Let Me Know (1)
RegretLa’Fleur Café terletak beberapa meter di hadapan kereta yang baru diparkir oleh Minha. Dia menarik nafas beberapa kali sebelum keluar dari kereta. Harapannya cuma satu, dapat berjumpa semula dengan anak yang sudah lama terpisah darinya.
KLING! Gugusan kunci kereta terlepas dari pegangan Minha sewaktu dia hendak membuka pintu kafe tersebut. Sewaktu dia menunduk untuk mengambil kunci, kepalanya tiba-tiba terasa pusing. Minha jatuh terduduk sambil memegang dahinya.
“Puan! Puan okay?” Seorang lelaki muda mendapatkannya. Minha mencapai kunci di lantai dan menganggukkan kepala. “Takpe takpe saya okay.” Dia mengagak hal itu berlaku kerana dia kurang tidur malam semalam. Namun sakit kepalanya hilang apabila dia melihat seseorang berada di belakang lelaki muda tersebut.
“Mama!” Baekhyun terus mendapatkan Minha dan membantunya berdiri. “Mama okay?”
Minha mengangguk. Matanya berair. “Baekhyun...”
Baekhyun terus memeluk mamanya dengan erat. “I’m sorry ma. Baek rindu mama sangat-sangat.” Tiga orang pekerja di kafe itu hanya memerhatikan mereka berdua.
“Itu mama dia ke? Sweetnya, peluk macam dah bertahun-tahun tak jumpa...”
PUK!
“Aww sakitlah oppa!” Sera mengusap kepalanya yang diluku Chanyeol. “Tu lah lain kali jangan sibuk mengata orang.” Chanyeol buat derp face.
“Mama, kita duduk dulu jom.” Ujar Baekhyun sebaik sahaja mereka meleraikan pelukan.
Minha mengangguk. “Baguslah, mama pun ada perkara nak bagitahu...”
“Perkara?”
“Kita duduk dulu...?” Minha tersenyum tawar. “Oh by the way yang itu kawan Baek, Chanyeol. Sebelah tu adik dia, Sera dan yang ni Yi Jong.” Baekhyun memperkenalkan tiga orang yang sedari tadi statik di tempat masing-masing. Minha memberi tunduk hormat dan mereka membalasnya.
“Mama...” Baekhyun memerhatikan Minha yang diam sejak tadi.
“Ya sayang?” Minha menghabiskan sarapannya. Walaupun hanya menjamah sedikit makanan dia dapat merasakan tenaga mengalir dalam badannya semula.
“Tae yang bagitahu mama Baek ada kat sini?”
Minha menggeleng. “Adik tak bagitahu apa-apa pun. Dia tahu abang ada kat sini?”
Baekhyun mengangguk. “Dia baru datang jumpa abang...
Comments