Panduan

Cinta Empat Mata

Kereta berjenama BMW yang dipandu anak professor Kim memasuki halaman rumah banglo 3 tingkat. Halamannya sangat luas, ianya mempunyai kolam renang bersaiz besar dan juga taman bunga kecil. Yebin yang duduk dipangku turut terpegun sepertiku apabila melihat rumah banglo dihadapan kami. Anak professor Kim mematikan enjin keretanya sebaik sahaja kereta diparkir.

 

"Apa tunggu lagi..? cepatlah turun!" tengking anak professor Kim itu lagi. Isy, dia ni memang tak boleh nak cakap dengan elok kah? Bisik hati kecilku.

 

Aku mengangguk sebelum membuka pintu penumpang depan. Aku mendukung Yebin, lalu menutup pitu tersebut. Anak professor Kim itu membuka bonet lalu mengarahkan aku membawa beg sendiri. Aku menurunkan Yebin sebelum mengambil beg roda dari bonet kereta tersebut. Yebin mengambil satu beg kecil yang berisi barang mainannya.

 

Langkah kakiku dan Yebin mengikuti sahaja kemana anak professor Kim pergi. Kami memasuki kedalam rumah tersebut. Wow! besarnya! Hiasan di Ruang Tamu tidak terlalu serabut, ianya disusun dengan kemas. Perhiasan juga tidak terlalu banyak.

 

"Ahjumma~!" laung anak professor Kim itu sekuat yang mungkin, sehingga seorang wanita yang berkemungkinan berusia separuh abad datang menghampirinya.

 

"Tuan muda.. Kemanakah tuan muda menghilang..?" soal ahjumma itu dalam nada gelisah. Tiba-tiba, seorang lelaki berpakaian uniform berwarna biru pekat mendekati kami.

 

"Tuan muda..! Merata saya cari tuan. Tuan muda pergi mana..?" sama seperti ahjumma tadi, lelaki itu turut mempamerkan wajah risaunya.

 

"eiy,, tak payah nak over sangatlah. Saya pergi keluar ambil angin je..," jawab anak professor Kim dengan malas. "dan.. ini saya nak kenalkan, pembantu rumah baru kita," ujarnya lagi. Dia menarik lenganku untuk mendekati mereka lagi.

 

"annyeong haseyo,," aku membungkukkan badanku.

 

"kenapa tuan muda ambil pembantu rumah baru..? Ahjumma kan masih larat lagi nak jaga rumah ni, jaga tuan muda.." ujar Ahjumma itu.

 

"ya, saya tahu.. tapi sudah tiba masanya untuk ahjumma berehat.. Saya tahu, ahjumma pasti rindukan keluarga ahjumma dikampung, kan? Itu sebabnya saya ambil dia untuk gantikan ahjumma.. Ahjumma jangan risau, dia berkerja dekat sini bukannya untuk selamanya. Dia berkerja disini sebab nak langsaikan hutang dia pada saya. Lepas hutang dia dah selesai, ahjumma bolehla  terus berkerja disini.." kata anak professor Kim itu dalam nada gembira. 

 

"bila dia mula berkerja disini?" soal ahjumma itu lagi.

 

"besok. Dan ahjumma boleh balik kampung pun besok kerana hari ini, ahjumma kena bagitahu semua peraturan dalam rumah ini dan ajarkan kepada dia apa yang dia perlu buat setiap hari." anak professor Kim tiba-tiba memandang tepat ke mataku. "kau faham tak?" soalnya.

 

"faham.." aku pantas menundukkan wajahku.

 

"kalau begitu tuan, saya ni pula bagaimana? Saya tidak dapat cutikah?" celah lelaki beruniform biru pekat itu.

 

Mendengar pertanyaan dari lelaki itu tadi, anak professor Kim terus tertawa. Omo, hensemnya.. Aku tidak tahu pula yang dia tahu senyum..

