Jadi Pembantu Rumah Junmyeon?

Cinta Empat Mata

SOOJUNG’s POV

 

"JUNG SOOJUNG! JUNG SOOJUNG!!!!! YAH, JUNG SOOJUNG!" 

 

Mendengar teriakan yang sangat ku kenali pemiliknya, aku lantas bangun. Aku mengesat mata ku berkali-kali supaya dapat melihat persekitaranku dengan lebih jelas. Setelah penglihatanku kembali menjadi normal, aku memandang pemilik si suara.

 

"YAH, JUNG SOOJUNG! PERGI BANGUN CEPAT, BUATKAN KAMI SARAPAN!" ibu tiriku, Sooyeon , bertempiak dengan kuat. Dia menarik rambutku yang panjdangnya sudah melepasi bahu. Tanganku pantas mencapai cermin mata besar yang terletak diatas meja bersebelahan dengan katilku lalu memakainya. "PERGI CEPAT!" ibu tiri ku menolakku keluar dari bilik tidurku itu. Mengakibatkan aku terjatuh. Aku terus bangun lalu berlari anak menunju kedapur.

 

Aku membuka periuk nasi lalu mengambil nasi yang berbaki dan meletakkannya dalam mangkuk. Aku kemudiannya meletakkan sesudu besar planta kedalam kuali lalu membuka dapur gas. Sementara menunggu planta tersebut cair, aku mengambil beberapa lagi bahan lain untuk dimasukkan kedalam nasi goreng nanti. Aku mengupas sebiji bawang besar lalu menghirisnya dengan nipis. Setelah planta cair, aku memasukkan semangkuk nasi yang telah ku sediakan tadi kemudian menggaulnya sehingga rata lalu memasukkan beberapa bahan lain. Setelah itu, aku memasukkan secubit garam dan perencah lalu menggaulkan kesemuanya sehingga rata. Setelah siap, aku menghidangkan nasi goreng itu kedalam pinggan, kemudian meletakkan pinggan tersebut keatas meja makan. Aku kemudiannya membuat air sarsi didalam jag air bersaiz sederhana besar. Setelah semuanya siap, aku menghela nafas lega. Sekarang aku hanya perlu tunggu ibu dan kakak tiriku menjamu selera sahaja. Sambil menunggu, aku mencuci pinggan-pinggan kotor yang terletak disingki.

 

"eonnie..." panggil satu suara. Aku memberhentikan tanganku lalu menoleh kebelakang. 

 

"oh, Yebinnie... Waeyo?" aku membasuh tanganku yang bersabun itu lalu mengelap tanganku sehingga kering. Badan mungil adikku dipeluk. "kenapa Yebin berpeluh ni.." Aku menyelak rambutnya yang menutupi dahi kebelakang. Keringat yang banyak menutupi dahinya. Aku mengambil kain lalu mengelapnya.

 

"Sooyeon eomma dengan Eunji eonnie balut badan Yebin dengan selimut tebal pastu dorang tutup kipas.." kata Yebin perlahan.

 

"la.. ye, ke?? Kesian.. adik eonnie ni..." aku mengusap kepalanya.

 

"hoi budak! Kau mengadu apa, hah!?" aku dan Yebin memandang Sooyeon eomma dan Eunji duduk dengan selamba di meja makan.

 

"dah, Yebin pergi mandi dulu, ye? Nanti eonnie buat sarapan untuk Yebin..," bisikku perlahan sebelum mengucup rambutnya. Yebin hanya mengangguk perlahan lalu terus berlari masuk kedalam bilik.

 

"hey! Berapa kali aku nak cakap, aku tak suka minum air manis!?" tengking Eunji.

 

"uh, ma-maaf.. Saya lupa.." aku mengeluarkan sebotol air kosong sejuk dari dalam peti sejuk lalu menuangkannya kedalam cawan Eunji. Eunji merampasnya dengan kasar lalu meneguk air tersebut.

