Hari Pertama Yang Malang

Cinta Empat Mata

AUTHOR’s POV

 

Junmyeon yang baru sahaja menggosok giginya terus turun kebawah. Bau masakan membuatkan dia menuju ke dapur. Sarapan paginya telah terhidang diatas meja. Dia mengambil tempat duduk.

 

"uh, tuan.. Jemput makan," Soojung menundukkan wajahnya seketika.

 

Junmyeon memandang sarapan yang dimasak oleh Soojung seketika, sebelum menatap Soojung dengan tatapan yang marah. "Kau tahu tak.. yang AKU TAK SUKA MAKANAN BERMINYAK!" Junmyeon melemparkan nasi goreng buatan Soojung tepat mengenai muka Soojung.

 

Soojung tersentak. Ya, Tuhan.. Dia terlupa akan kata-kata Ahjumma semalam. Ya, di begitu gementar sehingga terlupa soal itu. "maafkan saya tuan, saya terlupa..," Soojung membungkukkan badannya.

 

"hisy! Nah makan semua ini!" Junmyeon menelangkupkan semangkuk besar nasi goreng keatas kepala Soojung. "makan tu sampai habis!" Junmyeon terus beredar dari situ.

 

Soojung perlahan-lahan mengalihkan mangkuk tersebut. Nasi goreng yang tadi berada diatas kepalanya sudahpun jatuh ke lantai. Dia duduk bersimpuh dilantai, mengutip nasi yang bertaburan masuk kedalam mangkuk tersebut. Dia kemudiannya mengambil beberapa butir nasi yang tersekat pada rambutnya.

 

’Kau boleh, Jung Soojung!’ ujar Soojung semangat dalam hati.

 


  

Beberapa orang gadis muda sedang bergembira didalam sebuah bar. Mereka sudah khayal akibat pengambilan air alkohol yang terlebih dari sepatutnya.

 

"eonnie.. benarkah eonnie nak takel anak professor Kim itu?" soal gadis bermata sepet dan mempunyai bibir yang kecil.

 

Gadis yang disoal itu tersenyum sinis sebelum menjawab, "mestilah.. Lepas eonnie dah kaut semua harta keluarga dia, baru eonnie akan tinggalkan dia berseorangan! Biar padan muka dia HAHAHAH!" seketika, suasana dimeja mereka bergema akibat gelak tawa mereka yang seperti tiada hentinya.

 

Salah seorang daripada mereka minum segelas lagi air arak beras ataupun lebih dikenali sebagai soju. Dia memandang dua rakannya itu. "erm, tapikan eonnie.. Eonnie yakinkah dapat takel si dia, tu? Lagipun.. aku dengarkan, dia tu kaki playboy.. Nak ke dia dengan eonnie?" soalnya.

 

"eleh.. rilekslah.. Ini Park Chorong lah wei.. Sekali eonnie senyum, terus berderet-deret lelaki datang, tahu tak?" jawabnya angkuh. Tiga rakan itu gelak bersama lagi. Kali ini lebih kuat daripada yang sebelumnya.

 


 

Soojung perlahan-lahan berjalan mendekati Junmyeon yang sedang leka bermain telefon bimbit di ruang tamu. Dia meramas jarinya yang terasa berpeluh, akibat gementar. 

 

"er.. Tuan.. Saya sudah masakkan bubur untuk tuan.. Jemputlah makan," kata Soojung dalam nada antara dengar dan tidak dengar sahaja.

 

Junmyeon mengalihkan pandangannya kepada Soojung yang sedang berdiri dihadapannya. "aku tak ada selera nak makan Kau faham tak!?" bentaknya dihujung ayat.

 

"er.. tapi tuan.. Ahjumma kata perut tuan mudah masuk angin jika tidak diisi.. Jadi saya tidak mahu tuan kenapa-kenapa..," ujar Soojung dengan jujur.