 

"hmm..." anak professor Kim memandangku seketika. "tiba masa yang sesuai nanti saya bagitahu, ye?" kemudian, dia dan lelaki beruniform biru pekat itu tertawa. Well, mungkin benda itu lawak..?

 

"okaylah, saya nak pergi berehat dibilik saya. Dan saya tidak mahu diganggu," pesan anak professor Kim sebelum terus naik ke atas.

 

"mari, ahjumma tunjukkan bilik kamu berdua," ajak Ahjumma itu. Aku memandang Yebin sebelum mengangguk kepada Ahjumma.

 

Ahjumma membawa kami ke bilik hujung ditingkat bawah. 

 

"ini bilik kamu berdua." ujar Ahjumma sebaik sahaja membuka salah satu pintu yang ada ditingkat bawah itu.

 

Aku dan Yebin memasuki bilik itu. Ia mempunyai almari yang panjang dan katil saiz queen. Memang simple. Sama seperti cita rasa bilik yang aku inginkan. Ia juga tidak terlalu besar. Sedang-sedang sahaja. 

 

"wah, ahjumma.. Besarnya bilik ni!" ujar Yebin teruja.

 

"hehe.. ya, sayang.. Dalam rumah ni, kalau nak diikutkan inilah saiz bilik yang paling kecil," Ahjumma mengusap rambut panjang milik Yebin. Yebin tergelak kecil.

 

Aku meletakkan beg roda diatas katil. Lalu membukanya. Baru sahaja aku ingin menyusun baju-baju kedalam almari, Ahjumma terus memanggil namaku membuatkan tanganku secara automatik terhenti.

 

"Tidak usahlah kemas pakaian kamu dahulu, kita makan dulu, ye??" ujar Ahjumma sambil memegang bahuku.

 

"eh, tak perlu susah-susahlah Ahjumma.." tolak ku secara elok.

 

"Apa susahnya.. Lagipun kamu berdua mesti belum makan tengahari lagi, kan,?" soal Ahjumma.

 

Baru sahaja aku mahu menafikannya, Yebin terus beria-ia mengatakan bahawa dia berasa lapar. Aku tersenyum, agak bersalah dengan Yebin yang sedang merungut kelaparan. "baiklah," aku terus bangun lalu mengikut langkah Ahjumma dan Yebin.

 


 

 

"nah, jemput makan," Ahjumma menghidangkan sepinggan ddeokbeokki dan dua pinggan nasi goreng kimchi yang dihidangkan bersama telur goreng dan rumpai laut yang dipecahkan menjadi kecil.

 

Yebin menyuapkan sesudu nasi goreng kimchi kedalam mulutnya. "eum~massissda," Yebin tersenyum kepada Ahjumma sebelum makan satu ketul ddeokbeokki. "ini pun sedap juga~ hmm~" Yebin membuat eye-smile nya sekali lagi.

 

Ahjumma tergelak sebelum berkata, "makanlah. Habiskan.." Ahjumma menjemputku menjamah makanan hasil masakannya itu. Aku tersenyum sebelum mula makan secara sopan. "maaflah kerana kamu berdua kena makan dekat sini. Sebabnya meja makan tu tuan mida memang tak benarkan orang lain duduk." ujar Ahjumma.

 

"eh, tak mengapa.. duduk sini pun dah mencukupi," aku melemparkan senyumanku sekali lagi. Aku dan Yebin duduk diatas kerusi tinggi dan makan di meja kaunter yang bersentetangan dengan dapur gas.

 

"oh, ya! Kamu berdua nak air apa,?" soal Ahjumma.

 

"air kosong pun tak mengapa..," ujarku.

 

"ha’ah. Sebab eomma ngan abeoji kata air kosong wlok untuk kesihatan! ^^" celah Yebin. Aku tersenyum atas kepandaiannya sambil mengusap rambutnya.

 

Ahjumma menghulurkan dua cawan air kosong sejuk kepadaku dan Yebin.