 

"aku nak kau buatkan aku air teh ais. Jangan manis sangat, jangan tawa sangat. Kalau pahit, siap aku kerjakan kau," Sooyeon eomma memberi arahan. Aku terus membuat air teh ais seperti yang diminta ibu tiriku. Setelah siap, aku terus menghidangkannya kepada ibu tiriku. Aku menghela nafs lega apabila tiada lagi komen yang diberikan.

 

"emh! Eomma, Eunji pergi dulu ye? Dah lambat dah ni..," Eunji berlaga pipinya dengan pipi Sooyeon eomma sebelum bergegas keluar.

 

"Eiy! Habiskan lah dulu sarapan ni,! Eunji!" Sooyeon eomma menggengkan kepalanya.

 

Aku hanya menatap bayangan Eunji yang semakin lama semakin menghilang dari pandangan. Aku tahu, Eunji bergegas mahu pergi ke kolej. Aku sangat mencemburui dirinya. Umur kami beza 2 tahun. Dia 19, aku pula 21. Masa depan Eunji lebih cerah. Dia dapat masuk ke kolej, sementara aku..? Aku berkelulusan STPM, tetapi aku tidak dapat menyambung pelajaranku ke kolej kerana sejak ibubapaku pergi meninggalkanku dan Yebin, aku dilarang oleh Sooyeon eomma untuk menyambung pelajaran. Mana mungkin aku dapat masuk ke kolej. Biasiswa pun tidak dapatku mohon..

 

Inilah kehidupanku...

 


 

 

"Yebinnie... Jangan nakal-nakal, tau! Eonnie nak pergi kerja dah ni.. Duduk dalam rumah je, ye?? Jangan keluar rumah, tau!" pesanku. Aku mengucup keningnya. Aku melambai kearahnya sebelum bergerak menuju ke pagar.

 

"eonnie!" panggil Yebin. Aku berpaling lalu kembali mendekatinya. Aku menyamakan tinggiku dengannya. "tak bolehkah eonnie bawa Yebin ketempat kerja eonnie, tu??" soalnya.

 

"Yebin.. Selama ni eonnie tinggalkan Yebin kat rumah okay, je. Janganlah macam ni.." ujarku lembut, cuba memujuknya. Di hanya mendiamkan dirinya. Aku tahu punca dia begini. Setiap kali aku pulang dari kerja diwaktu malam, badannya lebam-lebam. Apabila aku tanya kenapa, dia hanya mendiamkan dirinya. Tetapi aku tahu pelakunya, ianya pasti Sooyeon eomma dan Eunji . Tetapi aku tidak berani mahu membuat kesimpulan tanpa bukti. Jadi aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja.

 

"Yebin.. kalau Yebin nak eonnie bawa Yebin.. Yebin kena ceritakan dahulu kenapa setiap hari lepas eonnie balik kerja, badan Yebin lebam sana-sini?" soalku. Yebin terdiam seketika sebelum membisikkan perkara yang sebenar tepat ketelingaku. Jangkaanku benar. Sooyeon eomma dan Eunji lah puncanya.

 

"eonnie memang dah agak, dah.. Kenapa Yebin tak cakap awal-awal?" soalku lagi.

 

"Sooyeon eomma dengan Eunji eonnie tak bagi Yebin bagitahu.." katanya perlahan.

 

"dah, tak payah nak sedih-sedih.. Jom, pakai selipar.." ujarku perlahan.

 

"maknanya, Yebin boleh ikut eonnie, lah!?" soal Yebin dalam nada teruja, aku hanya mengangguk sebagai jawapan. "YEY!!" Yebin bersorak gembira. Dia menyarungkan selipar ke dua belah kakinya. Aku memaut tangannya. Kemudian, berjalan bersebelahan sepanjang perjalanan.

 

"eonnie, inikah cafe yang tempat eonnie bekerja tu??" soal Yebin apabila kami sudah sampai didepan cafe ’The Coffe Bean End Trip’ . Aku hanya tersenyum sambil memandangnya. Aku kemudiannya mengajaknya masuk kedalam cafe tersebut.

