Truth (3)

Regret
Please Subscribe to read the full chapter

“Minha.” Minha terjaga sebaik sahaja bahunya disentuh. Dia tak perasan bila masa dia tertidur di atas kerusi bersebelahan katil anaknya.

“Abang~!” Minha terus memeluk suaminya. “Kenapa abang lambat?”

Dyosang meleraikan pelukan dan mengusap air mata di pipi isterinya. “Sorry sayang. Macam-macam hal tadi. Flight delay, cuaca pulak tak beberapa elok. Tae macam mana? Doktor cakap apa?” Dyosang memerhatikan anaknya yang terbaring di atas katil.

“Macam tu la, bang. Abang tahukan dia banyak hilang darah masa kes pukul hari tu? Sebab tu keadaan dia bertambah buruk. Siang tadipun dia terjaga sekejap je, lepas tu dia tertidur sampai sekarang.” Dyosang duduk di sebelah katil Taehyung.

“Abang rasa bersalah sebab tak boleh nak tolak urusan dekat Hong Kong tu. Tapi percayalah hati abang tak pernah tenang kat sana...” Dyosang mencapai tangan anaknya.“...Taehyung, maafkan ayah ya.”

Minha mengusap perlahan belakang suaminya. “It’s okay abang. Kalau abang penat abang rehatlah kat rumah dulu. Jangan risau Minha boleh jaga Tae.”

“Takpe, abang okay je. Takkan abang nak tinggalkan Minha sorang sorang lagi. By the way, apa perkara penting yang Minha nak bagitahu masa dalam telefon tadi?”

“Ah, tu sebenarnya... Minha... Minha dah jumpa Baekhyun, bang.”

“Serius? Kat mana? Bila?”

“Hari tu, abang ingat tak Minha bagitahu Minha pergi villa Yuri? Minha ternampak je, tapi Minha tak sempat nak tegur dia. Minha ingat, Minha nak ke sana esok. Boleh kan, bang?”

“Boleh je sayang, biar abang jaga Taehyung. Syukurlah, akhirnya kita jumpa jugak dia.” Dyosang tersenyum kecil. 

 

Malam terus larut tanpa satu pun kerlipan bintang kelihatan di langit. Bulan apatah lagi, disorokkan oleh awan tebal yang berarak laju. Guruh berdentum diselangi kilat sabung-menyabung. Sememangnya hujan pada musim luruh itu tak pernah berhenti-henti untuk turun membasahi bumi.

Minha sekali lagi tertidur di sisi Taehyung manakala Dyosang tertidur di atas sofa, Jet lag masih terkesan pada dirinya namun dia gagahkan juga diri untuk bermalam di wad itu demi anak dan isterinya.

“H...hyung...” Taehyung tiba-tiba merintih. Matanya masih terpejam namun kepalanya bergerak ke kiri dan ke kanan. Hujan mulai turun di luar.

“Hyung.. so..sorry hyung...” Minha tersedar sebaik

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
rillakuma9
111 subscribers. Thanks guys (≧▽≦)/ ♡

Comments

You must be logged in to comment
Frisur #1
Chapter 26: #luvmy brother
#sadending
Frisur #2
Chapter 26: Teringat abg pulak.
Brother u r so nice to me
Uhuk uhuk TT
SeyoonExoBts #3
Chapter 26: sedihnya..menangis2 sya dibuatnya..tapi kalau awak bt regret bahagia kan best...
yu_hada #4
Chapter 23: Menitis air mata bace chapter 24 ni...huhuhu...
aingg61
#5
sedihhh sangat
misz_dina #6
Chapter 24: Congrate sbb b'jaya buat saye nangis x cukp tisu
misz_dina #7
Chapter 24: Cite ni mmg jjang.sedih giler...TŌT
nurulaqilah #8
Chapter 24: Chapter 24: sedih gilosss π_π .. Hbis satu kotak tisuu.. Ff ni jjanggg... Huhuhuhu... Congrat sbb buat saya nangiss...
blinkystars #9
Chapter 24: Adoiiii sedihh kottttt abes menangis2 huhu ff awk mmg daebak!! Berjaya buat org nangis~~ congrats (y)
syaleese28
#10
sedih bak ang... dah baca kali ketiga pun sedih lagi..... -_-' aishhh! xD