 

Junmyeon terus bangun dari sofa. Dia menatap Soijung dari tepi secara dekat. "Bila aku cakap, kau kena dengar baik-baik! Aku tidak suka cakap dua kali! Faham?!" jeritnya tepat ke telinga Soojung. Dia menolak kepala Soojung dengan kasar menyebabkan Soojung terjatuh kelantai. "dah,, aku nak pergi keluar. Kalau Pak Mat tanya aku pergi mana, kau pandai-pandailah nak jawab apa-apa dekat dia," Junmyeon terus keluar dari rumah.

 


 

"eonnie~!" 

 

Soojung terus menoleh. Dia memeluk Yebin yang berlari anak menuju kedalam dakapannya. Dia mengucup lembut rambut Yebin. "em.. Busuklah Yebin ni..," gurau Soojung.

 

Yebin melepaskan pelukannya kemudian memeluk tubuh sendir. Bibirnya dimuncungkan. "Hmph! Tak nak kawan eonnie lagi..," rajuknya.

 

Soojung tertawa melihat telatah Yebin yang begitu comel itu. Dia mencubit hidung mungil milik Yebin. "Ala.. eonnie bergurau je.. erm.. Lama betul, Yebin tidur.. Best, ya tidur dekat sini.." soal Soojung, kedengaran seperti mengusik.

 

"ha’ah. Syoklah tidur dekat bilik tu.. Ada air-cond.., tilam empuk.. Kalau dulu kita mana dapat rasa semua benda tu. Bilik besar semuanya kena kebas dengan Eunji eonnie dengan Sooyeon eomma.. Kita, tidur dekat bilik sempit.. Berhabuk pula tu," ujar Yebin. Walaupun cara dia berkata-kata agak pelat, tetapi dia memang petah berkata!

 

Soojung tersendu seketika. Ya, benar apa yang diperkatakan oleh Yebin itu. Bilik ibunya diambil oleh Sooyeon eomma, manakala bilik mereka pula dirampas Eunji. Tidak mahu mengenang kisah pahit mereka lagi, dia cepat-cepat mengubah topik. "uh,, Yebinnie.. Eonnie dah masak kan sarapan untuk kita berdua.. Yebin pergi mandi dulu.. Nanti kita makan sama-sama, ok??" ujarnya.

 

"ne~" Yebin berlari anak hendak menuju ke bilik mereka. Dia berhenti seketika lalu berpaling, "eonnie jangan makan dulu, tau! Kalau eonnie makan dulu.. Yebin tak nak kawan ngan eonnie lagi!" katanya.

 

"Tak nak kawan sudah~ Yang penting, eonnie nak makan dulu~" usik Soojung. Dia paling suka jika mengenakan satu-satunya adik dia itu.

 

"ah, eonnie~" Yebin mengembungkan pipinya.

 

"haha.. Tak adalah.. Eonnie tunggu.. Mandi betul-betul, ya.. Sabun satu badan, dan jangan lupa gosok gigi!" pesan Soojung.

 

"arasseo, eonnie," laung Yebin.

 


 

Yebin meletakkan kedua belah belakang tapak tangannya dibawah dagu. Sikunya pula diletakkan diatas meja kaunter berwarna putih didapur. Dia hanya memandang kakaknya yang sedng mencuci pinggan mangkuk setelah mereka bersarapan tadi tanpa suara.

 

Tiba-tiba, Pak Mat datang ke dapur lalu mengambil cawan dan menuangkan air kosong sejuk kedalamnya. Diteguknya air itu sambil meletakkan lengannya diatas pintu (?) peti sejuk yang terbuka. 

 

Soojung yang sedar akan kehadiran Pak Mat terus mengelap tangannya yang basah kemudian memberi tunduk hormat seketika. "erm.. Pak Mat nak saya masak apa-apa untuk Pak Mat kah?" soalnya.

 

"eh,, tak payah.. Pak Mat datang sini nak minum air je. Nak hilangkan rasa dahaga. Maklumlah.. baru balik kerja, kan.." terang Pak Mat sebelum meneguk airnya yang masih berbaki sehingga habis.

 

"eh?? Pak Mat berkerja?? Bukankah Pak Mat hanya berkerja sebagai driver tuan, sahaja??" soal Soojung, hairan.