 

"erm.. Ahjumma.. Erm.. Siapa tu namanya.. erm.. tu-tuan tak makan kah? Sudah hampir pukul 2 petang ni," soalku. Aku tidak tahu entah kenapa aku nak sangat ambil tahu tentang dia.

 

"owh.. tuan muda memang selalu makan lewat.. pukul 2.30 nanti dia turunlah makan." aku hanya mengangguk mendengar jawapan dari Ahjumma itu. "lagipun tengahari tuan muda biasanya makan bubur je.. Dia tak suka makan makanan berminyak.." sambung Ahjumma lagi. Owh.. patutlah kulit anak professor Kim itu licin sahaja! Putih pula!

 


 

 

"ini adalah ruang tamu.." kata Ahjumma apabila kami tiba dibahagian ruang tamu. "Tuan muda jarang duduk disini, kerana dia lebih suka menghabiskan masanya duduk didalam bilik pejabatnya," terangnya lagi. 

 

"Mari, kita lihat ditingkat atas pula," ajak Ahjumma. Kami bertiga menaiki tangga yang diperbuat daripada kaca dan direka bagaikan terapung. Yebin tertawa gembira kerana itu adalah kali pertama dia nampak tangga berbentuk seperti itu. Sama juga denganku.

 

"yang ini adalah bilik tuan muda." Ahjumma menunjukkan kearah pintu putih dihadapan kami. "ni. Ahjumma nak pesan dekat kamu berdua.. Kamu berdua jangan sesekali masuk mahupun ketuk pintu bilik tuan muda ni. Kerana jika dia berada didalam biliknya, itu bererti dia benar-benar tidak mahu diganggu," kata Ahjumma dalam nada separa berbisik. Aku dan Yebin mengangguk faham.

 

Kemudian Ahjumma menunjukkan beberapa bilik kosong yang lain. Kata Ahjumma, tuan muda tidak pernah membenarkan tetamu yang datang tidur di bilik-bilik itu. Alasannya pun Ahjumma sendiri tidak ketahui. Ahjumma menunjukkan bilik professor Kim dan isterinya iaitu dibilik utama yang paling besar pula. Semasa kami melalui dikoridor ditingkat 2 itu, Yebin tiba-tiba berhenti.

 

"Ahjumma, ini bilik siapa?" aku dan ahjumma terus berhenti lalu menoleh kebelakang, memandang Yebin yang sedang khusyuk memandang pintu berwarna pink. Diluarnya juga dihias kepak palsu dan batang princess.

 

"bilik ni... erm.. Ahjumma rasa tuan muda mungkin tidak mahu perkara ini diketahui ramai. Apa yang Ahjumma boleh pesan ialah jangan pernah sesekali kamu masuk bilik ni. Jika tidak, Ahjumma dah tak boleh bantu jika kmau dimarahi dengan tuan muda. Dia itu jika marah memang teruk. Macam gunung berapi!" terangnya.

 

Setelah berjalan lagi beberapa langkah, Ahjumma berhenti lalu memandangku. "ini adalah bilik pejabat tuan muda. Kalau nak masuk, pastikan kamu ada alasan dan jangan lupa untuk ketuk dahulu," pesan Ahjumma.

 

Kami meneruskan lagi langkah kami bertiga. Aku terpandang satu tangga yang bentuknya memang jarang-jarang hendak jumpa. Aku terus bertanya kepada Ahjumma.

 

"owh.. itu adalah satu-satunya tangga untuk naik ketingkat paling atas iaitu tingkat 3. Ditingkat atas ada perpustakaan private milik tuan muda. Jadi jika ada kebenaran sahaja boleh pergi," terang Ahjumma.

 


 

 

"hah~ kamu berdua, lihat ini.." Ahjumma menyelak tirai yang menutupi pintu kaca. Sebaik sahaja tirai dibuka, aku dan Yebin menganga, tidak percaya dengan apa yang kami lihat dihadapan mata. Kolam!

 

"woah~ Ahjumma, dalam rumah pun ada kolam?" Yebin tidak    sudah-sudah berkata ’woah’ berulang kali.