 

"Woah~ eonnie, besarnya cafe ni.. Jinjja meossisda," kata Yebin sambil terpegun melihat ruang dalaman cafe tersebut.

 

"Yah, Soojung! Kau pergi mana, hah?? Kenapa lambat sampai!?" aku menoleh, melihat rakan sekerjaku, Jinri dan Qian mendekatiku.

 

"uh, sorrylah.. Tadi aku terbangun lewat, pastu ibu dan kakak tiri aku tu perintah aku buat itu ini.." ujarku dengan jujur.

 

"eh, Soojung-ah, siapa budak ni..? Comelnya~" Qian menyangkung bagi menyamakan ketinggiannya dengan Yebin. Jinri juga melakukan hal yang sama seperti Qian. Yebin yang malu hanya menyembunyikan diri dibelakang badanku.

 

"Ini adik aku, nama dia Yebin.. Yebin..," aku menyangkung juga seperti dua rakan sekerjaku yang lain. Aku menatap Yebin. "Ini kawan eonnie.. Ini Jinri," aku menunjukkan kearah Jinri, Jinri tersenyum sambil melambaikan tangannya. "Ini pula Qian," aku menunjukkan pula kearah Qian.

 

Qian tersenyum sambil menghulurkan tangannya, "Annyeong, Qian imnida,". Yebin teragak-agak sebelum menyahut tangan Qian. "angh~ kecilnya tangan dia~" Qian berteriak teruja.

 

"eiy, nak juga salam dia.. Yebin-ssi, joneun Jinri imnida," Jinri menghulurkan tangannya. Yebin pantas menggelengkan kepalanya sebelum memeluk bahu kiriku. "ala~ Yebin-ssi, salamlah eonnie.." Jinri berkata dalam nada manja. Yebin tetap menggelengkan kepalanya.

 

"Yah, sudah-sudah lah tu... Yebin tak suka kan kau lah, kan?" Qian bertanya kepada Yebin. Yebin hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

 

"ala~ Yebin.. Yebin.. tengok ni, eonnie ada lollipop, Yebin nak?" Jinri mengeluarkan lollipop bersaiz besar daripada poket apron berwarna coklat yang dipakainya itu. Yebin menggelengkan kepalanya lagi. "ala~ ambil lah, ambil lah~" pujuk Jinri lagi. Yebin akhirnya mengambil lollipop itu. "yey~ sekarang, salam?" Jinri menghulurkan tangannya. Yebin tetap menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu. "angh~" Jinri mengembungkan pipinya, kononnya merajuk. Aku dan Qian hanya tergelak melihat telatah Jinri itu.

 

"Apa yang kecoh-kecoh, ni!?" kami berempat serentak berpaling. Bos kami, PSY sedang menatap kami dengan tajam. Dia bercekak pinggang. "Jung Soojung! Kenapa kamu lambat sampai!?" teriak Bos PSY.

 

Aku, Qian dan Jinri lantas bangun. Aku membungkukkan badanku 90 deegrees sebelum berkata, "ma-maaf, bos... Tadi saya terlewat bangun," kataku sambil menundukkan wajahku.

 

"Alasan! Dah, kamu bertiga, pergi buat kerja masing-masing. SEKARANG!" tengking bos PSY.

 

Aku, Qian dan Jinri pantas berlari anak menuju kedapur. Aku membawa Yebin sekali. Jinri terus masuk kedalam dapur, kerana dia bekerja bahagian membuat kopi atau air. Qian pula pantas memakai mikrofon ditelinganya, dia menjaga bahagian kaunter dan mengambil pesan. Aku memakai apron  yang tergantung disatu sudut didalam dapur. 

 

"Yebin, yebin duduk dekat sini dengan Qian eonnie diam-diam, tau. Jangan nakal-nakal, ye??" pesanku sebelum kembali masuk kedapur.