 

"eiy,, siapa kata.. Pak Mat pun ada kerja sampingan, tau. Pak Mat ada buat.. bisnes," ujar Pak Mat.

 

"bisnes?? WOW. Bisnes apakah?" soal Soojung dalam nada teruja. 

 

"alah.. Bisnes kecil-kecilan je.. Pak Mat sekeluarga buat crepe kimchi.. Ramai juga yang suka rupanya, Pak Mat pun terkejut." terang Pak Mat lagi.

 

"crepe kimchi?! woah~ Yebin nak rasa, boleh??" celah Yebin.

 

Pak Mat melemparkan senyuman kepada Yebin. "mestilah boleh.. Nanti jika Pak Mat sempat pulang ke kampung, Pak Mat akan bawa pulang crepe kimchi itu, ye,? Kerana stok jualan sudah habis.. Pak Mat kena pergi ambil di kampung," Pak mendekati Yebin lalu mengusap lembut rambutnya.

 

"erm.. Soojung-ssi, kemana tuan pergi? Saya tidak lihat pun kereta BMW nya itu..," soal Pak Mat sambil menatap Soojung.

 

"uh,," Soojung menggaru tengkuknya yang tidak gatal itu. Sejujurnya dia tidak tahu mahu memberikan alasan yang munasabah kepada Pak Mat. "er.. tuan.. Hah! Dia pergi jumpa kawan kawan dia yang namanya.." Soojung berhenti seketika bagi memikirkan nama yang sesuai. "hah! Tak silap saya.. namanya JaeHa!" sambung Soojung. Dia main sebut sahaja nama yang terlintas difikirannya itu.

 

"Jaeha? Sejak bila dia ada kawan bernama Jaeha?? Setahu Pak Mat lah kan.. Dia hanya ada kawan rapat dua orang je. Chanyeol dan Baekhyun. Pak Mat tak tahu pula jika dia ada kawan yang lain.." kata Pak Mat.

 

’alamak.. matilah aku..’ Soojung sudah berpeluh. Oh tidak, dia tidak mahu ditangkap!

 

Tiba-tiba, sebuah deringan lagu berbunyi. Pak Mat segera menyeluk sakunya kemudian mengangkat panggilan telefon. "ya..?" ujar Pak Mat sebaik sahaja dia menjawab panggilan tersebut. "owh, baiklah. Saya akan datang kesana sekarang," Pak Mat terus meminta izin untuk pergi lalu terus bergegas ke kereta.

 

’Fiuh~ Selamat..’ Soojung menyeka keringat yang membasahi dahinya dengan belakang tapak tangan.

 

"eonnie, eonnie tipu ahjussi tadi, tu ye??" Yebin menyepetkan matanya, curiga dengan Soojung.

 

"tak-- bukan, maksud eonnie.. uh, ma-macam mana Yebin tahu?" soal Soojung.

 

"Yebin tahu ,lah.. Eonnie, eonnie tahu tak, eonnie ni memang tak pandai menipu," kutuk Yebin selamba.

 

"huh~ yeah, eonnie tahu.." Soojung menghela nafas dengan berat lalu bertongkat dagu seperti Yebin sambil menundukkan wajahnya. Ya, kelemahan dirinya itu sangat merbahaya. Jika dia berada didalam situasi genting, tipu adalah keputusan orang ramai. Tetapi dia.. dia benar-banar tidak boleh menipu kerana reaksi wajahnya menyatakan segalanya.

 

"ah, eonnie~ wae geurae~ Jomlah, kita siar-siar satu rumah ini, nak?" ajak Yebin. Yebin lantas turun dari kerusi kemudian menarik tangan Soojung. "jomlah, jomlah.." Soojung akhirnya menuruti kehendak Yebin.

 


 

Soojung dan Yebin duduk bercangkung dihadapan kolam diluar rumah kediaman keluarga Kim itu. Mereka berdua masih kekal diam. Tiba-tiba, idea nakal mula muncul dalam kepala Yebin. Dia mengambil air di kolam tersebut menggunakan kedua tangannya lalu menyimbahkannya ke Soojung yang dari tadi menatap kolam itu dengan pandangan kosong.