 

"ye.. Tuan muda tu memang suka mandi kolam.. itulah dibuatnya kolam disini." terang Ahjumma.

 

"hmm.. Ahjumma.. kolam ini panjang, bererti.. ianya tiada penamatkah?" soalku, hairan.

 

"bukan tiada penamat.. cuma ianya berhubung dengan besar," ujar Ahjumma.

 

"wah. Ada kolam besar? Nak tengok! Ahjumma.. tunjukkanlah kepada Yebin~!" Yebin menarik-narik tangan Ahjumma.

 

Ahjumma membawa aku dan Yebin kebelakang rumah. Oh, alangkah terpegunnya aku! Kolam mandi berbentuk segi empat tepat bersaiz besar! Seperti di mana-mana tempat mandi kolam!

 

"inilah kolam yang tuan muda selalu berenang setiap hari.. Soojung, kamu jangan lupa untuk cuci kolam ini setiap hari, tau," pesan Ahjumma. Aku mengangguk.

 

"mari, ikut Ahjumma," aku menarik tangan Yebin yang dari tadi membeku, melihat saiz kolam sebegitu. "hah, ini pula Taman Bunga mini," ujar Ahjumma.

 

Kami bertiga berjalan disusur gajah tersebut. Berbagai-bagai bunga ada. Kesemuanya cantik-cantik belaka.

 

Aku menghidu sekuntum bunga matahari. Segar sekali. "Ahjumma.. bunga-bunga dekat sini siapa yang siram?" soalku.

 

"Ahjumma sendirilah.. Mana ada lagi pembantu rumah dekat rumah ni melainkan Ahjumma seorang.." jawab Ahjumma.

 

"jika begitu, siapa lelaki beruniform biru pekat itu tadi, Ahjumma?" curigaku.

 

"owh.. itu Pak Mat.. Dia ialah driver tuan muda.. Kerja dia hanyalah hantar dan ambil tuan muda kemana sahaja yang dia pergi. Itu semua atas arahan tuan besar.." ujar Ahjumma. Langkah kaki kami masih tidak berhenti.

 

"tuan besar itu siapa pula, Ahjumma?" soal aku lagi. Untuk menjadi pembantu rumah yang terbaik, segala benda harus aku ambil tahu!

 

"oh, ya! Lupa Ahjumma hendak beritahu.. Tuan besar tu professor Kim.. Ayah kepada tuan muda.. Dia itu adalah antara professor terkenal di Korea Selatan.. Kamu tak kenal dia?" Ahjumma memberhentikan langkahnya lalu memandangku.

 

"eh,, mestilah kenal.. Selalu muncul tv, siapalah yang tak kenal, betul tak?" jawabku. Ahjumma tertawa kecil mendengar jawapan dari aku itu. "erm.. Ahjumma, rumah ini kan besar, 3 tingkat pula tu.. Ditambahkan lagi dengan Ahjumma kena jaga pokok-pokok bunga ni dan kena cuci kolam renang setiap hari. Ahjumma tidak penatkah?"

 

"tidak.. Ahjumma tidak pernah rasa penat pun. Kerana Ahjumma membuat semua kerja-kerja disini dengan hati yang terbuka dan bergembira," jawab Ahjumma.

 

"oh.. begitu.. Hebat betul Ahjumma ini!" aku dan Ahjumma kemudian tertawa bersama.

 

"Omo! Ahjumma belum panggil tuan muda turun makan..! Rasanya sudah pukul 3 lebih ni..," Ahjumma terus berlari terkedek-kedek untuk masuk kedalam rumah.

 

Diusia sebegitu, dia masih ada tenaga mahu berlari? Hebat betul! Pujiku dalam hati.