 

"nah. Hantar dekat meja nombor 304," Jinri meletakkan dua cup diatas dulang yang ku jinjing. Aku terus berlari keluar menuju ke meja bernombor 304. Kami bertiga memang selalu kerja begini, kelam-kabut. Aku terkadang tidak faham juga kenapa Bos PSY tidak mahu mengambil pekerja lain. Sudahla cafe ini besar, pelanggan pun sentiasa ramai, tetapi hanya kami bertiga sahaja yang berkerja disini. Gaji kami pula sangat tidak berbaloi, tetapi kami hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu dibuang kerja seperi Jongshin. Dia memprotes kepada bos soal gaji, kemudian dia terus dibuang kerja dan tidak dibenarkan berkerja disini lagi. Setakat ini, aku masih belum tahu khabar dia.

 

 


 

 

Aku menjijing dulang yang dipenuhi dengan cup air. Aku meletakkan dulang tersebut diatas meja yang diduduki oleh seorang pelanggan lelaki berkaca mata hitam. Aku mengambil cup kopi Americano untuk diberi kepada pelanggan itu. Tiba-tiba seorang pelanggan budak kecil berlari lalu tersenggol badanku, menyebabkan badanku terhilang kawalan lalu cup kopi yang aku pegang terlepas dari tanganku. SPLASH! Kopi tersebut tertumpah diatas baju kemeja putih lelaki itu.

 

Lelaki itu terus berdiri. "Yah!" jeritan lelaki itu nerjaya membuatkan semuanya terhenti, memandang kami berdua. "Kau ni buta ke apa, hah!? Tak cukup lagi dah ada empat mata, hah!?" tengking lelaki itu.

 

"ma-ma-maaf... Ma-maafkan saya.. Saya.. tak sengaja..," aku mengambil tisu sebanyak yang mungkin lalu mengelap bajunya.

 

"Ah!" lelaki itu menepis tanganku dengan kasar. "maaf, maaf! Isy," dia mengambil tisu dari tanganku lalu mengelap bajunya sendiri.

 

"er... Apa yang sudah terjadi, ini?" bos PSY lantas datang bagi menyelamatkan keadaan.

 

"Kau pemilik cafe ini, kah..!?" lelaki itu mengangkat kening kirinya.

 

"ah, ya-ya... sayalah pemilik cafe ini," jawab Bos PSY. Aku sungguh tidak faham kenapa dia sangat takut dengan lelaki itu. Apa yang istimewa sangat dengan dia, itu?

 

"lain kali.. Suruh pekerja kau ni buat kerja betul-betul!" dia merengus kasar sebelum pergi meninggalkan cafe ini begitu sahaja. Amboi.. dia fikir dia itu bagus sangatkah?

 

"Jung Soojung! Mari ikut saya!" Bos PSY menarik saya kebelakang. Sebelum itu, aku sempat mengambil dulang yang dipenuhi dengan cup tadi. Bos membawaku masuk ke dapur. Jinri yang sedang membersihkan mesin kopi itu terus terhenti tangannya. "Jinri, kamu tolong hantarkan kopi-kopi ni. Jangan banyak tanya, cepat buat!" perintah Bos PSY. Jinri terus mengambil dulang dari tanganku lalu keluar. Setelah itu, Bos memandangku dengan tajam. "Jung Soojung! Apa yang kamu dah buat dekat pelanggan kita tadi tu!?".

 

"saya.. tertumpahkan kopi di baju dia.." jawabku. "tapi saya tak sengaja.. Ada budak tersenggol badan saya.. Pastu.. Benda tu pun terjadi..," sambungku lagi.

 

"Soojung, kamu tak tahukah pelanggan tadi itu siapa..!?" soal Bos PSY sambil bercekak pinggang. Aku hanya menggelengkan kepalaku sahaja. "dia tu adalah Kim Junmyeon, anak kepada Professor Kim, Professor yang terkenal di Korea Selatan! Kamu tak tahu kah?" soalnya lagi.