 

Soojung terkejut, dia terus terbangun. "Yebinnie! Apa Yebin buat ni..!" Soojung menggosok matanya yang terasa pedih. "tengok, mata eonnie merah.." Soojung menarik kedua belah pipinya kebawah, menunjukkan bebola matanya kepada Yebin.

 

"eiy,, aniyo.. Mata eonnie masih berwarna putih dan hitam lagi.." jawab Yebin selamba lalu terus berjalan pergi. "ah!" Yebin mengeluarkan sebuah jeritan nyaring sebaik sahaja dia rasakan bahawa ada air yang terkena pada badannya. Dia lantas menoleh kebelakang, "eonnie!"

 

"hehehe... rasakan," Soojung menjelirkan lidahnya sebelum membuka langkah kakinya dengan pantas.

 

"ah, eonnie!!!" Yebin terus mengejar Soojung dari belakang. "eonnie! Janganlah lari~!" teriak Yebin dalam lariannya. 

 

"uwekk!" Soojung berhenti lalu menoleh, dia menjelirkan lidahnya kearah Yebin yang jauh ketinggalan dibelakang. Kemudian di terus menyambung berlari. "kejarlah~ kejarlah~" Soojung cuba mengapi-api kan Yebin.

 

"isy, eonnie ni!!" Yebin menggenggam penumbuknya, geram. Dia kemudiannya meningkatkan lagi kadar kelajuan kakinya. Soojung turut meningkatkan kadr kelajuannya.

 

BAMM!

 

Yebin jatuh tersungkur. Dia mula menangis dengan kuat. Soojung terus menghampirinya. "Gwaenchanha?" Soojung mengangkat Yebin.

 

"ini semuanya eonnie punya pasal! Tengok, lutut Yebin dah luka," teriak Yebin sambil mengangkat sedikit dress mini yang dipakainya.

 

"maafkanlah eonnie.. Sudah, mari masuk.. Nanti eonnie sapukan minyak dekat luka Yebin ini, ye," pujuk Soojung.

 


 

Soojung datang kembali bersama dengan kotak first aid kit yang dibawanya dari rumah. Dia terus duduk dihadapan Yebin yang sedang duduk diatas sofa kulit di ruang tamu. Yebin duduk dengan memanjangkan kedua belah kakinya yang pendek sambil berpeluk tubuh. Mulutnya dari tadi lagi kumat-kamit.

 

Soojung menuangkan cecair anti-bakteria yang berwarna kuning ke satu kapas yang dipegangnya. Dia perlahan-lahan menempelkan kapas tersebut ke lutut Yebin yang tercedera.

 

"eonnie jahat." kata Yebin, memecah kesunyian.

 

Soojung mengangkat muka, melihat wajah Yebin. Yebin pula masih mengekalkan wajah straightnya itu.

 

"ini semua salah eonnie." kata Yebin lagi.

 

"ya, eonnie tahu, eonnie salah.. Eonnie minta maaf.." ujar Soojung. Tangannya masih tidak berhenti mengubati luka Yebin itu.

 

"Ini semuanya eonnie punya pasal," kata Yebin lagi. Sedikit pun dia tidak memperdulikan kata-kata Soojung.

 

"Yebinnie, janganlah macam ini.. Eonnie minta maaflah.. Ya, eonnie mengaku, ini semua salah eonnie. Tapi janganlah buat eonnie macam ini.. Eonnie janji, eonnie takkan main kejar-kejar dengan Yebin lagi..," ujar Soojung, sambil menatap Yebin.

 

Yebin mengalihkan pandangannya. Kini, dia memandang eonnie nya itu pula. "boleh, tapi dengan satu syarat," Yebin menunjukkan jari telunjuk kanannya.

 

"apa dia?"

 

"eonnie kena.. bacakan buku Little Prince untuk Yebin dulu..!" ujar Yebin teruja.