 


 

 

Banyak yang telah aku pelajari tentang rumah ini dan juga tentang anak professor Kim itu. Ahjumma juga memberitahu apa yang anak professor Kim selalu makan. Dia turut mengajarku cara untuk membuatnya! Aku sungguh gembira dapat mempelajari kesemuanya bersama Ahjumma. Aku berharap sangat agar Ahjumma dapat temani aku semasa aku menjadi pembantu rumah kepada anak professor Kim. Tapi sayangnya.. kini sudah larut malam.. sudah tiba masanya untuk Ahjumma pulang ke kampunya..

 

Barang dan pakaian-pakaian Ahjumma telah pun disusun kedalam beg. Aku, Yebin dan anak professor Kim berdiri dimuka pintu utama. Ahjumma dan Pak Mat pula berada diluar pintu.

 

"Soojung-ssi, lakukan tugasan kamu disini sebaik mungkin, ya?? Ikut kesemua benda yang telah Ahjumma beritahu dan ajar kamu," pesan Ahjumma. Aku mengangguk sebelum memeluknya erat. Air mataku menitis.

 

Setelah pelukan kami terlerai, Ahjumma menyangkung, memandang Yebin yang sedang mengesat air matanya. "Yebin.. jangan nakal-nakal, ya?? Ikut segala arahan tuan muda, ya nak,,"

 

"ya. Yebin janji tak akan nakal-nakal. Yebin janji Yebin akan selalu tolong eonnie. Yebin janji Yebin akan patuh segala arahan tuan.. Yebin janji.." kata Yebin dalam esakan. Dia menunjukkan tapak tangan kanannya sambil berjanji. Ahjumma memeluk Yebin seketika. Kemudian, dia bangun memandang anak professor Kim yang dari tadi hanya berpeluk tubuh sahaja.

 

"tuan muda.. Ahjumma sudh mahu pergi ni. Jika tuan muda perlukan Ahjumma, telefonlah Ahjumma, ya! Perkhidmatan Ahjumma hanya sentiasa untuk tuan muda..," ujar Ahjumma.

 

"ne.." hanya itu sahaja yang keluar dari mulut anak professor Kim itu. Aku pelik, jika tadi siang dia boleh berkata elok dengan Ahjumma, kenapa sekarang tidak?

 

Ahjumma mengangkat begnya. Dia kemudian berjalan disisi Pak Mat yang dari tadi lagi sudah menunggunya. Pak Mat masuk kedalam kereta dibahagian pemandu, Ahjumma pula membuka pintu penumpang dihadapan. Ahjumma menoleh kearah kami sebelum dia melam kepada kami.

 

"Annyeong~" teriak aku dan Yebin sambil melambai kembali. Sebaik sahaja Ahjumma masuk kedalam kereta, kereta yang dipandu oleh Pak Mat terus meninggalkan perkarangan rumah.

 

Setelah 10 saat berlakunya awkward silence diantara kami bertiga, anak professor Kim menoleh lalu mendekatiku.

 

Dia memegang bahu kananku. Aku terus membeku, tidak tahu apa yang patut aku lakukan sekarang. "Welcome To My Hell, Nerdy," bisiknya perlahan tepat ke telingaku. Tetapi ianya sudah cukup untuk aku mendengarnya. Dia menyeggol bahuku sebelum naik keatas.

 


 

 

Yebin sedang nyenyak tidur diatas katil. Aku pula sedang duduk dibahu katil, mengeluarkan baju-baju aku dan Yebin dari dalam beg roda kami. Aku mengambil beberapa helai baju Yebin yang telah dilipat kemudian membuka salah satu pintu (?) almari. Baru sahaja aku ingin meletakkan baju-baju itu, tiba-tiba kata-kata anak professor Kim tadi kembali terngiang-ngiang dikepalaku. Apa maksud dia, "Welcome To My Hell, Nerdy"? Aku cuba memikirkannya.

 

"ah, dia saja-saja cakap kut.." sangkalku. Aku mengelengkan kepalaku sebelum kembali menyusun baju Yebin. Baju aku pula aku sangkutkannya dengan menggunakan penyangkut baju yang telah tersedia ada didalam almari itu.