 

"oh, Professor Kim itu.. Maafkan saya, bos. Saya tidak tahu pula yang dia itu anak kepada Professor Kim. Kalau tidak, saya sudah lebih berhati-hati tadi," aku membungkukkan badanku berkali-kali.

 

"sudah, la Soojung.. Percuma saja kamu minta maaf.. Nasi sudahpun menjadi bubur.." ujar Bos PSY yang kedengaran Seperti pasrah. Aku jangkakan Bos mahu memaafkanku, tetapi jangkaan ku meleset sama sekali apabila ku mendengar dia berkata lagi, "kamu sudah malukan saya, Jung Soojung. Saya mahu kamu berhenti kerja!".

 

"MWOH!?" Aku menekup mulutku, tidak percaya dengan kata Bos PSY itu tadi.

 

"ya, kamu dipecat! Mulai sekarang, kamu jangan pernah lagi menjejakkan kaki kamu dekat cafe ini lagi!" tempiak Bos PSY.

 

"Janganlah buat begini, bos.. Bos tahu, kan kehidupan saya macam mana?" ujarku. Aku rasa air mataku hampir menitis.

 

"ah, saya tak kira! Mulai sekarang saya kamu keluar dari sini!" kata Bos PSY. 

 

"tolonglah bos.. janganlah buat saya begini.." rayuku sambil melutut didepan Bos PSY. Air mataku tidak boleh berhenti.

 

"saya sudah beri kata putus! KAMU DIPECAT! YOU ARE FIRED!" tengking bos PSY. 

 

Perlahan-lahan aku bangun, kemidian melepaskan apron dari badanku. "kalau bos dah kata begitu.. Tak apa lah, saya hanya ikut sahaja. Tetapi.. Saya ingin menuntut hak saya, gaji saya bulan lepas.. Bos belum bagi lagi. Bulan lepasnya lagi pun bos belum habis bayar lagi. rakan sekerja saya, Jinri dan Qian pun belum dapat lagi gaji mereka.." kataku.

 

"hmh! Berani kamu komen soal gaji!? Bukankah kamu dah tahu peraturan berkerja disini!? Tiada ungkitan soal gaji!" kata Bos PSY.

 

"Tapi kami ada berhak untuk tuntut gaji kmai!" tengkingku kuat.

 

"eiy, suka hati saya lah saya nak buat apa pun! Ini cafe saya dan korang semua hanya perkerja! Semua keputusan terletak ditangan saya!" Bos PSY bertempiak kuat.

 

"Bos memang kejam! Bos tiada hati perut langsung! Bos hanya pentingkan diri sendiri sahaja! Bos mata duitan! Dan bos memang tidak layak digelar sebagai bos!" tengking ku sebelum keluar dari situ. 

 

Aku menarik Yebin yang sedang menghisap lollipop diatas kerusi kaunter. Qian terkejut dengan kelakuanku. Jinri yang sedang berbual bersama Qian dikaunter sementara pelanggan tiada juga terkejut.

 

"Soojung-ah! Kau nak pergi mana tu!?" soal Jinri.

 

"aku nak keluar dari tempat jahanam ni! Lagipun bos dah pecat aku. Korang berdua aku sarankan korang keluar dri tempat ni juga, percuma korang kerja bersungguh-sungguh kat sini, kita bukannya dapat gaji pun!" kataku sebelum pergi dari cafe itu.

 


 

 

Aku dan Yebin masuk kedalam rumah kediaman kami. Pagar tidak berkunci, ini mesti kerja Sooyeon eomma dengan Eunji ni.. Cuai betul mereka berdua ni. Kalau pencuri masuk, baru tahu! Apabila aku masuk kedalam, aku lihat Sooyeon eomma dan Eunji sedang goyang kaki sambil menonton televisyen.

 

"eh, kau dah balik Soojung?" langkahku terhenti. Aku menoleh ketepi. Sooyeon eomma dan Eunji sedang menatapku dan Yebin.