 

"oh, buku itu! Yebin tahu, kan.. Kita tidak mempunyai buku itu. Lagipun, buku itu sangat mahal harganya," kata Soojung. Mungkin bagi orang lain buku itu tersangatlah murah, tetapi tidak bagi mereka. Hidup mereka sangat susah ketika ini.

 

"alah.. Eonnie kan dah bekerja dekat sini.. Mestilah dapat gaji, kan?" Yebin memuncungkan bibirnya kehadapan.

 

"Yebin.. Hari ini kan baru hari pertama eonniebekerja dekat sini.. Takkanlah terus dapat gaji..," ujar Soojung dengan lembut.

 

"habistu, bila eonnie nak dapat gajinya?" soal Yebin.

 

"hujung bulan ini dapat kut..,"

 

"alah.. Lamalah nak tunggu..," Yebin kembali memeluk tubuh mungilnya itu.

 

"Takpe.. Nanti jika eonnie dah dapat gaji.. Eonnie belikan untuk Yebin, ye?" pujuk Soojung. Yebin bersorak gembira, kemudian terus memeluk Soojung erat.

 

"erm.. kejap." Yebin melepaskan peluknnya. Soojung pula menatap Yebin dengan tatapan hairan. "Apa kata kalau eonnie cari buku Little Prince dekat perpustakaan dalam rumah ni. Kut-kutlah ad, ke.." cadang Yebin.

 

"Yebin.. Yebin dah lupa, ke.. Ahjumma kan pernah kata, perpustakaan tu kita boleh masuk kalau tuan surh je," ujar Soojung.

 

"hehe.. Yebin lupa, lah.." Yebin tersengih. "takpelah eonnie, eonnie boleh tak ceritakan dekat Yebin cerita Jack dengan Kacang Peas tu.. Yebin belum dengar lagi," pinta Yebin.

 

"okay, boleh je.." Soojung baring disebelah Yebin. Kemudian, dia mula bercerita dengan bersungguh-sungguh, siap melukis di awang-awangan lagi! Yebin pula hanya menjadi pendengar yang baik sahaja. Semakin lama, mata Yebin mula tutup, dan akhirnya dia tertidur jua. "jadi, pengajaran cerita ini adalah--" Soojung menatap kearh Yebin. "la.. dah tidur rupanya.." Soojung mengusap rambut Yebin perlahan sambil menatapnya lama. Lama-kelamaan, mata Soojung mula tertutup rapat sepenuhnya.

 


 

SOOJUNG’s POV

 

"Yah, bangun!"

 

Aku bagaikan rasa ada satu benda yang menolak badanku. Pandanganku masih kabur, aku cuba membuka mataku lagi, tetapi tidak berjaya.

 

"Hoi, bangunlah!"

 

PUKK! 

 

Mataku terus terbuka luas. Perutku terasa amat sakit. Aku cuba bnagun, ternyata, tadi aku jatuh tersungkur.Aku bangun sambil mengangkat mukaku. Tuan Junmyeon sedang memandang kearahku dengan perasaan marah. Tangan kiri tuan pula sedak memeluk seorang gadis berpakaian dress ketat berwarna merah. Bibir wanita itu juga merah menyala warnanya.

 

"amboi, amboi... Sedap kau je curi sport aku berparty... Tiada sesiapa beritahu kau ke, yang aku tak suka barang-barang dalam rumah ni disentuh oleh orang yang tidak dikenali..? Mestilah ada yang beritahu, kan! Dah tu, kenapa kau tidur sini!?" tengking tuan.

 

"saya..."

 

"budak ini pula siapa ni? Owh.. adik kau, baru aku ingat.." Tuan Junmyeon membuat smirk."dua beradik sama je! Kaki tidur! Tidur merata pulak tuh! Ingat ni rumah mak bapak korang ke apa!? Bangun!" tuan menyepak sofa itu kuat, menyebabkan Yebin terus terjaga dari tidurnya.

 

Aku terus memeluk Yebin. "maafkan saya tuan.."

