Instinct (3)

Regret
Please Subscribe to read the full chapter

Sera menuruni tangga perlahan-lahan menuju ke tingkat bawah. Walaupun jam sudah menunjukkan jam satu pagi namun perutnya yang tiba-tiba berkeroncong minta diisi. Tambahan pula dia hanya makan sedikit sejak semalam.

“Eh, oppa? Tak tidur lagi?” Sera yang membawa mug berisi coklat panas dan sebungkus roti terkejut melihat kelibat seseorang di ruang tamu. Tanpa dijemput, dia duduk di atas sofa bersebelahan dengan manusia tersebut.

“Tak boleh tidur pulak malam ni. Sera dah okay? Dah tak demam?” Tanya Baekhyun. Tangannya masih menekan-nekan button remote control televisyen, mencari siaran namun tiada satu pun yang menarik perhatiannya. Kepalanya seperti sedang memikirkan sesuatu.

“Hehe, demam tu memang dah kebah dah. Tapi perut ni buat hal pulak minta makanan. Tu yang Sera turun ni.” Sera terus mengunyah rotinya. “Oppa ni tengok berita dunia malam-malam, tak bosan ke?” Barulah Baekhyun perasan berita dunia sedang disiarkan di channel tempat dia berhenti tadi. Akhirnya button ‘off’ ditekan. “Takde apa-apa yang menarik la malam ni.” Baekhyun meletakkan remote control itu di atas meja kopi.

“Alah, yeke? Ulangan Gag Concert dah habis eh?”

Baekhyun mengangkat kedua-dua bahunya. “Sera, ingat tak apa yang kita sembang dekat kafe semalam?” Dia mengubah topik. Sera mengangguk-anggukkan kepalanya. “Oppa betul-betul nak tahu ke?”

“Tak. It’s up to you to tell me or not. Tak paksa.” Baekhyun menyandarkan badannya ke sofa.

Sera menghirup coklat panasnya. “Sebenarnya... Sera bukan adik kandung Chanyeol pun.” Sera memulakan cerita. “And that’s the reason why nenek lagi sayang Chanyeol. Sera ni cucu tiri je, itupun takde pertalian darah pun dengan nenek. Mama Sera kahwin dengan papa Chanyeol lepas bercerai, dan selepas mama Chanyeol meninggal. Rasanya...tiga tahun lepas kot.” Baekhyun hanya diam, menunggu Sera menyambung ceritanya.

“Dan tahun lepas, mama dengan papa meninggal jugak. Accident. Sejak tu kitorang tinggal dengan nenek. Mula-mula dulu nenek lagi tak boleh terima Sera. Yelah, background keluarga Sera bukannya baik pun. Ayah kandung Sera dulu ahli kongsi gelap.”

“S...seriously?” Baekhyun terkedu seketika.

“Tak percaya kan? Ayah kandung Sera dulu selalu pukul mama. Kadang-kadang kalau Sera masuk campur, dengan Sera kena belasah sekali. So, mama minta cerai tapi ayah tak nak. Last last kitorang lari dari rumah tu. Lepas tu baru mama jumpa dengan papa.”

“Habis tu macam mana diorang boleh kahwin...?” Tanya Baekhyun. Semakin menarik dia mendengar kisah hidup gadis di sebelahnya itu.

“Ayah Sera... dah meninggal. Kena bunuh.” Riak wajah Sera sekata sahaja. Seketika kemudian dia tersenyum kecil. “Macam drama je kan hidup Sera ni. Dah la Sera dah takde sesiapa dalam dunia ni. Yang tinggal, Chanyeol dengan nenek

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
rillakuma9
111 subscribers. Thanks guys (≧▽≦)/ ♡

Comments

You must be logged in to comment
Frisur #1
Chapter 26: #luvmy brother
#sadending
Frisur #2
Chapter 26: Teringat abg pulak.
Brother u r so nice to me
Uhuk uhuk TT
SeyoonExoBts #3
Chapter 26: sedihnya..menangis2 sya dibuatnya..tapi kalau awak bt regret bahagia kan best...
yu_hada #4
Chapter 23: Menitis air mata bace chapter 24 ni...huhuhu...
aingg61
#5
sedihhh sangat
misz_dina #6
Chapter 24: Congrate sbb b'jaya buat saye nangis x cukp tisu
misz_dina #7
Chapter 24: Cite ni mmg jjang.sedih giler...TŌT
nurulaqilah #8
Chapter 24: Chapter 24: sedih gilosss π_π .. Hbis satu kotak tisuu.. Ff ni jjanggg... Huhuhuhu... Congrat sbb buat saya nangiss...
blinkystars #9
Chapter 24: Adoiiii sedihh kottttt abes menangis2 huhu ff awk mmg daebak!! Berjaya buat org nangis~~ congrats (y)
syaleese28
#10
sedih bak ang... dah baca kali ketiga pun sedih lagi..... -_-' aishhh! xD