 

"saya dipecat.." kataku perlahan.

 

"Apa!?" Sooyeon eomma dan Eunji pantas mendekatiku. "kau kata apa tadi!? Kau.. APA!?" Sooyeon eomma menarik rambutku lalu menunjal kepalaku.

 

"sa-saya... Kena pecat.." ujarku.

 

"APA!? KENA PECAT!!?" Eunji yang dari tadi mengipaskan dirinya dengan kipas, bertempiak. Dia pergi ke sebelah kananku. "Kau kata apa tadi,?! Kau kena pecat!?" soalnya dalam nada gedik.

 

"ya-ya.." aku menundukkan wajahku.

 

"MACAM MANA KAU BOLEH KENA PECAT!?" teriak Sooyeon eomma tepat ke telingaku.

 

"saya tertumpahkan kopi dekat baju anak Professor Kim.." jawabku.

 

"APA!?" Sooyeon eomma membutangkan matanya, tidak percaya apa yang aku katakan.

 

"wow, kau dapat jumpa anak Professor Kim,? Anak Professor Kim tu lelaki, kan!? Kan, kan, kan?!" Eunji mengelipkan matanya berkali-kali. Gatal benar!

 

"isy, kamu ni!" Sooyeon eomma mengetuk kepala Eunji. "dah, tu.. Gaji bulan lepas dapat, tak!?" soal Sooyeon eomma. 

 

"tak.."

 

"APA!? Kau tipu, kan!? Jangan-jangan, kau sorokkan, betul tak!?" tengking Sooyeon eomma.

 

"mana ada.." ujarku dengan jujur.

 

"mana ada, mana ada... Alasan!" Sooyeon eomma menunjal kepalaku, sehinggaku jatuh terduduk. "kau cakap sekarang, mana kau simpan duit tu, hah!?" Sooyeon eomma menunjal kepalaku lagi sehingga muka ku hampir tercium lantai. Mujur saja aku sempat menahan menggunakan tangan.

 

"betul.. saya tak tipu.. Bos tak bagi.." kataku, dengan suara yang bergetar.

 

"owh.. Kau dah pandai melawan, ye..!? Hah!?" Sooyeon eomma menarik rambutku lalu mencampakkan badanku ke luar. Eunji juga menolak Yebin ke luar, dia terjatuh diatas badanku. Aku memeluk Yebin erat. Air mata kami bercucuran.

 

"nah, ambil semua barang-barang korang!" Sooyeon eomma dan Eunji mencampak beg dan baju-baju kami. Aku melindungi kepala Yebin didalam dakapan, supaya tidak terkena. "Mulai hari ni, aku tak nak tengok muka korang lagi! Berambus!" tengking Sooyeon eomma sebelum menghempas pintu kuat lalu menguncinya. 

 

"Sooyeon eomma.. Buka!!" Yebin menangis sambil menhetuk pintu berkali-kali.

 

"Yebin.. Yebin, dah-dah la tu.." aku menariknya kedalam dakapan. "mari kita pergi..," pujuk ku perlahan.

 

"tak boleh! Yebin tak nak tinggalkan rumah ni.. Rumah ni ada banyak kenangan.." Yebin menangis tanpa henti.

 

Ya, aku faham maksud dia ’rumah ni ada banyak kenangan’, kerana ini adalah rumah pusaka ibubapa kami. Segala memori kami berempat tersimpan didalam rumah ini. Rumah ini menjadi saksi segalanya. Termasuk kematian ibu dan bapa kami.

 

"Yebin.. eonnie faham perasaan Yebin.. Eonnie pun ras yang sama seperti Yebin, Ttapi kita kena tinggalkan rumah ini juga kerana abeoji dah namakan rumah ni atas Sooyeon eomma.. Jadi Sooyeon eomma ad berhak untuk melakukan apa sahaja, termasuk menghalau kita dari rumah ni..," tanganku memegang pipinya bagi menatapnya mata ke mata.