 

"hari pertama sudah buat macam-macam!" tuan memotong percakapanku. "erm.. Haneul-ssi.. mari kita ke atas, sofa ni sudah ’dicemari’ lah.." kata Tuan Junmyeon dengan nada yang lembut, tetapi dia sempat menekankan perkataan ’dicemari’ itu.

 

"jom." wanita bernama Haneul itu mengangguk. Mereka berdua menaiki tangga.

 

Aku mengusap rambut Yebin sambil memeluknya. Mataku masih mengikut gerak-geri Tuan Junmyeon dan wanita bernama Haneul itu. "Siapa wanita itu? Apa mereka mahu lakukan?" soalku dalam hati.

 

SOOJUNG’s POV END

 


RMnEXO: YO! PERHATIAN SEMUA~!!! 

Emmy_Kpopers: Mulai dari chapter ni, kami berdua tidak akan update panjang2 lagi atas beberapa sebab.

RMnEXO: Ya! Setiap satu chapter, satu hari (dalam ff). Korang x kisah, right?

Emmy_Kpopers: Tolonglah fahami kami berdua... TT_TT

 

 *PS ; gmbr link dlm sumer chapter yg ade kat nme org (cth; Soojung , Junmyeon, etc) tu adalah gmbr pakaian mereka.Sekian, harap maklum... :)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
RMnEXO
yah, Emmy!! Banyak giler typo!! aigoo.. -_-||| -RMnEXO

Comments

You must be logged in to comment
zssssup #1
Chapter 3: Update soon.
BabySprinkle98
#2
Chapter 3: eiii gramny ngan Suho ni mntang2 la die tu ank org kaya brlgk je lbih,penat2 Soojung msak p die xnk mkn ngan alasan nasi goreng tu brminyk die x ske mkn mknan yg brminyk haish gediks pny namja"cubit ppkan" ;3 lau ye pun xnk mkn jnglh tmpahkn nasi goreng tu kat kple Soojung knp la jht sngt die ni?? sbr jelah Soojung oiii......haaa main lg kjr2 ngan Yebin kan x ppsl Yebin rebah dhla main kjr2 tu kat kolam lau Yebin jtuh lam kolam tu spe nk tlong kat rmh tu xde org selain krg brdue,tu pun lau pndai brnang xpe xlh panik lau Yebin jtuh lam kolam ni nsib baik rebah kat tp kolam je......alololo mrjuk ngan Soojung plak Yebin ni jngnlh camtu Soojung kan dh mntk maaf......hurm bleh ke Soojung bli buku Little Prince?? sbbny Suho kan dh bgtau kat die yg gaji tu Suho xkn bg kat Soojung sbb duit tu dkire htg yg Soojung byr kat Suho ksianny hrap2 die dpt bli buku tu untk adkny yg trcinta sbb die dh janji nk bli buku Little Prince tu lau x bli nnt mrjuk plak ;'(......huh yeoja brgtah mne plak Suho g kutip wat blik rmh die dasar playboy sngguh la die ni"tmbukkn"muehehe ;V just kidding ksian Yebin sdp2 tdo Suho g sepak sofa tu ish jht sngguh la die ni......haish die wat pe plak ajk Haneul aka yeoja brgtah tu naik ats......palli palli UpDaTe SoOn ^_- DaEbAk !!!
KimTaehyungWifeu
#3
Chapter 2: updateeeeeeeeeeee soonnnnnnnnn
ksscka #4
Chapter 1: Yeay ! Dah update ! I cannot wait for the next chapter...Anyway..author-nim and author-nim keep yor writing great okay..fighting ! ^^
Eun-Byung #5
Chapter 1: Update soon juseyo..
Mrs_Hana02
#6
Chapter 1: TT jahatnya TT
NatanaRyu #7
hi.. nak tanye mcm mane ye.. awaa masukkan gmbr kat dalam ff.. tk pandai lg guna ff sebab newbie. ^^
ksscka #8
Update please..hehe ^^
RMnEXO
#9
OMO~ Emmy... Thanks sebab ambik kita jadi co-Author.. //terharu//