 

Setelah semuanya siap, aku membuka lampu tidur lalu menutup lampu siling. Aku sudah menguap berkali-kali, jadi aku rasa aku mahu tidur. Badanku sudah tidak larat mahu mandi mahupun menukar baju. Aku terus baring disebelah Yebin lalu membuka cermin mataku kemudian meletakkannya diatas meja bersebelahan dengan tempat tidurku. Aku cuba melelapkan mata, tetapi tidak boleh. Aku terfikir bagaimana hari esok, hari pertama aku menjadi pembantu rumah disini.. Akhirnya, aku tertidur juga..

 


 

 

RMnEXO: Emmy! Kenapa aku rasa chapter ni lagi pendek daripada chapter 1, hah?

Emmy_Kpopers: La.. kau tanya aku pula.. 😠 Kita kan buat ff ni sama2..

RMnEXO: Tapi ni salah kau la.. Aku suruh tambah scene seterusnya kau taknak.. 😤

Emmy_Kpopers: Kalau kita tambah, nanti jadi macam tak buat orang tertunggu-tunggulah.. 😉

RMnEXO: Kejam.. //geleng kepala//

Emmy_Kpopers: Kejam-kejam pun 사랑 sayang.. kan? //wink// 😘

RMnEXO: //rasa loya//

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
RMnEXO
yah, Emmy!! Banyak giler typo!! aigoo.. -_-||| -RMnEXO

Comments

You must be logged in to comment
zssssup #1
Chapter 3: Update soon.
BabySprinkle98
#2
Chapter 3: eiii gramny ngan Suho ni mntang2 la die tu ank org kaya brlgk je lbih,penat2 Soojung msak p die xnk mkn ngan alasan nasi goreng tu brminyk die x ske mkn mknan yg brminyk haish gediks pny namja"cubit ppkan" ;3 lau ye pun xnk mkn jnglh tmpahkn nasi goreng tu kat kple Soojung knp la jht sngt die ni?? sbr jelah Soojung oiii......haaa main lg kjr2 ngan Yebin kan x ppsl Yebin rebah dhla main kjr2 tu kat kolam lau Yebin jtuh lam kolam tu spe nk tlong kat rmh tu xde org selain krg brdue,tu pun lau pndai brnang xpe xlh panik lau Yebin jtuh lam kolam ni nsib baik rebah kat tp kolam je......alololo mrjuk ngan Soojung plak Yebin ni jngnlh camtu Soojung kan dh mntk maaf......hurm bleh ke Soojung bli buku Little Prince?? sbbny Suho kan dh bgtau kat die yg gaji tu Suho xkn bg kat Soojung sbb duit tu dkire htg yg Soojung byr kat Suho ksianny hrap2 die dpt bli buku tu untk adkny yg trcinta sbb die dh janji nk bli buku Little Prince tu lau x bli nnt mrjuk plak ;'(......huh yeoja brgtah mne plak Suho g kutip wat blik rmh die dasar playboy sngguh la die ni"tmbukkn"muehehe ;V just kidding ksian Yebin sdp2 tdo Suho g sepak sofa tu ish jht sngguh la die ni......haish die wat pe plak ajk Haneul aka yeoja brgtah tu naik ats......palli palli UpDaTe SoOn ^_- DaEbAk !!!
KimTaehyungWifeu
#3
Chapter 2: updateeeeeeeeeeee soonnnnnnnnn
ksscka #4
Chapter 1: Yeay ! Dah update ! I cannot wait for the next chapter...Anyway..author-nim and author-nim keep yor writing great okay..fighting ! ^^
Eun-Byung #5
Chapter 1: Update soon juseyo..
Mrs_Hana02
#6
Chapter 1: TT jahatnya TT
NatanaRyu #7
hi.. nak tanye mcm mane ye.. awaa masukkan gmbr kat dalam ff.. tk pandai lg guna ff sebab newbie. ^^
ksscka #8
Update please..hehe ^^
RMnEXO
#9
OMO~ Emmy... Thanks sebab ambik kita jadi co-Author.. //terharu//