 

"tapi.. em.. eonnie, eonnie janji ye, satu hari nanti eonnie belikan rumah pusaka ibubapa kita untuk Yebin..?" soal Yebin. Aku hanya mengangguk sambil mengetap bibirku. "promise?" Yebin menunjukkan jari kelingking kanannya.

 

"promise," kataku lalu memaut jari kelingkingku pada jari kelingking Yebin. Yebin tersenyum gembira, automatik, aku turut tersenyum. 

 

"ne, kajja eonnie," ajaknya sambil menarik tanganku. Dia membantuku memasukkan baju-baju kami kedalam beg. Setelah itu kami berdua terus meninggalkan halaman rumah itu.

 


 

 

Aku memegang tangan Yebin sepanjang kami berjalan. Kami berjalan beriringan. Didalam kepalaku tiba-tiba termuncul wajah lelaki di cafe tadi, yang katanya anak kepada Professor Kim. Memang tidak dapat nak dinafikan, sia memang hensem, walaupun dia sedang marah. Tanpa aku sedari, bibirku mula menguntum senyuman yang lebar hingga ke telinga. 

 

’ah, Soojung! Kenapa kau fikirkan tentang namja tadi, tu!? Aish, baboya, babo!’ aku mengetuk kepalaku berkali-kali setelah kembali kepada diriku yang asal.

 

BUKK! Badanku terlanggar sesuatu yang aku percayai ianya pasti tubuh manusia. Aku membungkukkan badanku sambil meminta maaf berkali-kali.

 

"Kau lagi!?"

 

Sekejap. Aku macam kenal je suar ni.. Aku macam pernah dengar sebelum ni.. Tapi dekat mana, ye?? Otakku berfikir dan berfikir. Oh, tidak mungkin dia ialah.. Aku lantas mengangkat mukaku. Lelaki itu.. Siapa namanya? Kim.. Jun.. apa ya??

 

"hoi perempuan! Tak cukup lagi ke kau nak kacau hidup aku, hah?? Tadi,kau tumpahkan kopi dekat baju aku, sekarang ni kau langgar aku pula!? Eiy, kau ini memang buta, kan!?" dia seperti ingin memukulku, tetapi tidak jadi. Dia mencari-cari sesuatu. "handphone.. manakah handphone aku...?" dia mencari disekeliling tempat. Matanya terhenti tepat pada longkang. Dia menyangkung lalu mengambil sesuatu dari longkang itu. Handphone..

 

"kau tengok apa yang kau dah buat ni, handphone aku.. dah rosak!" katanya dalam nada separuh menjerit. 

 

"joesonghamnida.." kataku sambil memandang bawah. 

 

"maaf, maaf! Aku nak kau ganti balik handphone kau ni! Harganya 1000 juta won lebih! Kalau kau tak dapat bayar besok juga, siap kau!" ugut lelaki itu.

 

"hah?!" aku mengangkat mukaku, memandang mukanya. "tapi.. saya mana ada duit sebanyak tu.." ujarku.

 

"ah, aku tak nak ambil tahu soal tu! Itu bukan urusan aku!" tengkingnya.

 

"tolonglah... maafkanlah saya.. saya sudahla diberhentikan kerja, kena halau pula tu.. Saya dah tiada tempat bergantung.. Ampunkanlah saya.. Saya sanggup buat apa-apa sahaja," rayuku sambil berlutut kepadanya.

 

"hmm.. tiada tempat tinggal dan kerja? hrm, baiklah. Aku ambil kau sebagai pembantu rumah aku," kata lelaki itu. "gaji kau 9000 won sebulan. Dan kau kena berkerja untuk aku sehingga hutang kau habis.." sambungnya lagi.

 

Aku lantas bangun lalu menyeka air mataku. "be-betul ni..?" soalku dalam nada teruja.

 

"kau tak payah nak gembira sangat, sebab gaji kau aku potong setiap bulan untuk bayar hutang kau dekat aku.," katanya lagi.

