasa sangat sunyi tanpa kehadiran Minjung walaupun kelas bagaikan pasar malam. Hana hanya duduk terdiam sambil mengulang kaji pelajarannya. Peperiksaan pertengahan tahun hampir tiba, 3 hari lagi.
Sehun dari tempat duduknya berdiri dan pergi kearah Hana.
"Hana.." Sehun memanggil. Hana memusingkan kepalanya dan terlihat Sehun sedang berdiri dibelakangnya.
"Hmm?"
"Minjung mana?" Sehun bertanya.
"Dia demam.." Hana menjawab perlahan. Timbul rasa risau didalam hati Sehun. 'Demam?'
"O-oh.. Okey.." Selepas mengetahui sebab Minjung tidak hadir ke sekolah, dia kembali duduk di tempat duduknya.
Pada pukul 2:30, loceng sekolah berdering menandakan waktu persekolahan berakhir.
Hana keluar dari kelas seorang diri dan tiada siapa menemaninya,
Tiba-tiba, Hana terasa telefon bimbitnya bergetar di poketnya, dia mengeluarkan telefonnya dan melihat satu mesej dari ibunya.
"Hana.. Balik cepat.. Sepupu kamu masuk hospital.. Kita kena pergi hospital sekarang jugak.."
'Sudah.. Minjung siapa nak jaga?' Hana cuba memikirkan siapa yang boleh menjaga Minjung yang sedang sakit.
'Sehun!' Hana segera masuk ke kelas balik dan terlihat Sehun belum lagi keluar dari kelas.
"Sehun!" Hana memanggil Sehun dan Sehun memandang kearahnya. "Ya?"
"Sehun, Boleh tak kau pergi rumah Minjung hari ni?" Hana bertanya dan tiba-tiba Sehun teringat dia ada temu janji dengan Hyorin pada hari ini.
"U-uh.. Tak ada.." Sehun menipu. Hana pula menghembus nafas lega.
"Kau tahu kan rumah Minjung dekat mana?" Hana bertanya lagi dan Sehun mengangguk.
"Tolong jaga dia.. Dia demam..Uhh.. Kunci pintu rumah dia a
Comments