 

"terima kasih, terima kasih.." aku membungkukkan badanku berkali-kali.

 

"cepat, ikut aku. Kereta aku dekat depan tu," katanya lalu terus berjalan mendahului aku dan Yebin.

 

"yey, eonnie..! eonnie dah dapat kerja!!" sorak Yebin teruja. Aku pun turut bersorak bersamanya.

 

Tapi perkerjaan ni mungkin tidak semudah yang ku sangkakan...

 


 

 

Emmy_Kpopers: Yehet! Ohorat! Akhirnya chapter 1 siap juga!! //jerit macam dolphin//

RMnEXO: //tutup telinga// sibuk jer guna ayat Sehun tu.. aku baru nak guna.. Dahla guna dua-dua pulak tuh.. -_-"

Emmy_Kpopers: 😜😝

RMnEXO: Takpe.. Sehun ada ayat lain..

Emmy_Kpopers: o.0

RMnEXO: Hyaryarya~! Akhirnya siap chapter 1 bagi ff ni.. Subscribes, Comments, Upvotes juseyo..

Emmy_Kpopers: Macam mana aku boleh tak tahu..? 😭

RMnEXO: 👍

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
RMnEXO
yah, Emmy!! Banyak giler typo!! aigoo.. -_-||| -RMnEXO

Comments

You must be logged in to comment
zssssup #1
Chapter 3: Update soon.
BabySprinkle98
#2
Chapter 3: eiii gramny ngan Suho ni mntang2 la die tu ank org kaya brlgk je lbih,penat2 Soojung msak p die xnk mkn ngan alasan nasi goreng tu brminyk die x ske mkn mknan yg brminyk haish gediks pny namja"cubit ppkan" ;3 lau ye pun xnk mkn jnglh tmpahkn nasi goreng tu kat kple Soojung knp la jht sngt die ni?? sbr jelah Soojung oiii......haaa main lg kjr2 ngan Yebin kan x ppsl Yebin rebah dhla main kjr2 tu kat kolam lau Yebin jtuh lam kolam tu spe nk tlong kat rmh tu xde org selain krg brdue,tu pun lau pndai brnang xpe xlh panik lau Yebin jtuh lam kolam ni nsib baik rebah kat tp kolam je......alololo mrjuk ngan Soojung plak Yebin ni jngnlh camtu Soojung kan dh mntk maaf......hurm bleh ke Soojung bli buku Little Prince?? sbbny Suho kan dh bgtau kat die yg gaji tu Suho xkn bg kat Soojung sbb duit tu dkire htg yg Soojung byr kat Suho ksianny hrap2 die dpt bli buku tu untk adkny yg trcinta sbb die dh janji nk bli buku Little Prince tu lau x bli nnt mrjuk plak ;'(......huh yeoja brgtah mne plak Suho g kutip wat blik rmh die dasar playboy sngguh la die ni"tmbukkn"muehehe ;V just kidding ksian Yebin sdp2 tdo Suho g sepak sofa tu ish jht sngguh la die ni......haish die wat pe plak ajk Haneul aka yeoja brgtah tu naik ats......palli palli UpDaTe SoOn ^_- DaEbAk !!!
KimTaehyungWifeu
#3
Chapter 2: updateeeeeeeeeeee soonnnnnnnnn
ksscka #4
Chapter 1: Yeay ! Dah update ! I cannot wait for the next chapter...Anyway..author-nim and author-nim keep yor writing great okay..fighting ! ^^
Eun-Byung #5
Chapter 1: Update soon juseyo..
Mrs_Hana02
#6
Chapter 1: TT jahatnya TT
NatanaRyu #7
hi.. nak tanye mcm mane ye.. awaa masukkan gmbr kat dalam ff.. tk pandai lg guna ff sebab newbie. ^^
ksscka #8
Update please..hehe ^^
RMnEXO
#9
OMO~ Emmy... Thanks sebab ambik kita jadi co-Author.. //terharu//